Laman Webantu   KM2A1: 3911 File Size: 9.5 Kb *



TAG MT 53: Ketua Taliban Merayu Sokongan Dunia Islam
By PTI-AFP

6/3/2001 10:01 pm Tue

TAG 053

[Hujah Mulla Taliban ini boleh membuat umat Islam berfikir dua tiga kali. Kita kelihatan begitu toleran kepada ugama lain tetapi tidak toleran kepada nasib dan pendapat rakyat Afghanistan sendiri. Lagipun ada banyak kemusnahan yang lebih teruk di bumi mereka akibat tidak tolerannya kuasa besar dan negara islam sendiri (yang menyokong puak Islam yang bertentangan) untuk menguasai Afghanistan. Apabila Taliban menang pelbagai sekatan dikenakan seolah-olah nyawa rakyat mereka tidak berharga sama-sekali.

Baru sekarang dunia mahu memandang - itupun nasib patung bukan nasib rakyat mereka. Jika Taliban harus dipersalahkan, lebih banyak kuasa besar dunia harus dipersalahkan juga - kerana mereka pun bertindak lebih kurang serupa. Pemusnahan dan keganasan budaya atau cultural terorrism.
- Editor (Satu rujuk rencana terbaru MGG)
]


Penterjemah: -MT-


Ketua Taliban Merayu Sokongan Dunia Islam

(Taliban Chief Seeks Support From Muslim World)

Ketua Taliban, Mulla Mohammad Omar telah berucap menyambut ketibaan Eid-al-adha dengan menggesa dunia Islam menyokong tindakannya memusnahkan lambang kebesaran kuno pegangan Budhisma dan bersatu menyokong wawasan Islam beliau. Veteran perang dan juga pengajar Islam yang sungguh licik itu telah berkata betapa pemusnahan patong-patong berunsur Budhisme di Aghanistan akan diteruskan disebalik kutukan keras masyarakat antrabangsa dan juga protes daripada negara Islam yang lainnya. Beliau berkata, semua patung-patung termasuk satu bentuk rupa Buddha di provinsi tengah Bamiyan, merpakan "hanya satu peratus" daripada warisan sejarah Afghanisatan.

Omar menolak kecaman dunia sejagat dengan mengatakan semua laungan itu adalah satu drama yang sepatutnya dapat dibaca oleh umat Islam "yang berfikiran waras".

Oleh kerana kita berusaha memusnahkan segara patung-patung palsu ini, seluruh dunia telah menjadikannya satu drama pula. Umat Islam sejagat terutama sekali rakyat Afghan beragama Islam harus menggunakan otak yang waras," demikian lapuran Radio Shariat kelolaan pasukan militia, sambil memetik ucapan beliau itu.

"Saya ingin bertanya kepada anda, apakah anda sanggup dicop sebagai pemusnah patung ataupun penjaja-patung?"

Pada minggu yang lalu, Omar mengarahkan rakyat Afghanistan, memusnahkan segala rupa bentuk berhala di Afghanistan, termasuk tugu-tugu yang dibina sebelum zaman Islam dulu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan amalan pemujaan mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh ulama tempatan. Kenyatannya itu menjadi pemula kepada percutian selama tiga hari untuk menyambut Hari Raya pada hari Isnin. Ia muncul sehari selepas duta khas UNESCO Pierrre Lafrance gagal memujuk kepimpinan Afghan untuk mengubah keputusan yang telah mereka isytiharkan.

Para pegawai PBBB di Pakistan telah berkata Lafrance masih berada di Kandahar, sebuah kubu pertahanan di bahagian selatan Afghanistan. Tetapi tidak diketahui samada perbincangan dengan pihak Taliban masih diteruskan.

Menteri Luar Wakil Ahmad Mutawakel telah berkata bahawa sebaik selesai pertemuannya dengan Lafrance di Kandahar pada hari Ahad lalu, dia tidak nampak sebarang sebab untuk menghentikan pemusnahan tugu-tugu itu. Demikian yang dilaporkan oleh Afghan Islamic Press.

Pemerintah kerajaan sejagat, pelbagai kumpulan ekonomi dan politik seperti PBB, Kumpulan-8, para pemimpin agama termasuk Dalai Lama telah membuat rayuan agar kumpulan Taliban memikirkan tindakan mereka itu semula. Dunia Islam telah menunjukkan kesalan mereka terutama sekali Pakistan, salah satu di antara tiga negara yang mengiktiraf regim Taliban itu dan merupakan sahabatnya yang akrab.

Beberapa negara Islam dan juga pemimpin agama telah menasihatkan betapa toleransi terhadap agama lain adalah salah satu asas ajaran Islam. Omer yang juga dikenali sebagai Amir-ul-Momenin (Raja golongan Mukmin) di kalangan kumpulan Taliban, berpendapat bahawa isu yang sebenar adalah amat jelas dan masyarakat Islam seharusnya tidak mudah dipengaruhi oleh penganut agama-agama lain.

"Saya mengajak seluruh umat Islam agar tidak mudah melalut dengan suara golongan yang tidak mempercayai agama Islam," katanya.

"Golongan kafirun mahu memadamkan semangat Islam itu."

Para pegawai Taliban berkata bahawa "kerja-kerja" pemusnahan hampir selesai, dan lebih dua pertiga daripada ribuan tugu-tugu yang berunsur sejarah itu sudah pun berkecaian. Mereka berkata Tugu Bamiyan-Buddhas, yang berukuran 165 kaki dan 34.5 tingginya, telah pun dibedil dengan roket dan mariam minggu lalu, dan akan dihancurkan menjadi longgokan batu-batan dalam masa beberapa hari.

Tugu berhala itu telah diukir dan dilakar daripada batu kapur gunung di bahagian tengah provinsi di zaman sekitar abad ke dua dan kelima AD. Tugu yang lebih tinggi itu merupakan tugu-tegak Buddha yang paling besar di dunia.

Budhisme menjenguk Afghanistan sekitar abad ketiga Sebelum Masehi di Wilayah Bamiyan yang terletak di pertengahan Afghanistan. Di situlah Budhisme menegak sehingga terhakis dengan kedatangan Islam pada pertengahan 0800.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT5/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.timesofindia.com/today/05woru1.htm


Taliban chief seeks support from Muslim world

KABUL: Taliban chief Mulla Mohammad Omar used the Eid-al-Adha festival on Monday to urge the Muslim world to support the destruction of ancient Buddhist icons and unite behind his vision of Islam.

The reclusive war veteran and "Islamic scholar" said the annihilation of Buddhist statues in Afghanistan would proceed despite vehement international condemnation and protests from Islamic states.

He said the statues, including the giant ancient Buddhas in the central province of Bamiyan, were only "one per cent" of Afghanistan's historical heritage.

Omar also dismissed the global outcry as a "drama" which should be transparent to Muslims with "common sense."

"Now that we are destroying false idols, the world has made a drama out of this. The Muslims of the world, particularly Afghan Muslims, should use their commonsense," the Taliban militia's Radio Shariat quoted him as saying.

"I would like to ask you, do you prefer to be called statue-destroyers or statue-sellers?"

Omar last week ordered his followers to destroy all statues in Afghanistan, including the country's precious pre-Islamic figures, to prevent idolatry in line with a fatwa (religious decree) from local clerics.

His comments at the start of the three-day Islamic holiday on Monday came a day after UNESCO special envoy Peirre Lafrance apparently failed to persuade the Afghan leadership to reverse their decision.

UN officials in neighbouring Pakistan said Lafrance was still in the militia's southern bastion of Kandahar but it was not known if talks with the Taliban were continuing.

Foreign Minister Wakil Ahmad Mutawakel said after meeting Lafrance in Kandahar on Sunday that he could see no reason to stop the destruction, the private Afghan Islamic Press reported.

"I do not see any chance to change our decision and stop the demolition of these statues," he was quoted as saying.

Governments across the globe, political and economic groupings such as the United Nations and the Group of Eight, and religious leaders including the Dalai Lama have appealed to the Taliban to rethink.

The Islamic world has also expressed its indignation, notably Pakistan, one of only three countries which recognises the Taliban regime and its closest ally.

Messages from Islamic states and religious leaders have stressed that tolerance for other religions is a basic tenet of Islam.

But Omar, known as Amir-ul-Momenin (King of the Faithful) in Taliban circles, said the issue was clear-cut and Muslims should not be influenced by people of other faiths.

"I would like to ask the world Muslims not to harmonize their voices with those of non-believers," he said.

"The infidels want to rob Islam of its spirit."

Taliban officials have said the "work" on the statues is nearly complete, with more than two-thirds of the thousands of historic figures in the country already smashed.

They said the huge Bamiyan Buddhas, which stand 165 feet and 34.5 meters tall, were attacked with rockets and shells last week and would be reduced to rubble within days.

Carved into a sandstone mountain near the provincial capital between the second and fifth centuries AD, the taller figure is the largest standing Buddha in the world.

Buddhism was introduced in Afghanistan around the third century BC and the area around Bamiyan, in the center of the country, remained Buddhist until the arrival of Islam in the mid-800s.

(AFP)