Laman Webantu   KM2A1: 3937 File Size: 14.1 Kb *



TJ MT MGG: Hanya Bowwow Di Boao Powwow
By M.G.G. Pillai

10/3/2001 4:31 am Sat

MGG5601

[Mahathir mahu menonjolkan dirinya sebagai guru dunia niaga dan mahu diiktiraf serta diterima segala idea dan ajarannya, Dia lupa banyak yang ditajanya sudah tidak laku dan bermaya. Tiada apa-apa yang bertambah melainkan rugi semata-mata. Seperti biasa wang juga yang terlebur menajanya sedangkan pulangan memalukan sahaja. Jelaslah pengunjung tiba bukan untuk menentukan masa depan mereka, tetapi sekadar menikmati pengalaman atau menjaga air-muka tuan rumahnya sahaja. Kini ramai yang langsung tidak datang pula. Tapi sayang Mahathir masih tidak faham=faham juga.... - Editor]


Penterjemah: -MT-


Hanya Bowwow Di Boao Powwow

(Only Bowwow at Boao Powwow)

Ketika peniaga Cina membina satu kompleks persidangan di Pulau Hainan di bandar Boao Haikou, mereka juga telah merancang satu persidangan tahunan yang diberi nama Boao Forum for Asia (BFA). Ia merupakan satu pelancaran khas untuk kumpulan kapitalis berhimpun secara selesa dan memperagakan kejayaan mereka serta merancang agenda terbaru pula.

Sebuah syarikat bernama Boao Investments Holdings Co. Ltd. menyelia kerja-kerja membangunkan Pulau Hainan ini dengan segala gahnya untuk menjadikan tempat itu satu nirwana pelancongan. Pelbagai kegiatan dilaksanakan seperti pembikinan padang golf, hotel dan sebagainya untuk bersaing dengan Miami ataupun Gold Coast. Untuk memberikan tempat kepada satu aura keintelektualan, tercetuslah ilham mewujudkan BFA, walaupun itu adalah satu cetusan minda dan rasa yang tertunda.

Para penganjur mengharapkan BFA akan berjaya membikin dunia tunduk kepada nirwana pembikinannya dan berjaya pula menjadikannya satu pusat penyelidikan tersohor di Asia. Memangnya ini satu impian yang sungguh tinggi angan-angannya. Pusat-pusat penyelidikan yang tersohor memang tidak wujud di bangunan mega seperti kompleks Boao, tetapi lahir daripada sumber manusia yang ada dan kemudahan yang disediakan kepada mereka.

Ini sebabnya kedutaan-kedutaan di Asia tidak berapa berminat dengan projek ini. Bagaimana pun anda melihatnya, ia harus diamati sebagai satu usaha China untuk mewujudkan satu pengaruh ikutan di kalangan negara Asian dalam usahanya untuk merenggangkan kuasa dan pengaruh Amerika Syarikat. Apakah ia akan berjaya ataupun tidak bukan menjadi isunya. Mungkin jua ia berjaya, tetapi kesangsian mengenainya masih ketara.

Jepun tidak berminat. Australia masih marah kerana kewujudannya tidak diberikan satu keutamaan dalam perancangan Boao. Kementerian Luar India memang telah lama tidak ambil peduli, walaupun seorang bekas perdana menteri India, I.K. Gujral adalah salah seeorang penajanya.

Tiga orang ahli politik yang sudah pun bersara - dua daripada mereka pernah menjadi perdana menteri dan seorang lagi bekas presiden negaranya telah terlibat. Mereka telah dipujuk untuk menganjurkan Boao Forum sebagai sesuatu yang bersesuaian untuk Asia. Ada juga beberapa ahli politik lain yang turut serta. Dua ratus ahli pengasas forum itu telah berkempen untuk menyediakan wang modal sebanyak $500,000 setiap seorang.

Semua ini ada masalahnya. Setidak-tidaknya, beberapa rakyat Malaysia yang menjadi ahli penaja membuat kesanggupan itu bukan kerana mereka merestui BFA itu, tetapi sebagai satu bentuk sumbangan politik untuk mengampu pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Tentu sekali penubuhan kumpulan begini tidak memberi kredibiliti kepada penubuhan satu kumpulan pemikir.


Boao Bukan Serupa Davos

Seorang pesara diplomat Malaysia yang pernah menjadi bekas setiausaha agong ASEAN, Ajit Singh telah dilantik menjadi setiausaha pertama persidangan itu. Mahathir Mohamaed pula telah diberi kehormatan untuk memberikan ucaptamanya di hari perasmian pada Febuari 26.

Tetapi Boao bukanlah serupa Davos. BFA menghidupkan kembali ilham Mahathir Mohamad ketika mengimpikan penubuhan Asian Forum. Kumpulan East Asian Economic Group yang diingininya dulu telah menjadi satu East Asian Economc Caucus, yang sudah tidak bergigi lagi. Kerana itu dicarilah satu wadah untuk mewujudkan Asian Forum untuk orang-orang Asia. Tetapi kewujudan BFA di Pulau Hainan itu adalah satu usaha untuk mengurangkan belanja dalam usaha pembangunan berbentuk raksasa.

Setakat ini memang terdapat dewan persidangan yang melambak banyaknya. Kebanyakannya menjadi kelam setelah beberapa tahun sahaja kerana kewujudan asalnya adalah untuk berseronok sahaja. Untuk BFA menjadi satu persidangan yang berjaya ia terpaksa berusaha lebih gigih lagi untuk menarik para peniaga dan ahli politik Asian untuk membincangkan segala kelemahan yang ada dan mencari jawapan kepada cara membaikinya. Mesti ada sesuatu yang istimewa dalam setiap persidangan tahunan itu yang membuatkan ada sahaja pesertanya seperti persidangan di Davos.

Persidangan puncak Selatan-Selatan (South-South) sudah pun bersifat indah khabar daripada rupa. Dr. Mahathir yang memulakan puncak itu tetapi tidak ada siapa lagi yang menunjukkan minat menirunya sehinggakan ia bertukar laksana warong kopi sahaja. Langkawi International Dialogue, satu lagi ciptaan Mahathir, mencungap-cungap untuk dijadikan persidangan yang berjadual di pulau itu terpaksa dipanjangkan selama tiga hari lagi kerana para peserta tidak mahu menjatuhkan airmuka tuan rumah dan penganjur utamanya.


Kawasan Yang Terpencil

Ketara sangat betapa kewujudan BFA itu adalah disebabkan keinginan bersama China dan Malaysia. Setiausaha Agung daripada Malaysia itu sepatutnya telah mempersilakan seorang pemimpin Asia untuk memberikan ucapan utamanya selain daripada perdana menteri Malaysia. Memang, seorang lain diberikan penghormatan itu. Malahan, Dr. Mahathir yang pada mulanya setuju dengan peranan itu telahpun menarik dirinya. Cuma di saat akhir dia bersetuju semula.

Kerana itu hanya rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa Dr. Mahathir dan Presiden Jiang Zemin akan hadir di persidangan itu. Orang lain termasuk para peserta sengaja tidak diberitahu. Bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam, telah melaungkan harapan Dr.Mahathir terhadap kewujudan FBA itu. Ramai ketua kerajaan yang menghadirinya berada di situ dengan tujuan yang amat jauh berbeza daripada kegunaan forum itu.

Ajit Singh mengharapkan BFA menjadi satu persidangan yang memberi 'orientasi kepada hasilnya', tidak kiralah apa sebenar maknanya. Sebabnya memang jelas kerana dia berpendapat bahawa persidangan itu adalah hasil biayaan sektor awam. Mungkin juga. Tetapi, sektor awam lebih mementingkan keuntungan dan tidak kepada cakap-cakap mengenai apakah sebabnya mereka bermasalah. Di Asia setidak-tidaknya, keuntungan bererti dollar di dalam poket, dan bukannya idea mengarut yang tercetus daripada dailog yang membincangakan masalah dagang mereka.

Tetapi, apa hebatnya Boao? Forum itu adalah hasil ilham China, kata Ajit, dan 'Boao terletak jauh di bahagian selatan Beijing dan berhampiran dengan Hong Kong.' Bandar baru itu mempunyai kemudahan yang hebat-hebat dan persekitaran yang sunyi berpadan dengan persidangan yang besar. Lagipun sebarang kemungkinann tercetusnya demonstrasi rakyat marhaen sudah tentu mudah dipatahkan.

Dengan lain perkataan Boao diwujudkan di lokasi yang jauh daripda hingar bangar, seperti Davos tetapi tanpa sebarang hubungan seperti pengangkutan darat dan sebagainya. Bukankah Pulau Hainan itu amat hampir dengan Laut Cina Selatan di mana China telah membuat tuntutan kepada beberapa kepulauan di mana negara lain pun menuntut hak mereka mengikut undang-undang ruang persisiran benua.


- MGG Pillai -

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 8/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

07 March 01

malaysiakini


Only Bowwow At Boao Powwow


CHIAROSCURO

MGG Pillai


When Chinese business men constructed a huge conference complex on China's Hainan Island, in the town of Boao (pronounced "bor ah"), 100 kms south of its capital of Haikou, they also planned for an annual conference called the Boao Forum for Asia (BFA). It is a take-off from the annual Davos forum in Switzerland, whence the world's capitalists congregate regularly to revel in their successes, and decide their agenda.

A company called Boao Investments Holdings Co. Ltd. oversees this development of Hainan Island, with grand design of turning the island into a tourist paradise. There is a flurry of construction of hotels and golf courses, to make it rival Miami Beach or the Gold Coast. To give it intellectual respectability, it thought of the BFA, though almost as an afterthought.

The organisers hope the BFA will bring the world to its door, and make it the best known research centre in Asia. It is a tall order. Best known research centres cannot be founded on grand buildings, as the Boao complex is, but in the people and the facilities available. This one starts from scratch, and by inference would be staffed by Chinese scholars and researchers.

Which is why chancelleries in Asia are not keen about it. However you look at it, it would be seen as China's attempt to build a loyal following amongst Asian states as it girds its loins to keep the United States at bay. Whether it can or not is not the issue. It could. And the reservations come to the fore.

Japan is disinterested. Australia angry that Australia does not figure in the map of Asia in the Boao worldview. The Indian foreign ministry all but ignored it, although a former Indian prime minister, I.K. Gujral, is one of the sponsors.

Three retired politicians -- two prime ministers and a president -- were persuaded to suggest the Boao Forum for Asia. Several more jumped on the bandwagon. Two hundred founding members canvassed at US$500,000 each provide the seed money.

But this has its own setbacks. At least, the half a dozen Malaysians who became founding members are there not for what the BFA is for, but as political donations to keep on the side of the establishment in Kuala Lumpur. That should be an important reason many elsewhere did. But is this a sound way of establishing a think tank?

Boao Is Not Davos

The retired Malaysian diplomat and former ASEAN secretary-general, Ajit Singh, is its first secretary-general. The Malaysian prime minister, Dr Mahathir Mohamed, gave the keynote speech at its inaugural on Feb 26.

But Boao is not Davos. The BFA comes back to the Asian Forum that Malaysian prime minister Mahathir Mohamed has wanted. The East Asian Economic Group he wanted became a semi-toothless East Asian Economic Caucus. It is a search for an Asian Forum for Asians. But the BFA is flawed in that it is there to cut costs for the huge development now in Hainan Island.

There are already too many self-serving "talkshops" in Asia. Most lost steam after a few years, and survive because it exists though irrelevant, and it is a good excuse for a junket. For this to succeed, the BFA must be more than what it is, to attract Asian business and politicians to discuss what ails and strengthens them. There must be something in the gatherings to make people want to come, as for the Davos conferences.

The South-South summit is all but a dead letter. Dr Mahathir took the lead but no one else it seems wants it other than as a listless talk shop. The Langkawi International Dialogue, another Mahathir innovation, struggles to meet regularly in the Malaysian island and held these days more because the participants do not want to insult the host.

Far From The Madding Crowd

However you look at it, China and Malaysia wants the BFA. The Malaysian secretary-general should have invited as main speaker an Asian leader other than the Malaysian prime minister to give the keynote address; it should have been someone else. Indeed, Dr Mahathir after agreeing to be the keynote speaker, backed off but decided to in the end.

As it turned out, Malaysians only knew of Dr Mahathir and President Jiang Zemin attending the meeting. All others, including who attended it, were scrubbed out. The former Malaysian deputy prime minister, Musa Hitam, was on hand to affirm Dr Mahathir's hopes for the BFA. Many heads of government who attended went there for reasons other than the useful of the forum.

Ajit Singh expects the BFA to be "result-oriented", whatever that means; inevitable, he infers because it is the private sector which backs it. Perhaps. But the private sector looks for profit, not informed erudition on what ails them. And profit, at least in Asia, is dollars in your pocket, not some fanciful idea of a dialogue on what ails them.

Why Boao? The forum is China's idea, says Ajit, and "Boao is as far south from Beijing as it can get, and close to Hong Kong," with its town's "superb" facilities and quiet surroundings was "perfect" for large congregations. And, no doubt, attract inconvenient demonstrations against it severely controlled.

In other words, far from the madding crowd, as Davos is; but without the connexions, transport and otherwise. Is it with Hainan Island right smack in the South China Sea, over which China has territorial claims as has the littoral states around it.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my