Laman Webantu   KM2A1: 3830 File Size: 3.3 Kb *



TJ KB: Hari Ini Berambut, Esok Botaklah Semua
By Reuters

20/2/2001 11:16 pm Tue

[Negara Arab kaya wang, tetapi miskin pekerti kerana kerana terlalu ramai pekerja asing. Berita ini memberi dua makna. Sara hidup terlalu tinggi dibandar dan upah hasil menggunting tidak mencukupi. Dengan mengimpot pekerja kita hanya akan melahirkan fesyen asing di bumi sendiri. Kerajaan perlu melakukan sesuatu sebelum rambut rakyat penuh dengan kutu atau berjela panjang sehingga mencecah bahu.

Mungkin botak dapat mengurangkan sedikit buntu, tetapi itu hanya sementara waktu. Tukang gunting akan botak dahulu memikirkan masalah hidup yang semakin mencekik itu. Kenaikkan bil air dan beberapa ubat tertentu pula akan membotakkan lagi wang mereka.

Tetapi yang anihnya pemimpin negara tidak ramai pula yang botak kepala. Yang botak cuma kekayaan negara yang dipermainkan mereka. Bukan seribu atau sejuta, tetapi mereka bermain ratusan juta. Mana tidak botak ekonomi negara dibuatnya. Nasib tukang gunting adalah salah satu dari akibatnya. Nasib anda bila pula agaknya? - Editor]



Pengirim: MT

Terjemahan Ringkas:

HARI INI BERAMBUT, ESOK BOTAK LICIN TUKANG GUNTING

Malaysia kekurangan tukang gunting rambut dan perlu mengimpot pekerja asing untuk menjaga rambut rakyat agar kemas dan rapi.

Presiden CAP, S.M. Idris, berkata sekurang-kurangnya 30 kedai gunting rambut di KL dan Pulau Pinang ditutup kerana kekurangan tukang gunting. (Bernama)

Rakyat Malaysia tidak berminat untuk menjadi tukang gunting dan Persatuan Tukang Gunting India Malaysia telah memohon untuk mengimpot 2,500 orang tukang gunting asing.

CAP mahu kerajaan meluluskan segera permohonan itu, jika tidak banyak kedai yang akan gulung tikar.

Malaysia menggajikan pekerja asing dalam pelbagai sektor seperti perladangan, pembinaan, dan perkhidmatan.

-Kapal Berita-




Rencana Rujukkan:

http://sg.news.yahoo.com/010217/3/hh0w.html

Sunday February 18, 2:09 AM

Hair today, gone tomorrow for Malaysian barbers

KUALA LUMPUR, Feb 18 (Reuters) - Malaysia is running out of barbers and needs to import foreign workers to keep the population's hair neat and tidy.

The President of the Consumers Association of Penang (CAP), S.M. Idris, said at least 30 barber shops in Kuala Lumpur and the northern state of Penang closed last year due to a shortage of barbers, the national Bernama news agency reported on Sunday.

Malaysians are not interested in becoming barbers, forcing shops to turn to foreign labour, Idris said. The Indian Barbers Association of Malaysia has submitted a request to employ 2,500 foreign barbers.

"CAP appeals to the government to deal with this request urgently as the barber shops need to obtain workers quickly. Even a month's delay can result in another few shops closing down," said Idris.

Multiracial Malaysia depends on foreign labour for menial jobs. It recruits foreigners to work in plantation, construction and service sectors.