Laman Webantu   KM2A1: 3818 File Size: 13.6 Kb *



TAG MT 42: B1 Keganasan Yang Mencabar
By MSNBC

19/2/2001 6:33 pm Mon

TAG 042 B1

[Amerika asyik mengaitkan Islam dengan keganasan (terrorism). Istilah keganasan menjadi katakunci untuk menghalalkan tindakkan terhadap perjuangan Islam. Semua yang tidak enak dihamburkan kepada pejuang Islam belaka. Tetapi pembunuhan oleh regim Israel di Sabra dan Chatila tidak pula diistilah sebagai keganasan. Begitu juga sebuah pesawat awam Iran yang ditembak Amerika di Iran sehingga semua di dalamnya terkorban. Malah Amerika membekalkan Iraq dengan senjata kimia untuk untuk membunuh. rakyat Iran. Kemudian ia menghancurkan Iraq dengan Desert Storm dengan restu PBB dan sudah tentu izin Malaysia pimpinan Mahathir (dengan satu panggilan talifon Bush sahaja!).

Osama Bin Laden mempelopori gerakan bawah tanah (underground) yang sistematik dan canggih (sophisticated) serta berlapis-lapis dan sukar dikesan. Kini CIA mati akal untuk menjejakki beliau dan makin risau organisasi beliau sudah menyusup dalam intifada Palestin. Ini membuatkan Timur Tengah bergelora, tambah lagi Sharon baru sahaja memegang kuasa. Amerika tidak mampu membazirkan peluru sahaja kerana ekonominya sedang tersedak seketika. Perbalahan di sana akan mengoyakkan muka Bush juga kerana minyak di bumi Arab adalah jantung ekonomi dunia. - Editor]

Penterjemah: -MT-


Keganasan Yang Mencabar

(Danger: Terror Ahead)

Oleh: Mark Hosenball and Evan Thomas

Newsweek International (February 19 Issue)




Bahagian Satu

(Awalkata: Penterjemah mungkin membahagikan artikel yang panjang ini kepada tiga bahagian. Artikel ini penting memandangkan umat Islam sedang menanti kemunculan 'Zulhijjah' dan keselamatan Timur Tengah merupakan sesuatu yang menghenyak ummah ketika jemaah haji berada di Arab Saudi. -MT-)




Pakar pencegah keganasan Amerika telah memburu Osama bin Laden, bertahun lamanya. Berjuta dollar telah dibelanjakan, berjumlah waktu tenaga manusia telah dihabiskan. Begitu juga usaha diplomatik yang dibazirkan untuk menjejak perancang-unggul yang dikatakan bertanggungjawab secara terus ataupun sebaliknya dalam pelbagai peristiwa. Inilah peristiwa yang merangkumi ledakan ke arah USS Cole sehinggalah kepada pengeboman kedutaan Amerika di Afrika.

Pada minggu yang lalu Pengarah CIA (Central Intelligence Agency) George Tenet telah memberitahu Jawatankuasa Perisik Senat betapa Osama Laden mepunyai satu jaringan operasi 'yang sungguh berbahaya dan mengancam' keselamatan Amerika Syarikat. Adalah sesuatu yang agak aneh juga perkara ini kerana hanya satu minggu sebelum keterangan Tenet itu, seorang wartawan NEWSWEEK telah duduk semeja dengan salah seorang rakan seperjuangan Osama Laden di sebuah kedai kopi di sebuah hotel di London. Orang itu Yasser el-Sirri berbadan tegap tetapi kurus dan mempunyai janggut yang tebal. Namun, beliau kelihatan peramah dan tenang. Secara terbuka dia megah dengan tindakan kerajaan Mesir yang telah menjatuhkan hukuman mati keatasnya kerana beberapa tuduhan jenayah dan keganasan. Dia telah menafikan tuduhan kerajaan Amerika bahawa dia telah mengusahakan pengumpulan wang dan mengambil rekrut untuk membantu Osama Laden. Tetapi dia bangga dengan keupayaannya mendekati beberapa pegawai tinggi Osama Laden yang amat digeruni itu. Dia juga mengaku betapa dia baru sahaja menerima amanah menguruskan Pusat Penelitian Islam, seperti yang telah diumumkannya, di mana pesanan diterima daripada orang-orang yang rapat dengan Osama Laden.

Peperangan Jihad Terbuka

Yassir el-Sirri merupakan salah seorang sekutu Osama Laden yang menyokong perjuangan memerangi Amerika dalam apa yang mereka sebut sebagai perjuangan berjihad. Bahagian risikan memang lebih gemar mengekori orang yang mereka syakki itu secara terbuka dan tidak selesa kalau mereka menjalankan aktibiti secara haram. Sememangnya strategi ini memudahkan Amerika. Seperti yang selalu dilaungkan oleh perisik kanan Amerika, memang jaraang sangat kita mendengar puak-puak ini berjaya melakukan tugas mereka kerana tindakan serangan mereka itu mudah dapat dipatahkan hasil kerjasama erat di antara Amerika Syarikat dengan sekutunya.

Ramai pegawai risikan memberitahu NEWSWEEK betapa mereka percaya Osama Laden, yang merupakan seorang bilioner Arab Saudi yang kini menyorok di Afghanistan, memang mampu melakukan serangan bila-bila masa. Soalnya sekarang ialah di mana serangan itu akan berlaku. Sejak beliau menubuhkan Kumpulan Al Qaeda pada awal 90-an dulu, Osama Laden telah mengambil ramai kumpulan pengganas melalui pejabatnya di Timur Tengah dan Afrika Utara hinggalah ke Asia Timur, Eropah dan Amerika Utara. 'Kalau anda berjaya membubarkan satu cawangannya, satu lagi yang baru akan muncul pula.

Kalaupun Osama Laden jatuh menjunam ke dalam gaung di Afghanistan, kita mungkin akan bertepuk tangan mendengarkan berita itu. Namun, pertubuhannya akan terus menjalankan peranannya.'

Demikian pendapat seorang pegawai kanan kedutaan Amerika.

'Dia mungkin sudah mencipta satu program untuk 100 tahun lamanya. Mungkin beliau baru mencecah lapan tahun dalam perancangannya itu. Kerja semacam itu bukannya dapat mencapai kejayaan dalam masa 10 tahun; tetapi dia sedang menyatukan Afghanistan. Dia telah turut serta dalam peperangan di Chechnya dan berjaya mengaibkan Russia. Kini mereka semakin berjaya di Filipina, dan Indonesia. Dan juga di sini.

Kebelakangan ini Osama Laden nampaknya sedang menjalin hubungan dengan pengganas Palestin. Seorang pegawai telah memberitahu NEWSWEEK betapa bahagian risikannya telah dapat mengesan beberapa petanda bagaimana Al Qaeda bukan sahaja mencuba berbaik dengan Kumpulan Hizbullah tetapi dengan dua kumpulan radikal Palestin yang bergerak dalam Israel dan kawasan yang dijajahnya, Hamas dan Palestinian Islamic Jihad. Pada tahun yang lalu, mengikut lapuran risikan Amerika, pasukan keselamatan Israel telah menumpaskan satu cawangan Al Qaeda di Pinggiran Gaza. Para pegawai Amerika merasa gerun bahawa kemenangan Ariel Sharon sebagai perdana menteri Israel mungkin mencuit kemaraan ugutan pengganas itu bukan sahaja terhadap orang Israel malahan juga terhadap orang Amerika. 'Apakah Sharon faham bahawa kemenangannya itu membuatkan pihak pengganas naik berang?' tanya seorang pegawai Amerika. 'Memang, dia sedar perkara itu.'

Urusan menyelesaikan masalah di Timur Tengah itu untuk mendapatkan kedamaiannya ketika Bill Clinton hampir mengakhiri tempoh kekuasannya telah menemui jalan buntu. Pentadbiran Bush cuba menarik diri daripada rantau itu. Tetapi, keadaan yang muncul disitu nampaknya tidak mengizinkan mereka berbuat begitu. Sebelum berakhirnya bulan ini, Setiausaha Negara Colin Powell akan menjelajah keseluruhan Timur Tengah dengan mengadakan persinggahan berjadual di Kuwait, Israel, Mesir, Jordan dan Arab Saudi. Powell pernah mengkritik cara pentadbiran Clinton menangani masalah Timur Tengah itu dan dijangka melancarkan kaedah lain pula. Tetapi, dalam cara memerangi keganasan, beberapa pegawai pentadbiran berkata, Amerika sebenarnya tidak mempunyai inisiatif baru untuk ditonjolkan. Beberapa pakar anti-keganasan dalam pentadbiran kerajaan Amerika telah memberitahu NEWSWEEK betapa Bush dan juga para perancang utamannya masih belum menyediakan satu rencana memerangi keganasan itu. Setakat ini, pasukan Bush itu hanya mengekalkan jawatan seorang pakar anti-keganasan yang bernama Richard Clarke.

.....Bersambung.....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 18.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Danger: Terror Ahead (Part 1)

By Mark Hosenball and Evan Thomas

NEWSWEEK INTERNATIONAL

Feb. 19 issue - American counterterrorism experts have been hunting Osama bin Laden for years. They have spent millions of dollars, countless man-hours and considerable diplomatic capital in order to track down the mastermind blamed, indirectly or directly, for terrorist incidents ranging from last fall's suicide attack on the USS Cole to the 1998 U.S. Embassy bombings in Africa.

LAST WEEK CIA Director George Tenet told the Senate Intelligence Committee that bin Laden's global terror network is 'the most immediate and serious threat' to U.S. national security.

So it may seem more than a little strange that, only a few weeks before Tenet's testimony, a NEWSWEEK reporter sat down with one of bin Laden's alleged associates in the comfort of a London hotel coffee shop. Yasser el-Sirri, a slight wiry man with a full beard, was genial and relaxed. He openly boasted that the Egyptian government had sentenced him to death for various crimes of terrorism. He denied U.S. charges that he raised money and recruited operatives for bin Laden, but he cheerfully confirmed that he was close to some of bin Laden's most feared henchmen. And he admitted that he has recently received-and made public through an entity he operates called the Islamic Observation Center-messages from 'people who are close' to bin Laden.

AN OPEN HOLY WAR

Yasser el-Sirri is only one of several bin Laden associates who hides in plain sight, openly working to support a holy war against America. Intelligence services often prefer to keep suspects out in the open, where they can be watched, rather than driving them underground. And it is true, as America's top spies have long proclaimed, that we rarely hear about their victories-the terrorist attacks quietly thwarted by close coordination between the United States and its allies. Still, bin Laden's fast-moving international network seems to be outpacing international efforts to destroy it. There is an uneasy feeling in the upper levels of the U.S. government that the threat posed by bin Laden is growing-and coming ever closer to home.

['If Osama bin Laden were to fall off a cliff in Afghanistan, we would all cheer, but his organization would still be in place.' - SENIOR U.S. OFFICIAL]

Intelligence officials tell NEWSWEEK that they believe bin Laden, the Saudi billionaire who is thought to be hiding out somewhere in Afghanistan, could strike at any time. The real question is where: since its formation in the early '90s, bin Laden's Al Qaeda group has recruited terrorist cells in countries all through the Middle East and North Africa-and possibly in East Asia, Europe and North America. 'You break up a cell, and another one grows. This is [no longer] one man. If Osama bin Laden were to fall off a cliff in Afghanistan, we would all cheer, but his organization would still be in place,' says a senior U.S. official. 'From his perspective, he's got a 100-year program. He's probably eight years into it... and you can't expect to get too far in the first 10 years. But he's consolidating Afghanistan. He's fighting a war in Chechnya that has bled the Russians, and now they're making inroads in the Philippines and Indonesia, and here.' Lately bin Laden seems to be forging ties with Palestinian terrorists. A U.S. official told NEWSWEEK that U.S. intelligence recently has picked up indications that bin Laden's Al Qaeda has been trying to increase its influence and contacts not only with Lebanon's Hizbullah but with two radical Palestinian groups that operate inside Israel and the occupied territories, Hamas and Palestinian Islamic Jihad. Last year, according to U.S. intelligence sources, Israeli security forces 'broke up' an Al Qaeda cell on the Gaza Strip. U.S. officials fear the election of hard-liner Ariel Sharon as prime minister of Israel could heighten the terrorist threat not just against Israelis, but against Americans. 'Does [Sharon] in and of himself get the extremists excited?' says a senior U.S. official. 'Yes, he does.'

With the collapse of the Middle East peace process and the end of Bill Clinton's intense diplomatic involvement, the Bush administration had hoped to be able to step back from the troubled region. But events may dictate otherwise. By the end of the month, Secretary of State Colin Powell will be traveling all through the Middle East, with stops scheduled in Kuwait, Israel, Egypt, Jordan and Saudi Arabia. Powell has been critical of the Clinton administration's handling of Mideast issues and has hinted he will take a new approach. But when it comes to fighting terrorism, administration officials say the United States has no new initiatives to offer. Top antiterrorism officials in the U.S. government tell NEWSWEEK that Bush and his lieutenants have yet to put forth a counterterrorism plan. So far at least, the Bush team has kept on Clinton's counterterrorism czar, Richard Clarke.

.....to be continued.....