Laman Webantu   KM2A1: 3804 File Size: 21.3 Kb *



TAG MT 40: Kisah Anih Bank RHB (FEER)
By S. Jayasankaran

17/2/2001 1:33 am Sat

TAG 040

[Kengganan Danamodal menerima tawaran Rashid Husin membayar hutang mencetus spekulasi RHB bakal tertelan satu ketika nanti. Danamodal dan Khazanah menguasai 44% RHB dan jika dicampur dengan pegangan kroni, instrumen Daim akan menguasai lebih 50% RHB. Campurtangan politik ini tidak menggembirakan Azman Hashim (Arab Malaysian) yang berminat dengan MBf Finance yang sedang dikepit Danamodal.

Sebagai bank ketiga terbesar, RHB menyediakan dana terbesar jika dicantum dengan gergasi Maybank atau Bumiputra Commerce untuk dikorek kroni buat membina empayar perniagaan yang lebih besar.

Bank yang gergasi akan menghasilkan syarikat perniagaan yang gergasi juga - itulah satu impian Mahathir. Soalnya Daim yang akan menguasai semuanya tentu akan menyalurkannya kepada kroni yang kini amat tersepit dengan berbilion hutang. Apabila bank terikat dengan nafsu politik, ekonomi negara akan bergoyang. Rakyat perlu bertindak sebelum institusi perbankan tumbang jika tidak bersedialah untuk membayar hutang dan kemewahan yang semakin menghilang.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Kisah Anih Bank RHB

(The Curious Tale of RHB Bank)

Oleh: S. Jayasankaran/Kuala Lumpur

FEER Issue cover-dated Februari 22,2001.

Pada oktober 1999, suasana keriangan meledak di RHB Bank. Ia menyambut pengumuman kerajaan yang menyenaraikan RHB antara 10 bank utama yang lain yang dilantik untuk mengetuai penggabungan bank di Malaysia. Keriangan ini diperhebatkan dengan munculnya iklan di akhbar-akhbar tempatan yang memberikan ucapan tahniah kepada pengerusinya Abdul Rashid Husin. Malahan, sehari selepas pengumuman itu ketibaan Rashid ke pejabatnya telah disambut dengan tepukan meriah dan laungan tahniah daripada para pelabur yang berada di ruang perniagaan di syarikat sahamnya.

Sememangnya, sambutan yang meriah sudah sepatutnya dilaksanakan. Pada Februari 2, Kementerian Kewangan telah menyekat satu perjanjian yang sepatutnya memperteguhkan lagi pengaruh Rashid keatas RHB Bank, yang merupakan nombor tiga terbesar di Malaysia. Memandangkan perjanjian itu boleh memberi keuntungan kepada pembayar cukai, tindakan kementerian itu hanya memperakukan spekulasi yang kencang bertiup betapa Menteri Kewangan Daim Zainuddin sedang berusaha untuk menyingkirkan Rashid daripada puncak kuasa di bank itu.


Ketidaktentuan telah menghenyak nilai saham RHB Capital sebagai tuanpunya 70% saham RHB Bank - sehinggakan pada Februari 12 ia jatuh sebanyak 18% kepada 2.69 ringgit (71 US cents). (Rashid menguasai 22% saham Kumpulan RHB, yang mempunyai kuasa keatas 55% saham RHB Capital.) Keadaan ini mencetuskan kerisauan di sebuah bank yang lain di mana pemegang saham utamanya pun memang diketahui tidak disenangi oleh Daim. Beliau ialah usahawan Azman Hashim dan kumpulan yang dikuasai oleh keluarganya - Arab Malaysia Group. Saham AMMB Holding telah menjunam sebanyak 9% kepada 3.56 ringgit sejak kisah RHB disibarkan.

Perkara ini tidak menyumbang sesuatu yang baik terhadap jangkaan para pelabur. Para analis memang sudah lama merungut mengenai kuasa politik yang terus mengkutak-katikkan suasana perbankan yang sepatutnya mestilah bebas daripada campurtangan kerajaan (yang berlebihan). Sejak kemelut Krisis Asian yang menghantui dunia perbankan rantau itu, Bank Negara Malaysia telah mengarahkan 58 institusi kewangan disatukan kepada enam bank induk bagi tujuan keteguhan kewngan dan stabiliti. Empat tuanpunya bank yang berpengaruh termasuk Rashid dan Azman, telah melobi perdana menteri Mahathir Mohamad yang akhirnya bersetuju agar bank negara meluaskan jumlah bank induk itu kepada 10.


Tindakan terbaru Daim ini sudah tentu akan mencetuskan satu tindakan kedua dalam proses menyatukan bank yang akhirnya akan mencetuskan kewujudan bank nombor dua terbesar di Asia Tenggara (selepas DBS Bank Singapura), ataupun yang lebih mungkin lagi, penubuhan satu bank gergasi dalam negara. Kewujudan dua bank gergasi, mengikut pendapat para analis, akan memudahkan penyaluran dasar perbankan kerana bank yang kecil-kecil selalunya menghadapi kesukaran untuk menauladani sikap mereka dalam penentuan kadar faedah yang direlakan oleh bank negara. Lagipun ia adalah mematuhi hasrat Mahathir ke arah penubuhan syarikat yang besar-besar yang mampu bersaing di rantau ini.

Terdapat hanya dua bank yang mampu mengambil alih tempat Rashid di RHB Bank. Mereka adalah dua bank terbesar masakini - Maybank dan Bumiputra-Commerce. Penggabungan RHB dengan Maybank akan mewujudkan satu entiti yang mempunyai kumpulan aset berjumlah 202 bilion ringgit ($53 billion) dan meletakkkannya sebagai nombor dua terbesar di rantau Tenggara Asia. Kombinasi RHB-Commerce akan mewujudkan sebuah bank gergasi yang mempunyai aset berjumlah 124 bilion ringgit, kurang 47 bilion ringgit yang terdapat sebagai aset Maybank. Salah satu opsyen ini memang dikira munasabah. "Tidak semestinya ia bertujuan utnuk menyingkirkan Rashid sahaja" kata seorang ketua eksekutif kepada sebuah insitusi perkhimatan kewangan di Kuala Lumpur. "Sebarang usaha penggabungan memang sesuatu yang logik." Daim enggan menjawab permintaan kami untuk menemuramahnya.



Masanya memang belum ditentukan lagi, namun Maybank dan Commerce sedang menyelaraskan operasi mereka sejak berlakunya penggabungan dulu. Walaupun Rashid berada di tempat yang tergugat, ia bukannya seorang yang mudah disagat. Namun ada tanda-tanda kemungkinan berlakunya penggabungan Commerce-RHB di masa depan. Alasan pertama adalah disebabkan kedua-dua bank memang ada mengeluarkan saham untuk dipegang oleh Khazanah nasional, sebuah cabang pelaburan kerajaan pusat. Kedua, dua konglomeret yang mepunyai kaitan rapat dengan Daim - Renong dan MRCB - merupakan pemilik saham yang besar juga dalam Commerce dan mereka memang gian menjual saham itu untuk melunaskan hutang bertapuk. Penggabungan Commerce-RHB Bank sudah tentu menarik pembeli sahamnya kerana banyak institusi yang telah bertindak membeli saham Maybank dulu sebagai pelaburan untuk masa depan.

Seandainya perkara ini berlaku ia akan merupakan satu pengunduran yang mengaibkan kepada salah seorang peniaga yang terkenal di rantau ini. Rashid berusia 54 sekarang dan beristerikan Sue Kok, anak perempuan kepada hartawan Robert Kuok. Namun dia tidak perlukan hubungan itu untuk menjadi orang besar. Sebagai seorang yang berambisi, dia memang berusaha menonjolkan ketohohannya dan gemar bersaing. Ironisnya, Daim merupakan insan yang membantunya dulu ketika beliau menjadi Menteri kewangan sekitar 1984-1991. Daim yang membantu Rashid memulakan syarikat broker saham. Syarikat itu dimulakannya dengan modal 2 juta ringgit pada 1983. Berbekalkan kematangan berniaga dan kontak yang baik-baik, dia menonjol sebagai satu kuasa dalam dunia saham. Syarikat induknya, RHB disenaraikan pada 1987 dan Daim membenarkan RHB mebeli 20% saham RHB Bank pada 1990.


Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan pada 1991. Ekonomi negara meledak dan Rashid pun turut melonjak sama. Dia menceburkan dirinya dalam industri hartanah pada 1995, dengan melancarkan projek Vision city yang bernilai 1.2 bilion ringgit. RHB bank telah membeli Kwong Yik Bank daripada Maybank dengan harga 3 bilion ringgit. Mahathir menjadi terpesona dengan insan ini dan melantiknya menganggotai Khazanah dan juga Putrajaya Holdings yang diberikan kuasa membina satu pusat pentadbiran baru bernilai 20 bilion ringgit. Ketika itu empayar Rashid bernilai 8 bilion ringgit. Namun usaha mengembangkan empayar itu telah menjerut kakinya. Untuk terus bernafas, Rashid terus mengeluarkan saham yang baru kepada pihak yang disenanginya - agensi kerajaan yang membuat laporan pembelian mereka kepada menteri kewangan. Di waktu yang sama Rashid terus berhutang juga. Inilah yang membuatkan berlakunya hakisan kepada pegangannya dalam syarikatnya sendiri sehinggakan syarikat induknya itu menanggung hutang yang menggunung tingginya. Kini, Rashid menguasai hanya 22% saham RHB berbanding dengan 40% yang pernah dipegangnnya dulu. Hutang bertapuk RHB sudah pun meningkat kepada 3 bilion ringgit.

Apabila krisis ekonomi meledak, Rashid bertindak membeli Simebank, yang terus menghantuinya semenjak itu. Penggabungan itu menyebabkan Khazanah membeli 30% saham RHB dan Danamodal, menyuntik 1.5 bilion ringgit dengan suasana pelaburan yang menyenangi RHB Capital.

Tetapi, semua ini berlaku ketika kementerian kewangan mempunyai seorang menteri yang menyenangi Rashid. Apabila Anwar disingkirkan atas tuduhan palsu 'tidak bermoral', pentas sandiwara sudah disediakan untuk Daim kembali merajai kementerian itu dan sekaligus memulakan satu masalah besar kepada Rashid. Adalah tidak jelas bagaimana merka berdua boleh bercanggahan akhirnya, tetapi ada sumber yang rapat dengan Daim mengatakan menteri itu tidak puashati dengan sikap Rashid yang agresif mengetuai kumpulan perniagaaannya. Namun, Rashid berjaya mendapatkan status bank induk dengan ihsan mahathir dan telah pun membayar hutangnya sebanyak 500 juta ringgit kepada Danamodal.


Tiba-tiba satu kejutan dicetuskan oleh Kementerian Kewangan. Usaha Rashid untuk membayar Danamodal dengan premium bernilai 38% kepada hutang 1 bilion ringgit yang berbaki telah ditolak oleh Danamodal. Ini memberikan Danamodal peluang memegang saham sebanyak 14% dalam bank itu. Apabila dicampur dengan pegangan Khazanah, ia memberikan kerajaan sejumlah 44% saham bank dan membuatkan RHB Capital dan juga Rashid berada pada satu keadaan yang lemah. Para analis sudah membuat taksiran betapa kedudukan Rashid memang semakin lemah kerana agensi kerajaan dan juga pemegang saham yang memihak kepada Daim sudah pun mengawal hampir 50% saham RHB. "Kalau usaha penyingkiran itu diperhebatkan, Rashid akan tertendang juga akhirnya," kata seorang analis bank asing yang memang mengamati pergolakan di RHB Capital.

Masyrakat perbankan sedang meneliti peristiwa itu secara tekun. Malahan lebih tekun lagi daripada Azman Hashim. Arab Malaysian sedang berhutang kepada Danamodal sebanyak 460 juta ringgit. Arab Malaysian sedang berunding untuk mengambil alih MBf Finance, yang mempunyai hutang bertapuk dengan Danamodal sebanyuak 2.3 bilion ringgit. "Saya fikir Azman harus memikirkan apa yang akan jadi apabila sesaorang itu berhutang kepada Danamodal", kata seorang peniaga yang rapat dengan beliau.


Rashid enggan berbual dengan REVIEW, namun ramai rakan-rakannya berkata bahawa dia sudah berrsedia mengatur peranan lamanya sebagai seorang broker. Empat syarikat broker RHB memang dianungi oleh satu kumpulan berasingan dan di luar kuasa bank, soelah-olah Rashid memang sudah lama menjangkakan sesuatu akan terjadi kepadanya. Seorang pegawai kanan berkata bahawa Daim hanya mahukan bank itu dan tidak RHB Property dan cabang pelaburan sahamnya. Beliau fikir semua ini adalah satu awalan kepada penggabungan bank yang terbaru pula. Walau bagaimana pun sesiapa yang mengaharapkan berlakunya perubahan serta merta harus bersedia menunggu lebih lama lagi. "Kerja-kerja itu memerlukan dua hingga tiga tahun lagi sebelum semua itu dapat dilaksanakan," kata ketua ekskutif syarikat khidmat kewangan itu.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 16/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

From The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 22nd February 2001

BANK RESTRUCTURING

The Curious Tale Of RHB Bank

Malaysian banking tycoon Rashid Hussain unexpectedly finds his bid to raise his stake blocked--and might even lose control altogether

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

IT SHOULD HAVE BEEN the proverbial happy ending. In October 1999, euphoria reigned after RHB Bank was added to a list of 10 proposed anchor banks that would spearhead Malaysia's bank-consolidation exercise. A slew of full-page advertisements congratulating group Chairman Abdul Rashid Hussain appeared in the national dailies. Indeed, a day after the announcement, a smiling Rashid was spontaneously applauded by investors on the trading floor of his stockbroking subsidiary after he was spotted making his way to his office.

They should have held the champagne. On February 2, the Finance Ministry blocked a deal that would have strengthened Rashid's hold over RHB Bank, the country's third-largest. Considering the deal clearly benefited taxpayers, the ministry's move only served to confirm speculation that Finance Minister Daim Zainuddin was moving to oust Rashid from the bank.

The ensuing uncertainty roiled the shares of RHB Capital--owner of 70% of unlisted RHB Bank--which on February 12 had fallen 18% to 2.69 ringgit (71 U.S. cents). (Rashid owns 22% of the RHB group, which controls 55% of RHB Capital.) It has also sparked worries about another bank whose controlling shareholder is also perceived to be in Daim's bad books--entrepreneur Azman Hashim and his family-owned Arab-Malaysian group. His flagship AMMB Holdings' shares have fallen 9% to 3.56 ringgit since the RHB announcement.

It hasn't done much for investors' hopes of policy predictability, either. Analysts fretted about politics continuing to shape a banking landscape thought to have been already freed of government interference. After the Asian Crisis exposed the vulnerability of the region's banks, Malaysia's central bank decreed that 58 financial institutions would be merged under six "anchor banks" for greater financial strength and stability. Four influential bank-owners, including Rashid and Azman, lobbied Prime Minister Mahathir Mohamad and ultimately the central bank raised the number of anchor banks to 10.

Daim's latest move could presage a second stage of bank consolidation that could see either the formation of Southeast Asia's second-largest bank (after Singapore's DBS Bank) or, more likely, the creation of another domestic banking giant. Two huge banks, say analysts, would make monetary policy easier as the smaller banks would find it tougher not to follow their leads in setting central bank-prescribed interest rates. It would also dovetail with Mahathir's "Think Big" credo, which seeks to create large Malaysian companies that can compete regionally.

The only two banks with the wherewithal to replace Rashid at RHB Bank are the country's two largest--Maybank and Bumiputra-Commerce. Merger with Maybank would create an entity with assets of 202 billion ringgit ($53 billion), second in the region only to DBS Bank. An RHB-Commerce combination would create a bank with assets of 124 billion ringgit, just shy of Maybank's current 147 billion ringgit in assets. Either option makes sense to other financiers. "It can't be just about getting rid of Rashid," says the chief executive of a financial services company in Kuala Lumpur. "A bigger merger down the road is perfectly logical." Daim did not respond to requests for an interview with the REVIEW.

It won't happen any time soon, though: both Maybank and Commerce are rationalizing operations following takeovers of their own and Rashid, however vulnerable, is no pushover. But the betting is on a Commerce-RHB Bank tie-up in future. First, both have a common shareholder in Khazanah Nasional, the federal government's investment arm. Second, two conglomerates with close links to Daim--Renong and Malaysian Resources Corporation--have substantial shareholdings in Commerce that they want to sell in order to prune debt. A Commerce-RHB Bank merger could spark interest in their shareholdings as institutions move to take stakes in an entity as large as Maybank, already an institutional favourite.

Finally, thanks to Rashid staffing the bank with professional management, RHB Bank has built a considerable franchise for itself. Its strength in consumer banking, says Kuala Lumpur securities firm Thong & Kay Hian in a January report, "is something Commerce can leverage upon." Analysts also agree that a merger would eliminate keen competition between their merchant banking arms, which are among the country's most aggressive.

If it happens, however, it will be an undignified exit for one of the region's most prominent businessman. Rashid, 54, is married to Sue Kuok, the daughter of Malaysian magnate Robert Kuok, but he didn't need that connection to become big. Intensely ambitious, he always sought to make himself bigger and more competitive. The greatest irony is that it was Daim, as finance minister between 1984 and 1991, who helped him get started. Beginning as a stockbroker capitalized at 2 million ringgit in 1983, Rashid's business acumen and contacts soon established him as a major force in stockbroking. His holding company, RHB, was listed in 1987, and Daim allowed RHB to buy 20% in what is now RHB Bank in 1990.

Anwar Ibrahim became finance minister in 1991. An economic boom began and Rashid really took off. RHB got into property in 1995, launching the 1.2-billion ringgit Vision City project in Kuala Lumpur, and RHB Bank bought Kwong Yik Bank from Maybank for 3 billion ringgit. For his part, Mahathir embraced the can-do businessman, appointing him to the boards of Khazanah and Putrajaya Holdings, entrusted to build a 20 billion ringgit administrative capital. At that point, his empire was worth over 8 billion ringgit.

But continued expansion proved to be his Achilles heel. To keep funding growth, Rashid kept issuing new shares to friendly parties--government agencies that mostly reported to the finance minister. He also borrowed heavily. The upshot was a continuing dilution of his stake in the holding company amid mounting debt. Rashid now controls 22% of his flagship RHB compared with more than 40% previously. RHB has piled up debt of over 3 billion ringgit.

Then came the Asian Crisis and Rashid undertook another purchase that would come back to haunt him--troubled Sime Bank. The ensuing merger saw Khazanah taking a 30% stake in RHB Bank while Danamodal, the bank-recapitalization agency, pumped 1.5 billion ringgit into the merged entity--on terms very favourable to RHB Capital.

But all this happened during the tenure of a friendly finance minister. Anwar's ouster on moral misconduct charges set the stage for Daim's return and the beginning of Rashid's problems. It isn't clear why the two men fell out, but Daim allies say the minister wasn't impressed with Rashid's aggressive stewardship of the group. Still, Rashid landed anchor-bank status--after lobbying Mahathir--and proceeded to repay 500 million ringgit of the Danamodal loan.

Then came the blow from the Finance Ministry. Rashid's offer to pay Danamodal a 38% premium over the 1 billion ringgit outstanding was rejected. Danamodal could now end up as a 14% RHB Bank shareholder. Together with Khazanah's stake, it would give the government 44% of the bank, leaving RHB Capital, and Rashid, vulnerable. Analyst note that he is even more vulnerable at the holding-company level: government agencies and Daim-allied shareholders hold almost 50% of RHB. "If push came to shove, he could be forced out," says a foreign banking analyst who tracks RHB Capital.

The banking community is scrutinizing the events closely, none more so than Azman Hashim. His Arab-Malaysian owes Danamodal 460 million ringgit. Arab-Malaysian is negotiating to takeover MBf Finance, which, in turn, owes Danamodal 2.3 billion ringgit. "I think Azman should be worried about what can happen when one is exposed to Danamodal," says a businessman close to him.

Rashid declined to speak to the REVIEW, but his allies say that he's resigned to going back to broking. RHB's four broking companies are grouped outside the bank under a separate company, almost as if the businessman had anticipated this outcome. A senior official says that Daim just wants the bank--not RHB's property or broking investments--and thinks that's a prelude to second-stage bank mergers. Even so, those expecting a dramatic, and immediate, denouement to the Rashid Hussain saga should know better. "It could take 2-3 years to sort everything out," says the chief executive of the financial services company.

http://www.feer.com/