Laman Webantu   KM2A1: 3860 File Size: 1.3 Kb *



Re: Pekerja Myanmar dan Kemboja Dijemput
By OiLer

26/2/2001 12:06 am Mon


Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Pada pendapat saya kerajaaan akan memberi permit kerja kepada penduduk Myanmar dan Kemboja adalah untuk membolehkan mereka menjadi "PENGUNDI HANTU" pada tahun 2004 nanti. Maklum aja lah kulit dan rupa mereka adalah sama dengan penduduk tempatan. Alasan yang diberikan bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan dan mahir berbahasa ingeris adalah tembelang aja... (saya pernah bekerja disana, mahu makan bukan main susah..communication break down beb..). Orang Bangla susah sikit nak dijadikan pengundi hantu, tengok stail pakaian sudah dapat dibezakan. Kata2 wak bahawa orang Myanmar pakar menyamar boleh juga digunakan. Mungkin pihak BN telah mengadakan post morten tentang hantu-hantu yang dapat ditangkap di Lunas tempoh hari. Alah nak buat I.C. palsu di Malaysia bukan nya susah sangat. Sila rujuk berita beberapa orang Indonesia telah ditangkap di Pulau Pinang kerana memiliki I.C. palsu dalam surat khabar hari ini.

Ingat BN benar2 terdesak dan mereka akan melakukan apa saja.

Wassalam.