Laman Webantu   KM2A1: 3882 File Size: 16.2 Kb *



TJ MT MGG: Peperangan Besar Dalam MCA
By M.G.G. Pillai

2/3/2001 5:57 pm Fri

MGG5301

[Kewibawaan MCA di bawah Ling begitu tercemar kerana ia gagal membela nasib kaum yang diwakili mereka kerana Ling lebih berpaut kepada Mahathir sebenarnya. Lim Ah Lek menonjol kerana Ling memang sudah tumpul dan itu adalah citarasa akar-umbi MCA yang sudah meluat melihat karenah Ling.

Sudah pasti ada yang terkorban dalam peperangan ini dan MCA akan berkecai. Masyarakat Cina akan mengalih sokongan mereka kepada BA kerana MCA asyik mendiamkan diri dengan masalah kaum mereka. Lagipun krisis dalaman MCA tidak akan menguntungkan masyarakat Cina selagi pemimpin MCA masih melutut kepada Umno. Dengan Suqui menemui Umno, itu tanda taring MCA sudahpun tiada. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Peperangan Besar Dalam MCA

(Chiaroscuro: Gun Fight At The MCA Corral)


Presiden MCA, Ling Liong Sik masih memegang keyakinan bahawa krisis yang menghambat MCA tidak akan menelan kewibawannya. Beliau masih enggan mengakui adanya perbalahan di antara dirinya dengan timbalannya Lim Ah Lek, sambil memberi amaran kepada akhbar dan para wartawan agar tidak menulis mengenainya. Dia beranggapan dengan bongkaknya bahawa dengan cara itu semuanya akan berada dalam keadaan biasa sahaja. Lim memang sudah lama meletakkan jawatan sebagai seorang menteri, sebaik sahaja krisis seperti itu mula meledak dulu. Kerana itu dia dianggap sudah tidak mempunyai sebarang hak keistimewaan kerana itu adalah hak keistimewaan Ling sebagai presiden MCA. Sikap keras kepala beginilah yang akan menjatuhkan Ling.

Krisis ini tercetus ketika masyarakat Cina sedang bergolak untuk mengenal pasti arah tuju masadepan mereka. Orang Cina memang semakin galak mengalihkan sokongan mereka terhadap MCA seperti yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap UMNO. Ling semakin dipencilkan sebagai seorang pemimpin Cina seperti mana Dr. Mahathir dipencilkan oleh orang Melayu. Namun, Dr.Mahathir masih berupaya mempunyai pilihan lain untuk memperbaiki keadaan, Ling tidak pula mempunyai kemudahan seperti itu.

Isu MCA sekarang ini adalah serupa sahaja dalam setiap krisis yang dihadapinya sejak 1969 dulu. Ia adalah mengenai bagaimanakah dan bilakah akan munculnya seorang pemimpin MCA yang baru. Sesiapa sahaja yang menjadi presiden MCA selalunya akan mengenakan peraturan agar para pengikutnya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi kepadanya. Dia juga mempunyai kuasa mutlak untuk menyingkirkan sesiapa sahaja daripada parti. Inilah caranya mencengkam kuasa dalam parti. Apabila ahli-ahli parti naik muak dengan kepimpinannya, cara untuk menghumbankannya ialah dengan mencetuskan revolusi dalaman di kalangan kumpulan politik dalam parti.

Itulah yang berlaku kepada Tan Chen Lock ketika dia mahu diusir keluar oleh Lim Chong Eu, tetapi beliau telah ditundukkan oleh anak lelaki Tan bernama Tan Siew Sin. Penggantinya Lee San Choon telah mengambil alih kuasa dalam satu krisis politik yang berakhir dengan penyingkiran beberapa pemimpin muda yang mendesak dilakukan pembaruan dalam parti. Neo Yee Pan telah menyingkirkan Lee San Choon. Tetapi dia pun terhumban beberapa tahun kemudiannya oleh Tan Koon Swan. Ling Liong Sik telah menendang Tan Koon Swan dan kini menunggu masa ditendang keluar pula oleh Lim Ah Lek.

Nampaknya, kewujudan MCA ialah untuk membolehkan beberapa pemimpin Cina menjadi ahli kabinet kerajaan pusat ataupun ahli dewan undangan negeri dan untuk mengisi beberapa jawatan empuk di seluruh negara. Masyarakat yang sepatutnya mereka wakili sudah pun sengaja menukar haluan dalam sokongan politik mereeka. Para pemimpin masyarakat telah mengalihkan haluan mereka sehinggakan berlakunya pertembungan antara kuasa budaya dan kuasa politik mereka.

Apabila pemimpin politik dan pemimpin budaya berganding bahu dalam suasana yang ceria, berkatnya dapat dinikmati oleh masyarakatnya. Apabila pemimpin politik membuat pendirian bahawa mereka lebih selesa memihak kepada kerajaan untuk kebaikan diri sendiri dan dengan tujuan memudahkan usaha memperkayakan ahli-ahlinya, maka lunturlah perjuangan mereka itu. Ciri-ciri ini tidak berlaku kepada MCA sahaja. Ia mudah berlaku kepada semua parti lain dalam kerajaan dan akan berjangkit juga kepada parti di pihak pembangkang.

Pergolakan untuk menjadi jagoan dalam MCA kini bertukar menjadi satu peperangan. Ling tersilap congak akan sokongan yang diberikan kepada Lim. Lim merupakan seorang ahli politik yang sebenarnya liat untuk cergas dalam dunia politik. Tetapi dia ditonjolkan ke tengah pentas sedangkan nalurinya sudah lama merintih untuk bersara. Sebagai pewaris kepada satu dinasti Kapitan Cina di Pahang, beliau memang sudah lama faham bahawa politik itu bukannya sesuatu yang boleh dipercayai sepenuhnya. Beliau bukannya seorang yang mudah melepaskan tugas dan tanggungjawabnya. Tetapi beliau juga bukannya seroang yang sanggup membisu melihatkan orang atasan yang menyalahgunakan kuasa mereka.

Akhirnya dua orang yang lama berkawan kini menjadi musuh ketat dalam politik. Seperti yang berlaku dalam UMNO dan MIC, presiden MCA mensyaratkan hak kuasa sepenuhnya ke atas parti dan mengharapkan kesetiaan yang padu kepada kuasanya. Perkara semacam itu hanya boleh laku selagi dia disanjungi sebagai seorang pemimpin. Apabila aura kepimpinan itu menghilang, dia mungkin mampu bertahan untuk seketika seperti yang dinikmati oleh Ling. Namun segala rekahan yang terdapat kepada permukaan sokongan yang palsu itu akan terserlah juga. Itulah yang terjadi akhirnya.

Lim memang telah lama mengelak ambisi menjadi presiden MCA. Dia lebih mementingkan kelicinan perjalanan parti. Tetapi, unsur begitu memang tidak disenangi oleh Ling kerana dia lebih seronok kalau dikelilingi oleh para juak dan para kroni. Lagi lama dia memegang tampuk kuasa, lagi jauh jaraknya daripada kebenaran akar umbi. Bermakna dia akan terus melekap kepada ekor baju presiden UMNO.

Pada tahun lalu tersiar berita krisis di antara Ling dengan Lim, sehinggakan Ling bertindak melepaskan jawatannya sebagai seorang menteri kabinet. Dia terpaksa menarik balik surat perletakan jawtan itu kerana presiden UMNO dan juga perdana menteri menegahnya. Inilah yang secara lahiriahnya membuatkan beliau menjadi seekor itik yang tempang. Dia mungkin boleh berlagak seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, tetapi tarikh pupusnya sudah lama berlalu.

Ling telah mengarahkan agar media tidak menyiarkan berita mengenainya. Beliau telah berjaya mendapatkan sokongan beberapa negeri yang menyebelahinya. Tetapi, langkah yang serupa mampu juga dilaksanakan oleh Lim. Sejak itu terpasanglah kubu peperangan di antara mereka berdua. Usaha untuk mencari kambing-hitam pun bermula. Cuma, pembekuan berita mengenai krisis itu tidak dapat dipendam lama-lama.

Di waktu yang sama MCA telah semakin berenggang dengan para pengikutnya. Kelemahannya menangani isu Suqui, projek Sekolah Wawasan, dan Sekolah Cina di Damansara menjadi contoh penyebabnya. Malahan, MCA tersilap langkah apabila mendesak agar jawatan ketua menteri Pulau Pinang diserahkan kepada MCA sebaik sahaja keputusan pemilu ke-10 sudah diumumkan. Permohonan itu tidak disenangi oleh UMNO.

Ling dan Lim telah bertemu untuk meredakan keadaan. Mereka gagal kerana keadaan yang sudah lama teruknya. Kalau pun Ling menang dalam pusingan ini, dia tidak boleh berpatah balik ke pangkal jalan. Kemenangan itu hanya akan bersifat kejayaan selepas berlaku suatu kerugian yang besar sahaja. Ia merupakan sesuatu yang tidak berbaloi dan dia mesti melepaskan jawatan itu akhirnya. Jika tidak, segala remeh-temeh akan tercetus lagi di dalam MCA.

Soalan yang lebih besar sekarang ialah ke manakah hala tuju MCA itu? Seorang analis ada mengatakan bahawa MCA sudah menghala ke kancah kereputan. Yang mebuatkan kereputan itu semakin ketara ialah disebabkan semua parti komponen Barisan Nasional memang menghadapi masalah yang serupa.

Apa yang berlaku kepada MCA memang sedang berlaku dalam UMNO. Walaupun punca krisis dalam MCA tidak sehebat punca krisis dalam UMNO, ia tidak juga memberikan kelegaan yang selesa. Punca krisis MCA itu akan menghancurkannya, tidak kiralah apa yang akhirnya berlaku kepada UMNO.

Kalau dulu masyarakat Cina menguap besar dengan masalah MCA, kini mereka sudah dijangkiti kuak yang beracun pula. Sikap masyarakat Cina yang tidak mengendahkan krisis MCA tidak dapat membantu Ling dan para penyokongnya. Tetapi, sikap yang serupa sedang ditganggungi juga oleh dua lagi parti Cina: Gerakan dan juga DAP.

Lim nampak segala perubahan ini dengan lebih jelas lagi berbanding orang lain. Tetapi sesiapa juga yang akan menggantikan Ling perlu mengurangkan kuasa presiden parti mereka. Jika ini tidak dilakukan dan seandainya sokongan masyarakat Cina tidak diperolehi semula, besar kemungkinannya peluang MCA mempunyai wakil mengisi kerusi pembangkang di parlimen dan juga dewan undangan negeri akan menjadi satu impian sahaja. Itu sebabnya MCA perlu berusaha mendapatkan sokongan masyarakat Cina semula, kalau betul parti itu masih lagi mewakili mereka.

- MGG Pillai-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 1.3.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

27 February 01

malaysiakini

CHIAROSCURO

MGG Pillai


Gun Fight At The MCA Corral


The crisis the MCA president, Ling Liong Sik, insisted is not now threatens to subsume him. He refused to admit his rift with his deputy president, Lim Ah Lek, warning newspapers and reporters not to write about it. He. naively and arrogantly, believed that then all was well. Lim, no longer a minister for he resigned when the crisis first broke into the open, could not possibly have right on his side, for that is after all reserved for Ling as MCA president. This obdurate arrogance now brings him down.

But the crisis comes amidst the Chinese community's convulsions about its future. The Chinese cultural ground deserts the MCA as surely as the Malay UMNO. Ling is as isolated as a Chinese leader and Dr Mahathir the Malay. But while Dr Mahathir has options left to heal the breach, Ling has none.

The issue, as in every MCA crisis since 1969, is how and when the new MCA leader should emerge. Whoever is MCA president demands and expects absolute loyalty, and is armed with enough powers to remove any who disagrees. This is how he entrenches his control over the party. So, when the members are fed up of his presidency, he can only be removed by an internal revolt from his cabal.

That was how Tan Cheng Lock was forced out by Lim Chong Eu who was outsmarted by Tan's son, Tan Siew Sin. His successor, Lee San Choon, took office in a crisis which dismissed several young party leaders demanding change. Neo Yee Pan forced Lee San Choon out, only to be given the coup de grace a few years later by Tan Koon Swan. Ling Liong Sik booted out Tan Koon Swan and is now waiting to be by Lim Ah Lek.

The MCA, it seems, exists so that its leaders hold cabinet and state executive positions in the federal and state governments, and sinecures throughout the country. The community it purports to represent moves away decidedly and deliberately; its cultural leaders have found other dependable leaders, causing an inevitable clash between the two contradictory forces of culture and politics.

When political and cultural leaders work in harmony, the community benefits. But when political leaders decide that their best bet is to be in government, for their own benefit and to bestow largesse to its members, the battle is lost. Again, that happens not only in MCA, the other parties in government and opposition are caught in the same maelstrom.

The power struggle in the MCA turned into a witch hunt. Ling miscalculated Lee's support. Lee is a reluctant politician, reluctantly brought to centre stage and remaining in politics long after he had wanted to retire to his business.

An urbane scion of a Kapitan Cina family from Pahang, he had a healthy distrust in the political process that kept him sane and above the fray. He is not one to run away from responsibility, but he is not one to keep quiet when those above him abuse their position.

So, the two friends became bitter political enemies. Like in UMNO and MIC, the MCA president demands total control of the party and expect total devotion. That works only so long as he is adulated as a leader. When the aura of that leadership disappears, he can stonewall it awhile, as Ling did, but cracks in that superficial facade of support would come soon enough. As it now has.

Lim eschews ambition to be MCA president. He wants a more equitable running of the party. Ling does not want that, preferring to surround himself with cronies and acolytes. The longer he is in office, the more definitively he is out of touch with the ground. And the more determinedly he clings to the coattails of the UMNO president.

When Ling last year said he would resign from the cabinet in the first publicised clash between him and Lee, he withdrew it because the UMNO president and prime minister forbade him to. That effectively made him a lame duck. He could pretend nothing happened, but his days were numbered.

He ordered a news blackout. He got states loyal to him to come out in enthusiastic support. But then, so did Lim. The battle lines are drawn. The search for scapegoats began. But the blackout could not hold.

Meanwhile, the MCA alienated the cultural ground even further, mishandling the Suqui demands, the Vision school project, the Chinese school issue in Damansara. And shot itself in the foot to demand, after the November 1999 general election and against UMNO's wishes, that the chief minister be from the MCA.

Ling and Lim met to defuse the crisis. They could not. The rot has set in. If Ling wins this round, he cannot return to square one. It would be but a pyrrhic victory. He must now step down. Or ensure even more travails for the MCA.

The bigger question is where MCA heads to now. The party faces what one analyst calls "advanced internal decay". What makes it all but terminal is that it happens when the other parties in the National Front face similar problems.

What happens in the MCA mirrors what happens in UMNO. The gridlock in MCA is not as serious in UMNO, but that is no small comfort. The MCA gridlock will bring it down, no matter what happens to UMNO.

The big yawn in the Chinese community becomes infectious. It does not care what happens to MCA. The indifference does not help Ling and his supporters. But the same indifference is noticeable in the other two Chinese-based parties, its National Front partner, Gerakan Rakyat Malaysia, and the Democratic Action Party in the opposition.

Lim sees this more clearly than the rest. But if whoever succeeds Ling does not drastically prune the president's powers and wean the Chinese cultural ground to its fold, it would not even have the option of sitting on the opposition benches of parliament and the state assemblies. For that, they must first be a political party with support from the community it is believed to represent.