Laman Webantu   KM2A1: 3919 File Size: 23.4 Kb *



TJ MT MGG: Tugu Buddhas di Bamiyan dan Taliban
By M.G.G. Pillai

8/3/2001 4:29 am Thu

MGG5501

[Dunia begitu mudah melenting kepada Taliban yang memusnahkan patung Buddha tetapi memandang enteng kemusnahan bumi Afghan dan masalah kebuluran akibat peperangan yang dimainkan oleh kuasa luar. Dunia bersikap seolah-olah nyawa beberapa patung lebih berharga dari nyawa beribu-ribu manusia. Padahal banyak negara lain melakukan kemusnahan yang serupa dan lebih teruk dari itu tetapi didiamkan sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Taliban tidak seberapa berbanding keganasan Amerika, Rusia, Israel, Serbia dan lain-lainnya yang lebih teruk melakukan kemusnahan bukan sahaja harta malah nyawa yang tidak berdosa. Malah PBB sendiri bertanggungjawab membiarkan rakyat Afghan dan Iraq teraniaya dengan memulaukan mereka. Begitu juga dengan sikap negara Islam yang lainnya. Kita mahu Taliban bersikap toleran tetapi kita sendiri tidak ambil pusing nasib rakyat mereka. Malah lebih terikut-ikut dengan suara raksaksa yang mempolisi dunia. Padan muka??
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Tugu Buddhas di Bamiyan dan Taliban

(The Bamiyan Buddhas and The Taliban)

Chiaroscuro Malaysiakini Mach 5, 2001

Menteri Penerangan dan Kebudayaan Afghan Mawlawi Qudratullah Jamal, telah memberikan arahan agar semua bentuk budaya pra Islam dimusnahkan dalam masa empat hari; termasuk beberapa tugu tegak Buddha yang berusia lebih 2,000 tahun. Sehingga kini, (di waktu anda membaca tulisan ini) besar kemungkinannya semua tugu dan patung itu sudah musnah samasekali. Beberapa artifak pameran di Muzium Kabul yang merupakan khazanah sejarah negara yang unggul mungkin sudah hancur menjadi debu. Apa sebabnya puak Taliban melakukan satu kerja yang sungguh tidak berperi-kemanusiaan ini?


Seluruh dunia dilanda kejutan. Segala cemohan sejagat telah mengenepikan kewarasan geopolitik sebenarnya. Ketika Iraq bergelora dengan ledakan bom yang turun daripada angkasa, lambang sejarah silamnya yang gemilang telah hancur menjadi debu juga. Tetapi tindakan itu diterima pakai kerana ia bersandarkan alasan mahu mengnyahkan seorang diktator daripada bumi Iraq itu. Oleh kerana semua rumah ibadat Islam tidak terjejas segala tindakan mengbom itu dibiarkan begitu sahaja. Kerja-kerja mencemoh Presiden Saddam Husein difikirkan lebih penting daripada perbuatan menenggelamkan segala lambang warisan sejarah negaranya. Tetapi, lebih banyak lambang sejarah yang dimusnahkan di Iraq daripada apa yang berlaku di Afghanistan. Seolah-olah pemansuhan yang dilakukan daripada angkasa raya adalah lebih mudah dimaafkan daripada pemusnahan yang dilakukan di darat dengan menggunakan mariam dan dainamit.

Kuasa yang dirangkul oleh Taliban itu adalah kesan daripada sokongan kuasa barat yang mencabar penaklukan Soviet keatas negara itu. Negara barat, terutama sekali Amerika Syarikat telah membekalkan kelengkapan perang kepada hanya satu kumpulan pencabar yang mampu mengnyahkan Soviet Union -- itulah dia heiraki angkatan Islam yang mencetuskan satu kebangkitan bersenjata yang berakhir dengan kejayaan juga.

Setiap revolusi akan menelan para pemimpinnya, dan revolusi pergerakan Islam di Afghanistan tidak berkecuali dengan fenomena ini. Apa yang dimulakan oleh kebangkitan pelajar menjadi satu angkatan bersenjata yang bergelar Taliban dan kini bejaya merangkul kuasa.

Sebaik sahaja mereka merangkul kuasa itu, Afghanistan pun dipulaukan. Pentadbiran Taliban dianggap seperti masyarakat kusta oleh masyarakat sejagat. Mereka dianggap tidak setaraf dengan tamadun dunia yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang beranggapan hanya mereka yang mempunyai kuasa untuk menggugurkan bom ke atas bumi Iraq dan memusnahkan warisan sejarahnya.

Sepatutnya, semua ini harus dijadikan sandaran kalau mahu menilai sikap Taliban menghancurkan tugu warisan sejarah mereka. Apa yang dilakukan oleh Taliban itu tidak banyak bezanya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Mesir 30 tahun dulu ketika menenggelamkan pelbagai monumen sejarahnya dalam pembikinan Ampangan Aswan. Kaherah mempertahankan tindakannya itu dengan betegas betapa zaman silam tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kehidupan zaman yang mendatang. Ketika itu Perang Dingin sedang memuncak dan Soviet Union telah bertindak membina ampangan itu sementara dunia barat terus mencemohnya.

Di Afghanistan kini, lebih satu juta kanak-kanak, bersamaan seorang bagi setiap enam orang rakyat Afghan; sedang dihantui kebuluran. Inilah taksiran laporan Barat. Seluruh dunia memandang sepi akan fenomena ini. Apa juga bantuan yang termampu menjenguk fenomena itu kerana terhalang oleh masalah geopolitik. Banyak agensi kemanusian sejagat yang telah mengeluarkan isyarat itu tetapi semua itu diperlekehkan sahaja. Rupa-rupanya tugu dan patung-patung itu semua adalah lebih penting daripada keadaan anak-anak yang kebuluran dan menderita.

Taliban mahu mengembalikan sejarah silam Afghanistan untuk membina sejarah baru negara. Itulah yang dilaksanakan oleh Khmer Rouge di Kambodia setelah berjaya mengalahkan regim Presiden Lon Nol pada 1975 dulu yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat. Seluruh dunia hanya membiarkan segala tindakan mengganas, dan segala pemusnahan berterusan sedangkan seluruh dunia tidak mampu menghalangnya. Itulah juga sikap mereka terhadap Kabul. Tidak ada sebarang usaha yang dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun institusi sejagat yang lain untuk meredakan kehancuran itu ataupun mengurangkan kebinasaan yang dilancarkan. Sebuah museum di Amerika memang bersedia menunggu untuk membeli segala artifak sebagai langkah mencegah pemusnahan itu.

Mungkin difikirkan ada gunanya mengekang Taliban itu dengan menyedarkan mereka yang telah melanggari norma 'tamadddun'. Kumpulan Taliban terlalu taksub kepada kod etika hidup warisan kabilahnya sehingga sanggup berdegil dengan melindungi Osama Ben Laden. Samada beliau sudah dicop sebagai virus fundamentalis yang paling berbahaya di dunia tidak menjadi satu isu kepada kumpulan Taliban. Puak Taliban sanggup melindunginya dan begitu juga sikap Osama terhadap mereka, tidak kiralah berapa pula ganjarannya. Sikap ini dianggap songsang oleh seluruh dunia sejagat. Tetapi puak Taliban hanya sibuk dengan dunianya sahaja.

Kini, seluruh dunia menjadi gempar kerana sikap Taliban yang sengaja memusnahkan tugu-tugu Buddha, terutama sekali yang tegak berdiri di Bamiyan, sedangkan dunia yang sama juga yang pernah membisu melihatkan sikap keganasan Khmer Rouge di Kambodia dulu ataupun kebinatangan askar tentera Belgian di Kongo di awal abad yang lalu. Negara Arab dan juga Islam tidak pula bertindak seperti gelagat mereka ketika sebuah masjid yang berusia 400 tahun di Babri, Ayodhya India dimusnahkan oleh golongan nasionalis Hindu. Namun dunia masih berminat dengan tugu-tugu di Bamiyan itu sambil membiarkan anak-anak di Afghanistan terus kelaparan untuk menujui akhir hayat mereka.

Di Malaysia, kerajaan memang marah dengan pemusnahan itu, tetapi tidak pula kepada keadaan anak-anak yang kelaparan, sambil memendam pendapatnya. Lagipun Malaysia adalah laksana kumpulan Taliban di Afghanistan itu, yang mempunyai masalah yang sama dengan sejarah pra-Islam, dan kerap bersedia menafikannya samada secara rasmi ataupun sebaliknya. Parlimen India turut mengutuk kumpulan Taliban sambil menawarkan khidmat untukk memelihara tugu-tugu itu. Bagaimanakah caranya melakukan perkhidmatan itu tanpa menjejaskan kedaulatan Afghanistan tidak pula dijelaskannya.


Iran yang memang berbangga dengan pelbagai lokasi warisan pra Islam, memang tidak sebulu dengan kumpulan Taliban, tetapi kerana fahaman Shianya sedangkan kumpulan Taliban adalah pengamal ajaran sunni. Saudi Arabia yang kerap memusnahkan buku suci ajaran agama lain yang cuba dibawa masuk ke negaranya, ternyata membisu sahaja. Malahan, Pakistan yang mengepalai kempen sejagat terhadap kumpulan militan Hindu berkaitan Masjid Babri dulu, masih diam membisu juga.

Islam dan juga apa juga agama yang lain, memperteguhkan anggapan duniawinya dengan sejarah pra-islam yang diharunginya. Mesir menjadi satu negara yang kaya raya kerana kewujudan pyramid dan juga struktur yang lain yang dibina beribu tahun yang lalu, sebelum munculnya agama Kristian di situ. Iran, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon dan beberapa negara lain di Asia Barat adalah negara Islam yang mempunyai hubungan sejarah yang hebat dengan tamaddun pra-Islam.

Di sinilah wujudnya peranan geopolitik. Negara-negara yang tidak mematuhi hukum alam yang diaturkan itu memang mudah disisihkan. Negara itu dikira tidak wujud lagi, dalam apa bentuk pun, seolah-olah ada satu kuasa pengkhukum yang menentukan negara itu tidak berhak hidup seragam dengan dunia yang bertamaddun.


Saudi Arabia yang berlakon seolah-olah ia bukannya didalangi oleh Amerika Syarikat kerana menjadi penjaga tanak suci Mekah, boleh dipinggirkan sepertimana dunia meminggirkan Afghanistan. Disebabkan adanya minyak yang banyak tidak kiralah negara itu memenggal kepala pesalahnya, ia masih dianggaap sebagai sahabat yang dipertahankan sehingga mati. Jika tidak, dan tanpa hasil bumi yang kaya raya itu, Saudi Arabia mungkin telah lama dikutuk sebagai pelanggar hak asasi manusia dan bermacam tuduhan lagi.

Puak Taliban mahu keluar daripada acuan itu semuanya. Cuma selepas memusnahkan segala lambang kepalsuan yang menjadikan negara itu sebagai penampan dalam satu permainan politik di antara Great Britan dan Russia pada abad ke-19 hingga ke-20; dan pada abad ke-20 di antara Russia dengan Amerika Syarikat. Penaklukan British keatas India adalah satu taktik untuk menyekat perkembangan kuasa Russia dalam bidang penjajahan dan juga perdagangan. Di sebalik segala mainan poltik inilah Taliban telah melancarkan satu percaturan politik yang menarik minat seluruh dunia dengan cara pemusnahan tugu dan patung purba.

Orang Afghan merupakan satu bangsa yang megah dan bangga kerana berjaya bangkit daripada musibah Percaturan Besar Dunia dan juga Perang Dingin yang sudah pun reda. Kelompongan kuasa yang ditinggalkan telah mencetuskan satu pertelingkahan di antara kumpulan tuantanah Pathan dengan kumpulan marhaen yang satu ketika dulu merupakan kumpulan tukang kebun dan tukang masak.

Menerusi Taliban itulah kumpulan Pathan cuba menonjolkan kuasanya semula. Pakistan memang berhati-hati dengan mengirimkan para dutanya yang berkhidmat di Afghanistan itu adalah daripada kaum Pathan dan juga mereka yang dianggap daripada puak yang disenangi ataupun ada pertalian darah dengan kumpulan diraja yang telah dibuang dulu.

Kebebasan yang diberikan kepada Taliban untuk bertindak sesuka hati itu adalah satu gambaran betapa PBB tidak mampu melaksanakan kuasanya untuk membetulkan dunia mengikut kehendak Washington. Amerika mahukan pemerintahan sesabuah negara itu mengikut rentak gendang yang dipalunya. Dunia masih bangga betapa beberapa penglima perang Serbia dapat dihadapkan kepada Mahkamah Dunia untuk dibicarakan.


Amerika dan juga dunia boleh menggertak dan menentukan berapa banyak minyak yang boleh dijual oleh Iraq agar rakyat yang dideranya itu dapat menyelamatkan anak-anak mereka daripada mati kebuluran. Di sebalik segala gah dan kemampuan kuasa itu ia tidak pula berminta mengenakan peraturan kepada kumpulan Taliban. Beginilah, kalau kita cuba menukarkan satu bangsa pahlawan yang mempunyai satu sejarah yang gemilang untuk menjadi pengemis yang papa kedana, tentu sekali ada ganjaran yang perlu dilunaskan. Cuma, bentuk ganjaran itu masih belum jelas lagi.


Puak Taliban muncul sebagai hasil penguasaan dunia yang dimonopoli oleh satu kuasa besar sahaja. Bukan semua pihak bersedia menerima gertakan kuasa besar sejagat itu. Seperti juga yang berlaku dalam satu institusi yang dikuasai oleh monopoli pusat. Pelbagai bentuk rekahan akan muncul ditempat yang tidak boleh ditonyoh oleh kuasa, melainkan kalau kuasa itu sanggup mengharungi bahananya.

Fenomena gelagat inilah yang menjadi ragam mainan dalam ura-ura memusnahkan tugu purba itu. PBB tidak mampu melakukan sesuatu untuk menghalangnya seperti juga ia tidak mampu melakukan sesuatu untuk menghentikan pembunuhan longgokan di Yogoslavia dulu. Amerika Syarikat tidak boleh bertindak, tidak juga Masyarakat Persatuan Eropah. Russia tidak akan membantu. Setelah tertipu sekali dulu, ia tidak mahu tertipu sekali lagi.

Puak Taliban sedang menyakat dunia Barat dan Barat tidak mampu melakukan sesuatu. Lagipun dalam acahan kali ini, bukannya patung purba warisan Judah-Kristian yang akan menjadi mangsa. Tempat itu bukan mudah dimusnahkan sewenangnya tanpa melibatkan nyawa orang Amerika tergadai sama.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT7/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


05 March 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai

The Bamiyan Buddhas And The Taliban

The Afghan information and culture minister, Mawlawi Qudratullah Jamal, has ordered that all pre-Islamic cultural traces, including 2,000-year-old Buddhist statues, be destroyed within four days. By the time you read this, most would probably be. The priceless artifacts in the Kabul Museum, which contained some exquisite examples of its rich historical past, could well be reduced to rubble by now. Why did the Taliban do what seems a senseless destruction?

The world is in shock. The global condemning misses the geopolitical rationale. When the bombing of Iraq reduced its historical past to rubble, it was justified to bring to heel a dictator it once backed. Islam's holiest shrines escaped the bombing, so what happened there was all but ignored. The need to condemn President Saddam Hussein was more important than the loss of its historical past. But more heritage sites were destroyed in Iraq than in Afghanistan. Somehow, destruction from the air is excusable, but not if with cannons and dynamite.

The Taliban was helped to power in part by the Western World's challenge to the Soviet occupation of that country. The West, particularly the United States, armed the only challenge that could oust the Soviet Union -- the Islamic heirarchy, and helped foment a rebellion, which succeeded. Every revolution swallows its leaders, and the Islam revolution in Afghanistan was no exception. And the Taliban, what started as an army of students, eventually took power.

But once it did, Afghanistan was ignored. The Taliban Administration was treated as a leper on the world community, which should not be allowed to sup in such genteel civilised company as the United States and the United Kingdom, which arrogates upon themselves to drop bombs on Iraq and its historical sites to prove an unprovable point.

It is in this context that the Taliban destroying its historic monuments be viewed. What the Talibans do is no different than what the Egyptian government did 30 years ago to submerge the monuments to build the Aswan Dam. Cairo justified this by insisting the past should not stand in the way of the future. Then it was at the height of the Cold War and the Soviet Union helped build it, and the West condemned the move.

But more than one million children, or one in six of the Afghan population, is near starvation, according to Western reports. The world ignores its plight, what little help filters through is constrained in geopolitics. Western huminitarian agencies have sounded the warning signals but they are, by and large, ignored. But the statues, it seems, are more important than the dying impoverished children.

The Taliban wants to return Afghanistan back to its pre-modern past to rebuild it afresh. The Khmer Rouge tried that in Cambodia after it overthrew the United States-backed regime of President Lon Nol in 1975. The world stood by while the carnage and the destruction continued, and did little in Cambodia. As it can do little in Kabul. No attempt is made by the United Nations or other international institutions to ameliorate the damage or the scale of the destruction. An American museum is happy to buy the artifacts to prevent their destruction.

But it is also useful to keep the Taliban in a harness by pointing out its transgressions from the "civilised" norm. The Taliban adheres to its tribal code of honour so steadfastly that it refuses to give up Osama ben Laden. Whether he is the world's worst fundamentalist pest is not the issue with the Taliban. It has given him protection, and so he would at whatever cost. This does not fit in well with the worldview. But then the Taliban lives with only its worldview.

So, it horrifies the world in deliberately destroying Buddhist monuments, especially in Bamiyan, but with a steadfast worldview like that of Khmer Rouge's Cambodia or, indeed, of Belgium in the Congo at the turn of the century. The Arab and Islamic nations does not react as it did when the four-hundred-year old Babri Mosque in Ayodhya in India was destroyed by Hindu nationalists. But the World is still interested in the Bamiyan statues than in the children near death.

In Malaysia, the government is incensed at this destruction, not the famished children, but keeps its own counsel. But then Malaysia, like the Talibans in Afghanistan, has a problem with its pre-Islamic past, with every effort, official and unofficial, to deny it. The Indian parliament condemned the Taliban though it also offered to take charge of the monuments. How she could without impinging upon Afghan sovereignty is not explained.

Iran, proud of its extensive pre-Islamic historical sites, are at odds at the Taliban, but more because it is Shia and the Talibans Sunni. Saudi Arabia routinely destroys prayer books of other religions who bring it into the country, is quiet. Even Pakistan, which led the worldwide campaign against the Hindu militants over Babri Masjid, is strangely silent.

Islam, indeed any religion, strengthens its worldview with its pre-Islamic past. Egypt is all the more richer for its pyramids and other structures built millennia before its Hellenistic past, long before the advent of the Christian Era. Iran, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon and other countries in West Asia are Muslim countries with a fierce pride in their non-Islamic past.

Into this comes geopolitics. Countries which do not belong to the prevailing order are consigned beyond the pale. It ceases to exist, for all intents and purposes, brought out periodically to show why it cannot co-exist with the civilised world.

Saudi Arabia, which if it was not a satrap of the United States and the guardian of Mecca, would be regarded as hostilely as the world now perceives Afghanistan. If you have oil and routinely behead the condemned, you are a friend defended to the death; if you do not, and are as backward, you will be condemned as a persistent violater of human rights and worse.

The Taliban wants to break out of this mould, but only after it destroyed the superficial Western underpinnings that kept the state a useful buffer in the Great Game between Great Britain and Russia in the 19th and 20th centuries, and in the late 20th, the United States and the Soviet Union. British rule in India was as much to keep the Russians at bay as to expand colonies and trade. Into this unmentioned scheme Taliban attracts world attention with this senseless destruction of ancient monuments.

The Afghans are a proud race left to its own devices after the Great Game and the Cold War are over. In the scramble for power in the political lacunae they left behind, the lordly Pathans confronted those who in its feudal setup were gardeners and cooks.

The Pathans via the Taliban reasserted its feudal overlordship. Pakistan is still careful that those it sends as ambassadors to Afghanistans are not only Pathans but from the "correct" tribes, preferable related to the now-overthrown royal family.

What the Taliban does with impunity also reflects upon the United Nations' impotence in putting the world into a strait jacket of Washington's choice. It wants a global governance according to its dictates. The world is proud it can bring Serbian genocidal commanders to trial in a special World Court tribunal.

It can crack the whip on how much oil Iraq can sell so the people it impoverished could save their children. But it can, and would, do nothing which would put someone like the Talibans out of kilter. When you turn proud people with a proud history into beggars, there is a price to pay -- but not yet.

In one sense, the Talibans are a byproduct of globalisation in the age of a Single Superpower. Not all would accept the cracking of the superpower's global whip. As in every centralised authority, cracks befall where the whip cannot reach, except at its peril.

It is this that is played out in this senseless destruction of Buddhist and pre-Islamic statues. The United Nations can do nothing to stop it, as it could not the carnage in Yugoslavia. The United States can do nothing; nor can the European Union. Russia will not help; after bitten once, it does not want to twice.

The Taliban taunts the West, and the West can do nothing. It is not, in any case, Judae-Christian artifacts and statues that are at risk. You cannot even bomb the place without putting American lives at risk.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my