Laman Webantu   KM2A1: 3890 File Size: 3.0 Kb *



Surat Palsu - Umno Buat Lapuran Polis
By MSuri

3/3/2001 11:15 am Sat

Ibu pejabat UMNO telah membuat lapuran polis berikutan tersebarnya surat bertajuk: 'Keputusan Biro Politik MT Perpaduan Melayu' yang dikatakan tidak dikeluarkan oleh parti.

Lapuran polis itu dibuat oleh Abu Khamis. s/u kewangan dan pentadbiran Umno. Dalam lapuran polis itu Abu Khamis menyebut beliau mencetak surat itu dari laman Tranung Kite dan mendapati tanda-tangan pada surat itu adalah palsu.

S/u Eksekutif UMNO, tAM (Datuk tengku Adnan Tengku Mansor) menyebut ibu pejabat UMNO masih menerima pertanyaan mengenai surat bertarikh 11/2/2001 itu walaupun beliau menafikannya sejak 16/2/2001.


KOMEN

Laman web perlu semakin berhati-hati menyiarkan berita walaupun ia nampak sahih dan tidak cacat di mana-mana. Kisah ini membayangkan ahli UMNO begitu lembab mengikuti peredaran isu semasa dan mereka mudah tertipu dengan sesuatu yang palsu jika mereka dapat diyakinkan olehnya. Lagipun inilah cara Mahathir menipu mereka sekian lama.

Disinilah kelemahan ahli UMNO dan mungkin inilah punca BBM menukar tema ucapan yang tidak disangka. Mahathir kini berdepan dengan tentangan dari dalam yang tahu selok belok dan mentaliti ahli UMNO. Mereka sudah semakin pandai mengorak langkah untuk menjatuhkannya. Mungkin inilah kesan kerana Mahathir menghina pejuang lama UMNO dengan melantik orang baru dalam kabinetnya. Dengan membuat lapuran polis nyatalah ini satu kes yang amat serius yang boleh menggugat UMNO jika dibiar berleluasa.

Bagi kita UMNO sudah berpecah lebih dari tiga. Dan itu semua kerana Mahathir memerintah dengan penindasan yang amat ketara. Sekarang dia perlu mencari sumbernya tetapi kita percaya orangnya tentu pintar juga. Kerana mereka belajar dari Mahathir juga......




http://www.bernama.com/bernama/general/ge2702_6.htm

Febuary 27 , 2001 15:21PM

UMNO MAKES POLICE REPORT OVER DISTRIBUTION OF LETTER

KUALA LUMPUR, Feb 27 (Bernama) -- Umno headquarters has made a police report over the distribution of a letter titled "MT Political Bureau Decision on Malay Unity" purportedly issued by the party.

The report was lodged by Umno Malaysia Secretary of Finance and Administration Abu Khamis at the Sentul Police Station at 1.15pm yesterday.

Abu Khamis in his report said he had made a "print-out" of the letter from the Tranung Kite website and found that his signature had been forged and the contents were also false as they were not written by him.

Speaking at a news conference at the Umno headquarters here, Umno Executive Secretary Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor said Umno headquarters continued to receive queries on the letter dated Feb 11, 2001 even after he had denied on Feb 16 that the letter was from Umno.

-- BERNAMA