Laman Webantu   KM2A1: 3826 File Size: 4.4 Kb *



Re: PAS AKAN JADI SIBUK
By La Domeng3

20/2/2001 8:16 pm Tue


Syikalang apa sudah jadi?
PAS akan jadi sibuk. Bila Bapak Presiden PAS umum tangguh...ahli dan penyokong PAS jadi tak tentu arah. Penceramah PAS akan jadi sibuk selepas ini keseluruh negara untuk buat penjelasan tentang penangguhan. Media massa dan elektronik sekali lagi dengan arahan Mahathir memerangkap PAS dalm isu penangguhan ini.

Mahathir keras perut tahan ketawa di Putra Jaya sebab perangkapnya menjadi. Dari mula sebenarnya Mahathir memang tidak mahu pertemuan ini di teruskan tapi dia tidak mahu bertanggungjawab untuk menyatakannya. Mahathirlah katakan.Manusia bangsat ini mana mahu mengaku dia berak di tengah jalan. Sedangkan untuk jadi saksi di mahkamahpun dia tidak sanggup, lagikan pula hendak mengadakan
pertemuan seperti ini. Syikalang bila Presiden PAS tolong umum tangguh pertemuan, kerja Mahathir jadi senang.

Mahathir sudah setkan bola. Tunggu masa untuk smash sahaja. Stroke player macam Ustaz Fadzil pun lama-lama lelah juga. Opportunis macam Mahathir ini tidak akan melepaskan peluang untuk bertindak bila mendapat walaupun seinci ruang. Pasal temberang punya cerita kalau dia dah tak buat bermakna dia dah nak M****S. Selagi hidup selagi itulah dia akan menipu dan membelit. Kalau ular tetap ular juga. Kalau tidak membelit bukanlah ular namanya. Tetapi Mahathir ini adalah dari spesis ular yang hampi pupus. Ular berlidah biawak. Kalau tidak menipu bukanlah Mahathir. Hehehehe!!! (Melalut sedikit pagi ni)

Dengan hanya 15 minit kenyataan di TV3 oleh beberapa orang termasuk Mufti Besar Perak cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS tidak ikhlas. Bukankah Tuan Guru Mursyidul Am telah mengkiaskan bahawa Mahathir itu seperti Singa Tua. Hendak berburu tak larat. Jadi dia panggillah haiwan lain datang ke gua sebab dia hendak buat jamuan makan. Disamping itu pada 27.12.2000 yang lalu Ust. Harun Din juga telah mengingatkan para pemimpin dan ahli PAS di Perlis supaya berhati-hati dengan perangkap ini.

Rakyat Marhaen bukan tahu Mahathir mungkir janji. Umum tarikh pertemuan sebelum Jawatankuasa Teknikal ambil keputusan. Rakyat tidak tahu apa yang Ust. Nasharudin dan Khalil Yaakob bincang. Yang rakyat tahu syikalang...PAS tidak ikhlas itu sahaja. Dengar kabar di Perlis ada yang dah koyakkan sijil ahli PAS.

Kekadang akupun tak faham. Apasaaaaalla... Pak Mufti Perak tu pulak tumpang semangkuk beri kenyataan kelirukan fikiran rakyat. Bukankah lebih baik diam jika tidak tahu menahu. Tidaklah akan tahu orang kebodohan diri itu. Bila Pak Mufti bercakap, orang akan percaya. Aiii...Pak Mufti Perak bercakap...bukan macam Mufti Noh Gadut dari Johor tu...pengampu Mahathir nombor satu.

Kekadang hairan juga macamana Muftipun boleh kena perangkap. Tempoh hari seorang bekas Profesor mengaku ditipu oleh Sang Katak. Hari ini Presiden PAS pula terperangkap. Terkejut beruk aku bila pengumuman penangguhan itu dibuat.

Sebenarnya dari mula aku tak setuju dengan pertemuan ini. Pada aku buang masa sahaja. KeADILan dalam hal ini nampak smart. Tolak pertemuan dari awal lagi. Syikalang PAS kena buat banyak kerja. Inilah yang Mahathir mahu. Jadi tumpuan rakyat tidak lagi 100% kepada dia. Hai...entahlah tak gheti-gheti juga lagi engkau orang semua weh?

Aku bukan apa, cuma nak tanya kepada sesiapa yang berkaitan termasuklah Pak Mufti Perak, apakah isu penafian royalti kepada Terengganu itu berkaitan dengan parti? - (Penganiayaan). Apakah isu nama Islam itu juga isu parti?

Sebab apa pula tidak boleh bincang soal ini? Bukankah Mahathir guna letterhead PERDANA MENTERI MALAYSIA semasa panggil PAS dan KeADILan untuk berbincang dulu? Kalau dia guna letterhead UMNO okaylah. Jadi kita hanya boleh bincang soal parti sahaja. Tetapi sebaliknya dia gunakan kedudukannya sebagai PM. Jadi takkanlah tak boleh bincang pasal negara. Kita kena ingat semua ini.

Yang satu lagi aku tak faham bila Mahathir kata boleh bincang apa sahaja tetapi tiada agenda. Ini sembang kedai kopi namanya. Kalau macam itu dia kata lebih baik batalkan sahaja pertemuan PAS-UMNO itu. Buat mengabihkan bogheh ajo. Lebih baik kita pakat-pakat macam orang Kubang Pasu keluar UMNO, kita ramai-ramai pergi Putra Jaya dan ramai-ramai kita tarik Mahathir turun tahta.


- La Domeng3