Laman Webantu   KM2A1: 3938 File Size: 22.8 Kb *



TAG MT 55: Kenapa Kerajaan BN Tidak Boleh Ditumbangkan (Mesti Baca)
By Kim Quek

10/3/2001 3:59 am Sat

TAG055

[Tidak salah untuk menggulingkan kerajaan kerana ia satu proses yang diizinkan oleh perlembagaan. Hasrat Ezam tidak menggugat pun keamanan negara - yang terketar-ketar cuma pemimpin yang bersalah sahaja. Dengan bertindak kepada Ezam jelaslah kerajaan takut dengan terdedahnya kebenaran yang tersimpan dalam suara-suara yang terpendam apatah lagi jika ia tercurah di jalanraya.

Apa yang ingin dilakukan Ezam cuma mendedahkan mereka yang mempurak-purandakan ekonomi dan sistem negara. Itu bukan satu ancaman kepada keselamatan negara - sebaliknya ia satu tuntutan dan kewajipan sebagai rakyat yang sayangkan negara untuk menyelamatkan kekayaan dan keadilan yang telah ternoda.

Mahathir mengangggap mengkritik dirinya sebagai menderhaka kepada negara sedangkan itu dua konteks yang berbeda. Kita boleh makmur walaupun Mahathhir tiada, malah akan lebih berjaya jika Mahathir berada di dalam penjara.... bukan kita sahaja, malah akar-umbni umno juga akan turut berbahagia.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Kenapa Kerajaan BN Tidak Boleh Ditumbangkan

(Why Shouldn't The BN Government Be Toppled?)

By: Kim Quek

Penangkapan Ketua Pemimpin Pemuda Keadilan, Ezam mencetuskan satu sinario yang tidak masuk akal. Satu regim yang korup telah lama mengelak daripada ditumbangkan dengan menggunakan pelbagai taktik menekan demokrasi dibiarkan terus mencemar demokrasi itu sebagai satu tipu muslihat untuk menangkap seorang pemimpin pembangkang yang telah berikrar untuk menumbangkan pemimpin negara melalui kaedah domokrasi. Apakah ini memeningkan? Tidak, sebenarnya.

Ezam baru sahaja melancarkan satu kempen berbentuk nasional untuk mengerakkan 'Kebangkitan Menyelamatkan Wang Rakyat', setelah negara ini dipukau dan menjadi jijik apabila kerajaan memperuntukkan berbilion ringgit untuk pelbagai usaha menyelamatkan syarikat para kroni pada harga tinggi yang tidak munasabah tanpa sebarang asas yang kukuh (yang terbaru ialah kes MAS dan Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Transit Aliran Ringan). Oleh kerana media massa tempatan begitu kecut sehingga membisu ataupun begitu mudah untuk diputar-jerut oleh parti kerajaan yang memerintah untuk mendedahkan kebenaran, Pergerakan Pemuda Front Barisan Alternatif telah membuat pendirian untuk melaksanakan kempen mingguan dari satu negeri ke negeri lainnya untuk menyedarkan negara ini kepada kesan dan bahana kerja-kerja jijik terhadap perbendaharaan negara milik rakyat itu.

Untuk memerangi kempen ini, Mingguan Malaysia, sebuah akhbar yang berlagak dengan megah sebagai alat propaganda parti memerintah dan tukang-kacau, dengan pantasnya mencetuskan satu suasana untuk mewawancara Ezam dan kemudiannya menuduh beliau (Ahad 4 Mach) sebagai telah 'mengaku merancang pelancaran demonstrasi secara menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.'

Sebagai tindakan bersepadu dengan Mingguan Malaysia itu, pihak polis telah menangkap Ezan pada malam berikutnya (isnin 5 Mach) walaupun Ezam telah membuat tindakan pantas menafikan pernah membuat kenyataan yang ditohmahkan itu pada akhbar yang sama di hari yang berikutnya, Isnin 5hb.

Tindakan menangkap Ezam itu, menunjukkan betapa polis telah melakukan satu kesilapan yang besar dari pelbagai aspek.

Pertama, adalah tidak menyalahi undang-undang untuk menumbangkan sesuatu kerajaan, kalau cara melakukannya itu menepati hukum perlembagaan. Dalam hal ini, semua parti komponen Barisan Alternatif telah berikrar untuk hanya menggunakan saluran perlembagaan dalam melaksanakan perjuangan politik mereka. Memang setakat ini belum pernah mereka bertindak sesuatu yang mencemar perlembagaan. Tidak juga pernah ditunjukkan sebarang kemungkinann melakukan tindakan yang bertentangan dengan amalan perlembagaan itu.

Kedua, berucap secara terbuka kepada orang ramai dan berhimpun untuk mendengar ucapan itu adalah hak setiap rakyat, samada perhimpunan itu berbentuk politik ataupun sebaliknya. Malahan, pihak polis yang melanggar peraturan perlembagaan dalam sikap mereka yang berat sebelah dan sentiasa menghalang himpunan rakyat tajaan parti pembangkang tanpa sebab yang boleh diterima akal. Di waktu yang sama polis sengaja membiarkan perhimpunan yang ditaja oleh parti pemerintah, termasuk perhimpunan yang sengaja berniat untuk menghasut pertelagahan kaum.

Ketiga, adalah satu prosedur yang salah apabila polis menahan sesaorang tanpa penyiasatan yang menyeluruh, sedangkan kesalahan yng ditohmah itu adalah berdasarkan satu kenyataan, yang kesahihannya memang boleh dipertikaikan. Prosedur yang betul ialah tidak menangkap orang yang ditohmah itu tetapi menjalankan siasatan dengan menyoal kedua-dua pihak yang terbabit.

Keempat, menyatakan hasrat untuk melanggar undang-undang bukannya bererti sudah melanggar undang-undang itu. Hanya dengan melakukan kerja yang bersalahan dengan undang-undang itu barulah undang-undang itu dicemari. Dengan demikian, kalau pun apa yang Ezam bercadang itu sesuatu yang bersalahan (walaupun ia tidak salah), pihak polis tidak ada asas yang munasabah untuk menangkap beliau hanya kerana menyatakan niatnya.

Di sebalik segala penyalahgunaan kuasa yang disengajakan oleh polis, apa pula pendapat Badawi, menteri hal ehwal dalam negeri (juga timbalan perdana menteri) ?

Badawi telah mempertahankan tindakan polis itu dengan menuduh Ezam sebagai satu 'ancaman kepada keselamatan negara' kerana membuat kenyataan akhbar untuk 'menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi'.

Pertama, adalah sesuatu yang mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan tidak adil apabila Badawi sanggup mengutuk Ezam semata-mata kerana satu kenyataan yang telah pun dinafikan oleh Ezam sendiri. Badawi terpaksa meminta maaf kepada Ezam dan juga kepada rakyat melainkan beliau mempunyai bukti bahawa Ezam telah berbohong.

Kedua, siapakah sebenarnya yang merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara? Adakah Ezam yang berusaha mendedahkan melalui berkempen kepada rakyat marhaen segala korupsi yang terlalu banyak dan juga salahguana kuasa di peringkat tertinggi seperti yang dilakukan dalam hal pembayaran 1.8 bilion ringgit kepadaTajuddin untuk membeli saham MAS ; sedangkan itu merupakan dua kali ganda daripada harga pasaran dan tanpa sebarang penilaian yang sah. ATAU pihak polis yang sebaik sahaja menerima laporan Ezam mengenai penyalahgunaan kuasa peringkat tertinggi, tidak bertindak terhadap para penjenayah itu, tetapi (sebaliknya) menangkap Ezam atas kesalahan bayangan, dengan mengggunakan prosedur yang songsang?

Apakah polis kini sudah diturunkan-taraf mereka menjadi kaki pukul kepada parti pemerintah untuk mengugut dan menghukum para reformis yang berazam menyelamatkan negara daripada pemimpin korup dan bajingan dengan cara menggunakan kemudahan perlembagaan?

Mahathir dan Badawi kerap mengutuk para penunjuk perasaan jalanan sebagai penyebab yang membuatkan pelabur lari daripada Malaysia. Inilah satu kelentongan mega. Keadaan negara yang ketandusan pelaburan pada masakini adalah disebabkan oleh pemerintahan Barisan Nasional yang pincang.> Perdana Menteri terlalu kerap menonjolkan keangkuhannya kepada seluruh dunia betapa Malaysia tidak pernah menyesal daripada serangan Krisis kewangan yang melandanya. Sebaliknya, keangkohan beliau memperakui kelemahan struktur yang telah wujud itu, Mahathir telah berseronok melaksanakan pelbagai siri memperlekehkan dunia Barat, laksana satu gerakan vendatta peribadinya pula. Yang paling menghenyak negara akhirnya muncul juga apabila dengan kejam dan secara tidak berperikemanusian beliau menghukum Anwar Ibarahim. Lantas, segala topeng yang mengabui dunia betapa Malaysia mengamalkan demokrasi itu telah termusnah sama. Tidak ada satu pun institusi negara yang bersifat demokratik yang tidak dijamah oleh Mahathir. Seluruh dunia kini mengakui bahawa Malaysia sudah menjadi sebuah negara tanpa peraturan undang-undangnya, di mana polis dan sistem perundangan dijadikan jentera untuk menghukum reformis politik, dan di mana korupsi dan salahguna kuasa semakin berleluasa dan dilakukan secara terbuka tanpa ada segan-silunya.

Di sebalik segala suasana itu, beberapa himpunan rakyat marhaen jalanan secara aman hanya mampu memberikan kilauan, bukannya kegelapan kepada sinario negara sambil menyerlahkan harapan kepada dunia luar betapa hembusan reformasi yang demokratik di negara ini masih bernafas lagi. Para pemimpin reformasi yang berdedikasi dan tidak mementingkan diri seperti Ezam harus diberikan penghormatan kerana keberanian dan pengorbanan, bukannya dipenjarakan dan didera sebagai 'ancaman kepada keselamatan negara' seperti yang ditohmah oleh Badawi.

Rakyat yang cintakan negara ini memang berhak bertanya: 'Kenapakah kita tidak berhak menyingkirkan pemimpin yang korup, secepat mungkin'? Kenapakah kita tidak boleh berkempen secara aman mengikut cara yang ada yakni melalui himpunan awam kerana media massa dinafikan, parlimen disekat, polis dan kehakiman wujud memerangi kita? Apakah Barisan Nasional mahu menutup mulut kita dan mahu kita berdiam diri sambil ia terus merompak negara dan memufliskan negara dalam satu suasana dunia yang menuju konsep globalisasi dan kemajuan IT? Terlalu banyak kehancuran telah dilakukan dan terlalu banyak masa telah digunakan untuk membetulkan keadaan agar negara dapat mengharungi cabaran sejagat, kita tidak harus membazirkan waktu untuk menukar kepimpinann yang ada.

Ada beberapa reformis yang meletakkan matlamat untuk menghumbankan Mahathir pada tahun ini. Mahathir pun memanggil para pengkritik beliau itu sebagai 'penderhaka yang mahu menggoncang negara dan menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi sebelum berakhir tempohnya'. Kerana menggugat demokrasi ini mereka layak dihukum. Dengan kata-katanya itu Mahathir menganggap bahawa dirinya itu adalah Malaysia.

Di manakah letaknya kesalahan meminta seorang perdana menteri undur kalau dia sudah menjadi bebanan kepada negaranya? Di manakah yang menyalahi perlembagaan dalam mendapatkan pembabitan rakyat marhaen secara aman yang membolehkan seorang perdana menteri bertindak melepaskan jawatannya? Kalau kempen untuk mendesak seorang pemimpin melepaskan jawatannya itu dianggap satu jenayah, bererti semua ahli politik di Jepun sekarang ini harus dihukum kerana telah berganding bahu mahukan Perdana Menteri Mori melepaskan jawatannya. Begitu juga dengan Presiden Filipina Arroyo Macapagal dan beberapa rakan seperjuangan yang sepatutnya dihukum kerana menderhaka semata-mata kerana meminta bekas Presiden Estrada melepaskan jawatannya. Bukankah itu juga yang dilakukan oleh pemimpin politik Indonesia yang mahukan Presiden Abdulwahid 'mundur'? Ataupun rakyat Peru yang baru sahaja menggulingkan seorang presiden 'yang telah dipilih secara demokrasi'.

Pemerintahan autokratik selama dua dekad telah membuatkan mata Mahathir buta kepada perbezaan antara dirinya dan Negara, sehinggakan segala kritikan salah-lakunya boleh diterjemahkannya sebagai satu penderhakaan terhadap negara. Apabila seorang pemimpin telah mempunyai pemikiran bertahap begitu, ia adalah satu signal dan isyarat bahawa insan itu sudah tidak lagi layak memerintah dan mesti melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum banyak lagi kemusnahan yang akan dilakukannya.

Di sebuah negara autokrasi yang korup seperti Malaysia, himpunan rakyat marhaen hanya merupakan harapan terakhir untuk melakukan perubahan. Selagi rakyat tidak memberikan sokongan yang kuat kepada cara berhimpun secara aman yang mengikuti saluran perlembagaan itu, masa depan Malaysia yang lebih cerah akan terus menjadi khayalan semata-mata. Kita mengharapkan agar rakyat marhaen sedar akan propaganda palsu kerajaan yang menuduh himpunan reformasi sebagai perosak keamanan dan pembangunan ekonomi dan mengutuk dengan keras cara para reformis ditangkap dan didera seperti yang baru berlaku kepada Ezam dan beberapa ramai pejuang yang lain.

Biarlah penangkapan terbaru itu menjadi satu rangsangan untuk memperhebatkan gerakan reformasi ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

-KimQuek-
8.3.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 8/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


WHY SHOULDN'T THE BN GOVERNMENT BE TOPPLED?

08.03.2001

The arrest of Keadilan Youth Leader Ezam brings forth a rather ridiculous and ironic scenario. A corrupt regime that has long avoided being toppled by resorting to suppression of democracy should now be using a breach of democracy as pretext to arrest an opposition leader whose avowed platform is to topple the country's leader through democratic means. Sounds complicated? Not so.

Ezam has just launched a nationwide campaign of 'Movement to Save the People's Money", after the Nation was stunned and flabbergasted by a series of multi-billion ringgit government bail out of political cronies at exorbitant prices without proper basis (latest cases being Tajuddin Ramli of MAS and Halim Saad for the Light Rail Transit). As the local mass media is either too muzzled or manipulated by the ruling party to bare the truth, the Youth Movements of the Alternative Front have decided to do a weekly road show from one State to another to alert the Nation to the full impact of these continued atrocious raids on the people's coffers.

To counter this campaign, Mingguan Malaysia, a newspaper acting undisguised as the ruling party's propaganda machine and agitator, promptly pounced upon an occasion to interview Ezam to allege him (on Sunday 4th) of having 'admitted to planning to launch wide-scale demonstration to topple the Government chosen by the people'.

Acting in cohort with Mingguan Malaysia, the police quickly arrested Ezam in the next evening (Monday 5th), in spite of Ezam's instant denial of having made the alleged statement in the same newspaper the following day, Monday 5th.

In arresting Ezam, the police have erred gravely on multiple score.

First, it is not an offence of the law for wanting to topple a government, if the means of doing so are constitutional. In this respect, all the component parties of the Alternative Front have vowed to use only constitutional means to carry out their political struggles. They have never done anything unconstitutional. Nor is there any indication that they will resort to any unconstitutional manouvre.

Second, giving public speeches and attending public meetings is a constitutional right of every citizen, be these political in nature or otherwise. In fact, it is the police that have breached the Constitution in their present partisan role in repeatedly disallowing Opposition rallies without proper reasons, while unreservedly allowing all ruling party rallies, including those with obvious intention to incite racial animosities.

Third, it is wrong police procedure to arrest some one without proper investigations, when the alleged offence is over a statement, the authenticity of which is under dispute. The correct procedure is not to arrest the alleged offender, but to interrogate both parties concerned.

Fourth, mere utterances of intention to breach a law do not constitute a breach of the law. It is through actually carrying out the offensive act that the law is breached. Hence, even if what Ezam intends to do is illegal (though it is not), the police have no justification to arrest him for merely expressing a wish. Police can only warn him from carrying out the act.

Against this blatant abuse of power by the police, what does the Minister in charge of police, the Home Affairs Minister Badawi (also Deputy Prime Minister) has to say?

Badawi defended the police action by claiming Ezam to be a 'threat to national security' for having made a newspaper statement of 'toppling the Government through demonstrations'.

Firstly, it is shockingly irresponsible and unfair of Badawi to condemn Ezam over a statement that the latter has publicly denied. Badawi owes Izam and the Nation an apology unless he can prove Ezam has lied.

Secondly, who is a real threat to national security - Ezam who proposes to expose, through a series of public rallies, massive corruption and high level abuse of power exemplified in the latest Government payout of 1,800 million Ringgit to Tajuddin to buy his MAS shares at more than double the market price without any proper valuation, OR the police who, upon receiving such police report of high level abuse of power from Ezam, instead of acting against the culprits, have arrested Ezam on an untenable offence, using an indefensible procedure?

Have the police been reduced to mere henchmen of the ruling party to torment and persecute the reformers who are committed to save this Country from the corrupt rulers through constitutional means?

Mahathir and Badawi often condemn street demonstrations as the cause for driving investors from Malaysia's shore. Nothing is further from the truth. The barren state of new investment that Malaysia has found itself in today is caused entirely by Barisan Nasional's misrule. The Prime Minister himself has powerfully projected to the world that Malaysia is totally unrepentant from the ravages of the recent Financial Crisis. Instead of recognizing our own structural weaknesses and instituting remedial political and economic reforms, Mahathir has indulged in an orgy of anti-West vendetta. The worst was yet to come in the merciless and unjust persecution of Anwar Ibrahim, when Malaysia's last pretenses as a democracy were destroyed. None of our democratic institutions is spared of subversion by the Executive, and the world now recognizes Malaysia as a land without the rule of law of law, where police and the judiciary are instruments to persecute political reformers, and where increasing corruption and abuse of power are blatantly and unashamedly committed with impunity. Against this backdrop, occasional street demonstrations by peaceful reformers only illuminate, not darken, the Malaysian scene, signaling to the world that hopes of democratic reforms in this Country are still alive. And dedicated and selfless reform leaders exemplified by Ezam should be honoured for their courage and sacrifice, not imprisoned and punished as 'threat to national security' as alleged by Badawi.

People who love this Country are entitled to ask: why shouldn't we have the right to get rid of this corrupt leadership, and as soon as possible? Why can't we campaign peacefully in the only means available to us which is public rallies, since the mass media is blocked, parliament is blocked, police and the judiciary are against us? Does Barisan Nasional expect us to keep silent and do nothing while it plunders the Nation's wealth and leads the Nation down the drain, helpless and hopeless in a world fast transforming by globalisation and IT breakthroughs? With so much damage done, and with so much time lost in steering this Country to the right course to meet the current challenges, not a day is to be lost in changing our leadership.

Some reformers have set a target to oust Mahathir this year. And Mahthir calls his critics traitors who are out to destabalise the Country and to topple the 'democratically elected' Government before its term ends and for this 'breach of democracy' they deserve to be punished. In doing so, Mahathire has equated himself with Malaysia.

What's wrong with asking a prime minister to quit if he happens to be a liability to the country? What is so unconstitutional about building up enough public opinion through peaceful means to the point that the prime minister feels obliged to step down? If campaigning for a discredited leader to step down is a crime, then the politicians in Japan presently asking the unpopular Japanese Prime Minister Mori to step down should all be prosecuted. Similarly, current Philippine President Aroyo and her colleagues should also have been charged for treason for asking former President Estrada to resign. Ditto present Indonesian political leaders asking for President Wahid's resignation. And ditto the people of Peru who have just ousted their 'democratically elected' President.

Two decades of autocratic rule has blinded Mahthir to the distinction between himself and the Country, and criticism of his misdeeds is construed as act of treason against the Country. When a leader has reached this state of the mind, it is the clearest signal that the man is unfit to rule and must leave at once before further damage is done.

In a corrupt autocracy like Malaysia, public rallies offer the last hope of change. Unless the people give their strong backing to these peaceful and constitutional means of political support to reforms, the days of a brighter Malaysia will continue to elude us. It is hoped that the people will see through the Government's false propaganda which paint the reformasi gatherings as disruptors to peace and economic development, and roundly condemn the unjust and illegal persecution of reformers such as the recent arrest of Ezam and others. Let these new arrests be an impetus to lift the reformasi movement to a new level.


-Kim Quek-