Laman Webantu   KM2A1: 3873 File Size: 14.4 Kb *



TAG MT 50: B1 Ruang Untuk Membesar (FEER)
By Tom Holland

28/2/2001 7:12 pm Wed

TAG 050 B1

[Pelabur memang mengimpikan sesuatu yang menjamin masa depan mereka. Di sinilah Mutual Fund memainkan peranannya cumanya ia perlu bebas dan tidak dimanipulasi sesiapa, khususnya kerajaan yang ada. Kerajaan seharusnya memberi sokongan sahaja, jika tidak dana tersebut takkan kemana. Kejayaan Hong Kong dan Singapura menyebabkan negara lain turut terpesona.

Tetapi pada waktu yang sama corak (trend) ini melambangkan betapa pengurusan dana awam (Public Fund) yang ada kini memang ada cacat celanya. Mereka tidak berkhidmat untuk rakyat dalam artikata sebenarnya kerana mereka diketuai oleh orang pilihan pemerintah belaka. EPF misalnya cuma mampu memberi dividen 6% sahaja - satu kadar terendah sejak 1975 kerana ia berkhidmat untuk masa depan pemerintah dan kroni sebenarnya.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Ruang Untuk Membesar

(Plenty Of Room To Grow)

(Bahagian I)

Sedikit demi sedikit, tanpa sebarang kesangsian lagi, wajah pertumbuhan kewangan di Asia sudah semakin berubah rupa. Bertahun lamanya, penduduk Asia telah memeram simpanan mereka dalam deposit bank yng mengeluarkan pulangan yang rendah. Apabila usia ketuaan penduduknya semakin meningkat, para penyimpan akan mengetahui betapa pulangan yang tidak berpada yang diberikan oleh bank-bank itu tidak mampu menjamin satu habuan persaraan yng menyelerakan. Program pencen yang ditaja oleh kerajaan mungkin dapat membantu namun itu pun didapati tidak memuaskan. Semakin ramai penyimpan dana telah beralih pandang mencari tabung simpanan yang menjanjikan pulangan jangka panjang yang tinggi.


Mereka boleh membeli saham (stok) tetapi berurusan dalam pasaran ekuiti adalah satu perniagaan yang tinggi risikonya, terutama sekali kalau simpanan sara hidup itu dipertaruhkan. Untuk mampu tidur dengan penuh impian yang indah-indah, anda perlu menjaga risiko pelaburan, tetapi tidak ramai individu yang pandai melabur dengan segala keilmuan untuk membeli saham yang terpilih secara berpada. Pilihan yang terbaik ialah penyimpan mengumpulkan sumber dana mereka dengan membeli saham yang diuruskan oleh satu kumpulan ahli professional dalam satu tabung dana urusan mereka. Inilah yang lebih dikenali dengan nama mudahnya Dana Tabung Bersama (Mutual Funds).

"Perkara ini akan berlaku juga," kata Shiv Taneja, seorang perunding di Cerulli Associate, yang aktif dalam industri kewangan di London. "Kadar simpanan wang di Asia adalah tinggi dan kadar purata simpanan di bank adalah memang tinggi. Tetapi simpanan yang banyak di dalam bank tidak akan menguntungkan para penyimpannya dalam jangka panjang. Kerana itu industri tabung dana bersama akan naik membangun." Inilah yang memang diimpikan oleh syarikat pengurusan dana. Buat waktu ini Hongkong merupakan satu lokasi didalam Asia Tenggara tetapi di luar Jepun yang berbangga dengan pasaran dana tabung bersama. Tetapi Singapura pun semakin naik dengan giatnya. Di tempat lain seperti Taiwan dan Korea Selatan memang terdapat industri dana jenis ini dengan ada sedikit perubahannya. di Thailand dan Malaysia ia merupkan satu pasaran terbaru yang memberangsangkan. Pasaran yang paling terbesar akan wujud di China dan kerana itu pihak yang berkuasa sedang merangka satu peraturan untuk mewujudkan satu industri dana tabung bersama yang berwibawa.


Hongkong merupakan pasaran yang paling sofistiket di rantau ini di mana industri itu akan terus membesar. Hanya dua tahun sudah berlalu sejak industri ini muncul di situ. Secara tradisinya, penduduk Hong Kong menyimpan wang dalam akaun bermusim, membeli hartanah ataupun sengaja membeli saham di dalam pasaran saham yang memang mudah menggila itu. Pelaburan dana hanya bermula setelah dilancarkan "Hong Kong Tracker fund" pada November 1999. Inilah dana tabung bersama yang paling besar sekali dengan aset yang diuruskan sekitar $3.5 bilion dollar. Kerajaan telah menaja "Tracker Fund" itu untuk mengambil alih sekitar $25 bilion dollar dalam bentuk stok/saham yang dipegangi oleh kerajaan hasil campurtangan membendung kemerosotan ekonomi yang berlaku pada tahun sebelumnya.

Dengan usaha untuk meniru prestasi Hang Seng Index, Tracker Fund telah menjual sahamnya dengan diskaun yang menarik untuk memenuhi peraturan psaaran saham. Satu kempen raksasa telah dilaksanakan di mana 180,000 pelabur runcit telah menempah penyertaan mereka.

Daripada keseluruhan penyumbang itu, antara 70% hingga 80% tidak pernah mempunyai pengalaman melabur dalam sebarang dana, kata Sandra Lee, ketua jabatan perancang dan pembangunann JF Funds di Hongkong. "Kami merupakan pengedar utama Tracker Fund. Ramai orang yang bertemu kami adalah pembeli pertama. Inilah manusia yang tidak pernah memikirkan mereka sanggup memberikan wang ke pada pihak ketiga, sebelum ini" katanya. Malahan mereka kerap datang semula, kata Lee yang mencatatkan ramai pembeli pusingan pertama telah melabur di dana lain pula.


Pelancaran Tracker Fund telah menyemarakkan industri dana tabung bersama itu. Keadaan ini dipergiatkan oleh kejatuhan industri hartanah, menyebabkan para pelabur tidak berminat membeli apatmen untuk menabung pula. Pelancaran Kewangan Dana Pencen kerajaan pada bulan Disember lalu, telah memainkan peranan memberi penjelasan betapa pentingnya pelaburan jangka panjang. Itulah juga peranan yang dimainkan oleh bank. Mereka kini sedang merana oleh sebab kehilangan 'cartel' mengenakan faedah laba yang rendah dulu, dan terpaksa berpindah ke arah pengagihan dana sebagai punca pendapatan baru dan mula mencanangkan tabung bersama itu kepada pelanggan mereka.

Dana tabung bersama pun semakin popular di Hongkong. Pada bulan Ogos lalu, Persatuan pelaburan dana Hong kong (Hong Kong Investment Funds Asociation) membuat taksiran betapa 8% daripada jumlah penduduk dewasa - sekitar 400,000 - membuat pelaburan dalam tabung dana, termasuk dalam Tracker Fund. Ini merupakan kenaikan sebanyak satu pertiga berbanding tahun yang lalu.

Tahap penyerapan dana di Hong Kong masih dikira rendah lagi apabila dibandingkan dengan pasaran lain sperti Britain, di mana terdapat 15% hingga 20% orang dewasa yang melabur dalam dana, ataupun Amerika Syarikat di mana kadar penerapan ditaksirkan setinggi 40%. Singapura yang dikira oleh kebanyakan syarikat dana sebagai pasaran yang kedua tinggi kecanggihannya di rantau ini masih tertinggal jauh ke belakang lagi. Walaupun kerajaan tempatan telah berusaha membina industri institusi pengurusan aset di negara itu dengan mendapatkan mandat daripada Pusat Dana Providen, industri tabung bersama itu masih lagi bersifat di tahap baru membangun lagi.


Kalau dibandingkan dengan Hong Kong terdapat HKIFA di mana sekitar $35 bilion hingga $45 bilion daripada keseluruhan $230 bilion yang diuruskan oleh ahli-ahlinya adalah diperdapatkan daripada pelabur Hong Kong. Ini bererti jumlah yang diperolehi daripada pelabur Singapura adalah segelintir sahaja. Namun, di Singapura industri itu sedang rancak membangun. Mengikut para analis bank pelaburan Amerika Goldman Sach, dana yang diuruskan mungkin mencecah $8.6 bilion (mengikut kadar tukaran matawang semasa) sehingga akhir tahun ini, menunjukkan kenaikan daripada kurang sedikit daripada $2 bilion pada 1997.

....bersambung

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT25/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.feer.com/_0103_01/p032.html


Plenty of Room to Grow - Part 1/2

Asia's investors need to generate far higher returns on their savings than they earn today--the sort of returns that only equity mutual funds can provide. But before mutual funds can really take off in Asia, there has to be a change of attitude



By Tom Holland/HONG KONG

Issue cover-dated March 1, 2001



SLOWLY BUT SURELY, beyond any shadow of a doubt, the financial landscape of Asia is changing. For years Asians have salted away their savings in low-yielding bank deposits. But as populations age, savers will discover the meagre returns offered by banks cannot secure them a comfortable retirement. Government-sponsored pension schemes will help, but by themselves they will be insufficient. Increasingly, Asia's savers will be forced to seek higher long-term rates of return.

They could buy stocks, but dabbling in the equity markets is a dangerous business, especially if your life savings are at stake. To sleep soundly at night you need to spread your risk, but few individual investors have the wherewithal to buy a large enough number of stocks. The only solution is for savers to pool their resources by buying into professionally managed collective investment vehicles, or mutual funds as they are commonly known.

"It has to happen," declares Shiv Taneja, a London-based consultant at finance-industry research firm Cerulli Associates. "Asia has very high savings rates and the average rate of savings in bank deposits is incredibly high. But bank deposits will not serve investors well in the long term. That's why the mutual-fund industry has to grow."

It's a prospect that has fund-management companies salivating. At the moment Hong Kong is the only jurisdiction in East Asia outside Japan to boast a developed mutual-fund market but Singapore is fast growing its own. Elsewhere both Taiwan and South Korea possess sizeable, if domestically slanted, fund industries, while in Thailand and Malaysia mutual funds are a promising niche business. In China, potentially the greatest market of them all, the authorities are in the process of drafting regulations to govern the establishment of a credible mutual-fund industry.

Even in Hong Kong, the region's most sophisticated market, the funds industry has plenty of room to grow. It's only over the past two years that investment in mutual funds has really taken off and become a mainstream activity in the territory. Traditionally Hong Kong's investors stuck their money away in time deposits, sank it into property or punted it directly on the territory's notoriously volatile stockmarket.

Fund investment only began to come into its own with the launch in November 1999 of the Hong Kong Tracker Fund. The largest mutual fund in Asia by a mile, with assets under management of $3.5 billion, the Tracker Fund was set up by Hong Kong's government to divest some of the vast $25 billion stock holding it built up intervening to support the market during the very depths of the Asian Crisis the previous year.

Designed to mimic the performance of Hong Kong's benchmark Hang Seng index, units in the Tracker Fund were sold to the public at a deep discount to their market value. A mammoth marketing campaign to promote the fund paid off handsomely when 180,000 retail investors applied for shares.

Crucially, of those subscribers, between 70% and 80% had never before invested in any fund, says Sandra Lee, head of strategic planning and brand development at JF Funds in Hong Kong. "We were a lead distributor on the Tracker Fund, and the bulk of people we saw then were first- time buyers; people who had never thought of giving their money to a third-party manager before," she remembers. Not only that--they came back for more, says Lee, who reports that many of those first-time buyers have since invested in other funds.

The launch of the Tracker Fund boosted Hong Kong's mutual-fund industry enormously, but it wasn't the only factor encouraging investors to look at funds. The collapse of the territory's property market helped, directing investors away from buying apartments and into funds, while the launch last December of the government's Mandatory Provident Fund pension scheme highlighted the need for long-term investments. The territory's banks also played a role. Faced with the pending dissolution of their cozy interest-rate cartel, they soon latched onto fund distribution as an attractive fee-based income and began heavily promoting mutual funds to their existing customers.

The result has been a rapid rise in the popularity of mutual funds. Last August the Hong Kong Investment Funds Association estimated that 8% of the adult population--over 400,000 people-- held fund investments, excluding units in the Tracker Fund; a figure up nearly a third from a year previously.

Even so, the level of fund penetration in Hong Kong remains low compared with markets like Britain, where 15%-20% of adults invest in funds, or the United States, where the penetration rate is estimated to be as high as 40%. Singapore, regarded by many fund companies as the region's second-most-sophisticated market, lags even further behind. Although the local government has made strenuous efforts to build an institutional asset-management industry by outsourcing mandates from its Central Provident Fund, the mutual-fund industry--essentially a retail business-- remains in its infancy.

Compared with Hong Kong, where the HKIFA estimates that between $35 billion and $45 billion of the $230 billion managed by its members was sourced from Hong Kong investors, amounts raised from Singapore investors are tiny. Nevertheless, Singapore's mutual-fund industry is growing fast. According to analysts at the U.S. investment bank Goldman Sachs, funds under management are likely to hit $8.6 billion (at today's exchange rates) by the end of this year, up from less than $2 billion in 1997.