Laman Webantu   KM2A1: 3828 File Size: 17.8 Kb *



TJ MT MGG: Budaya Kesederhanaan
By M.G.G. Pillai

20/2/2001 11:35 am Tue

MGG4201

[Budaya kerja bersambil lewa atau tidak bersungguh pokok pangkalnya berpunca dari sikap pihak atasan juga. Ramai yang berkerja untuk menjaga nama menteri - bukannya untuk menjaga hati rakyat. Pernah satu ketika dulu DBKL menggempur Bukit Bintang yang bersepah dengan sampah sarap hanya setelah PM naik berang kerana malu dengan pemimpin Pakistan.

Mutu kerja boleh ditingkatkan jika kerajaan membuang semua mahluk perosak yang ada, malangnya kerajaan bukan sahaja membuang mereka yang cekap (seperti Tajuddin Ali), tetapi menambahkan lagi mahluk yang merosakkan. Sekadar merepek dan menuduh lembab dan tidak berkualiti kita tidak akan kemana kerana apa yang kita mahukan ialah pendedahan NAMA MEREKA yang terlibat. Tanpa itu sampai bilapun masalah tidak akan berkesudahan. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Budaya Kesederhanaan

(The Cult of Mediocrity)


Artikel asal ada di laman 'CHIAROSCURO' di Malaysiakini.


Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, sedang serbasalah. Semakin ramai rakyat Malaysia yang dianggapnya tidak peduli lagi dengan budaya kerja dan perkhidmatan mereka. Ini mesti dihentikan, katanya. Memadaikah dengan meraung begini? Dua puluh tahun yang lalu, ketika Dr. Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri, dia mahukan Kuala Lumpur menjadi sebuah badar raya dalam taman yang indah.

Kini, tidak ramai yang bercakap perkara itu sedangkan apa juga ruang kosong yang masih tinggal sedikit itu dirobek-robek untuk dipasang cerusuk bagi mewujudkan bangunan pencakar langit lagi. Di sana-sini kita dapat lihat bagaimana pokok-pokok yang ditanam dengan harga ribuan ringgit tiap sebatang, kini dikerat dan dipunggah beberapa bulan kemudiannya untuk membolehkan kerja-kerja melebarkan jalan.

Paklah menyalahkan etika kerja yang longgar. Apabila rakyat Malaysia lebih selesa melihatkan pendatang haram daripada Indonesia dan Bangladesh membuat kerja-kerja kotor itu bagaimana pula perkara ini boleh mencetuskan etika kerja yang baik? Apakah sudah menjadi satu dasar menggalakkan kesederhanaan dalam pekerjaan di pihak kerajaan dan juga swasta? Sebaik sahaja seorang penyelia itu memalingkan mukanya, orang yang diawasinya pun cabut lari pergi minum kopi, selalunya berkali-kali dalam sehari. Deringan telefon memang selalu dibiarkan begitu di hampir semua jabatan kerajaan.

Bangunan yang memang tidak pernah diselia bertahun lamanya, tiba-tiba sahaja dibersihkan setiap kali ada orang penting datang membuat lawatan. Kalaulah kerja-kerja menyelia bangunan itu dibuat selalu, Kuala Lumpur tidak 'menjadi bandaraya kelas bawahan di mana wujudnya struktur bangunan bertaraf kelas utama di sebuah negera kelas dunia ketiga.' Inilah pandangan Abdullah sendiri. Tetapi sebuah negara dunia ketiga tidak semestinya mempunyai budaya kerja yang jijik ataupun negara dunia utama mesti mempunyai budaya kerja yang baik-baik.

Dr. Abdul Kalam, orang yang bertanggungjawab mengetuai program senjata nuklear India pernah ditanya dalam satu wawancara BBC, sebaik sahaja India berjaya meledakkan bom atom ciptaannya; apakah dia sangsi kalau-kalau para pekerja dalam projeknya itu dapat melaksanakan tugas mereka memandangkan sikap mereka yang suka ponteng bila diberikan peluang. Dia menjawab betapa dia amat curiga kalau dia sendiri dan juga para pakar saintisnya berkemungkinan menghampakan semua petugas itu kerana kegagalan mereka.

Seseorang pekerja India apabila telah dipastikan tugasannya akan melaksanakan tugas itu mengikut kemampuannya yang terbaik sekali. Dia tidak takut kalau tugas itu tidak terlaksana. Dia merasakan puas melaksanakan tugas, tidak kiralah betapa rendahnya anggapan orang terhadap tugasnya itu ataupun apakah tugas itu sesuatu yang membosankan kerana perlu dilakukan berulang-ulang. Dia lebih takut dimarahi orang kalau dia gagal melaksanakan tugasnya. Semua ini bergantung kepada cara dan persepsi seseorang perkerja itu menilai peranannya dalam masyarakat.

Perbezaan sudah semakin ketara di negara ini. Tidak ada sesiapa yang peduli lagi. Memang amat mudah menggaji seorang pekerja Indonesia ataupun Bangla untuk melakukan sesuatu. Abdullah boleh terus bersuara lantang mengenai budaya kesederhanan ini dan tidak ada perubahan yang dapat dilakukan selagi sikap bekerja secara sederhana sudah menjadi satu budaya. Sikap ini tidak lagi terkongkong di kalangan pekerja biasa. Cubalah hubungi sepuluh orang pegawai di satu pagi dan anda akan diberitahu mereka sedang berada di meja mesyuarat yang tidak tentu bila akan berakhirnya. Kalau anda mahu menilai status sesuatu permohonan anda? Jangan haraplah. Pegawai yang berkenaan sedang bercuti dan tidak ada sesiapa pun di situ sebagai pengganti.

Reput Yang Bermula Di Kepala

Baru-baru ini Timbalan Perdana menteri membuat lawatan rasmi ke Singapura. Dia telah ditemani sebaris menteri (pusat) dan ketua menteri dan sekumpulan pegawai yang menjadi ahli kontijennya. Kenapakah perlunya dia membawa begitu ramai tukang iring dengan membazirkan wang kerajaan. Kebanyakan mereka yang mengirinya itu sengaja bersantai dengan menggunakan peruntukan kerajaan sahaja. Bagaimanakah Paklah sanggup mengkritik apabila kakitangan di bahagian bawah perkhidmatan kerajaan itu tidak mahu menjalankan tugas dengan berkesan?

Kereputan pentadbiran Malaysia bermula di kepala, seperti ikan juga. Memang tidak ada panduannya. Hanya kenyataan akan hasratnya. Menteri kabinet memang orang yang pakar dalam perkara ini. Tetapi, mereka juga amat pakar untuk mengengkari sebarang panduan yang dikeluarkan. Begitu juga yang bertugas di setiap kementerian. Media massa memang gemar membesarkan cerita mengenai kelemahan ini. Tetapi, tidak mencetuskan kesan apa-apa. Tidak ada sesiapa yang bersedia mengeluarkan peraturan bertulis agar sesuatu peraturan dipatuhi. Ia hanya merupakan satu kenyataan spontan yang dikeluarkan untuk bahan persidangan akhbar semata-mata. Kerana itu kenyataan demikian tidak perlu di ambil perihatin secara serius.

Jadinya, Abdullah mahukan pekerja kelas bawahan mempunyai etika kerja sedangkan perkara yang sama tidak perlu dikenakan kepada para pegawai dan yang setaraf dengannya. Kita tidak menjadikan usaha menabung kepakaran sebagai satu kemestian. Kita tidak membudayakan kerja yang bermutu tinggi. Kita mempunyai beberapa maktab tusyen yang menyediakan pelajar untuk memasukki ambang universiti untuk mendapatkan kelulusan sarjana mereka. Kerana itu kita mudah bermegah betapa kita unggul dalam industri pendidikan. Inilah caranya kita menggalakkan rakyat Malaysia menjadi doktor perubatan, jurutera, akitek, perancang bandar dan sebagainya.

Kita mudah mengelat dalam setiap tahap kehidupan kita. Apabila kita membeli rumah, tidak lama kemudian kita dapat tahu betapa ia tidak di bina dengan sempurna. Saya belum lagi berjumpa dengan seorang pembeli rumah yang merasa puas dengan pembeliannya kerana ia diusahakan oleh seorang pemaju yang mempunyai sikap yang sama kalau dia membuat sosej. Buatlah pengaduan, dan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan akan menjawab sambil melegakan perasaan anda kenapa anda harus terus tinggal di rumah itu dengan perasaan yang selesa. Tidak kiralah kalau jaminan pemaju itu sudah luput kelmarin dan anda tidak boleh membuat tuntutan lagi.

Masyarakat yang Sakit

Pihak polis terpaksa melancarkan 'jualan murah' untuk menggalakkan masyarakat yang berhutang beratus ribu banyaknya dalam bentuk saman yang pihak polis gagal untuk mendapatkannya. Jabatan pengangkutan jalan tiba-tiba sedar betapa puluhan ribu lesen pemandu telah diedarkan secara ajaib. Lihat sahajalah kepada semua kelengkapan stadium yang dibina khas untuk Sukan Komanwel 1998. Semuanya hampir lingkup kerana kekurangan kerja-kerja seliaan. Ia tidak boleh digunakan untuk satu pesta sukan yang besar lagi tanpa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memperbaikki dan menggantikan barangan yang telah lama hilang kerana sengaja dicuri orang. Semua ini adalah satu gambaran betapa masyarakat Malaysia sedang diserang penyakit yang sengaja diabaikan oleh kerajaan.

Satu ketika dulu kerajaan menjadi tertekan kerana kekurangan tenaga manusia sehingga melaksanakan satu projek agar ada satu juta manusia bekerja dengannya. Tidak ada satu usaha sehinga kini untuk menilai apakah semua yang diambil bekerja itu betul-betul membuat kerja. Begitulah segterusnya. Kerana itu, apa perlunya membersihkan Kuala Lumpur kerana timbalan perdana menteri naik marah?

Kalau Abdullah serius dengan kenyataannya, dia harus mulakan merombak sikap di bahagian atasan. Di sinilah mulanya segala kereputan itu. Eloklah dia mendedahkan para menteri dan ketua jabatan yang tidak menjalankan tugas. Ia harus menjadikan urusan itu sesuatu yang diutamakan sementara dia masih menjadi timbalan perdana menteri dan sehingga dia menjawat jawatan perdana menteri, kalaulah nasib memihak kepadanya. Dia mesti menunjukkan tauladan, walaupun kita tahu dia tidak berupaya melakukannya. Inilah yang dirasai oleh perdana menteri selepas berkuasa selama dua puluh tahun. Inilah juga yang akan diketahui oleh seorang perdana menteri pada 2020 nanti.

Untuk melakukan perubahan kepada semua itu, mesti ada reformasi terhadap sikap dan persepsi. Inilah sesuatu yang tidak akan disetujui oleh pentadbiran Barisan Nasional. Menuduh sebahagian masyarakat kerana tidak mahu bersikap unggul tidak akan merobah keadaan. Apabila tidak ada sebarang imbohan untuk melakukan perubahan dan apabila lebih menguntungkan sesaorang itu kalau dia mengikut sikap dan gelagat ramai, apakah gunanya dia melakukan perubahan? Inilah budaya kerja di bahagian atasan. Kalau ia dicontohi di bahagian bawahan apakah kita mesti hairan? Perlukah kita memberitahu Abdullah dengan penuh kiasan?

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 19.2.2001 <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini

16 February 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai


The Cult of Mediocrity


The deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, is in a tether. Malaysians cares not about work and service that Kuala Lumpur is a "national shame". It is time this changed, he thunders. But is it enough? Twenty years ago, when Dr Mahathir Mohamed became prime minister, he wanted a tree-lined garden city in Kuala Lumpur.

Today, no one talks about that while the few, far too few, green lungs are ripped up for yet another unfillable skyscraper. The legacy of that is seen in fits and starts when exotic trees are planted at a few thousand ringgit a piece all over Kuala Lumpur only to be cut down a few months later because the road has to be widened.

He blames it on a poor work ethic. When Malaysians would rather have illegal Indonesians or Bangladeshis do their dirty work, how could this bring about a proper "work ethic"? It is national policy to encourage mediocrity in government and in commerce. Pride in one's work is not encouraged. The moment the supervisor's eye is turned, the workers go for their obligatory "minum kopi", often several times a day. Phones are routinely unanswered in almost all government departments.

Underclass City

Buildings, unkempt for years, are spruced when a VIP is about to visit. If this spring cleaning had been routine, Kuala would not be the underclass city with "first world structures in a third World country", as Abdullah claims. But a third world country does not automatically mean poor work habits or a first world country ensure good work habits.

When Dr Abdul Kalam, the man who oversees India's nuclear weapons programme, was asked on a BBC interview, after India's atomic explosion, if he feared the labourers and menials in the programme were not up to the mark, given their propensity to down tools at the drop of a hat, he said he was more afraid he and the scientific establishmen would let them down by failing.

The Indian worker, once alloted a task would do it to the best of his ability. He had no fear they would not. There is pride in their work, no matter how low or repetitive. There is a sense of purpose in India about what is good for India. He was more afraid of having to face them after he failed. It is a matter of how a worker perceives his role as in the society he lives in.

Here it is different. No one cares. There is always the Bangladeshi or Indonesian who could be hired to do what he would not. Abdullah can beat his breast about all this, but nothing would change so long as mediocrity rules. It is not limited to menial or semi-skilled work. Telephone any ten senior officers this morning, and they would be, inevitably, away at interminable meetings. You want to find the status of your application? You cannot. The officer is on leave and no one can help you.

The Rot At the Head

Let the deputy prime minister go on an official visit, as he did this month to Singapore, and he would be accompanied by sundry cabinet ministers and chief ministers and a huge contingent of officials. Why? If he had taken a handful of officials and politicians in his entourage he should have set an example. As it is, most of those who went with him went for the ride at government expense. And he dares complain that those at the bottom of the civil service totem pole do not pull their weight?

The rot in Malaysia begins, like in fish, at the head. There is no direction. Only statements of intent. Cabinet ministers are good at this. But they would not follow it up. Nor would those in his ministry. The newspapers are on hand to publicise it. But nothing happens. No one bothers to send written instructions to see that this is carried out. It is an offhand statement the worthy makes at an impromptu press conference. It is not meant to be taken seriously.

So, Abdullah wants a superb work ethic for menial and semi-skilled workers he does not want for his officers and others. We do not nurture skills. We do not pursue excellence. We have tuition colleges preparing students for degrees in a dozen universities and proudly proclaim we are the cutting edge of education. We allow Malaysians to be medical doctors, engineers, architects, townplanners by this means.

We cut corners at every stage of national life. We buy a house and invariably it is poorly built. I have not met a single Malaysian happy with the house he bought from a developer who built it in the same way he would make sausages. Complain, and the ministry of local government and housing is happy to tell you why it is all right for you to stay in it. Or that the guarantee ran out yesterday and you have no recourse.

Malaise In Society

The police had to have a fire sale to pressure people to settle hundreds of thousands of traffic summons it had not, in negligence, pursued. The road transport department suddenly discovered that tens of thousands of driving licences were issued in stealth. Look at the worldclass sports stadia we built for the 1998 Commonwealth Games; it is now rundown and seedy for lack of maintenance. It cannot be used for another sports extravaganze without a few hundred million ringgit worth of sprucing up and replacing looted equipment. All this points to the malaise in Malaysian society, one which the government routinely ignores.

The government was once so upset that it was understaffed and went on a spree recruiting staff so that it had one million workers. No attempt was made then, nor is today, if the workers work. This goes down the line. So, why should anyone bother to clean up Kuala Lumpur just because the deputy prime minister is angry it is not?

If Abdullah means what he says, he should start from the top. That is where the rot begins. Let him in public pull up cabinet ministers and senior civil servants who do not meet expectations. Make it central to his position as deputy prime minister and, with luck at a future date, prime minister. He must set the example. But he would not. He cannot. As the prime minister finds after 20 years in office. As the prime minister in 2020 would find.

For this to change, there must first be a reformation in attitudes and worldviews. This the National Front administration would not agree to. So, blaming sections of the community for not pulling their weight will not buck the trend. When there is no incentive to change, and much to gain from not doing one's work, most would give up the ghost and join the crowd. When that happens at the top, those down the line would do with alacrity. I should not have to tell Abdullah that.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my