Laman Webantu   KM2A1: 3872 File Size: 12.0 Kb *



TAG MT 49: Mana Ada Syoknya (FEER)
By S. Jayasankaran

28/2/2001 11:25 am Wed

TAG049

[Orang yang syok atau seronok selalunya akan bermain lama-lama dengan bidang yang diceburinya. Mereka mula kecewa bila sesuatu menghalang permainan mereka atau asyik dikacau dengan peraturan pelik-pelik yang sentiasa bertukar sahaja. Lagipun banyak tempat lain yang menyediakan tempat permainan yang serupa dengan lebih istimewa, mengapa mereka perlu bertandang ke negara kita?.

Banyak negara membiarkan sahaja pasaran mereka berputar dengan sendirinya dan mereka berjaya tetapi mengapa negara Malaysia tidak boleh pula mencapainya? Seseorang yang mahir berniaga tidak kisah dengan kebebasan yang ada tetapi mereka mudah tertewas oleh peraturan dan permainan dana oleh campurtangan tiba-tiba pihak yang berkuasa. Itu tanda kroni tidak pandai bermain sebenarnya. Dan mereka terlalu dimanja sehingga sanggup diperjudikan masa depan negara.... - Editor (sila rujuk nota kaki oleh Pak -MT-)]


Penterjemah: -MT-

Mana Ada Syoknya

(Not Much Fun)

S. Jayasankaran/Kuala Lumpur

REVIEW Issue cover-dated March 1, 2001.

Impian Kuala Lumpur mahu menjadi sebuah pusat kewangan serantau sudah lama diperlekehkan oleh penganalis asing sebaik sahaja kerajaan menguatkuasakan kawalan modal pada Sepember 1998. Namun impian itu masih diperam lagi dan mungkin diperteguhkan secara terkini pada Februari 22 apabila Menteri Kewangan Tun Daim mendedahkan rancangan induk pasaran modal negara. Itulah dasar jangka panjang mengenai perbankan, insuran, stokbroking, pasaran bon dan pengurusan dana. "Saya menjangka berlakunya beberana ruang liberalisasi dan pengenduran undang-undang di sektor kewangan walaupun tindakan itu mungkin dibuat secara perlahan," kata seorang ketua firma broker saham asing di Kuala Lumpur.

Ketika berlakunya kegawatan kewangan dulu, terdapat satu krisis keyakinan di kalangan banyak institusi di Malaysia. Kerana takutkan bank tempatan yang mungkin lingkup, para penyimpan telah menarik keluar simpanan mereka dan mengalihkannya ke dalam akaun di bank asing di Malaysia ataupun mengalihkannya terus ke luar negara samasekali. Rancangan terbaru Tun Daim itu berusaha untuk menyekat berlakunya sekali lagi kemunduran keyakinan itu dan cuba untuk meneguhkan institusi kewangan yang ada.

Penggabungan bank-bank telah pun dimandatkan oleh kerajaan. Begitu juga halnya kepada insuran dan industri broker. Banyak lagi perubahan yang boleh dijangkakan daripada Tun Daim. Para pegawai yang rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti yang ditugaskan menyelia pasaran modal, menjangkakan beberapa pengumuman mengenai insentif baru untuk merangsang pasaran bon. Mereka juga menjangkakan perniagaan pengurusan dana akan lebih bebas di mana borker asing diberikan talian terus kepada BSKL pada Januari 2003. (Pada waktu ini mereka terpaksa memberikan khidmat kepada pelanggan mereka melalui broker tampatan)


Pada Julai 1995, bekas Menteri Kewangan Anwar Ibrahim telah mencuba satu pakej insentif untuk memancing pengurus dana antarabangsa dan syarikat kewangan serantau yang berpusat di Hongkong agar berpindah ke Kuala Lumpur sebelum kuasa pemerintah wilayah itu kembali semula kepada China. Ada juga yang menerima pelawaan itu sedangkan majoriti mereka memilih Singapura.


Menyemarakkan Minat Asing


Usaha Daim mungkin tidak memberi penekanan kepada usaha menarik orang asing. Ia lebih memberi penekanan untuk memperteguhkan pasaran modal Malaysia agar menjadi lebih berkesan. Untuk menghidupkan kembali minat asing yang telah begitu lama kering kontang di pasaran BSKL sejak pertengahan 2000 dulu, para analis mengharapkan beliau akan memberi penekanan kepada ketelusan dan penerajuan korporat yang disokong oleh penguatkuasaan yang jitu.

Pengurus dana tempatan memang mengalukan usaha Daim. Ada sebanyak 34 syarikat pengurusan dana yang menguruskan sekitar 52 juta ringgit ($13.7 bilion) yang menyumbang hanya kurang 8% kepada modal keseluruhan BSKL. Ini adalah 20% hingga 40% lebih rendah daripada kebiasaan di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Tabung dana amanah yang ditaja oleh kerajaan untuk orang Melayu merupakan 80% daripada kewangan yang terurus, dengan bakinya adalah membabitkan wang orang awam.

Dana tempatan hanya boleh melabur di Malaysia. Usaha membenarkan dana tempatan dilabur di luar telah dipengapkan sebaik sahaja pengawalan matawang dilaksanakan. "Dalam hal kebebasan membuat pilihan, kami memang berada di bahagian corot sekali," kata seorang pegawai bank. "Apabila globalisasi semakin menjadi, semua perkara ini akan menjadi perkara yang mustahak diuruskan."


Ketandusan pilihan inilah yang membantu dana tabung bersama (mutual fund) tempatan . Setidak-tidaknya dana jenis ini telah menghasilkan pulangan di antara 8% hingga 35% berbanding pulangan sekitar 3%-4% yang dihasilkan oleh pendepositan bank. "Kalau dibandingkan pulangan yang dibuat oleh simpanan bank dengan dana tabung bersama, memang tidak ada pertandingannya," kata Edmund cheah, yang mengetuai sebuah Kuala Lumpur Mutual Fund, yang merupakan firma awam terbesar dengan simpanan sebanyak 2 bilion ringgit. "Tetapi, kalau sekatan ditarik balik, akan berlaku banyak penghijrahan modal yang besar, kerana wujudnya perbezaan antara kadar Amerika dengan yang kita punyai. "

Membebaskan dana dariapa Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dikuasai oleh kerajaan itu akan menaikkan lagi kegiatan pengurusan dana. KWSP ialah satu tabung persaraan terbesar negara yang mempunyai aset sebanyak 150 bilion ringgit. Dasar pelaburannya memang sengaja terhad. Sebagai contohnya hanya 20% dana tabung itu yang dilaburkan dalam ekuiti. Ramai para penganalis menjangkakan Daim akan mempergiatkan bisnes dengan membenarkan KWSP untuk membenarkan pengurusan dana secara kontrak kepada pengurus dana luar agar lebih banyak wang lagi yang akan dilabur di pasaran saham.

Akhirnya nanti, impian Malaysia untuk menjadi sebuah hab kewangan serantau akan berlegar-legar sahaja tanpa haluannya tanpa sebarang penarikan terhadap kawalan modal secara yang menyeluruh. "Kalau rakyat Malaysia tidak diberikan pilihan untuk melabur di mana sahaja, kenapakah pula sesaorang itu mesti datang ke sini untuk melabur wangnya?" tanya seorang broker asing.



Jawapan Penterjemah:

Apabila kawalan kewangan berlegar-legar tanpa keruan, ia adalah laksana anak rusa yang kehilangan arah, hanya menunggu sekumpulan serigala datang menjatuhkannya dan memamah badannya sehingga tulang sumsumnya. Inilah nasib Darulboleh.....!!!!-MT-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 25/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Source: The Far Eastern Economic Review Issue cover-dated 1st March 2001

MUTUAL FUNDS: MALAYSIA

Not Much Fun

Fund managers are hoping the government's new incentives will free up a highly restricted industry

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR'S ambition of becoming a regional financial centre was all but written off by foreign analysts after the government imposed capital controls in September 1998. But that ambition has remained intact and may be articulated in detail on February 22 when Finance Minister Daim Zainuddin unveils his capital-markets master plan. It will lay out long-term policies covering banking, insurance, stockbroking, the bond market and fund management. "I expect significant liberalization and deregulation of the financial sector although I think the approach will be gradual," says the head of a foreign brokerage in Kuala Lumpur.

In the wake of the Asian financial meltdown, there was a crisis of confidence in Malaysian institutions: Fearing that local banks might collapse, depositors moved their savings to foreign banks in Malaysia or out of the country altogether. The master plan aims to prevent future crises of confidence and to shore up local financial institutions.

The government has already mandated the consolidation of the banking, insurance and broking industries--but more is expected from Daim. Executives close to the Securities Commission, which supervises the capital markets, expect the minister to announce new incentives to boost the bond market. They also expect the fund-management business to be liberalized, with foreign brokers given direct access to the Kuala Lumpur Stock Exchange by January 2003. (Currently they have to serve clients via local brokers.)

In July 1995, former Finance Minister Anwar Ibrahim attempted the first package of incentives to entice international fund managers and regional finance companies based in Hong Kong to move to Kuala Lumpur ahead of the British colony's handover to China. There were few takers then, with the majority preferring Singapore.

REVIVING FOREIGN INTEREST

Daim's effort may have less to do with attracting foreigners than with making Malaysian capital markets stronger and more efficient. Still, to revive foreign interest, which has been almost absent from the KLSE since mid-2000, analysts are hoping he will place greater emphasis on transparency and corporate governance backed up by enforcement measures.

Local fund managers will welcome any help Daim can give. Malaysia has 34 fund-management companies managing about 52 billion ringgit ($13.7 billion), which accounts for less than 8% of the KLSE's capitalization, far below the 20%-40% norms in Singapore, Japan and the United States. State-backed unit trusts set up for Malays account for almost 80% of funds managed, leaving the private sector in the shade.

Moreover, local funds can invest only within Malaysia. Plans to allow local funds to invest globally were put on ice after capital controls were imposed. "We've always been way, way behind when it comes to offering freedom of choice," says a local banker. "As globalization takes root, these issues will become increasingly important."

The lack of choice has ironically helped local mutual funds--they, at least, offer returns ranging from 8% to 35%, compared with 3%-4% returns on bank deposits. "Between the returns on bank deposits and mutual funds, there isn't much competition," says Edmund Cheah, who heads the Kuala Lumpur Mutual Fund, the country's largest private manager with 2 billion ringgit. "But if you lifted controls you would probably see a large outflow, given the differential between U.S. rates and ours."

Freeing up funds from the state-controlled Employees Provident Fund would boost the fund-management business too. The EPF is the country's biggest pension plan with more than 150 billion ringgit in assets, but its investment policies are strictly circumscribed--for instance, only 20% of its funds can be put into equities. So some analysts are betting that Daim will boost the business by allowing the EPF to subcontract more work to external fund managers and to invest more of its money in the stockmarket.

Ultimately, however, Malaysia's ambition to be a regional financial hub will likely to go nowhere without the complete lifting of capital controls. "If you don't give Malaysians the choice of investing anywhere, why would anyone want to come here to set up shop?" asks the foreign broker.

http://www.feer.com/