Laman Webantu   KM2A1: 3862 File Size: 8.9 Kb *



BTS: Kerajaan Negeri Kedah Beli Hicom
By Kapal Berita

27/2/2001 1:13 am Tue

Nampaknya tahun ini episod menyelamatkan kroni akan terus berjalan lagi. Kini kerajaan negeri pula menjadi mangsa untuk membeli bangkai yang sudah membusuk ini.

Kerajaan Negeri Kedah akan membeli Hicom dari DRB-Hicom Bhd. pada 28/2/2001 melalui SEDC (PKNK, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah).

MB Syed Razak akan menandatangani perjanjian dengan Hicom bagi pihak SEDC. Beliau mengatakan langkah tersebut akan menaikkan imej SEDC tetapi beliau tidak pula menyebut dengan terperinci bagaimana.

Hicom ditubuhkan pada 1980an oleh kerajaan persekutuan untuk memacu Malaysia sebagai negara industri berat seperti mengilang kereta. Tahun lepas ia menjual kepentingan di dalam Proton kepada Petronas.

Menurut analis, langkah SEDC akan menjadikan Taman Teknologi Kulim sebahagian daripada Hicom Holdings, akan tersenarai di bursa.

KOMEN:

Negeri Kedah begitu banyak membazirkan wang sejak kerajaan BN Umno menguasainya. Sanusi Junid tertewas kerana projek sewelnya (Taman Safari di Sik, Pusat Penyembelihan Lembu Terbesar, Padi atas bumbung, Kampung Buku di Langkawi dll) dan Syed Razak kini mengorak langkah yang sama untuk kecundang juga dengan membeli Hicom. Dengan tidak memberi butiran terperinci kenapa SEDC membeli Hicom nampak jelas ia satu lagi mainan politik untuk menyelamatkan kroni. Baru-baru ini kita didedahkan oleh berita betapa kerajaan negeri Kedah berhutang lebih 1.2 bilion. Malah akaun kerajaan Negeri pernah tinggal KOSONG! [- Saifuddin Nasution, ceramah Lunas 6/12/200 Rujuk: MR2]

Sepatutnya SEDC membeli jentera dan cuba mengubah nasib kaum petani, khususnya penanam padi di negeri jelapang padi itu. Negara kita hari ini dipenuhi dengan pelaburan yang langsung tidak ada kena mengena peranan asal institusi. Mereka lebih banyak terlibat dengan sektor koporat sedangkan mereka sepatutnya berkhidmat kepada rakyat.

Apabila sesuatu masalah diambil alih oleh pihak yang bermasalah juga, kita hanya akan mendapat lebih banyak masalah. Siapakah MB Syed Razak dan Sanusi Junid itu jika tidak orang pilihan Diktator Mahathir sendiri. Sekarang apa sudah jadi?

Perhatikan Selangor juga berhutang sarat RM 1.1 bilion dengan tunggakkan sebanyak RM61 juta. Mungkin kerana itu tarif air dinaikkan kerana sudah hampir lemas bermandi hutang agaknya? (Lapuran akhbar Bernama hari menyebut Khir Toyo tidak akan berganjak dari keputusan menaikkan tarif air)





The Business Times, Singapore
26th February 2001

Kedah govt to buy Hicom

Official expects to ink pact with DRB-Hicom on Feb 28

THE government of Malaysia's Kedah state said yesterday it was closing a deal to take over Hicom Holdings Bhd from diversified DRB-Hicom Bhd.

The national Bernama news agency quoted Kedah Chief Minister Syed Razak Syed Zain as saying both sides were expected to seal the agreement on Feb 28.

Mr Syed Razak said government-run Kedah State Economic Development Corp (SEDC) would buy Hicom, set up in the 1980s by the federal government to spearhead Malaysia's move into heavy industries such as car-making.

"The acquisition of Hicom will help raise the image of the SEDC," he said, but gave no other details.

Kedah is the home state of Prime Minister Mahathir Mohamad.

DRB, the parent of Hicom Holdings, merged with Hicom Holdings, Gadek Bhd and Gadek Capital Bhd through a share swap.

Analysts said the Kedah government could inject its technology park operator Kulim Hi-Tech Park into Hicom Holdings, thus making it Malaysia's first listed technology park operator.

DRB-Hicom is involved in hotel management, property development as well as vehicle assembly and distribution.

DRB-Hicom last year relinquished its controlling stake in carmaker Proton to national oil company Petronas.

DRB-Hicom shares closed up one sen at RM1.11 on Friday. They have fallen 1.76 per cent this year against the broader market's 4.8 per cent rise.

Trade in shares of Hicom Holdings, Gadek and Gadek Capital has been suspended since May 2000. -- Reuters
http://business-times.asia1.com.sg




http://harakah2.tripod.com/Dis/m4dis2000_5.shtml

Laporan audit: Kedudukan kewangan Kedah tidak stabil

Oleh Ismail Hashim

ALOR SETAR, 4 Dis (Hrkh) - Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri kedah adalah tidak stabil, lapor Ketua Audit Negara Malaysia, Dato' Dr Hadenan Abdul Jalil dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Kedah Tahun 1999.

Menurutnya, aset kerajaan negeri berjumlah RM67.45 juta tidak mampu menyelesaikan tanggungannya berjumlah RM244.33 juta.

Dato' Dr Hadenan melaporkan itu dalam intisari laporan penyata akaun kerajaan negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 1999.

Laporan itu juga menyebutkan hutang kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan pada akhir 1999 berjumlah RM1,261.45 juta (RM1.26 bilion) meningkat sejumlah RM47.95 juta daripada 1998 berjumlah RM1,213.50 juta sahaja.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dun Kedah yang juga Adun Anak Bukit, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam ucapan menjunjung kasih atas titah Sultan Kedah merasmikan dewan 20 Disember lalu dan belanjawan negeri 2001 oleh Menteri Besar.

Menurut Dr Hadenan lagi, pemeriksaan audit mendapati pengurusan kewangan di peringkat Perbendaharaan Negeri masih kurang memuaskan terutamanya dari segi kawalan peruntukan, perbelajaan, akaun amanah, pengurusan akaun pinjaman dan penyelengaraan buku tunai.

Di mukasurat 7 pula, laporan itu menyatakan kedudukan kewangan negeri pada tahun 1999 bertambah lemah berbanding tahun 1998 di mana baki wang tunai menurun sejumlah RM3.04 juta daripada RM33.02 juta pada 1998 menjadi RM29.98 juta pada akhir 1999.

"Dengan baki wang tunai itu, kerajaan negeri tidak dapat menampung tanggungan berjumlah RM46.33 juta di dalam Akaun Kena Bayar yang perlu dijelaskan segera pada awal 2000. Pada akhir 1999, hasil sebenar kerajaan negeri sebanyak RM187.13 juta berbanding RM217.87 juta bagi 1998 iaitu kekurangan sejumlah RM32.74 juta," tegas laporan itu.

Prestasi pelaburan kerajaan Kedah pula pada akhir 1999 berkurangan sejumlah RM11.15 juta daripada RM48.61 juta menjadi RM37.46 juta.

Rumusan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah mutu penyediaan Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Kedah 1999 masih lagi kurang memuaskan, dua Kumpulan Wang Amanah dan Akaun Deposit tidak dapat disahkan serta Baki beberapa akaun lain yang ditunjukkan dalam Penyata Akaun Awam tidak tepat.

Setakat ini, hutang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Kerajaan Negeri pada akhir 1999 berjumlah RM214.38 juta kerana dua sebab utama termasuk hartanah dan tapak industri yang siap tidak dapat dijual.




http://www.parti-pas.org/faq/hutang.htm

Kelantan tiada baki hutang tertunggak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan telah membayar sejumlah RM126 juta dalam masa lapan tahun menjadikannya satu-satu kerajaan negeri yang tidak ada baki hutang tertunggak bermula sejak 1997 dan jumlah hutang kerajaan berkurangan kepada RM622 juta.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Husam Musa berkata, bayaran balik itu menunjukkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan yang diterajui oleh PAS berbanding dengan negeri-negeri lain.

Husam berkata demikian berikutan kenyataan Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Hishammuddin Hussein Selasa lepas bahawa kerajaan Kelantan tidak pandai mentadbir dan cadangan Husam agar hutang negeri dilupuskan sebagai memalukan.

Sebelum ini, Husam mencadangkan agar Pengerusi Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah diberikan tugas memujuk Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melupuskan hutang kerajaan negeri termasuk Kelantan untuk membolehkan kerajaan negeri menggunakan sumber kewangan mereka untuk membangunkan negeri masing-masing.

Husam berkata, rekod pengurusan kewangan Barisan Nasional di Kelantan tidaklah cemerlang, lebih-lebih lagi apabila didapati sebahagian pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan negeri tidak mempunyai dokumen-dokumen lengkap.

Husam juga mendedahkan Kelantan hanya mempunyai hutang sejumlah RM622 juta berbanding Selangor (RM1.1 bilion), Terengganu (RM645 juta), Kedah (RM1.2 bilion).

Manakala bagi hutang tertunggak, Kedah mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM81 juta, diikuti dengan Selangor (RM61 juta), Sarawak (RM 47.99 juta) dan Terengganu (RM35.73 juta).