Laman Webantu   KM2A1: 3901 File Size: 19.8 Kb *



TAG MT 52: Perisikan (FEER)
By S. Jayasankaran

4/3/2001 8:54 pm Sun

TAG 052

[Bukan sebarang panglima capek Amerika dipelawa menemui Mahathir. Yang peliknya mengapa tentera dan bukan kementerian? Mengapa misalnya tidak satu delegasi kehakiman dan hak kemanusiaan? Juga mengapa tidak disebut menemui menteri pertahanan?. Ini semua petanda betapa Amerika cukup sayang dan amat memerlukan Mahathir tidak bergoyang. Begitu juga sebaliknya.

Rakyat Korea memang pandai dan berani memprotes terang-terangan. Tetapi rakyat Malaysia lebih banyak bersorak di pentas tetapi begitu lembab untuk bertindak secara lebih menyerlah. Mungkin kita perlu mengirim wakil kaum pekerja berkursus di Korea dan MP kita melawat Parlimen Taiwan.

Jika Tommy pandai menyembunyikan hartanya, dia tidak perlu marah kepada bumi kerana menyembunyikan minyak pada dasarnya! Tuhan Maha Kaya, Dia mengambil dan memberikan kekayaan kepada sesiapa sahaja dalam sekelip mata.

Peniaga Amerika memang memerlukan sokongan Cina kerana di situ banyak pasaran yang masih terkunci buat mereka dam imej Cina yang dihormati semua. Begitulah - kalau kita kuat kia menjadi tumpuan sesiapa sahaja... tanpa perlu banyak berteori dan berbicara seperti diktator tua.

Soros atau Gates - sebenarnya mereka ini lebih kurang sahaja cuma cara menjalar sedikit berbeda. Gates lebih dibenci oleh koporat Amerika sendiri kerana berniaga secara monopoli dan menindas pesaing yang juga rakyat Amerika sendiri. Pastinya Gates dijemput bukan kerana itu tetapi untuk mencetus kesedaran IT agar rakyat Thailand berlumba-lumba untuk menjadi gergasi hanya dengan menekan papan kekunci (keyboard).

Rahsia merahsia di Vietnam sungguh lucu sekali. Tetapi kerajaan masih membuka pintu jika tidak minda rakyat akan terbelenggu juga. India pula amat memerlukan keakraban Amerika kerana bimbang program musnah Bush termasuk juga India. Singapura masih menjadi minat Amerika tidak kira siapa presiden mereka. Kenapa agaknya selain berdagang sahaja?

- Editor]

Penterjemah: -MT-


Perisikan

(Intelligence)

Issue depan bertarikh Mac 8, 2001


Tentera Amerika Membantu Rapatkan Hubungan

Pegawai tinggi angkatan tentera Amerika Syarikat sedang berusaha meredakan keadaan tegang hubungan Amerika dengan Malaysia. Hubungan antara Washington-Kuala Lumpur berada dalam keadaan dingin apabila Perdana Menteri Mahathir Mohamed menyingkirkan timbalannya Anwar Ibrahim pada 1998 dengan tohmahan korupsi dan kelakuan sumbang. Anwar kini dipenjarakan selama 15 tahun setelah didapati bersalah (oleh mahkamah kera - penterjemah). Admiral Dennis Blair, ketua utama angkatan tentera Amerika di Rantau Pasifik telah membuat lawatan pada bulan Januari dan dipelawa untuk bertemu Mahathir. Inilah pertama-kalinya komander angkatan armada Pasifik bertemu dengan perdana menteri Malaysia. Lawatan itu akan disusuli oleh Jeneral Richard Myers, timbalan pengerusi U.S Joint Chiefs of Staff. Mengikut pendapat beberapa orang diplomat Asean, Jeneral Eric Shinseki, ketua utama angkatan tentera Amerika, dijangka tiba di akhir tahun ini untuk menyertai satu seminar yang akan dihadiri oleh semua ketua tentera Asia dan Pasifik.


Pekerja Uzbek di Korea

Pekerja Uzbekistan telah menjadi pilihan syarikat multinasional yang mahu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan dua janakuasa elektrik di Korea Utara. Mereka akan menggantikan pekerja tempatan yang berbalah mengenai gaji mereka hingga Pyongyang turut menuduh syarikat multinasional sengaja mahu melengahkan kerja-kerja mereka. Penganalis barat berpendapat, tindakan syarikat multinasional adalah cara mereka membalas helah Pyongyang. Oleh kerana Pyongyang memang ghairah mahukan matawang asing, tindakan itu tentunya terpaksa diterima dengan memeram rasa. KEPCO, Korean Peninsular Energy Development Organisation, telah mendapatkan 250 pekerja Uzbek itu untuk memulakan tugas merekapada awal Mac. Demikian kenyataan seorang jurucakap kepada konsortium yang dianggotai oleh syarikat Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Namun, pegawai itu masih sangsi apakah pekerja tersebut dibenarkan memasuki Korea Selatan. Pembinaan itu dilaksanakan di bawah satu perjanjian yang ditandatangani pada 1994 di antara Washington dan Korea Selatan, di mana Pyongyang bersetuju membekukan rancangan nuklear dengan bersetuju membina dua reaktor yang menggunakan konsep 'light-water'. Korea Utrara telah membekalkan 200 pekerja tetapi separuh daripadanya telah diundurkan awal tahun lalu kerana mahukan kenaikan gaji sebanyak lima kali ganda daripada pendapatan bulanan mereka sebanyak $110 dollar.


Tommy Akan Dinafikan Hak Minyak Yang Baru

Kesian Tommy Suharto! Walaupun hanya satu telaga ujian yang sudah digerudi, masyarakat industri petroleum percaya ExxonMobil semakin hampir menjumpai satu telaga minyak yang baru di blok konsessi Jawa Timur yang satu ketika dulu dipunyai oleh anak Pak Harto yang kini masih menjadi orang buruan. Ada laporan mengatakan bahawa kawasan baru itu mungkin mempunyai kemampuan membekalkan 1 bilion tong minyak. Namun ia masih bersifat satu spekulasi. Kalau benar, ia akan merupakan telaga terkaya di wilayah pulau yang sungguh padat penduduknya. Kumpulan Humpuss yang dikuasai oleh Tommy telah membelanjakan $28 juta mencarigali bekalan minyak itu sekitar kawasan 1,670 kilometre persegi di blok Cepu, selepas memilikki hak kerja pada 1990. Namun, ia tidak mempunyai teknologi menggerudi dalam-dalam di kawasan yang pernah mengeluarkan minyak tahap permukaan sejak 1920-an lagi. Ada satu petanda yang menjanjikan sesuatu yang meyakinkan: sumber dalaman menyatakan ExxonMobil sedang merancang membina satu paip bekalan sepanjang 60 kilometer daripda Cepu kepada Tuban di pantai Jawa Utara. Kawasan minyak terbesar yang pernah dijumpai oleh Indonesia sejak tahun kebelakangan ini hanya terdapat di kepulauan Borneo.


Persidangan APEC Mungkin Meransang Perbincangan WTO

Dewan Perniagaan Amerika Syarikat memang ghairah mahukan China menyertai WTO (World Trade Organisation - Pertubuhan Perdagangan Sedunia) secepat yang boleh kerana takutkan sebarang kelewatan akan menjejaskan pertubuhan itu. Dewan itu mengharapkan persidangan APEC di Shanghai pada Oktober ini, akan memberi ruang untuk mempercepatkan perundingan. Kesannya dijangka dapat menceriakan puncak WTO yang dijadualkan bulan November. Tetapi, sebagai tuanrumah persidangan APEC itu, China belum lagi menjadi anggota WTO, adalah tidak mungkin APEC akan mencadangkan satu pusingan perundingan yang baru ataupun menjadikan isu itu sebagai salah satu agenda mereka. Satu delegasi dewan Amerika itu telah melawat Beijing pada Februari dan membangkitkan isu ini. Ia diberitahu mengenai keperluan China dalam meneruskan subsidi pertaniannya - inilah isu utama yang menyekat kemasukan China ke dalam WTO


Lupakan Soros, Usahakan Gates

Thaksin Shinawatra mahukan hartawan Microsoft, Pengerusi Bill Gates melawat Thailand dan memberikan ucapan mengenai teknologi maklumkat (IT) pada akhir tahun ini. Wakil kepada perdana menteri yang terbaru ini akan menyerahkan kad jemputan itu pada persidangan Microsoft di Seattle pada awal Mac, demikian kenyataan para penasihat kanan beliau. Pelawaan itu muncul sebaik sahaja berlaku pembatalan lawatan peribadi hartawan kewangan George Soros pada Januari lalu, kesan tunjuk perasaan oleh aktivis anti-globalisasi yang mengugut untuk mencemarkan lawatannya. Lagipun pasukan keselamatan Thailand tidak dapat memberikan jaminan akan keselamatannya itu. Usaha perdana menteri itu bertujuan meredakan suasana retorik yang dilakukannya ketika berkempen dalam pilihanraya yang baru sahaja selesai. Kemunculan Gates difikirkan dapat menaikkan janji Thaksin untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat di Thailand disebabkan kemajuan dunia digital. Seorang penasihat kerajaan telah berkata Thaksin menjemput Gates untuk berucap mengenai teknologi maklumat dalam sistem pemerintahan yang dapat dilaksanakan secara murah dan termampu.


Usaha Vietnam Menyekat kebocoran Rahsia

Menepati pembangunan era internet, Vietnam sedang melakukan pelbagai tindakan untuk menyekat aliran rahsia dan maklumat sensitif melalui elektronik. Artikel 15 dalam perundangan baru Vietnam mengenai rahsia negara, telah diterbitkan pada pertengahan Februari yang memberi ingatan 'sebarang rahsia negara yang disalurkan melalui peralatan telekomunikasi dan komputer hendaklah dibuat dalam bentuk kod mengikut peraturan dan menepati perundangan yang disediakan.' Ordinans terbaru ini menggantikan peraturan 1991, tetapi masih gagal menyekat pihak tertentu di Vietnam mengirimkan faks dan emel yang panjang-panjang. Sekaligus ia mencetuskan tandatanya rakyat marhaen mengenai definisi longgar rahsia kerajaan, yang termasuk setiap statistik ekonomi ataupun perkara menyangkuti parti komunis yang tidak dilapurkan oleh media massa kerajaan. Pada Februari 27, seorang pegawai kementerian keselamatan awam telah mengaku betapa adanya pegawai kerajaan yang sengaja meletakkan cop 'rahsia' ke atas artikel akhbar asing yang alihbahasakan kepada bahasa tempatan. Berapa ramaikah rakyat Vietnam yang telah didakwa kerana melanggar peraturan rahsia ini? Mengikut Mahkamah Tinggi Vietnam, jawapan kepada soalan itu adalah satu rahsia juga.


India Memilih Seorang Diplomat ke Amerika Syarikat

India telah memilih seorang diplomat yang paling berpengalaman untuk menjadi dutanya terbaru di Amerika Syarikat. Lalit Mansingh akan bertolak ke Washington pada April ini untuk menggantikan Naresh Chandra yang telah dibayangi oleh hubungan dingin dengan Amerika hasil kejayaan India menguji bom nuklear pada 1998. Dengan adanya usaha merapatkan hubungan ekonomi kerajaan Bush dengan New Delhi, Mansingh dijangka mempunyai masa yang lebih selesa. Beliau yang kini menjadi setiuausaha luar negara, telah berkhidmat di Washington sebagai timbalan ketua kedutaan pada 1989-92. Bapa Bush menjadi presiden ketika itu dan Mansingh memang mempunyai ramai kenalan di kalangan pegawai tinggi Republikan.


Perjanjian Perdagangan Singapura-Amerika Syarikat

Harapan Singapura untuk melaksanakan satu perjanjian dagangan bebas dengan Amerika Syarikat nampaknya terbantut juga disebabkan berakhirnya tempoh kuasa pentadbiran Bill Clinton pada Januari lalu. Pasukan perdagangan bekas presiden itu telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tugas itu tetapi terpaksa membantutkannya apabila diseranah oleh ahli Republikan yang menuduh proses yang sengaja dibuat terburu-buru. Ramai pemerhati yang beranggapan perjanjian itu akan terbengkalai sambil menunggukan pasukan pilihan Presiden George W. Bush merangka satu strategi baru bagi urusan yang serupa. Sebaliknya, mengikut para diplomat Asian, wakil perdagangan terbaru Amerika Syarikat Robert Zoellick telah berjanji kepada Singapura bahawa perundingan baru akan disambung semula sebaik sahaja Menteri Perdagangan dan Industri Singapura George Yeo melawat Washington. Singapura sedang merundingkan perjanjian yang serupa dengan hampir semua rakan perdagangan terbesar di dunia.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 3/03/2001 <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Sumber: FEER - The Far Eastern Economic Review

http://www.feer.com/_0103_08/p008intell.html

Rencana Asal:

INTELLIGENCE

Issue cover-dated March 8, 2001

U.S. Brass Help Heal Malaysia Ties

Top U.S. military brass seem to be spearheading a thaw in relations with Malaysia. Washington's relations with Kuala Lumpur entered a chilly spell after Prime Minister Mahathir Mohamad in 1998 fired his former deputy, Anwar Ibrahim, on suspicion of corruption and s###my. Anwar is now serving a total of 15 years in jail after conviction on those charges. In January, Adm. Dennis Blair, the commander-in-chief of U.S. Pacific forces, visited Kuala Lumpur and was invited to meet Mahathir. The meeting is believed to be the first between the premier and a U.S. Pacific commander. Blair's call will be followed shortly by a visit to Malaysia by Gen. Richard Myers, the vice-chairman of the U.S. Joint Chiefs of Staff, according to Southeast Asian diplomats. Gen. Eric Shinseki, the U.S. army chief of staff, is expected to arrive later in the year for a seminar that will be attended by army chiefs from Asia and the Pacific.


Playing The Uzbek Card in Korea

A multinational consortium has hired workers from Uzbekistan in a bid to speed up construction of two power plants in North Korea. The workers will ostensibly replace local labourers withdrawn in a row over pay by Pyongyang, which also accuses the consortium of delaying completion of the project. A Western analyst reckons the move may be aimed at calling the North's bluff, but adds that Pyongyang, which is desperate for foreign currency, will likely take a dim view of the move. The Korean Peninsula Energy Development Organization, through South Korean power company KEPCO, hired the 250 Uzbeks in mid-February and wants them to start work on the project in March, says an official from the consortium led by Japan, South Korea and the United States. But the official says he doesn't know if the workers will be allowed into North Korea. The construction is being carried out under a 1994 agreement between Washington and North Korea, by which Pyongyang agreed to freeze its nuclear programme in exchange for two light-water reactors. North Korea supplied 200 workers but withdraw half of them early last year because it wanted a five-fold hike in their monthly wage of $110.


Tommy To Miss Out on Oil Find

Eat your heart out, Tommy Suharto! Although it has drilled only one test well, those in the oil industry believe ExxonMobil is on the brink of a major oil find in an East Java concession block once owned by the fugitive son of former President Suharto. A company spokesman says reports that the discovery could be as much as 1 billion barrels is "all speculation," but if proven it would be the largest oilfield found on Indonesia's most populous island. Tommy's Humpuss group spent $28 million exploring the 1,670 square kilometre Cepu block after acquiring it in 1990. But it didn't have the technology to drill deeper into a field that has been producing surface oil since the 1920s. One sign that things look promising: Industry insiders say ExxonMobil is contemplating the construction of a 60-kilometre pipeline from Cepu to Tuban on the north Java coast. The only other major oil discovery in Indonesia in recent years has been on the island of Borneo.


APEC Meet Could Boost WTO Talks

The U.S. Chamber of Commerce is keen to see China in the World Trade Organization as soon as possible, fearing last-minute delays to its entry could have a negative impact for the trade body. The chamber hopes this year's Asia-Pacific Economic Cooperation forum summit, to be held in Shanghai in October, will push for a new round of WTO trade-opening talks. This could help set a positive tone going into the planned WTO summit in November. But if China, as the Apec host, is not a member of the WTO, it's unlikely Apec will push for new trade-opening talks or place the issue on the agenda. A chamber delegation visited Beijing in February and raised its concerns. It got an earful about China's need to continue agricultural subsidies--the main issue blocking its WTO entry.


Forget Soros, Get Gates

Thaksin Shinawatra wants billionaire Microsoft Chairman Bill Gates to visit Thailand and give a speech on information technology later this year. Representatives of the new Thai premier will hand over the formal invitation at a Microsoft conference in Seattle in early March, his senior advisers say. The invitation comes in the wake of the abrupt cancellation of a private visit by controversial financier George Soros in January after anti-globalization activists threatened to disrupt his itinerary and security forces claimed they could not guarantee his safety. After Thaksin's brazen populist election campaign, replete with anti-foreigner rhetoric and policy promises, the telecoms tycoon is keen to burnish his government's internationalist credentials. An appearance by Gates would also give a high-profile boost to Thaksin's pledge to bridge Thailand's growing digital divide. An adviser says the Thaksin invitation will ask Gates to speak on employing information technology in government and, considering increasing fiscal constraints, how to do it on the cheap.


Vietnam Moves To Plug Secrets Leak

Keeping up with the Internet age, Vietnam is moving to clamp down on sensitive information sent electronically. Analysts point to Article 15 of Vietnam's new ordinance on state secrets, published in mid-February, that warns "any substance of state secrets which is sent via telecommunication equipment and computers must be coded according to the laws and regulations on importance." The new ordinance, replacing its 1991 predecessor, hasn't stopped Vietnamese dissidents from bombarding readers with lengthy faxes and e-mails. But it has sparked public queries over the broad definition of state secrets, which include virtually any economic statistic or Communist Party matter not reported by the state-controlled media. On February 27, a Ministry of Public Security official admitted to the Labour newspaper that some government receptionists are even stamping "secret" on Vietnamese translations of foreign newspaper articles. How many Vietnamese have been prosecuted under the state-secrets ordinance? That's a secret, according to Vietnam's Supreme Court.


India Picks Career Diplomat for U.S.

India has picked its most senior career diplomat as the country's next ambassador to the United States, a colleague says. Lalit Mansingh will travel to Washington in April to replace Naresh Chandra, whose tenure was marked by a chill in relations following India's nuclear-weapons tests in 1998. With the administration of President George W. Bush shifting its focus to closer economic ties with New Delhi, Mansingh may well have an easier time. Mansingh, currently foreign secretary, served in Washington as deputy chief of the Indian mission in 1989-92. Bush's father was president at the time and Mansingh knows many of the top Republicans.


Singapore-U.S. Trade Pact on Track

Singapore's hopes for speedy conclusion of a free-trade agreement with the United States seemed to have expired with the end of Bill Clinton's administration in January. The former president's trade team raced to wrap up the pact in its final days, but pulled up short in the face of Republican criticism that the process was overhasty. Most observers assumed the agreement would languish while President George W. Bush's team worked out its own template for bilateral trade pacts. Instead, Asian diplomats say new U.S. Trade Representative Robert Zoellick has promised Singapore that talks can resume in April--shortly after Singapore Trade and Industry Minister George Yeo visits Washington. Singapore is negotiating similar pacts with most of its top trade partners.