Laman Webantu   KM2A1: 3899 File Size: 6.1 Kb *



SRJKC: Kenyataan Akhbar 2/3/2001
By SRJKC

4/3/2001 3:14 pm Sun

Dari: Jawatankuasa Mempertahankan Sekolah Asal dan Memohon Sekolah Kedua

SJKC Damansara


Kenyataan Akhbar 2/3/2001



  1. Jawatankuasa berjanji kepada semua pihak bahawa pendidikan murid-murid di sekolah asal tidak akan dikrompomikan. Sememangnya, bilik darjah sementara di Tokong kurang ideal berbanding dengan sekolah asal yang serba lengkap dengan kemudahan tetapi telah dikunci oleh Kementerian Pendidikan. Namun, pesekitaran pembelajaran sedang dan akan terus dipertingkatkan. Dengan bantuan Dong Jiao Zong, pihak Jawatankuas sedang mengaturkan kontainer untuk dijadikan bilik darjah sementara dan mendapatkan guru-guru sepenuh masa di samping guru sukarelawan. Dalam proses membelikan meja, kerusi, bahan pengajaran, alat bantu ajar dan sebagainya, Dong Jiao Zong turut mendapat tawaran orang awam untuk menyumbangkan sebahagiannya.

    Memandangkan kelas kini adalah kecil, murid-murid sebenarnya mendapat lebih banyak perhatian dan tunjukajar daripada guru.

  2. Dari 3 Januari hingga ke hari ini, murid-murid di sekolah lama tetap mengikuti pelajaran secara normal yang dikendalikan oleh guru mengikut silabus yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Masalahnya cumalah mereka tidak dapat belajar dalam bilik darjah yang serba-lengkap dengan kemudahan kerana sekolah asal mereka telah dikunci oleh Kementerian Pendidikan. Maka, persoalan bahawa murid tidak hadir ke sekolah selama 60 hari itu tidak wujud.

  3. Penyelesaian untuk isu SJKC Damansara sangat ringkas sahaja iaitu Kementerian Pendidikan membuka pintu sekolah. Parti politik dan ahli politik tidak perlu menyusahkan diri untuk memikirkan pelbagai penyelesaian yang rumit. Sebaik sahaja sekolah asal dibuka sepertimana yang dikehendaki oleh penduduk kampung dan ibubapa, pesekitaran pembelajaran anak-anak murid akan dipertingkatkan.

  4. Jawatankuasa menyerun kepada Kementerian Pendidikan, parti politik dan ahli politik agar tidak menakut-nakutkan para murid, ibubapa dan penduduk kampung dengan ugutan untuk memberhentikan murid- murid daripada sekolah atau menukarkan sekolah baru ke SJKT atau SK.

  5. Jawatankuasa menyeru komuniti-komuniti di seluruh negara untuk mencontohi teladan komuniti Kampung Baru Damansara dalam menegakkan hak komuniti dalam pendidikan, untuk mendapatkan, mempertahankan dan membangunkan sekolah di komuniti mereka agar anak- anak murid tidak perlu bangun awal untuk pergi belajar di sekolah yang jauh dari rumah halaman. Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghormatan kepada komuniti-komuniti di Selangor, Wilayah Perseketuan, Negeri Sembilan, Johor, Penang, Perak dan sebagainya yang akan menyalakan lilin malam ini dan bulan ini dalam menunjukkan solidariti kepada SJKC Damansara dan juga untuk mengemukakan keperluan komuniti mereka sendiri.






From: The Committee to Retain The Original School and Apply For The Second School

SJKC Damansara


Press Statement 2 Mac 2001



  1. The Committee assure the public that the education of the students studying in the original school will not be compromised. The students are forced to study in the temporary classroms set up in the nearby temple after their well-equiped school gate are locked by the Education Ministry. Despite this, the studying environment has been continuously improved. With the help of Dong Jiao Zong (the national umbrella body of Chinese Schools Committees and Teachers), the Committee is arranging for containers to be used as temporary classroom as well as the service of fulltime teachers in addition of the present volunteers. The Committee also works on purchasing desks, chairs, teaching materials and teaching aids. We are glad that many individuals and organisations have offered to sponsor some of them.

    At the present, the students are actually getting more attention and guildance as the classes are smaller.

  2. From 3 January to date, the volunteer teachers have followed the Education Ministry's syllabus in their teaching and the students have not been absent from their normal classes. All that lacking is just the well-equiped classrooms to which the students' accesses have been denied because of the Education Ministry's decision to lock up their community schools. Therefore, the question of 'students absent for 60 days' does not arise here.

  3. There is one and only simple solution for the SJKC Damansara : open the school gate and let the students study in their proper classrooms. Therefore, the political parties and politicians do not have to crack their heads for other solutions than pursuading the Education Ministry to respect the aspiration and the need of the residents and parents.

  4. The Committee alsourges the Education Ministry, political parties and politicians not to create more unnecessary confusions by threats such as 'terminating the students' or "to convert again the new school as SJKT or SK".

  5. The Committee appeals to all communities nationwide to request, preserve and develop their community schools so that the children can walk to schools and enjoy their childhood without having to wake up early to catch bus. This is only possible if the school is located within the community. When every community has the schools they want, the children will have more sleeps while the town roads less trafics, noises and pollutions. The Committee wish to extend its salution to those communities in Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak and Penang that will organize their 'We need schools' candle lights activities in their neighbourhoods respectively tonight or within this month. We wish them great success.