Laman Webantu   KM2A1: 3852 File Size: 9.1 Kb *



TAG MT 47: Kalau Gus Dur Mahu Terus Berkuasa
By Asia Letter

25/2/2001 8:45 am Sun

TAG047

[Indonesia mewarisi pelbagai masalah kerana membiarkan Suharto bermaharaja-lela terlalu lama. Dalam siri TAG lepas kita dapati IBRA bermasalah, ekonomi bawah tanah atau sindiket haram merebak, pergaduhan ugama meletus dan kini perbalahan ngeri kaum Dayak dan Madura.

Pendeknya pemerintahan Suharto telah memusnahkan hampir segala-galanya dan itu semua memakan masa yang amat lama untuk memperbaikinya, tambah lagi dengan sikap Gus Dur yang masih banyak terlena dari terjaga. Padahal banyak pihak sudi memberi khidmat nasihat buatnya. Sebaliknya Gus Dur menerima pakai nasihat dari orang yang tidak sepatutnya.

Begitu jugalah halnya dengan negara kita. Selagi pemimpin berdegil dan mengambil kata dari orang yang tidak berguna (seperti Umi Hafilda, Khalid Jafri, Astora, gang KEJAM dll), negara akan semakin hancur dan binasa. Bersedialah untuk menderita kerana tekanan ekonomi dan kemusnahan budaya akan membuat banyak pihak sudah tidak lagi bersikap manusia. Lihatlah akbar hari ini, banyak jenayah pelik-pelik sudah berlaku yang mengaibkan kita mendengarnya. (buang bayi, terjun bangunan, pesta bogel, mandi buih dll lagi).
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Kalau Gus Dur Mahu Terus Berkuasa

(How Gus Dur Can Survive)

Oleh: The Asia Letter #1875.


Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid mempunyai hanya satu pilihan kalau mahu terus kekal berkuasa. Beliau perlu mendengar nasihat yang diberikan oleh empat penasihat asing yang disediakan oleh kerajaannya. Mereka semua adalah jagoan yang memahami masalah dengan lebih jelas lagi daripada pak kiai yang semakin angkuh ini. Apakah dia mampu memahami semua itu adalah soalan yang boleh dijawab di lain waktu.

Para penasihat itu bukannya orang sembarangan. Mereka adalah Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew, bekas pengerusi bank pusat Amerika Paul Volcker, bekas diplomat Jepun Nobuo Matsunaga dan bekas pegawai bank pusat Jarman Ulrich Cartellieri.

Mereka telah mencadangkan agar kerajaan memperbaiki hubungannya semula dengan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) yang telah membantu menyelamatkan Indonesia sejak November 1997 tetapi tidak pernah diberikan penghargaan kerananya. Mereka telah berpendapat selagi reformasi yang berkesan tidak dilaksanakan, keyakinan pelabur tidak boleh diharapkan. Mereka telah memberi ingatan agar tidak mudah terpedaya dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak lima persen tahun lalu, dengan menyatakan bahawa pemacu sebenarnya ialah pertumbuhan ekonomi Amerika dan kemewahan kenaikan harga minyak. Kedua-dua unsur ini dijangka menurun tidak lama lagi.

Sebenarnya, tidak ada sesuatu yang terbaru dalam saranan mereka. Itulah juga yang dilaungkan oleh rakyat marhaen selalunya, dalam setiap situasi, yang sepatutnya mampu menggoncang Indonesia untuk bertindak menjadi sebuah negara yang rancak sekali lagi.

Hakikatnya masalah sebenar terletak pada Abdurrahman Wahid juga. Sepatutnya dia mempergunakan sokongan padu rakyat di tahap awal kuasanya dan juga dengan bergeraknya ekonomi negara yang mencetuskan angka pertumbuhan yang merangsangkan. Sebaliknya dia semakin menyimpang dan telah menyalahgunakan segala peluang untuk mengharumkan wibawanya lagi. Dia berjaya bukan sahaja dalam mengurangkan popularitinya di kalangan rakyat yang mengundinya dulu, tetapi dia telah memecah-belahkan Dewan Perundingan Rakyat ketika perpaduan adalah satu kemestian untuk melaksanakan segala usaha mereformasikan negara yang amat diperlukan.


Terdapat seorang menteri lagi yang mungkin tidak mampu menerima nasihat bintang jagoan itu ialah ketua ekonomi dan menteri Rizal Ramli. Rizal menunjukkan kurang senangnnya terhadap kritikan ynag diluahkan. Dia telah melaungkan angka pertumbuhan tahun lalu sebagai petanda kejayaan dasar reformasi negara. Malahan dia telah mencemuh tindkan IMF melengahkan pemberian pinjamannya sebagai satu perkara yang sengaja mahu menjeruk hati. Mungkin dia memikirkan bahawa tindakan IMF itu hanya setakat mengurangkan pemberian bantuan sedangkan ia keyakinan masyarakat antarabangsa yang sudah berkurangan.

Semua ciri-ciri reformasi yang menyangkuti kewangan, korporat, kehakiman dan pentadbiran negara yang menjadi intipati perjanjian kerajaan Indonesia dengan IMF sudah menjadi kucar-kacir, dan ada setengahnya yang sudah hampir terpinggir. Ia bukan lagi menjadi satu perkara kecil kepada Indonesia.

Kami percaya Abdurrahman Wahid harus diberikan peluang berkhidmat sehingga pupus ruang kuasanya. Lagipun ini adalah satu demokrasi yang masih belum berjalan betul lagi. Stabiliti negara adalah faktor yang lebih penting lagi. Namun, kalau dia memperlekehkan nasihat yang diberikan oleh penasihat antarabangsa itu, tidak ada sesiapa yang berani meramalkan apa yang akan jadi kepada masa depan poltiknya.

-sales@Asialetter.com

23/2/2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT24/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Extract from The Asia Letter #1875, February 19, 2001

Dear Sir,

The only way for Indonesian President Abdurrahman Wahid to survive now is for him to heed the advice given him over the weekend by the four foreign advisors consulted by his government. For these really are big-hitters, and understand the problems far more clearly than does the increasingly eccentric cleric. Whether or not he is capable of this is, however, questionable.

The advisers were not back-room string pullers. They were Singapore's Senior Minister Lee Kuan Yew, former US Federal Reserve chairman Paul Volcker, former senior Japanese diplomat Nobuo Matsunaga and a former executive of the German central bank, Ulrich Cartellieri. They spoke for only a few hours to the President and assorted Indonesian economics ministers, and they did not mince their words.

They told the government to mend its relationship with the International Monetary Fund, which has kept Indonesia afloat since November 1997 and received little thanks for it. They said that until real reform measures are undertaken, investor confidence will not return. They warned against premature complacency over last year's almost five percent growth, pointing out that the main engines were US growth and the oil market boom, and that both will likely slow down this year.

In truth, there is nothing new in what they said. But it was the people saying it, in a face-to-face situation, which should jolt Indonesia into becoming a functioning nation again.

Beyond the facts there is the problem of Abdurrahman himself. The President, rather than capitalizing on his initial public support and subsequently last year's healthy growth figures, has become increasingly wayward and has squandered the potential he had going for him. He has succeeded not only in losing his popularity amongst those who voted for him, and the support of influential factors within his coalition, but he has also split the House of Representatives at a time when full cooperation is vital to implement the desperately-needed reform measures.

Another minister who may not be able to follow the advice of the all-star line-up of advisors is chief economics minister Rizal Ramli.

Rizal appeared annoyed by their criticism, for he has been flaunting last year's growth figures as an indictor of the reform policy's success. He has even brushed aside the IMF's postponement of its loan disbursement as a simple irritant, perhaps not fully appreciating that it means more than no hand-out: it means an international vote of no confidence.

The financial, corporate, judicial and administrative reform measures that make up the essence of the Indonesian government's letter of intent to the IMF are all falling behind schedule, and some are in danger of being dropped or reversed. Small wonder it is no candy for Indonesia.

We still believe Abdurrahman should be allowed to serve his full term. This is after all a democracy that has scarcely begun to walk. Stability within the country is of inestimable importance. But if he ignores the advice of his four international advisors, no one can vouch for his political future.


Asia Letter Publishers
GPO Box 10874
Hong Kong SAR
China
Fax: (USA) 708 570-7421
Email: sales@asialetter.com
Web: http://www.asialetter.com