Laman Webantu   KM2A1: 3821 File Size: 13.0 Kb *



TAG MT 43: Ghaibnya Peluang Keemasan MSC
By Oon Yeoh

19/2/2001 9:35 pm Mon

TAG 043

[Jika kerajaan faham apa itu Knowledge Ekonomy, MSC tidak akan teroleng-oleng sebegini. Microsoft atau Yahoo misalnya, berasal dari institusi pengajian tinggi. Malah Microsoft lebih banyak melabur di Bangalore kerana di situ ada banyak sumber manusia berilmu, bukannya kerana ada banyak gentian optik fiber.

India mengekspot sumber manusia dengan universiti tetapi Malaysia membuncitkan kroni dengan IPTS dan tidak berminat dengan pendidikkan murah atau percuma. Padahal ilmu itu bakal mendatangkan pendapatan berlipat kali ganda buat ekonomi negara.

Membina program atau teknologi memerlukan tumpuan yang tinggi yang tidak boleh dikongkong dengan sempadan itu ini atau kos yang tinggi. Sebab itulah banyak syarikat IT bermula dari kedhaifan yang mendorong penciptaan, dan dorongan (profesor) institusi pengajian yang menjanakan pemikiran.

Saya memetik kata seorang rakan: MP

"Sini tak ada nampak orang pakai casual. Tak macam di USA, pakai seluar pendek dan selipar pun boleh (Mat Salleh lerrr.) - lagi satu banyak mat salleh ni (macam orang jepun juga) kuat hisap rokok, jadi kalau duduk dalam air-cond MSC ni tak best lerrr - tak leh merokok senang2. Ini antara kebebasan dan privacy yang diinginkan oleh kebanyakkan "hantu komputer" - mesti ada makanan ready anytime atau boleh order right on desk - mamak punya pun tak ape... asal fast and light food. Ini penting sebab kalau perut kosong macam mana nak buat program2 yang boleh membawa untung? Cukup lah kita kena kelentong..... silap haribulan kompeni kita kerja kena gantung!! "- MindBroker.

- Editor]


Penterjemah: -MT-


Ghaibnya Peluang Keemasan MSC

(MSC's First Mover Advantage Lost)

Oleh: Oon Yeoh

Dipetik daripada www.thesundaily.com - Sunbiz 12/2/2001


Apabila saya pulang ke Malaysia pada akhir 1996 setelah berada begitu lama di luar negara, saya merasa kagum terhadap dasar terbuka kerajaan dalam menganuti IT. Ketika itu 'Multimedia Super Corridor' (MSC) adalah sesuatu yang dianggap sebagai yang tercanggih dan membanggakan sehingga membuatkan semua orang menoleh ke arah Malaysia sebagai destinasi IT.

Perdana Menteri Mahathir Mohammad mempunyai satu wawasan yang menakjubkan dengan cara beliau memberikan kepentingan kepada IT di waktu pemimpin lain di rantau ini masih belum lagi memikirkan perkara itu. Ironinya, seperti juga dengan lain projek dotcom sejagat, MSC telah gagal mengambil peluang keemasan daripada statusnya sebagai peneroka bidang ini. Singapura dan Bangalore (India - penterjemah) kini sudah berada di tempat yang lebih ke hadapan dari segi tahunan kemajuannya dan daripada aspek kemajuan IT nya. Pergilah ke Cyberjaya sekarang ini, anda akan hampa mengetahui bahawa kewujudan syarikat IT yang sebenarnya adalah indah khabar dari rupa.

Malahan, keriuhan kegiatan IT memang tidak wujud langsung. Berbeza dengan yang pernah berlaku ketika 1996-97 dulu, suasana digerati telah diriuhkan oleh cakap-cakap betapa Malaysia sedang sibuk mewujudkan Lembah Silikon di sebelah Timur. Kini, tidak ramai yang berminat berbincang mengenai MSC itu lagi. Saya pernah menulis beberapa kali betapa pentingnya kewujudan riuh-pekuk mengenai IT itu, terutama sekali dalam dasar Ekonomi Baru. Malangnya MSC tidak pun mempunyai semua benda itu.

Memanglah, setiap kali diadakan persidangan tahunan IT negara, akan muncul beberapa muka lama dan tokoh ternama yang menganggotai Majlis Penasihat Sejagat MSC, media tempatan akan akur mencetak segala kata-kata pujian yang tersembur daripada mulut tokoh-tokoh itu. Dalam hal ini saya mahu meminjam satu ungkapan orang Amerika yang sungguh popular itu: 'Talk Is Cheap,' bererti memang senang kalau setakat bercakap sahaja.

Billl Gates mungkin telah berkata 'its awesome' bererti MSC itu memang menakjubkan. Tetapi, dia melaburkan wangnya di Bangalore di India.

Baru-baru ini saya menemuramah seorang CEO sebuah pembekal perisian onlain (online) yang meberitahu bahawa kepulangannya ke tanah air daripada Amerika Syarikat adalah disebabkan MSC. Ramai pegawai utamanya adalah rakyat Malaysia. Yang peliknya dia masih menempatkan ibupejabat syarikatnya di Singapura.

Kita boleh rakamkan pelbagai dalil yang menunjukkan betapa tenatnya MSC. Kekurangan 'venture capital' (dana permodalan usahasama). Bank tidak bersedia memberikan kemudahan 'merchant accounts' untuk pembayaran melalui elektronik kepada syarikat dotcomtulen. Terdapat terlalu sedikit ISP. Terlalu banyak halangan birokrasi. Kekurangan pakar programing, Kemudahan 'broadband' (ruang teknikal) yang terlalu mahal. Prestasi MESDAQ (pasarsaham syarikat elektronik) yang kurang meyakinkan. Begitulah seterusnya kalau mahu dijadikan satu senarai yang panjang.

Akhirnya akan menonjol punca kesilapan MSC yang cuba membuat peraturan agar semua aktibiti dipusatkan dalam satu ruang yang disebut cyber sity (bandar siber). Sedangkan kewujudan asas internet itu sebenarnnya bertujuan untuk keluar daripada ruanglingkup yang memusatkan itu. (Sebagai catatan: bandar-bandar siber yang rasmi itu adalah; Menara Kembar Petronas, Taman Teknologi (Technology park), UPM-MDC Incubation Centre (pusat inkubasi), dan sudah semestinya Cyberjaya).

Kemajuan Ekonomi baru itu sepatutnya membolehkan seorang programer di Perlis bertugas untuk sebuah syarikat multinasional di California. Saya mempunyai ramai kawan yang mereka laman web bagi pihak syarikat Amerika. Semuanya dilakarkan secara elektronik dan bersifat remot (jarak jauh). Mereka tidak pernah bertemu pengurus projek mereka secara bersua muka. Segala tugasan, mereka terima melalui emel, dan mereka sudahkan secara onlain, dan bayaran upah pula diuruskan dengan cara pindahan telegrafik ke dalam akaun bank mereka.

Inilah cara sebenar aktibiti K-ekonomi. Tidak kisahlah kalau ia berlaku di Cyberjaya ataupun di Kota Bahru. Itu sebabnya konsep pembikinan Lembah Silikon Timur di Cyberjaya tidak terlaksana.

Sepatutnya, kewujudan internet itu akan menghasilkan dunia sejagat yang tidak mempunyai sempadannya. Tetapi di negara ini kita cuba membina satu industri IT dengan cara mengongkong lokasinya kepada satu kawasan berukuran 15 km x 50 km. Malahan kita perlu ingat betapa orang-orang yang mempunyai otak dotcom tidak suka dikongkong baik dari segi fisikal mahupun dari segi metafora. Lagipula kita mesti ambil kira cara pembikinan Lembah Silikon yang diilhamkan itu. Syarikat teknologi dan bisnes dotcom berkumpul di satu tempat kerana mereka mahu berbuat begitu. Satu budaya semulajadi Lembah Silikon dan teknologi eco-system pun akan muncul. Semua ini tidak boleh dicernakan secara artifisal.

Sebaliknya, kita dapat menyaksikan bagaimana Cyberjaya dibina oleh manusia secara sengaja (oleh otak gila-penterjemah). Di situ memang mungkin wujud talian fiber optik (gentian). Malahan juga wujud beberapa bangunan cangih-canggih dan sebuah Multimedia Universiti. Tetapi, tidak banyak kemudahan sokongan (ancillary) di sana. Tidak ada pusat membeli-belah, tidak ada tempat bersantai dan minum-minum, tidak ada disko, pawagam, 'Coffee Bean' malahan juga McDonald's.

Penganjur MSC mungkin menjawab bahawa semua kemudahan ituakan diwujudkan juga. Tetapi, inilah yang akan mencetuskan bebrapa soalan susulan. Bila lagi? Malahan kita mesti fikirkan, yang mana satu yang patut didulukan, McChicken ataupun McEgg? Orang tidak mahu berpindah ke sana kerana ketiadaan burger untuk mengisi perut mereka. Syarikat makanan segera memang tidak berminat ke sana kerana tidak ada sesiapa untuk melanggan layanan mereka.

Sekiranya kerajaan memang bersungguh-sungguh mahu menjadikan ekonomi negara kita menjadi K-ekonomi, sepatutnya keseluruhan Kuala Lumpur itu dijadikan MSC. Malahan, keseluruhan negara dijadikan begitu. Kenapa tidak? Kalau sesuatu syarikat itu adalah besifat IT, ia diberikan status MSC dan insentif khas yang melibatkannya, tidak kiralah kalau ia ditempatkan di Cyberjaya ataupun Balik Pulau. Tetapi, itu bukan caranya sekarang sedangkan itulah yang sepatutnya. Apakah MSC itu sudah gagal? Jawapannya tentulah tidak begitu.

Dalam beberapa hal ini ia memang satu kejayaan juga dan saya akan tuliskan sebabnya. MSC meruapkan satu konsep - bahawa ia akan membuka peluang besar kepada segtiap frakyat malaysia yang menganuti dan menggunakannya untuk memperbaiki cara hidupnya, di tempat kerja dan di tempat bermain. Kalau anda anggap MSC itu sebagai satu konsep dan bukannya satu projek infrastruktur, adalah jelas ia dikatakan sudah mencapai sedikit kejayaan. Inilah yang seya katakan ketika CNET Malaysia menemubual saya untuk sebuah artikel mengenai MSC pada Jun tahun lalu. Saya masih mempunyai pendirian yang sama sejak itu.

Walaupun tidak ada syarikat yang besar dalam dunia IT dan bertaraf global mengalihkan ibupejabat mereka ke Cayberjaya sebagai intipati strategi mereka, MSC masih juga dikira berjaya dari segi kemampuannya mencetuskan kesedaran di khalayak rakyat marhaen betapa pentingnya IT.

Mungkin tidak ada seorang pun ibu dan bapa di Malaysia kini yang tidak yakin betapa pentingnya anak-anak mereka menjadi celik IT dan Cinta IT seperti yang dilaungkan oleh lagu yang pelik satu ketika dulu. Kesedaran ini adalah disebabkan inisiatif MSC agar internet tidak ditapis.

'Salah satu kebaikan hasil MSC itu ialah janji kerajaan untuk tidak menapis internet dan sehingga kini kerajaan nampaknya mematuhi janji itu.' Demikian pendapat Steven Gan, editor Malaysiakini, sebuah akhbar poltik onlain yang memang kerap mengkritik kerajaan.

Kita juga dapat menyaksiakan satu budaya bekerja kuat di kalangan kakitangan MultimediaDvelopment Corporation (MDC), agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan dan memasarkan MSC. Ketika menyediakan artikel ini saya memerlukan sedikit penjelsan dan telah mengirimkan beberapa emel kepada MDC di jabatan perkhidmatan pelanggannya. Saya terkejut dengan kecepatan dan jawaban berhemah daripada mereka. Syabas kepada pegawai di situ (jabatan kerajaan yang lain harus mempelajari kecepatan internet).

Kini, kita sudah pun terlepas peluang keemasan yang ada di tangan kita satu ketika dulu. Kita tidak akan menjadi pusat teknologi di Asia. Singapura dan juga Bangalore mungkin lebih layak melaungkan hak untuk mendapatkan gelaran itu.

Namun, ini tidak bererti segala-galanya sudah pun berakhir. Kita masih ada peluang untuk mewujudkan satu industri IT yang mampu maju. Lagipun, bukannya kita mempunyai insan yang lebih kreatif, lebih berusahawan dan lebih tabah daripada yang sudah sedia ada di Singapura. (Saya belajar dan hidup selama empat tahun di Singapura dan tentulah layak menulis mengenainya).

Kita tidak seharunya mematahkan semangat golongan usahawan kita dengan peraturan yang ketat-ketat mengenai lokasi projek mereka. Berilah mereka insentif untuk memulakan bisnes internet di negara ini, samada di sebuah kampung yang nun jauh di sana ataupun di sebuah lokasi canggih di bandar siber. Daripada alamat perniagaan kita boleh tahu samada seseorang itu menjalankan operasi perniagannya daripada sebuah gudang ataupun sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Tetapi, melalui alamat emel, kita tidak mampu menelahnya. Bolehkah anda melakukannya. Tentu ada sesuatu di sebalik soalan itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 18.2.2001<<<<<<<<<<<<<<




Catatan Penterjemah:

Saya pernah menulis panjang lebar secara berkias mengenai Cyberjaya. Bill Gates memulakan bisnesnya di sebuah garaj kereta. Yahoo dan Hotmail dicetuskan di sebuah kelas universiti sahaja. Tetapi Cyberjaya bermula dalam otak seorang diktator gila.

Negara luar memulakan industri IT dengan mendidik penduduknya dulu. Tetapi kita mulakan industri IT dengan mengimpot pekerja IT, sehinggakan tukang gunting pun terpaksa diimpot dengan ihsan Mr.Sammmyyyy!!!

-MT-