Laman Webantu   KM2A1: 3848 File Size: 16.6 Kb *



TJ MT MGG: Songlapan Di Farmasi
By M.G.G. Pillai

23/2/2001 5:39 pm Fri

MGG 4301

[Apabila perniagaan ubat dimonopoli oleh kroni, nyawa dan kesihatan rakyat sudah tidak dikasihani lagi. Seperti yang diduga kenaikkan harga ubat bertujuan untuk mengubat kroni yang masih rugi walaupun mereka membolot perniagaan ini dan meletak harga yang terlalu tinggi. Yang peliknya tiada alasan munasabah pula diberi oleh menteri dan tiada punca alternatif diumumkan dengan terperinci.

Sikap sebegini hanya akan mempercepatkan orang yang hendak mati pergi kerana rata-rata mereka sudah tidak berkerja lagi. Inikah sikap masyarakat penyayang yang dilaungkan BN selama ini?
- Editor (Sila baca komen Pak -MT- di nota kaki)
]

(Artikel asal ada dalam Harakah terkini Keluaran 1-15 Mac,01)


Penterjemah: -MT-

Songlapan Di Farmasi

(Fleecing At The Pharmacy)


Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng, baru kini mengetahui mengenai kewujudan ubat jenis 'generic' (yang mudah dibeli secara umum). Dia berkata oleh kerana harga ubat-ubatan semakin tinggi, meningkat sehingga 30% lonjakannya, orang ramai haruslah mendapatkan ubat yang biasa yang memang mempunyai sama tahap mujarabnya. Tetapi, dia tidak pula menyebut di mana boleh didapat ubat jenis itu. Tanyalah setiap farmasi di Kuala Lumpur dan juga di bandar-bandar besar, kebanyakan mereka akan memberitahu tidak menyimpan ubat jenis itu. Tanyalah doktor anda akan ubat jenis itu mereka pun tidak menyimpannya. Tetapi, ubat jenis 'generic' ini memang mudah dibeli di negara asing. Malahan doktor perubatan akan mudah memberi anda membuat pilihan akan beberapa jenama terpilih ataupun ubat jenis umum itu.


Tetapi, bukan begitu halnya di Malaysia. Masyarakat perubatan dan juga semua syarikat farmasi memang tidak menggalakkannya. Memang terdapat satu kumpulan melobi yang sungguh hebat mengenai cara ubat-ubat digunakan di negara ini. Kalau para doktor tidak menyimpan ubat itu, bagaimana anda mampu menggunakannya. Para doktor tidak akan menyimpan ubat-ubat itu disebabkan wujudnya imbohan yang sungguh lumayan yang menyebabkan mereka bersikap demikian sehinggakan sanggup mengenepikan keperluan para pesakit yang memerlukan ubat-ubat seperti itu. Bukannya satu perkara yang pelik apabila syarikat pengeluar ubat memberikan bekalan dua kali ganda pada harga yang ditawarkannya. Inilah yang membuatkan doktor (swasta) cepat kaya.

Ubat-ubat farmasi memang berharga lebih tinggi lagi daripada ubat kebiasaan di wilayah ini disebabkan monopoli oleh syarikat yang dikongsisama oleh anak perdana menteri, Mokhzani Mahathir dan syarikat Renong yang dikuasai oleh menteri kewangan Tun Abdul Daim Zainuddin. Syarikat pembekal ubat yang lain tidak mampu mengemukakan tender harga melainkan mereka membayar komisen melebihi tiga persen kepada syarikat yang dikuasai oleh Mokhzani. Komisen semacam ini yang sepatutnya membuatkan beliau tersengeh di bank kalau tidak kerana hutangnya yang menggunung tingginya.

Kerana inilah harga ubat di negara ini akan terus tinggi. Pharma Niaga yang dikuasai oleh Renong juga menguruskan Perpustakaan Pengawalan Farmasi Kebangsaan (National Pharmaceutical Control Library) sebuah institusi yang diswastakan untuk menguji setiap ubat yang dibawa masuk untuk dikawal dan menentukan jenis yang boleh dijual di pasaran tempatan. Kalaulah perdana menteri berada lebih lama lagi di kerusinya sekarang, tidak lama lagi anaknya yang ini akan membalun semua perkhidmatan sokongan di seluruh hospital di negara ini. Dia sudah pun menguasai Kumpulan Hospital Pantai. Walau apa pun yang dijanjikan kerajaan memberi kesaksamaan kepada rakyat di negara ini, ia hanya merupakan kesaksamaan kepada dua kumpulan yang ini sahajalah.


Harga ubat yang berjenama meningkat naik terlalu kerap sangat seperti juga kenaikan harga tol yang kini merupakan sesuatu beban yang tidak lagi terdaya dipikul oleh rakyat marhaen. Ubat-ubat yang biasa pun seperti pelega kesakitan memang semakin mahal harganya. 'Cardiprin' adalah sejenis ubat berintikan aspirin untuk menghindarkan kepekatan darah. Saya kerap memakannya dan harganya di sini ialah RM9 untuk setiap 28 biji. Tetapi saya membelinya melalui seorang kawan dengan harga A$7 untuk 100 butir. Aspirin yang serupa khasiatnya dengan Cardiprin, memang mudah dibeli di Amerika Syarikat dengan harga beberapa dollar sahaja untuk satu botol berisi 500 butir. Satu butir (biji) ubat multi-vitamen yang berjenama dijual di India dengan harga 14 sen tetapi di negara ini ia berharga RM1.50 (Ingat, in harga satu biji ataupun butir-penterjemah). Pengekangan harga memang menjadi amalan biasa di antara farmasi dinegara ini.

Ubat-ubat yang membantu pernafasan seperti penenang tekanan darah adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk membantu sesaorang yang kesesakan nafasnya. Tetapi, harganya melonjak terlalu cepat sehinggakan ramai yang tidak mampu membelinya. Saya kini tidak lagi mampu menjalani pemeriksaan doktor secara berjadual terhadap jantung saya - saya pernah menjalani pembedahan injap jantung 13 tahun yang lalu -- kerana harganya yang terlalu tinggi -- walaupun pemeriksaan itu dilakukan di hospital kerajaan. Nasib baik saya mempunyai seorang doktor yang bersikap sebagai seorang sahabat yang kerap sedia membantu. Dia memang merupakan seorang 'general physician' yang terbaik di Kuala Lumpur. Kini, kos perubatan adalah satu masalah besar kepada majoriti rakyat marhaen. Harga ubat yang tinggi adalah satu bebanan kepada sesiapa yang bukan menjadi pegawai kerajaan, ataupun pesara kerajaan ataupun yang mempunyai insuran perubatan kumpulan.


Apabila berlakunya kepincangan kepada sesuatu sistem kerajaan seperti yang telah pun dialami oleh perkhidmatan kesihatan dan perubatan, menteri kesihatan cuba menenangkan keadaan dan kemarahan rakyat yang semakin membuak dengan memberikan cadangan alternatif yang dia sendiri tidak akan mengemukakannya. Dia tidak pernah memberi penjelasan kenapa harga ubat-ubat semakin mendadak naiknya dan kenapa kita terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan rakyat di negara lain. Seorang teman memesan vitamin secara pukal daripada Amerika Syarikat sehinggalah dia mengetahui ubat itu lebih murah lagi di Singapura. Jenama yang ini yang memang salah satu jenama terkenal tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Bermacam jenis putar belit dimainkan dalam songlapan pemasaran ubat-ubat agar kuasa penjualan ubat itu hanya dinikmati oleh syarikat pilihan dan kumpulannya untuk menentukan ubat mereka tetap tinggi harganya. Satu ketika dulu ada juga semangat berlawan sebelum dua syarikat pilihan tidak mengambil alih monopoli pengurusan hospital dan perkhidmatan perubatan. Kini, semangat berlawan-lawan itu sudah tidak ada lagi. Memang ada satu jalan lagi untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi ia tidak akan dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. Sepatutnya setiap kali satu jenis ubat itu ada di pasaran, ia mestilah disimpan oleh setiap klinik dan farmasi. Terpulanglah kepada pesakit untuk memilih jenis ubat yang diminatinya.

Saya tidak pernah terpesona dengan dakwaan bahawa ubat alternatif atau pun jenis ubat tradisi (seperti akar kayu) adalah tidak berguna dan berbahaya. Bahaya ubat itu tidak lebih menandingi bahaya penyakit yang patut diubatinya. Kalau boleh saya memang menjauhkan diri daripada perubatan yang dibuat secara 'allopathic' dan mencari kaedah alternatif sebaik mungkin. Saya kerap mudah alah kepada ubat moden itu dan kini lebih cenderung mendapatkan perubatan secara tradisional. Saya semakin lega sekarang dan terkejut dengan jumlah mereka yang mempunyai pengalaman yang sama. Saya bernasib baik kerana doktor peribadi saya mempunyai pemikiran yang terbuka dan dia sentiasa bersedia membantu untuk menolong pesakitnya mendapatkan perubatan yang selesa. Dia tidak pernah ambil pusing apakah perubatan itu jenis moden ataupun tradisi.



Tetapi, ini bukannya satu opsyen kepada orang ramai. Mereka terpaksa bergantung kepada ubat yang mesti dibeli. Apatah lagi ubat itu mahal dan para doktor tidak mampu membekalkannya. Inilah yang kerap berlaku di hospital kerajaan dan menyebabkan mereka terjerut membeli ubat berjenama yang berharga tinggi. Kalau kerajaan mahu menyelesaikan masalah ini (mana mungkin) kerajaan mesti bertindak mengurangkan harga kos perubatan. Dato Chua boleh melalak mengenai penggunaan ubat 'generic' yang lebih murah itu. Tetapi selagi kementeriannya sengaja liat untuk bertindak mengikut ragam dua syarikat yang monopoli industri itu, tidak ada perubahan yang boleh diharapkan. Terpaksalah kita membuat perkiraan sendiri laksana seorang yang hampir ditelan oleh seekor ular sawa berlawan dengannya sehinggalah dia lumat dikerjakan oleh ular itu.

-MGG Pilai-


Catatan Penterjemah:

Kerja-kerja songlapan di institusi kerajaan melibatkan kementerian kesihatan memang telah berjalan lama. Seperti yang pernah kita bincangkan dulu lagi, inilah sebabnya segala bentuk makjun yang telah lama digunakan oleh datuk nenek orang Melayu dianggap tidak sesuai di zaman moden kerana pemerintahan acuan Mahathir Mohammad mengatakan makjun dan akar kayu itu semuanya berbahaya kepada orang Melayu. -MT-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>23/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Harakah Issue 1-15 March 01

Column

Fleecing At The Pharmacy

M.G.G. Pillai


The health minister, Dato' Chua Jui Meng, now discovers generic drugs. He says in view of higher pharmaceutical drug prices, as much as 30 per cent, people should go for generic drugs which he now says is equally reliable. But he does not say where they could be got. Ask a pharmacy, any pharmacy, in Kuala Lumpur or the major towns, and most would tell you they do not stock them. As your doctor to prescribe generic drugs, and he invariably would not have any in stock. But generic drugs are easily available in other countries without difficulty, and doctors often give you the option of a branded or generic drugs.

Not in Malaysia. The medical fraternity and the pharmaceutical drug companies discourage it. They are a powerful lobby in the dispensing of medicine. If the doctors do not stock them, you cannot get them. The doctors do not stock them because the drug companies give them incentives so lucrative that they ignore the patient's needs. It is not unusual for drug companies to give the double the drugs ordered for the price of one, which adds to the doctor's income.

But pharmaceutical drugs cost more than in the rest of the region because of the monopoly shared by a company controlled by the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed's son, Mokhzhani Mahathir, and the finance minister Tun Daim Zainuddin-controlled Renong. No drug company can tender unless a Mokhzani-controlled company is paid a commission, variously between three and per cent, a commission which should make him laugh all the way to the bank if it were not for his huge bank loans.

This ensures that drug costs remain high. The Renong-controlled PharmaNiaga also controls the privatised National Pharmaceutical Control Library, which must test all drugs brought into the control, and can decide which can and which cannot be sold on the local market. If the Prime Minister remains long enough at the helm, his son's venture into the medical field would ensure he would provide all support services of hospitals in Malaysia. He already controls the Pantai Hospital group. However much the government talks of a fair deal for Malaysians, it is no more than a fair deal for the two groups.

The cost of branded drugs rise so frequently that, like the road tolls, they are beyond the reach of most Malaysians. Common everyday drugs like pain killers are far too expensive. Cardiprin, a specially-concocted aspirin to thin the blook, which I take, cost about RM9 for 28 here, but I get them from Australia through a friend and there is costs about A$7 for 100 tables. Aspirin, which is what Cardiprin is, is easily available in the United States for a few dollars for a bottle of 500. The cost of one branded multivitamin tablet cost the equivalent of 14 sen in India and RM1.50 here. Price gouging is common in most pharmacies, though they justify it by rising prices.

Life-saving drugs you need to keep you alive, like blood pressure tables, rise so fast so often that many cannot afford it. I cannot now afford, and could not for years, routine checks on my heart -- I have had a heart bypass 13 years ago -- for the costs have become prohibitive -- and that in a government hospital. I am lucky my doctor, in my view one of the best general physicians in Kuala Lumpur, reduces the risk by stepping in as best he can. Medical care is beyond the reach of most Malaysians. The high cost of all medicine makes it a burden for any who is not a government servant or retiree or has group medical insurance.

When the system breaks down, as health and medical services have, the health minister tries to calm down the growing anger by suggesting alternatives he has no intention to bring about. He provides no explanation why drug prices must rise so sharply as now, why we pay far higher prices than citizens in neighbouring countries, why some drugs used widely is not allowed into the country. A friend orders his vitamins in bulk from the United States until he found he could get them cheaper in Singapore. This particular brand, one of the best known, is not allowed into Malaysia.

All sorts of political and marketing games are played to keep drugs in the hands of a few companies and groups to keep them costly. There was some form of competition when the two monopolists did not take over the hospital and medical care services. Not any more. There is a way out of it, but this suggestion would never be allowed to become a fact: insist that when generic drugs of branded drugs are available they must be stocked in every pharmacy or doctor's clinic. The patient then has a choice to what he wants.

I am not impressed with allopathic claims that alternative and native cures are useless or dangerous. They are no more dangerous than the cures they prescribe. I move away from allopathic solutions where possible, indeed I look for other than allopathic cures for most of my ailments. As one who is, by common definition, an old man, these ailments become common companions. I have become allergic to several common allopathic cures for some of them, and resort to traditional methods of cure. If anything, I am the better for it. I am surprised at the number who do think so too. I am lucky in that my doctor has an open mind, and concedes that all that he can do is to help you find a cure. It does not interest him if that be allopathic or traditional.

But this is not an option for many. They depend on drugs that must be bought, especially if they are expensive and the doctors would not supply them -- as often happens in government hospitals -- and are then caught in this monopolistic strangle in high drug prices. If the government wants to address this -- it does not -- it must look seriously into taking steps to ensure reasonable medical costs. Dato' Chua can call for more generic drugs to be used, but when his own ministry drags its own feet and the two monopolies have no desire, nothing would change. And so we must adjust ourselves as a man swallowed by a python has to until he is crushed to death.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my