Laman Webantu   KM2A1: 3866 File Size: 12.0 Kb *



TJ MT MGG: Kisah Itik Tempang Sabah
By M.G.G. Pillai

27/2/2001 12:46 pm Tue

MGG 5201

[Politik Sabah bergolak lagi dan seperti biasa perdana menteri datang menyibukkan diri kerana itu semua sentuhan wawasannya yang kini dibenci. Krisis sistem giliran ketua menteri itu menunjukkan pemimpin Sabah sudah mula berani menidakkan hasrat PM. Mereka mungkin sudah nampak pilihan PM bukan terbaik buat rakyat negeri Sabah kerana pilihannya buat rakyat negeri Semenanjung banyak yang membawa parah. Sepatutnya Mahathir menitip sejarah - semua yang disentuhnya kini sudah rebah, termasuk yang berada di Sabah. Mulut mereka mungkin tidak membantah tetapi mengapa gelas sudah pecah dan air sudah tumpah?
- Editor
]

Penterjemah: -MT-


Kisah Itik Tempang Sabah

(MGG: Lame Duck Chief Minister Beholden to Kuala Lumpur)

Barisan Nasional Sabah sedang dilanda krisis. Tempoh perkhidmatan Ketua Menteri (UMNO) Dato Usu Sukam, akan tamat pada bulan Mac, bertepatan dengan tempoh dua tahun perkhidmatannya di situ, dan kali ini ia memberi ruang kepada seorang bumiputra bukan-Islam untuk menggantikan tempatnya. Besar kemungkinannya Dato' Jeffrey Kitingan, adik kepada Dato' Joseph Pairin, ketua pembangkang dan pemimpin Parti Bersatu Sabah, yang akan dilantik menggantikan Dato Osu. Sistem bersilih ganti ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri pada 1994 untuk mengurangkan perangai suka berpolitik melampau dan menyekat orang-orang beliau daripada melompat kepada PBS yang ketika itu memang kuat bersepadu sebagai kuasa politik bumiputra bukan Islam. Kaedah perlantikan ialah dengan membiarkan setiap puak itu mempunyai peluang menjadi ketua menteri untuk dua tahun secara bergilir-gilir: dimulakan dengan seorang bumiputra beragama Islam, bumiputra bukan-Islam, dan seorang daripada masyarakat Cina. Inilah tiga kumpulan terbesar di negeri itu. Kaedah ini berjalan dengan selesa untuk satu ketika, tetapi ia tidaklah disenangi lagi. Perdana Menteri kini berpendapat bahawa tempoh dua tahun itu terlalu singkat dan mahukan jawatan ketua menteri itu ditambat kepada lime tahun. Saya pernah berpendapat begitu di waktu itu dulu, dan masih mempunyai pendirian yang serupa itu.


Tetapi, Perdana Menteri mahukan orang yang sama meneruskan tempoh perkhidmatannya untuk tiga tahun lagi. Ini adalah sesuatu yang tidak adil. Apa salahnya terima sahaja kaedah baru itu dan biarlah ia bermula dengan orang yang baru. Ketika Dato Osu Sukam menerima perlantikannya dulu dia tahu bahawa dia akan menjadi ketua menteri hanya untuk dua tahun. Dan dia tidak pun membantahnya, kenapa pula dia mula merengek mengenainya? Ramai ahli parti pembangkang mencurigai rengekan ini sebagai satu usaha untuk menonjolkan lagi seorang bumiputra beragama islam untuk menjadi ketua menteri yang baru. UMNO Sabah memang penuh dengan kumpulan yang berpuak-puak. Kali terakhir saya mengiranya terdapat sembilan puak. Lebih banyak bilangan puak dalam UMNO daripada bilangan ahlinya dalam Barisan Nasional Negeri.


Sebarang usaha melanjutkan tempoh khidmat Dato Osu Sukam akan mencetuskan bangkangan dalam UMNO lebih hebat lagi daripada Barisan Nasional ataupun pihak pembangkang di negeri itu. Ahli Barisan Nasional Sabah sedang memendamkan tentangan mereka. Apabila seorang ahli politik negeri berkata seperti yang diucapkan oleh Tan Sri Yong Teck Lee bahawa rakyat jangan terlalu ghairah tetapi 'harus menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam menyelesaikan masalah politik terkini', menunjukkan bahawa Barisan Nasional sedang dihantui krisis politik. Semua parti yang berkaitan sedang berbelah-bagi dalam hal ini sehinggakan perdana Menteri terpaksa turun padang untuk menyelesaikannya.

Semua parti komponen BN akan mengemukakan pandangan mereka kepada Perdana Menteri. Secara kasarnya, masyarakat Melayu Islam dinegeri itu mahukan kaedah tempoh lima tahun sedangkan yang lain memilih agar tempoh bergilir-gilir untuk dua tahun diteruskan. Sistem ini mampu dipraktikkan, seperti kata Tan Sri Yong, selama tujuh tahun. Dia membantah penggunaan sindiran bahawa ketua menteri dirujukkan sebagai 'itik tempang'. Dia berkata perkara semacam itu 'hanya muncul di bulan-bulan penghujung khidmat seseorang ketua menteri itu.' Analis di Kota Kinabalu berkata kalau ketua menteri UMNO disambung lagi khidmatnya untuk tiga tahun, besar kemungkinan BN akan kehilangan sokongan bumiputra-Bukan-Islam.

'Bumiputra Islam' dan 'Bumiputra Bukan Islam' adalah istilah yang mudah digunakan dalam dunia politik sebagai gantian kepada satu rujukan menggambarkan pelbagai kumpulan pribumi, yang pada dasarnya boleh dirujukkan sebagai Kadazan dan Dusun. Mereka yang duduk di pekan dan bandar adalah selalunya penganut Kristian katholik, sedangkan orang Dusun di pendalaman masih berpegang kepada fahaman animisma. Mereka ini menguasai bidang politik dan budaya tetapi kumpulan minoriti masyarakat Islam di sana, seperti juga kumpulan yang sama di Sarawak yang selalunya rapat dengan Kuala Lumpur. Itulah sebabnya kumpulan Kadazan dan Dusun mempercayai desas-desus betapa penyambungan sistem lima tahun itu adalah bertujuan untuk memperteguhkan dominasi kuasa puak yang beragama Islam di sana. Kerana itu juga mereka sudah mula berkumpul menyokong bekas ketua menteri Dato Joseph Pairin Kitingan.

Sistem tempoh lima tahun ini masih tidak mampu menyelesaikan konflik yang menghantui Sabah. Sistem dua tahun bergilir-gilir dan juga sistem baru yang dicadangkan itu memang mempunyai pelbagai masalahnya. Sepatutnya masalah ini bukan urusan Perdana mentteri. Ia sepatutnya diselesaikan oleh Dewan Undangan Negeri. Pucuk pimpinan BN di Kuala Lumpur mahu menguasai cara BN Negeri menguruskan negeri mereka. Biarlah Dewan Undangan Negeri yang membuat keputusan siapa yang mereka mahu sebagai ketua menteri.


Sistem sekarang membolehkan Kuala Lumpur membuat keputusan siapa yang patut menjadi ketua menteri. Bukan sahaja Sabah dan Sarawak yang dikenakan putarabelit ini. Di beberapa negeri di semenanjung, menteri besar disogokkan ke tekak negeri-negeri. Memang tidak ada iltizam daripada menteri besar/ketua menteri yang ditonjolkan ini kerana kesetiannya hanya kepada Perdana Menteri yang mengengsotnya ke sana. Apabila BN negeri-negeri berpecah belah ataupun seandainya berlaku kumpulan yang berpuak-puak dalam parti komponen BN, iklim politik pun akan tergugat. Inilah yang menyengat Sabah, sekarang.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
25.2.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT2602210<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Lame Duck Chief Ministers Beholden to Kuala Lumpur

The Sabah National Front is in crisis. The UMNO chief minister, Dato' Osu Sukam, ends his two-year term as chief minister in March, and it is time for a non-Muslim bumiputra to take the reins. The man most likely is Dato' Jeffrey Kitingan, the brother of Dato' Joseph Pairin, the opposition Parti Bersatu Sabah leader. The Prime Minister had thought of this in 1994 to reduce politicking and prevent his forces from crossing the floor to the PBS, then united the non-Muslim bumiputra forces behind it. The chief minister would be chosen in succession for two-years terms amongst the Muslim bumiputras, non-Muslim bumiputras, and the Chinese, the three major groups in the state. For a time it worked. It does not any more. He now believes that two years is too short, and the chief minister must have at least five years. I had said as such at the time, and still believe it to be so.

But the Prime Minister wants the present man to continue for three years more. That is unfair. Accept the five-year term, but let that take effect from the next chief minister. When Dato' Osu was appointed chief minister, he knew it was for two years. He did not object then. He should not now. The sneaking suspicion amongst opposition members in Sabah say this is a backdoor device to have another Muslim bumiputra to be appointed chief minister. UMNO in Sabah is riddled with factions; the last time I counted there were nine, more factions than there are members in the state National Front.

Any extension of Dato' Osu's two-year term would be more resented in UMNO than in the National Front or the opposition. The Sabah National Front members are mutely incensed. When a Sabah politician says, as the former chief minister, Tan Sri Yong Teck Lee did, that people should not be anxious but "respect the Prime Minister's decision in resolving the current political situation", the National Front is in a crisis. The parties are so divided within that it needs the federal Prime Minister to smooth matters.

The parties in the Sabah National Front coalition would put their case before the Prime Minister. Broadly speaking, the Muslim bumiputras in the state want a five-year term while the others prefer the two-year term in rotation to continue. It has worked, as Tan Sri Yong says, for seven years. He objects to the chief ministers being terms as "lame ducks": that "only arises in the final few months of the Chief Minister's two-year term." Analysts in Kota Kinabalu say that if the UMNO chief minister continues for another three-years, the National Front may not be able to hold on to the non-Muslim bumiputras.

"Muslim Bumiputras" and "Non-Muslim Bumiputras" are the preferred politically neutral terms for what is in fact a hodge podge of numerous tribal groups, the majority broadly classified as Kadazans and Dusuns, the latter living near the towns are invariably Roman Catholics and the Dusuns animists. They dominate the political and cultural world, but it is the small Muslim community, as in neighbouring Sarawak, which has the eye of Kuala Lumpur. It is not without reason Kadazans and Dusuns believe this demand that the chief ministers should have a five-year term is to entrench Muslim-dominant rule. And they gather around the former chief minister, Dato' Joseph Pairin Kitingan.

But even this five-year term would not resolve the underlying conflicts in Sabah. Neither the original proposal of two-year chief ministers and, now, five-year chief ministers, are fraught with difficulties. It is not the Prime Minister who should decide upon this. It should be the state assembly. The National Front leadership in Kuala Lumpur wants to control how the state National Front leaders run their states. It should let the state assembly to decide who it wants as its chief minister.

At present, Kuala Lumpur decides who the chief minister should be. This is not peculiar to Sabah and Sarawak. In several states in the peninsula, the mentris besar were forced upon the states. There is no commitment of that chief minister or mentri besar to that state, since his allegience is to the Prime Minister who put him there. If the state National Front is divided or there are factions within the component parties, it worsens the political climate. As in Sabah now.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my