Laman Webantu   KM2A1: 3878 File Size: 1.3 Kb *



Benar Kata Astora....
By tv3

28/2/2001 11:58 am Wed


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI,

Kami selalu mendengar nama Astora Jabat walaupun tak pernah membaca artikel beliau. Setelah membaca yang dilampirkan olih Wak Amin, kami terharu dan tersangat kagum dengan keluasan pembelajaran beliau.

Kita pendek kan cerita. Kita setuju Fir'aun "baik". Kita syorkan didalam perhimpunan agung Parti Kebangsatan yang akan datang, Bahagian Tenggara (Johore), [apalagi kalau tidak Bahagian Ketua Pemud(i)], membawa satu usul:

"Memandangkan betapa hibatnya kesan dan kepemimpinan YAB Dato Seri Presiden Parti, kami Bahagian Tenggara, mengesyurkan bahawa Dato Seri Presiden YAB Dr M..., kini di tukarkan namanya kepada Dato Seri Dr Mahafiraun. Dan hendaklah penukaran ini diumumkan kepada seluruh DUNIA melalui Kedutaan Negara di negeri negeri tersebut!"

Alhamdu Lillah....Astora...teruskan pekerjaan mu yang "suci murni", agar lebih mudah kerja kami untuk menambah bilangan rakyat yang meluat dengan penjilatan yang amat ketara!