Laman Webantu   KM2A1: 3805 File Size: 9.6 Kb *



TAG MT 41: Satu Muslihat Politik Lagi (FEER)
By S. Jayasankaran

17/2/2001 10:00 am Sat

TAG 041

[Bank Utama kecil di sini tetapi begitu besar di sebelah sana. Keuntungannya menonjol sekali tetapi ia gagal bergabung walau telah berkira beberapa kali. Apa tidaknya, ia dikuasai oleh keluarga Taib Mahmud yang banyak berjasa menyumbang semua kerusi parlimen Sarawak kepada BN dalam pilihanraya terbaru. Bank lain terpaksa berfikir dua tiga kali untuk bergabung kerana bimbang dipijak kaki.

Kepentingan politik telah mencemari institusi perbankan. Kriteria politik menjadi kayu ukur strategi, bukannya prestasi. Ia akan membiakkan budaya 'give and take' tawar menawar projek dan membeli undi. Patutlah Sarawak sukar ditembusi BA sampai kini. Sila Rujuk KM2 3037 untuk melihat jalinan politik Rimbunan Hijau yang tersebut di sini. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Satu Muslihat Politik Lagi

(A Political Conundrum)

Oleh: S. Jayasankaran


Walaupun asetnya bernilai 6 bilion ringgit($1.6 billion) Bank Utama mungkin merupakan bank yang kecil sekali, tetapi di Sabah dan Sarawak ia merupakan satu bank yang utama. Ia pernah mewartakan keuntungan yang besar yang berlipat ganda lapan kali dengan mencatatkan keuntungan sebanyak 110 juta ringgit sepanjang sembilan bulan pada tahun 2000. Anihnya, Bank Utama gagal mendapatkan rakan untuk bergabung. Inilah yang ganjil nampaknya dalam usaha industri bank di Malaysia melaksanakan penggabungan mereka. Semua itu ada kaitan dengan sejarah, lokasi dan juga politik.

Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan malaysia pada 1963 dan 38 tahun kemudiannya, masih lagi memendam rasa kerana terus dalam keadaan kemiskinan. Mungkin inilah sebabnya penduduk di dua negeri itu tidak berselindung-selindung menyerlahkan kehampaan mereka terhadap proses penggabungan bank di negara ini - hanya satu daripada 10 bank induk yang dipilih datangnya daripada Sarawak ataupun Sabah.

Perundingan Utama dengan dua bakal calon rakan usahasama telah pun kecundang. Ini mencetuskan satu dilemma kepada bank pusat. Bagaimana caranya berurusan dengan sebuah bank kecil yang mempunyai pengaruh politik yang sungguh besar? Inilah sebabnya ramai para analis yang berpendapat akhirnya Bank Negara akan berlembut dan memberikan bank ini status bank induk pula.

Utama Bank memang bukan mudah untuk dikotak-katikkan. Bank ini dipunyai oleh Chaya mata Sarawak sebanyak 51 %. Ini adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib Mahmud, seorang ketua menteri yang kuat pengaruhnya dan lama perkhidmatannya di Sarawak. Lagi pula, keutuhan Sarawak amat bermakna kepada parti komponen Barisan Nasional yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad. UMNO yang dipimpin oleh Mahathir Mohammad, walaupun merupakan parti teras BN, sudah pun kehilangan sokongan yang besar di kalangan orang Melayu di Semenanjung. Inilah yang membuatkan keteguhan sahabatnya di Malaysia Timur menjadi tongkat penegak BN untuk menampan serangan pengaruh parti pembangkang. Lagipun ketika pemilu 1999 dulu, Taib telah mengusahakan satu kemenangan besar di mana semua 28 kerusi parlimen berpihak kepada BN. Ini merupakan 15% daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.


Pada akhir Disember yang lalu, Utama telah dijodohkan dengan Arab Malaysia banking Group yang mempunyai aset lima kali besar darinya. Namun, perundingan itu gagal disebabkan perbezaan pendapat mengenai pengurusan dan harga pampasan. Pada Januari lalu, menteri kewangan Daim Zainuddin telah meminta Rin Kei Mei, orang kuat di EON Bank, untuk menyiasat kemungkinan bergabung dengan Utama. EON adalah bank induk yang paling kecil dengan aset berjumlah 24 bilion ringgit. Oleh kerana ia mempunyai kaitan dengan Sarawk, berarti ia amat cocok dengan Utama. Lagipun bank itu dipunyai oleh Rimbunan Hijau yang memegang 20% sahamnya. Rimbunan Hijau pula merupakan syarikat pembalakan terbesar di Sarawak.


Pada awal Februari, urusan perundingan itu telah ditamatkan apabila EON menulis surat kepada bank negara menyatakan ia tidak mampu bergabung. Oleh kerana ia sudah mengambil alih tiga institusi kewangan pada 2000 ia mahu melakukan kerja-kerja pemulihan dulu. Dengan kata mudah ia mengucapkan terima kasih kerana perundingan yang dibantutnya itu.


Mengikut cerita seorang yang rapat dengan urusan perundingan itu, EON merasa sangsi kalau-kalau ia akan kehilangan pengaruh untuk berkuasa. Pihak yang mempunyai hubungan dengan Sarawak berkeupayaan memegang 45% ekuiti gabongan itu. Ini akan menyulitkan masa depan mereka (EON Bank dikuasai 60% oleh EON, pengedar kereta nasional dan Rin pula menguasai lebih daripada 25% EON).


Jadi, apakah yang akan dilakukan oleh bank pusat? Ia telah mengulangkan kenyataann lamanya bahawa bank induk tidak akan ditambah lagi melebehi kuota 10 baki yang ada sekarang. Namun, melihatkan masalah yang menghantui RHB, bererti Utama masih ada peluang lagi. Taib memang merasa hampa perundingan untuk menggabungkan UTAMA telah gagal dan menghadapi jalan buntu. Namun, Taib telah pun memberitahu BERNAMA pada Januari lalu, bahawa "seandainya penggabungan itu gagal, adalah terpulang kepaa kerajaan untuk memikirkan polisi yang alternatif pula".


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT16/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Far Eastern Economic Review

Issue cover-dated 22nd February 2001

BANK RESTRUCTURING A POLITICAL CONUNDRUM

By S. Jayasankaran

With assets of 6 billion ringgit ($1.6 billion), Bank Utama may be the country's smallest bank but it is, nevertheless, the premier bank in the East Malaysian state of Sarawak. In its best-ever results, Utama's net profit increased eightfold to 110 million ringgit in the first nine months of 2000. But Utama can't find a merger partner, something that epitomizes a unique problem for consolidation of Malaysia's banking industry. Blame it on history, location and, yes, politics.

Sabah and Sarawak joined the federation in 1963 and, 38 years later, still resent being the country's poor cousins. It could be one reason why the East Malaysians never hid their disappointment over the country's 1999 bank consolidation exercise--none of the 10 so-called anchor banks are from Sarawak or Sabah.

Utama's negotiations with two potential partners have since collapsed, placing the central bank in a dilemma: How to deal with a small bank with disproportionate political influence? That's why some analysts think the central bank might give in and allow the Sarawak bank anchor status.

Utama certainly isn't a political pushover. The listed banking group is 51% owned by Cahya Mata Sarawak, a finance and infrastructure company controlled by the family of Taib Mahmud, the state's powerful, and long-serving chief minister. And, more than ever, Sarawak is politically vital to the ruling National Front coalition led by Premier Mahathir Mohamad.

Mahathir's United Malays National Organization, the front's dominant party, is losing support among the peninsula's majority Malays, making the front's East Malaysian allies vital to keep the opposition at bay. Moreover, Taib has delivered: In the last general election, he led his chapter of the National Front to a clean sweep of the state's 28 parliamentary seats, almost 15% of the total.

Utama was originally paired with a partner five times larger, the Arab-Malaysian Banking group. In late December, however, the merger collapsed amid differences over management control and pricing. In January, Finance Minister Daim Zainuddin asked businessman Rin Kei Mei, the driving force behind EON Bank, to look into a possible tie-up with Utama. EON is the smallest anchor bank, with assets of 24 billion ringgit, but it has links to Sarawak, thus appealing to Utama. The bank is 20% owned by Rimbunan Hijau, the largest logging company in Sarawak.

In early February, the deal was scuttled, with EON writing to the central bank saying it had enough on its plate for now--it had taken over three troubled financial institutions in 2000 and wanted to consolidate first. It was a polite way of saying "thanks but no thanks."

According to a financial executive close to the deal, EON baulked because it feared a lessening of control. Parties linked to Sarawak would hold almost 45% of the merged entity, says the executive. That would "make life tough for the controlling shareholders." (EON Bank is 60% controlled by EON, the national car distributor and Rin, in turn, controls over 25% of EON.)

What's a central bank to do? It has repeatedly stated that no more anchor banks would be allowed apart from the present 10. But going forward, and given RHB Bank's problems, Utama could still make the cut. For his part, Taib put it obliquely. While professing his "disappointment" that Utama wasn't an anchor bank, he told national news agency Bernama in late January that "if [the merger] doesn't work, it would be up to the government to find an alternative policy."

http://www.feer.com/