Laman Webantu   KM2A1: 3819 File Size: 8.8 Kb *



TAG MT 42: B2 Keganasan Yang Mencabar
By MSNBC

19/2/2001 8:12 pm Mon

TAG 042 B2

[Osama menggunakan sistem komunikasi yang berlapis-lapis yang amat berahsia termasuk melalui laman web yang sukar dikesan. Ini bermakna jika sebahagiannya dapat dicamkan, sistem komunikasi Osama masih terus dapat berjalan (redundant communication system).

Sempadan negara Amerika dan sekatan dagang tidak mampu menyekat pergerakkan orang-orang Osama kerana mereka berpengalaman dan sudah berada di dalam sistem itu sendiri. Oleh itu sebarang cubaan untuk menumpaskan Osama hanyalah mensia-siakan sahaja. Terlalu banyak maklumat rahsia Amerika sudah berada di tangan Osama, dan ini membuatkan mereka tidak dapat tidur lena hingga ke hari ini.... - Editor]

Penterjemah: -MT-


Keganasan Yang Mencabar

(Danger: Terror Ahead)

Oleh: Mark Hosenball and Evan Thomas

Newsweek International (February 19 Issue)




Bahagian Dua


Musuh Yang Licik

Osama bin Laden memang merupakan seorang musuh yang licik. Dia mempunyai satu jaringan operasi longgar yang mengandungi cabang operasi yang separa-bebas dan mampu mendapatkan bantuan kewangan melalui organisasi yang kelihatan bergerak secara bersahaja. Pengawasan yang perihatin pun kerap gagal menepiskan serangannya. Mengikut sumber risikan Amerika, dua tahun sebelum kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania diserang dengan bom, CIA dan Agensi Keselamatan Negara telah memasang alat pengintipan kepada lima buah telefon yang digunakan oleh orang-orang yang disyakki menjadi ahli cawangan Al Queda di Kenya. Pihak FBI berjaya menangkap salah seorang yang disyakki itu untuk disoal-siasat. Beliau ialah Wadih el-Hage, seorang rakyat Amerika daripada Lebanon yang pernah menetap di Texas dan menguruskan perniagaan Bin Laden di sana. Kenapakah pegawai penyiasat dan pendera itu membongkar rancangan pengboman itu? Mereka digagalkan oleh kepintaran para operatif yang disyaki itu dalam menggunakan kod rahsia dan nama samaran serta perkataan yang mengandungi rahsia maknanya.

Adalah amat sukar untuk mengesan makna isyarat daripada jaringan komunikasi Osama Laden. Dia menggunakan satu sistem putaralih komunikasi yang boleh dibeli di pasaran terbuka. Mengikut beberapa laporan, dia mampu berhubung secara onlain menghantar peta-peta dan isyarat berahsia kepada pengikutnya melalui laman web yang menyediakan fonograpi dan warta sukan kepada pelanggan mereka. Dia memang pintar menggunakan organisasi proksi sebagai saluran membersihkan wangtunai. Beberapa organisasi proksi ini memang wujud di Amerika Syarikat. Di Minneapolis, pasukan FBI dan Perkhidmatan Imigresen dan Pendudukan-Tetap sedang membuat penyiasatan terhadap ledakan kiriman wang luar negara yang dilakukan oleh pendataang Somali di tempat perkampungan mereka. Mengikut laporan selidikan oleh Minneapolis Star Tribune pada November lalu, pendatang Somali telah mengirimkan sebanyak 75 juta dollar daripada Amerika Syarikat dengan kadar sekitar 2 juta hingga 4 juta dollar, setiap bulan. NEWSWEEK difahamkan betapa para penyiasat Amerka beranggapan bahawa sebahagian wang itu adalah untuk pergerakan Islam yang bernama Al-Ittihad yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda.

(Catatan Penerjemah: Lihat betapa bongoknya orang Amerika. Bulan November dulu adalah musim umat Islam bersiap sedia menunaikan kerja-kerja Ramadhan dan Aidulfithri. Orang Somalia seperti juga kaum Arab lain selalunya mengerjakan umrah ketika itu. Adalah logik kalau yang mampu dan berwang di Amerika mengirimkan wang kepada saudara mara mereka yang memerlukannya. Tetapi, FBI mana tahu semua itu?)

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang bebas dan terbuka luas. Memang tidak sukar untuk menyusup masuk negara itu. Salah seorang calon saksi pihak pendakwa dalam kisah pengboman kedutaan yang sedang dibincangkan di mahkamah York City ialah Ali Mohamed. Ali memasukki Amerika pada 1980-an dan berjaya menganggotai pasukan angkatan bersenjata Amerika Syarikat. Dia selanjutnya dinaikkan pangkat menjadi sarjan dan telah dikerahkan untuk menganggotai pasukan khas yang berpangkalan di Fort Bragg, N.C, di mana dia ditugaskan sebagai seorang pelatih unit komando yang elit mengenai budaya Islam dan politiknya. Rupanya ketika itu, dia sudah pun berkhidmat (secara rahsia mungkin - penterjemah) dengan Egyptian Islamic Jihad yang memang mempunyai pertalian rapat dengan Al Qaeda. Apabila bersara daripada perkhidmatan tentera Ali Mohamed telah beralih ke Afghanistan dan menjadi guru yang melatih orang-orang Osama Laden dalam perihal menggunakan bahan ledakan. Tidak lama kemudiannya dia memulakan kerja-kerja penubuhan Kumpulan Al Qaeda.

Ali Mohamed telah memberi keterangan bagaimana dia membawa beberapa gambar kedutaan Amerika untuk ditunjukkan kepada Osama Laden. Osama telah memberikan pendapatnya sambil menunjukkan lokasi di mana sebuah trak yang dipandu oleh seorang wira jihad boleh membolosinya untuk meledakkan tempat itu.

.....Bersambung.....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 18.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Danger: Terror Ahead (Part 2)

Osama bin Laden's network is growing. So is the danger to Americans. A NEWSWEEK investigation

By Mark Hosenball and Evan Thomas

A SLIPPERY FOE

Bin Laden is a slippery foe. He runs a loose alliance of semiautonomous cells and raises money through innocent-seeming front organizations. Even close surveillance sometimes fails to head off an attack. According to U.S. intelligence sources, two years before the bombing of the American embassies in Kenya and Tanzania, the CIA and National Security Agency began bugging five telephones used by members of the suspected Al Qaeda cell in Kenya. The FBI actually hauled one of the suspects, Wadih el-Hage, a naturalized U.S. citizen from Lebanon who had lived in Texas and managed some of bin Laden's business interests, in for questioning. Why didn't the spooks and gumshoes uncover the bombing plot? Because the suspects were smart enough to speak cryptically, using pseudonyms and code words, say U.S. officials.

A Spreading Islamic Fire

Bin Laden's communications network is getting tougher to crack. He is using powerful encryption devices that can be bought on the open market. According to some reports, he has gone online to send coded maps and signals to his followers through Web sites that offer their regular customers pornography and sports news. He is adept at using front organizations to move and launder money. Some of those fronts may be in the United States. In Minneapolis, the FBI and Immigration and Naturalization Service are investigating a wave of large money transfers overseas by recent Somali immigrants to the area. According to a report on the investigation published last November by the Minneapolis Star Tribune, Somali immigrants have sent as much as $75 million out of the United States at a rate of roughly $2 million to $4 million a month. NEWSWEEK has learned that U.S. investigators now believe that some of that money is going to a radical Islamic movement called Al-Ittihad that has ties to bin Laden's Al Qaeda group.

In the Realm of the Angels

The wide-open United States is not hard to infiltrate. One of the prosecution's likely witnesses in the embassy-bombing trial now taking place in New York City, Ali Mohamed, came to America in the 1980s and managed to enlist in the U.S. Army. Rising to the rank of sergeant, he was assigned to the ultrasensitive Special Forces base at Fort Bragg, N.C., where he instructed elite commando units on Islamic politics and culture. He was, it now appears, already working for Egyptian Islamic Jihad, which has close ties to Al Qaeda. After leaving the Army, he took his know-how to Afghanistan, where he began training bin Laden's men in explosives. Soon he was helping to set up a terrorist cell in Nairobi. He has testified that he brought pictures of the American Embassy to bin Laden, who 'pointed to where a truck could go as a suicide bomber.'

.....to be continued.....