Laman Webantu   KM2A1: 3875 File Size: 11.7 Kb *



TJ MT MGG: Senarai Hitam di Internet
By M.G.G. Pillai

28/2/2001 6:58 pm Wed

MGG 5201a

[Tinjauan editor mendapati terdapat mesej berikut pada laman JPJ:

"HARAP MAAF!!! PERKHIDMATAN INI TIDAK DAPAT DIBERI BUAT SEMENTARA WAKTU KESULITAN INI AMATLAH DIKESALI."

Dalam dunia pengaturcaraan (programming) perlu ada percubaan dan ujian selari (testing dan parallel running).

Kita sedikit sangsi apakah hubungan komputer JPJ dan PDrM memang onlain atau melalui sistem manual (batch) sahaja? Mampukan 'web interface JPJ' mengemaskinikan semuanya serentak hanya dengan menekan satu butang sahaja?

Malaysia hampir tiada pakar yang berupaya menyatukan dua sistem berlainan dan dua pengkalan data (database) melainkan ia memerlukan belanja yang besar adanya atau cakap besar-besar sahaja. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Senarai Hitam di Internet

(Blacklist On The Net)


Janji Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menyediakan satu sistem, sebelum Jun ini, agar para pemandu boleh memeriksa senarai khas; sama ada mereka masih mempunyai saman tertunggak yang perlu dibayar membuatkan para pemandu berada dalam keadaan mencelaru. Bayangkanlah bagaimana mencelarunya para pemandu apabila diarahkan membayar saman dengan kad kredit 'melalui khidmat e-Pay' sedangkan tidak ada sesiapa yang arif menerangkan makna 'e-Pay' itu. JPJ beranggapan semua orang faham istilah itu. Rakyat marhaen perlu menyemak senarai hitam itu dengan mengakses laman web kementerian di www.jpj.gov.my dan membayar saman yang dikenakan. Kalau anda mahu mencabar saman itu kenalah pergi sendiri ke balai polis untuk menyelesaikannya ataupun untuk merayu agar saman itu dikurangkan. Ketua Pengarah nampaknya sengaja mahu nama dalam menyarankan rakyat marhen menggunakan skim terbaru itu dalam cara mengeluarkan wang mereka sambil mendapat penyakit pening kepala.

Demikianlah caranya setiap kali kerajaan cuba memperketatkan khidmat sesuatu agensi kerajaan itu. Inilah hakikatnya apa yang sedang berlegar dalam Darulboleh. Seperti juga cara kerajaan menonjolkan 'Multimedia Super Corridor'. Dalam hal ini JPJ beranggapan bahawa setiap rakyat marhaen yang memandu kereta mempunyai sebuah komputer peribadi dan juga akaun internet. Kalau anda seorang pemandu yang tidak mempunyai komputer bererti anada terpaksa mengharungi segala masalah sengaja dicetuskan oleh JPJ dan polis berkaitan dengan saman yang tidak berbayar.

Seandainya anda mempunyai sebuah komputer dan mempunyai sebab kenapa saman yang dikenakan itu adalah sesuatu yang tidak betul, anda masih tidak bernasib baik juga. Anda perlu bayar saman yang ditentukan itu dulu yang selalunya bernilai maksimum RM300 ataupun anda akan disekat untuk memperbarui lesen pemandu (ataupun cukai jalan kereta) anda. Sedangkan mahkamah telah mengisytiharkan bahawa saman lalulintas yang tertunggak tidak boleh menjadi penghalang kepada usaha pemandu untuk memperbarui lesen kenderaan mereka. Kalau anda mempunyai lebih daripada satu kereta, semuanya itu pun boleh disenarai-hitamkan. Sehingga dekad yang lalu, saman lalulintas yang tertunggak tidak menghalang sesiapa untuk memperbarui lesen kenderaaan (cukai jalan) mereka, sambil kes itu terus diproses oleh mahkamah.


Keadaan sudah berubah, kini. Selagi saman anda tidak dibayar di balai polis selagi itulah cukai jalan kereta tidak boleh diperbarui. Kalau pihak polis mengenakan saman lalulintas, anda adalah bersalah seperti yang dituduh. Hak untuk memandu kereta itu akan digantung sehinggalah mahkamah bersidang mendengar kes anda beberapa tahun kemudiannya. Kalau anda berjaya mempengaruhi mahkamah dengan alasan yang anda berikan itu, bolehlah lesen anda itu diperbarui tetapi ini tidak bermakna anda akan mampu memperbaruinya di tahun yang akan datang. Anda akan dianggap masih bersalah mengikut tuduhan yang dikenakan.

Apakah skim yang baru dirancang itu berjaya dilaksanakan seperi janji-janji yang dihamburkan? Masih ingatkah anda lagi akan fiasko lampu brek kereta nombor tiga dulu? Menteri pengangkutan jalan pernah berkata bahawa tarikh penguatkuasaan pemasangan brek ketiga itu tidak akan dilanjutkan. Tetapi, ia dilanjutkan juga. Kini, bas ekspress dan bas pelancongan dimestikan memasang meter pengesan kelajuan sebelum bulan September. Setiap pengesan itu berharga RM1,000 dan dikatakan untuk kebaikan dan keselamatan para penumpang. Mungkin juga ada kroni yang akan meraih keuntungan besar dalam perkara itu. Seperti juga tarikh tamat senarai hitam yang dijadualkan pada Jun ini. Sudah pasti ia akan dilanjutkan lagi. Inilah bahananya apabila sesuatu rancangan itu tidak difikirkan masak-masak dan dan diuji dulu sama ada boleh dilaksanakan. Ketua Pengarah JPJ sengaja mahu namanya tersohor dengan pengumuman rancangan itu sehingga naik ghairah mengumumkannya. Walaupun ia mampu muncul onlain seperti yang dijanjikannya pada Jun nanti, ia masih merupakan satu sistem yang banyak cacat celanya.


Mungkin juga sistem itu dapat berjalan licin untuk satu, dua tahun. Kemudian timbullah masalah. Mungkin ada anggota polis yang tidak cekap mengendalikan komputer, tidak ada sesiapa lagi yang akan mengambil kisah sistem itu. Akan terperuklah nanti segala kelengkapan yang ada menjadi satu monuman lagi kepada rancangan negara. Begitulah juga kisahnya dengan sikap melengahkan dan sambil lewa yang terdapat dalam perkhidmatan awam yang memudaratkan masyarakat kita. Kalau rakyat marhaen boleh membayar saman menerusi onlain, seperti yang dijanjikan oleh Dato' Shahrar itu, ia akan mengurangkan wang sogokan yang selalunya tidak mudah dihakiskan. Apabila kita cuba merundingkan agar kadar saman dikurangkan, di sebalik rundingan itu tersorok satu kemestian menyogok sesiapa yang mengurangkan kadar itu. Itulah sebabnya dalam Darulboleh setiap saman mesti mengenakan denda yang maksimum. Di sinilah letaknya muslihat denda yang tinggi itu. JPJ memang terkenal seabagai satu agensi yang amat leceh perkhidmatannya. Agensi itu terpaksa mengusahakan satu kempen untuk mencarai pemegang lesen haram. Kini, ia menjanjikan satu sistem tercanggih di dunia untuk membolehkan anda menyiasat apakah nama anda disenarai-hitamkan. Tetapi, rencana ini memerlukan satu sistem interaksi yang rapat di antara polis dan JPJ. Ia semacam satu situasi bagaimana Presiden George Bush menelefon Presiden Kim Jong Il untuk berbincang dan beromong kosong semata-mata.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

Ahad 25 Feb. 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT27/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Blacklist On The Net

The Road Transport Department, ever insistent that motorists must be given the runaround whenever possible, promises it would have a system in place by June by which motorists could check if they have outstanding summons against them and pay, would you believe it, pay be credit card "via e-Pay" service. What is e-Pay? RTD does not explain but infers it is good, it infers. Once you see your name on the RTD blacklist, which you can access at the ministry's website at www.jp.gov.my, just get on your personal computer and pay. Not, mind you, if you have a valid challenge to the summons against you or want a discount, then you would have to appear in person at the police station. The RTD director-general, Dato' Mohd Sharar Sidek, urges the public to make full use of this new scheme to rid them their headaches and cash.

As government promises of speedy service go, the hype surrounding this announcement is as one expects. After all, the premise of this hype is as of the other hypes that surround Bolehland. The government is committed to the Multimedia Super Corridor, so every Malaysian, and in the belief of the RTD, every motorist not only owns a computer but also an Internet account. If you are a motorist and do not own a computer, then you deserve all the hassles that the RTD and the police would give you over your unpaid summonses.

If you do have a computer and a good explanation why the summons issued was wrong, hard luck! Pay the compounded fines demanded, always the maximum of RM300, or not renew your licences. Never mind, the courts have decreed that traffic summonses should not prevent a motorist from renewing his vehicle licence. Nor that if you have more than one car, all the cars be blacklisted as well. Until the last decade, outstanding traffic summonses did not mean you could not renew your motor licences while the cases went its interminable way through the courts.

Not any more. You do not settle your summons at the police station, you do not get your licence renewed. If the police issue you a traffic summons, you are guilty as charged, and the right to drive your car is suspended until the courts hear it a couple of years later. If you succeed in having your view accepted, backed by a court judgement, you would be allowed to renew it this time, but not the next. Until then, you are guilty as charged.

But would this brilliant new scheme work as promised and scheduled? It would not. Remember the third brake lights fiasco. The road minister only had to say there would be no extensions beyond the date when every car had to have a third brake light, when it was. Express and tour buses must install speed monitors before September. Each cost RM1,000, and is allegedly for the safety of passengers. Not that some crony can have a bit of cash at the public's expense. Like the June deadline for the RTD blacklist, this would be expended. This is not properly thought out. The system is not tested. The RTD director-general wants the credit for this system that he announces it prematurely. Even if it is on online as he promises in June, it would be a flawed system.

It would work well for a year or two, inertia would then set in, the updating inclemental, the policemen who do not have the means to be computer literate care not a white, no one cares and the system rests in a corner, a failed monument to a leap into the modern world. The underlying resistance in the civil service to speed matters which makes people's life less hassle-free is ignored. If people can pay their summons on line as Dato' Shahrar promises, it cuts off the baksheesh that often gets out of a predicament. When you negotiate for a lower sum to be paid, implicit in it is a little bit extra for whoever does you the favour. Bolehland insists upon the maximum fines for without that, this extra bit would not be possible. The RTD is notoriously ineffecient. It had to go on a campaign to root out false driving licences. Now it promises a cutting-edge system of finding out if you have a summons to pay. But this involves constant and regular co-ordination between the police and the RTD. That is as wasy as President George Bush telephoning President Kim Jong Il for a friendly chat about nothing.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my