Laman Webantu   KM2A1: 3867 File Size: 25.8 Kb *



TAG MT 48: Menggigit Kuasa Yang Menggugat (FEER)
By Lorien Holland

27/2/2001 9:42 pm Tue

TAG 048

[Bukan mudah untuk menggoncangkan Mahathir walaupun dari luar atau dalam apatah lagi jika telatah si penyerang meragukan. Mahathir tidak mahu dirinya dipersoalkan tetapi mahu sipengkritik pula dipersoalkan. BBM hari ini sudah tidak mampu bergerak kerana sudah disekat tetapi Umno sendiri sudahpun berkocak. Tiada tindakkan disiplin dikenakan kepada ahli Umno kerana itu hanya akan meledakkan retak. BBM tersilap kerana ia sepatutnya mengumpul puluhan ribu penyokong terlebih dahulu barulah Mahathir akan tersentak. Sekadar menjentik Mahathir cuma tidak akan menggoncangkan apa-apa, malah BBM sendiri yang terlingkup dulu jua.

Sepatutnya BBM kembali ke desa kerana di sana banyak melayu hilang dunia mereka termasuk akar-umbi yang memangkah Umno sekian lama. Bukankah Kubang Pasu itu sudah merakam sesuatu yang tidak tersangka? - Editor]


Penterjemah: -MT-

Menggigit Kuasa Yang Menggugat

(Shaking the Party Grip On Power)

Lorien Holland/ Kuala Lumpur

Issue Cover dated March 1, 2001


Sikap menuduh Perdana Menteri Mahathir Mohamad kerana kronisme dan otokratik adalah amalan biasa parti pembangkang di malaysia. Tetapi, pada Februari 4 yang lalu, kumpulan manusia yang berhimpun di Kuala Lumpur dengan disertai oleh 3,000 ahli parti yang memerintah, tentu membuat para politikus bangkit membeliakkan mata.

"Apa yang telah terjadi membawa makna yang besar sekali," kata Mohamad Ezam Nor, ketua pemuda Keadilan. "memang amat jarang untuk melihatkan orang-orang daripada partinya yang keluar berhimpun beramai-ramai untuk mengganyangnya."

Memang jelas, Mahathir sudah merasakan dirinya tergugat. Satu ketika dulu, beberapa teman-temannya dalam UMNO yang mengetuai kerajaan koalisi yang memerintah, hampir-hampir berjaya menyingkirkannya pada 1987. Sebelas tahun kemudiannya, dia telah dihantui protes jalanan, satu parti yang sudah berpecah belah dan cemohan daripada dunia luar kerana tindakannya memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam dua episod ini dia telah bertegas menentang mereka dan menang. Tetapi, keadaan sudah berubah. Serangan yang menggigitnya yang sudah pun berusia 75 tahun itu, bukannya datang daripada saingan fisikal. Yang lebih menekan ialah kemungkinan pihak pembangkang mampu memecahkan benteng monopoli kuasa yang telah dipegang oleh kerajaan yang sedang memerintah sejak 1957, dan memenangi pilihan raya umum pada 2004. Mahathir sedang digigit oleh bisikan desas-desus yang bertiup bertali arus di kalangan para pemimpin kanan parti bahawa dia sudah dihambat oleh pihak lawan dan tidak lagi layak memegang kuasa untuk bertahan.


"Belum pernah kuasa itu dicabar begitu hebat seperti sekarang ini," kata Patricia Martinez, soerang fellow penyelidik kanan mengenai kajian ugama dan budaya di Universiti Malaya. "Selama ini UMNO sudah biasa dengan sokongan rakyat marhaen. Kini, sudah muncul pendapat yang pelbagai, sehinggakan mereka tersasar ke arah mana yang perlu dituju."


Ibrahim Ali, peneraju himpunan Februari 4 dulu yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur; telah bijak memanipulasi keresahan akarumbi parti untuk mengerakkan semangat agar orang Melayu bersatu dan membantu UMNO bangkit kembali menyanggah parti pembangkang yang semakin kuat berjuang. Ibrahim memang terkenal dengan gelagat memihak kepada pencabar Mahathir pada 1987 dulu, tetapi kali ini dia dikatakan telah mendapatkan restu Mahathir terlebih dulu untuk melaungkan suara jagoannya di bawah satu panji-panji baru. Tertubuhlah satu badan yang bernama Badan Bertindak Melayu (BBM) ataupun dalam bahasa Matsalleh: Malay Action Front (MAF).

Hanya dua pemidato daripada jumlah sedozen yang berdiri di khalayak ramai yang bercakap mengenai ugutan yang dicetuskan oleh masyarakat Cina. Pemidato yang lain telah memilih untuk menghiburkan hati manusia yang berhimpun untuk terus mengutuk dan mencemuh pucuk kempimpinann parti. Kebanyakan pemidato ini adalah bekas selebriti UMNO ataupun pemimpin pencen yang telah dipinggirkan. Mereka bercakap mengenai kepimpinan parti yang telah menyimpang daripada semangat perjuangan parti. Mereka mahu Umno membasmikan rasuah dan kronisma. Mahathir telah menerima banyak kutukan dan diminta membersihkan kabinetnya. Yang paling menonjol ialah cara kerajaan membeli balik saham MAS daripada seorang korporat dengan harganya dua kali ganda daripada harga pasaran. Inilah yang diserang bertubi-kali oleh pihak pembangkang sedangkan kerajaan diam membisu mengenainya.

Apabila berakhir sahaja himpunan itu Ibrahim Ali masih bertegas bahwa usahanya itu adalah untuk memperteguhkan kepimpinan parti dan bukannya untuk menyanggahnya. Dia telah memberitahu REVIEW: "Kumpulan kami adalah laksana cili pedas. Rasanya pedas, tetapi tanpanya makanan kita menjadi tawar. Pihak pembangkang sedang mengambil peluang daripada keadaan tawar-hambar ini, kerana itu kami mah kerajaan bangkit menyelesaikan perkara ini. Mereka mungkin mempunyai alasan (mengenai MAS) tetapi alasan itu belum dijelaskan lagi dan kerana itu pembangkang masih lagi memperlekehkan kerajaan".


Namun, rama para analis mula menyoal apakah sudah muncul satu agenda tersurat untuk melumpuhkan Mahathir daripada dalam parti itu sendiri. "Kalau kata-kata itu tadi telah diucapkan oleh pihak pembangkang, para pemidato itu sudah pasti dituduh di bawah akta hasutan dan lebih teruk lagi": kata Harakah, akhbar PAS yang kini menjadi ketua parti pembangkang. "Apa yang cuba dilakukan oleh BBM tidaklah begitu serius apabila dibandingkan dengan apa yang telah dilakukannya. Secara terbuka dan sah, mereka telah mencabar Mahathir yang sedang memegang kuasa."


Mahathir telah membuat rumusan yang sama. Seramai 47 ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah bersidang secara tertutup selama dua Mengikut tiga orang ahli MT yang hadir, tidak siapa pun yang bercakap untuk berpihak kepada BBM, walaupun Ibrahim Ali pernah menyatakan dia menerima sokongan lebih daripada 10 ahli MT sebelum persidangan dimulakan.

UMNO Yang Semakin Lumpuh

Di satu kenyataannya selepas itu, Mahthir ada berkata betapa BBM telah mencetuskan satu suasana seperti sebuah parti yang membangkang. "Saya memang tidak faham perkara ini. Pada mulanya mereka berjumpa dengan saya, mereka kata mahu menganjurkan perhimpunan ini untuk menyatukan orang Melayu," kata beliau.

Yang lebih penting lagi, himpunan itu tidak mampu menyatupadukan orang UMNO untuk mendapatkan kembali sokongan yang hilang. Sebaliknya, Mahathir telah bertindak untuk memeram BBM itu dengan menghentikan sokongan UMNO terhadapnya dan menentukan tidak ada permit (polis) dibenarkan kepada mereka. BBM telah menerima jemputan untuk mengadakan perhimpunan itu di 18 lokasi seluruh Malaysia dan telah merancangkan satu ceramah jalanan untuk mendekati rakyat marhaen.

Ramai pemimpin UMO beranggapan bahawa tindakan Ibrahim Ali itu sengaja mengerohkan suasana. "Kebanyakan isu yang mereka bangkitkan adalah perkara yang menghantui kami juga. Apabila Ibrahim Ali mendedahkan perkara ini, ia menyulitkan usaha kami menyelesaikannya. Ia akan menyulitkan kedudukan Ibrahim Ali juga," kata seorang veteran UMNO.

"Seolah-olah ada satu keadaan lumpuh sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani bangun dan memberitahu beliau (Mahathir) untuk mengundurkan diri kerana suara protes di akar-umbi semakin kuat gemanya setiap hari," kata beliau lagi.

Berbeza dengan kegagalan UMO untuk bertindak, parti pembangkang yang selama ini tidak pernah dapat termimpi memenangi pemilu sehinggalah Mahathir mengnyahkan Anwar, sedang mara kehadapan dengan kuat dan hebat. Setakat ini, kemuncak kehebatan mereka berlaku apabila mereka memenangi pilihanraya kecil DUN Lunas pada November lalu. Inilah kerusi yang merupakan kubu kuat kerajaan sejak tercapainya kemerdekaan. Sejak BBM menghenyak Mahathir dan masalah UMNO, pihak pembangkang telah melancarkan empat perhimpunan rakyat mendesak agar Mahathir mundur. Satu perhimpunann itu telah dilangsungkan di kawasan pilihanraya Mahathir pada Februari 14 yang disertai oleh ribuan manusia. Polis pencegah rusuhan telah menggunakan gas dan air (berasid-penterjemah) untuk melemahkan manusia yang berhimpun itu.


Isu-isu penting yang membuatkan orang lari daripada UMNO adalah peranan Islam, ketidaktelusan kerajaan dan dasar diskriminasi positif di mana cara orang Melayu dibantu itu telah lihat sebagai cara memperkayakan orang yang sudah kaya raya seperti peniaga Melayu berlebih-lebihan daripada Melayu marhaen. Mahathir menentang tuduhan itu dan memberi amaran bahawa usaha pembentukan sebuah negara Islam akan memecahkan jurang perbezaan di antara tiga kaum yang besar di negara ini.

Namun demikian, mengikut sumber daripada UMNO sendiri, lebih setengah pengundi Melayu telah pun berpindah ke khemah pembangkang. Daripada jumlah keseluruhan pengundi yang ada 40% pengundi India masih lagi bertahan dengan parti BN sedangkan pengundi cina masih belum dapat ditentukan kesetiannya.

Terdapat 27% pengundi cina di kalangan penduduk negara ini. Kuasa mengundi mereka akan menentukan nasib kerajaan yang sedang memerintah. Apatah lagi apabila kuasa undi Melayu sudah berpecah-pecah. Mahathir tidak berusaha mendapatkan undi orang Cina kerana kerap sangat memperlekehkan mereka.

"Trik yang paling tua dalam buku tipu muslihat ialah menyerang orang Cina untuk mendapatkan balik simpati orang Melayu. Tetapi, itu adalah trik lama dengan congak politik yang usang," kata Kua Kia Soon, pengetua New Era College di Kuala Lumpur. Kua pernah menjadi Ahli parlimen parti pembangkang.

Untuk terus memancing undi orang Melayu UMNO kini cuba memujuk PAS untuk berunding mengenai 'Perpaduan Melayu' dan telah memainkan isu menawarkan jawatan kabinet kepada PAS sekiranya ia menyertai Barisan Nasional. Tetapi, pihak pembangkang sedang menentangnya sambil berjanji menghormati budaya cina dan menjanjikan pembikinann banyak sekolah Cina lagi. "Kami nampak betapa sokongan akar umbi yang sudah bertukar, tetapi kami tidak mampu membincangkan isu yang hangat ini tanpa menaikkan marahnya." Demikiaan pendapat seorang veteran UMNO yang menyedari betapa UMNO sudah tersedak. "Kalau kita telah lama berkuasa kita perlu mencari tenaga muda, tetapi sebarang usaha ke arah ini akan dianggap sebagai menentang Mahathir."

Mahathir telah berkata dia tidak mahu bertanding lagi pada 2004. Tetapi masih ada tiga tahun lagi dan dia masih lagi samar-samar dengan ketegasan untuk menyerahkan kuasa yang ada padanya. Dalam satu pertemuan dengan para peniaga British dia telah menolak berita angin mengenai persaraannya. Dia telah berkata bahawa ini masanya untuk bertenang dan memberikan tumpuan kepada kemajuan negara.

Dari perhitungan rasmi, dia memang nyata mempunyai mandat yang jelas kerana parti komponen BN menikmati dua pertiga majoriti dalam parlimen. Suasana perbalahan pucuk pimipinan parti tidaklah setara dengan keadaan pada 1987 dulu di mana dia menang pertandingan kepimpinann parti. Ada satu konsensus politik yang beranggapan bahawa Mahathir mendapat sokongan penuh daripada tiga tokoh penting dalam parti: Timbalan Perdana Menteri dan Calon Pengganti Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Kewangan Tun Abdul Daim dan Menteri Pertahanan Najib Razak. Satu ketika dulu orang menganggap Abdullah tidak mampu bertahan, rupanya bukan begitu pula.


Baru-baru ini Mahathir telah bertegas menyatakan bahawa UMNO dan parti komponen BN akan menang lagi di pemilu yang mendatang walaupun dengan majoriti yang berkurangan. Namun, kesetiaan akar umbi parti masih lagi samar-samar sahaja. Di Malaysia bukan ada sebarang pilihan pendapat (opinion polls) dan pemilihan di bahagian akan bermula pada buln April. Ketika itu akraumbi UMNO akan memilih para perwakilan untuk menghadiri persidangan tahunan UMNO dan mereka akan menjadi perhatian pucuk pimpinan parti. Mengikut seorang ahli MT, hampir semua pemegang jawatan ketua bahagian akan dicabar dan kecenderongan politik pemenang itu nanti akan menunjukkan apakah Ibrahim Ali mempunyai ramalan yang tepat dalam memberi amaran kepada pucuk pimpinann parti.

Secara teori, perwakilan di persidangan tahunan UMNO boleh menaruh undi tidak percaya kepada kepimpinan yang akan menghumbankan Mahathir dari pucuk pimpinan parti. Tetapi, persidangan tahunan itu adalah satu lakonan sandiwara yang sungguh hebat sehinggakan usaha undi tidak percaya itu tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga dengan segala himpunan dan protes jalanan seperti yang terdapat di Filipina dan Indonesia yang mampu menggulingkan Joseph Estrada dan hampir juga menumbangkan Abdurrahman Wahid.

"Saya fikir keadaan sudah banyak berubah, rakyat marhaen akan sedia menunggukan pemilu yang lagi satu," kata seorang veteran UMNO, sebagai satu amaran yang sudah pasti mencuit perasaan takut di kalangan penyokong UMO.

"Waktu itu barulah PAS, Keadilan dan DAP (parti pembangkang Cina) akan membentuk satu kerajaan baru di negara ini. Akan wujud seorang timbalan perdana menteri Cina. PAS akan bersetuju menglaksanakan undang-undang Islam hanya di negeri yang ramai penduduk Islamnya dan itu sahaja."


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT25/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:


From The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 1st March 2001

Shaking the Party Grip on Power

A Malay rally unexpectedly turns on Umno; fears grow that paralysis within the party leadership may even lead to its half-century of political dominance ending with the next general election

By Lorien Holland/KUALA LUMPUR

ACCUSING PRIME MINISTER Mahathir Mohamad of cronyism and authoritarianism is the bread and butter of Malaysia's opposition parties. But on February 4, it was card-carrying members of his own ruling coalition who broke ranks to do that very same thing. Their attack at a 3,000-strong rally in the heart of Kuala Lumpur made politicians across the spectrum sit up sharply.

"What happened was very significant," says Mohamad Ezam Nor, head of the youth wing of the opposition National Justice Party, known as Keadilan in Malay. "It is very rare to see people from his own party coming out against him."

For sure, Mahathir has come under threat in the past. Senior colleagues in the United Malays National Organization, which leads the ruling coalition government, came close to ousting him in 1987. Eleven years later, he faced street protests, a divided party and a barrage of international criticism for his sacking of Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.

In both those cases, he fought back and won. But this time is different. The threat to Mahathir, 75, is not from a physical rival, but from a creeping fear that the opposition just might break the ruling coalition's monopoly on power, held since 1957, and win the next general election in 2004. He faces a snowballing of whispers--spread in part by several senior Umno officials--saying he is playing into the hands of the opposition and is no longer up to the job.

"Power has never been so challenged as it is now," says Patricia Martinez, a senior research fellow on religion and culture at the University of Malaya. "Umno has been used to having a population that supports them. And now there are divergent voices, they appear to have little idea where they are heading."

Ibrahim Ali, the organizer of the February 4 rally at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur, tapped into this groundswell of Umno unease with his calls to defend the party and win back Malay voters from an increasingly powerful opposition. Despite a reputation as a rabble-rousing politician (who sided with Mahathir's challengers in 1987), Ibrahim won Mahathir's prior consent for the event--billed to champion Malay rights under the umbrella of the newly-formed Malay Action Front, or MAF.

But only two of the dozen speakers took the established route to shore up Malay support by focusing on the "threat" of the ethnic-Chinese population. To the delight of the crowd and the horror of Mahathir's supporters, other speakers--who were largely sidelined Umno politicians--went straight for the jugular: Malay support was falling off because Umno was out of touch. Umno had to listen to its electorate and wipe out corruption and cronyism. Mahathir needed to clean up his cabinet. In particular, the government's decision to buy back a controlling share in Malaysia Airlines, or MAS, from a politically connected businessman was criticized. The cost of the buyback--over twice the current market price of MAS's shares--is an opposition rallying cry, but the government has kept a stony silence about the deal.

After the rally, Ibrahim insisted his efforts were aimed at supporting the party leadership, not undermining it. He told the REVIEW: "Our group is like a chilli. We taste very hot, but without us food is bland. The opposition is capitalizing on the blandness, so we want the government to speak up and publicly address these issues. They may have a good explanation [for deals like MAS], but they have yet to give it and stop the opposition capitalizing on their silence."

But many analysts wondered whether a hidden agenda to weaken Mahathir was starting to play out from inside his own party. "If the speeches had been uttered at an opposition meeting, the speakers would have found themselves charged with sedition and worse," said Harakah, the newspaper of the Islamic Party, or Pas, which is the lead opposition party. "What [MAF] aims to do is nothing as serious as what it did. It openly challenged the legitimacy of Dr. Mahathir to remain in office."

Mahathir came to a similar conclusion. The 47-member Umno Supreme Council spent two-and-a-half hours of a closed-door session on February 10 criticizing the group. According to three members present, no one spoke in favour of the MAF, even though Ibrahim claimed support from more than 10 members of the council before the meeting.

UMNO'S PARALYSIS

In later public comments, Mahathir said the MAF effectively created a rival political party. "I really don't understand them because when they saw me before, they said they want to hold this thing to foster Malay unity," he said.

More significantly, the bombshell of the rally failed to galvanize Umno into an offensive to win back support. Instead, Mahathir resolved to silence the MAF by cutting all Umno support for the group and ensuring that permits for further public meetings were refused. Prior to the Supreme Council meeting, the MAF had received invitations to speak at 18 locations around Malaysia and planned a roadshow to reach out to the electorate.

But for mainstream Umno politicians, Ibrahim's foray to win back the Malay vote only muddied the waters. "Many of the issues raised are issues that we are also concerned with. But now that Ibrahim Ali has had a go, it makes them even harder for us to address, as they get discounted out of hand, along with Ibrahim Ali," says a senior Umno member.

"There is a feeling of paralysis that no one is brave enough to stand up and tell him [Mahathir] that it is time to go because the voices of protest from the grassroots are multiplying," he adds.

In contrast to Umno's failure to act, the opposition--which has never come even close to winning a general election and appeared unlikely ever to do so until Mahathir sacked Anwar--is powering ahead. Its high point so far was a victory in the Lunas by-election in late November, in a seat that had been a government stronghold since independence. Since the MAF rally highlighted problems within Umno, the opposition has held four rallies demanding Mahathir's resignation. One rally in his own constituency on February 14 drew thousands of people. Riot police used tear gas and water cannon to subdue the crowds.

Key issues affecting the swing away from Umno are the role of Islam, a lack of government transparency and a positive discrimination policy that is meant to aid Malays, but is widely perceived to help rich Malay businessmen more than others. Mahathir contests charges of cronyism and lack of transparency and warns that an increasingly "Islamicized" state will widen divisions between Malaysia's three main racial groups.

However, according to Umno sources, well over half the all-important ethnic-Malay vote appears to have already swung toward the opposition. Of the remaining 40% of the electorate, ethnic Indians remain largely loyal to the ruling coalition, but the Chinese vote is wavering.

As ethnic Chinese make up 27% of the population, their voting power could make or break the government--given that the ethnic-Malay vote is split between Umno and the opposition. But instead of wooing Malaysian-Chinese, Mahathir has only alienated significant numbers by floating the idea of a Chinese bogeyman in a bid to win back disillusioned Malays.

"The oldest trick in the book is to attack the Chinese to win the Malay vote but it was a miscalculation that it would still work," says Kua Kia Soong, principal of the New Era College near Kuala Lumpur and a former opposition MP.

Umno meanwhile is trying to recover the Malay vote by coaxing Pas into "Malay Unity" talks and has raised the idea of Pas even joining the ruling coalition. But the opposition is hitting back, luring Chinese with promises of respecting Chinese culture and allowing more Chinese schools. "We can see the ground is shifting, but we can't address most of these issues without making him [Mahathir] angry," says a veteran Malay politician who feels Umno has worked itself into a corner. "If you stay in power too long, you have to rejuvenate yourself, but any attempt to improve the party's standing is seen as a move against Mahathir."

Mahathir has stated he will not contest the election in 2004. But that is three years away, and he remains determinedly vague over any timetable to hand over power. At a recent meeting with British businesspeople he discounted rumours of imminent retirement, saying it was time to calm down "feelings and emotions" and get on with running the country.

On paper, he has an impressive mandate, with his coalition enjoying a two-thirds majority in parliament. Factional fighting in Umno's leadership is nowhere near the levels of 1987 when he narrowly won a leadership contest. The political consensus is that the premier has the full support of three key players: Deputy Prime Minister and anointed successor Abdullah Ahmad Badawi, Finance Minister Daim Zainuddin and Defence Minister Najib Razak. Abdullah, once thought unable to survive post-Mahathir, has shown himself made of tougher stuff.

Mahathir said recently he believes the Umno coalition will win the next election, albeit with a reduced majority. Still, the allegiance of the Umno rank-and-file is unclear. There are no political opinion polls in Malaysia and division elections in April, when Umno's grassroots organizations elect delegates to the Umno general assembly, are being watched cautiously by the leadership. According to an Umno Supreme Council member, almost all incumbent division chiefs face challengers, and the political leaning of the winners will show just how accurate Ibrahim and others were in warning that Umno is losing its grassroots support.

Theoretically, delegates to the Umno general assembly could pass a vote of no-confidence in the leadership and force Mahathir's resignation. But the assembly is heavily choreographed, and such a move seems unlikely. Also unlikely are street protests like those in the Philippines and Indonesia that toppled Joseph Estrada and have come close to doing the same to Abdurrahman Wahid.

"I think the tide has turned, but people will just sit it out and wait for the next election," says the veteran Umno politician, delivering a warning sure to send a shiver up the spines of Umno stalwarts. "Then Pas, Keadilan and the DAP [Chinese opposition party] will form the next government. The second deputy prime minister will be Chinese, Pas will agree to implement Islamic law only in the Islamic states and that will be that."

http://www.feer.com/