Laman Webantu   KM2A1: 3953 File Size: 18.1 Kb *



TAG MT 57: Taliban Dan Pemusnah Patung-patungnya
By Khalid Baig

12/3/2001 9:35 pm Mon

TAG 057

[Dunia menjerit untuk menyelamatkan patung sehingga sanggup datang untuk menjaga dan membela manja. Malangnya dunia berdiam dan tidak datang pun berkunjung membantu rakyat yang kebulur dan budaya serta nyawa umat Islam yang terhancur di mana-mana akibat permainan mereka. Rupa-rupanya nyawa beberapa batu lebih berharga dari nyawa ribuan manusia yang teraniaya.

Kerana batu dunia murka dan mahu campurtangan tetapi kalau rakyat tersiksa dibiarkan sahaja. Dengan musnahnya batu-batu itu, musnahlah juga sesuatu dalam bumi Afghan yang dirasakan milik dunia - sedangkan ia hanyalah lambang untuk menafikan hak si tuan punya. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Taliban Dan Pemusnah Patung-patungnya

(Taliban: The World Needs The Iconoclasts)

Oleh Khalid Baig - editor al-balagh.net

Seperti yang dijangkakan, keputusan Taliban menghapuskan tugu dan patung purba di negara itu telah mencetuskan satu hingar-bangar di seluruh dunia. Keseluruhan dunia tamaddun yang dikepalai oleh PBB telah melompat menjerit serta mengutuk "jenayah besar terhadap tamadun". Pemimpin dunia telah menggigil kerana kemarahannya. Kumpulan Taliban telah diberi amaran oleh PBB akan tercetusnya 'tindakan yang menghambat" kalau mereka terus mencemarkan batu-batu suci itu. Malahan ada seorang pemimpin yang mencadangkan agar dihantar satu pasukan tentera untuk menyelamatkan patung purba Buddha yang memang sudah terkepung itu.

Alangkah seronoknya melihatkan gelagat para juara politik dan budaya ini menjadi ghairah dalam perkara yang dianggap tidak bermoral itu. Mereka menjadi naik angin sambil menonjolkan betapa sucinya pendirian hidup mereka. Masalahnya sekarang adalah amat sukar untuk kita sedar apakah sebenarnya prinsip hidup mereka itu.

Apakah mereka benar-benar perihatin dalm perkara perikemanusiaan? Bukankah itu juga PBB yang melancarkan projek menzalimi dan membunuh secara beramai-ramai berjuta rakyat Afghanistan dengan melancarkan sekatan terhadapnya? Rencana mereka -- menafikan hak anak-anak kecil kepada bekalan susu, yang kelaparan kepada bekalan makanan dan yang sakit kepada bekalan perubatan - telah mereka perincikan lagi di Iraq di mana lebih setengah juta manusia mati kebuluran mengikut taksiran PBB sendiri.

Majlis keselamatan PBB mula-mula sekali menguatkuasakan sekatan terhadap Afghanistan pada Oktober, 1999. Sekatan itu diperketatkan lagi pada Disember 2000 setelah menerima tekanan daripada Amerika Syarikat dan Russia. Mengikut global Policy Forum Reform, sekatan terbaru itu dikuatkuasakan walaupun sudah tersedianya satu laporan pada Ogos 2000 daripada jabatan PBB di "Office of Coordination of Humanitarian Affairs" (OCHA) yang memberikan penjelasan mengenai kesan negatif yang menyelubungi rakyat Afghanistan disebabkan sekatan itu. Ada satu lagi draf laporan OCHA itu yang mencatitkan betapa "tidak ada negara miskin yang lain yang pernah dihenyak begitu dahsyat seperti yang dilaksanakan terhadap Afghanistan." Apakah ini yang dikatakan minat mereka yang berperi-kemanusiaan?

Apakah keperihatinan mereka itu berunsur kebebasan beragama. Kita mesti ingat bahawa kumpulan Taliban bukannya memusnahkan lambang beribadat sembarangan ataupun apa juga yang menjadi kepunyaan satu tempat ibadat. Walaupun tidak jelas kutukan yang dicemuhkan, kumpulan Taliban bukannya melakukan sesuatu yang bersalahan. Tugu batu purba itu adalah kepunyaan mereka, dan tidak ada sesiapa yang memegang surat warisannya. Kalau seseorang membeli sebuah rumah yang dilengkapi dengan patung berhala , dia mempunyai hak untuk menyimpannya, menjualnya, memusnahkannya ataupun mencampaknya sahaja. Denagn demikian, sama ada orang lain suka ataupun tidak dengan perkara ini, orang Afghan berhak melakukan apa yang mereka suka dengan gunung-ganang mereka, batu, dan tugu yang ada di negara itu selagi mereka tidak mencetuskan bahaya kepada orang lain.

Keadaan menjadi semakin menarik apabila kita mulakan penelitian terhadap wibawa kumpulan anti-Taliban yang berkempen mengenai isu kebebasan beragama. Cuba kaji India yang menjadi ketua percanggahan sekarang, sedangkan orang yang sama sdang memerintah dan mengepalai satu kumpulan perosak untuk menghancurkan Masjid Babri lapan tahun yang lalu dan membunuh kira-kira 200 orang yang cuba menahan hasrat mereka. Alangkah ajaibnya apabila pembunuh yang sama bangkit semula untuk melaungkan kemarahan mereka dengan membangkitkan isu 'jenayah tidak bertamadun ini'.

Memandangkan prestasi dan rekod "masyarakat antarabangsa" terhadap keinsanan dan kebebasan beragama itu sungguh menakjubkan, marlah kita lihat sesuatu yang lebih mudah seperti keperihatinan mereka terhadap warisan budaya. Kesannya tidak pun menyelerakan. Kita mesti menyoal di manakah penjaga warisan budaya apabila masjid, khutubkhanah, sekolah, bangunan purba dan musium yang kebanyakanya berbentuk tugu sejarah yang besar-besar telah dimusnahkan di Balkans. Lebih 1200 masjid telah dimusnahkan di Bosnia oleh kumpulan fanatik Eropah yang bergelar Serbs. Daripada jumlah itu lebih 200 masjid telah dimusnahkan di Kosova. Yang lebih menyakitkan hati (berbeza dengan gelagat Taliban) mereka telah turut membunuh para imam dan ulama dan penghuni di sekeliling tapak masjid bersejarah yang mereka musnahkan itu. Tentunya mereka melakukan juga segala bentuk jenayah dan vandalisma yang dianggap bukan isu sebagai bahan perbandingannya. Sambil semua kejijikan itu dilaksanakan, pelbagai kumpulan dan penjaga warisan budaya dan kebebasan agama telah berseronok menggeledah ruang seni setiap muzium yang turut mereka musnahkan itu.

Kalau benar-benar wujud prinsip kehidupan di sebalik pendirian berprinsip yang dilaungkan itu, bagaimanakah kita tidak mampu menelahnya? Ada satu kisah yang bekecuali di dalam Washington Post yang cuba mengenengahkan satu jawapan kepada persoalan kenapa Afghanistan mesti mesti mewarisi tugu purba itu: " Semua bikinan purba itu adalah hak orang Afghanistan. Apabila anda kehilangan identiti itu, anda pun kehilangan jiwanya sekali." Soalnya sekarang, semua tugu purba itu bukannya identiti dan lambang orang Afghanistan. Malahan, pendapat itu tidak lain daripada satu unsur imperialisma budaya yang tidak ada nilainya. Identiti orang Afghanistan terbit daripada kehidupan dan segala keperibadian yang tontonkan oleh para Nabi.

Nabi Ibrahim, a.s. telah memusnahkah segala patung, walaupun 'ayah'nya sendiri adalah seorang pembuat patung unggulan. Dia elah ditakut-takutkan dengan siksan para dewata. (Hari ini, para pengikutnya sedang ditakut-takutkan dengan ancaman 'masyarakat antarabangsa', yang membawa makna yang sama). Nabi Ibrahim tidak ambil kisah. Dalam kedegilannya itu dia telah mendedahkan patung-patung itu dan kekejaman para penyembahnya. Kemudian, di Makkah dia telah berdoa:

"Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman damai dan jauhkanlah aku dan anak cucuku daripada nmenyembah berhala-berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan manusia, maka barangsiapa orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, maha Pengampun lagi Maha Penyayang," {Ibrahim 14:35-36}

Apabila kumpulan jahiliyah menyerabutkan Kaaba dengan segala patung-patung yang mereka dirikan itu, Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad (saw). Sekali lagi dia telah memusnahkan segala patung di situ. Dia tidak pun menyimpannya sebagai warisan budaya. Dengan hayunan penukul dia mengistiharkan, "Kebenaran sudah pun tiba dan segala pemalsuan sudah musnah binasa."

Inilah warisan Islam. Anda membersihkan diri anda dan juga rumah kediaman anda daripada segala patung-patung itu. Anda tidak menyimpannya sebagai satu warisan budaya ataupun sebagai satu usaha mengkagumi hasil karya seni. Dengan melakukan tindakan ini anda sebenarnya membebaskan dunia.

Jadi, apakah pendirian di sebalik "pendirian antarabangsa" itu? Mungkin ada yang tersirat yang sungguh berbisa. Seorang "pakar" telah memberikan bayangan keresahan itu ketika bercakap kepada Los Angeles Times. "Saya akan menghantar bala tentera, percayalah saya," kata Pratapaditya Pal, seorang kurator yang sedang melawat Amerika Syarikat. "Memang amat sukar membandingkan (satu patung) dengan nyawa manusia, tetapi jangan lupa bahawa kita (manusia) boleh beranak-pinak . Buddha ini.....dimusnahkan untuk selama-lamanya."

Itulah dia. Kita sedang hidup di sebuah dunia di mana binatang dianggap lebih penting daripada manusia. (Di India, misalnya, ada manusia yang disembelih kerana masalah penyembelihan lembu). Kini, batu-batan pun menjadi lebih berharga daripada kemanusian. Yang lebih menakjubkan mereka yang sudah mencelaru cara hidupnya sudah menjadi juara maruah manusia secara pilihan sendiri. Kenapa tidak? Sudah tentu manusia yang berhati batu yang benar-benar mempunyai semangat cintakan batu-batan juga.

Inilah hakikatnya betapa dunia ini sudah menjadi zalim, bongkak, angkuh dan kejam selain daripada semakin dunggu. Dunia semakin ghairah berbincang mengenai barang-barang seni sedangkan kesenian yang dicakapkannya itu adalah kesenian berpropaganda belaka. Inilah yang memerlukan sesaorang untuk mendedahkannya. Ia memerlukan kewujudan tukang pemusnah patung-patung yang enggan memanjangkan bisnes biasa itu, dan terus mencabar 'hegemony' (segala pengaruh sebuah negara keatas negara lain) dan kezaliman, dan berani menghapuskan penganiayaan, keegoan, keangkuhan dan kedungguan.

-Khalid Baig-
March 9, 2001.


>>>>>>>>>>>>>MT 11 Mach, 2001<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:


Taliban: The World Needs the Iconoclasts

Copyright: http://www.iviews.com

Published Sunday March 04, 2001

By Khalid Baig

As expected, the Taliban decision to destroy statues from the Islamic State has created a big international uproar. The entire "civilized world", with the UN at its head, has been jumping up and down to condemn this "great crime against humanity." The world leaders have been shaking with anger. The Taliban have been warned by the UN of a "devastating reaction" if they harm the sacred stones. One pundit even suggested sending an army to rescue the beleaguered Buddhas.

It is fascinating to see all these political and cultural champions get all worked up with "moral indignation." Through their pious pronouncements they try to persuade us that theirs is a principled stand.

The only problem is that it is difficult to discern what that principle is.

Is it their concern for humanity? Well, it is the same UN that has started the project of torturing and killing the people by the millions in the war-devastated Afghanistan by imposing sanctions against it. The scheme they are using --- depriving the little children of milk, the hungry of food and the sick of medicine --- has been perfected in Iraq where it has killed half a million people according to the estimates of the UN itself.

The UN Security Council first imposed sanctions on Afghanistan in October 1999. They were tightened even more in December 2000, under strong pressure from the United States and Russia. According to a Global Policy Forum report, the new sanctions were imposed despite an August 2000 report from the UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), which highlighted the "tangible negative effect" on Afghanistan's populace of the existing sanctions. Another draft OCHA report has said that "no poor country has ever been sanctioned the way Afghanistan has." So much for their concern for humanity.

Is it their concern for religious freedom? It is important to remember that the Taliban are not destroying any place of worship or anything belonging to a place of worship. And although it is not apparent from the heated condemnations, the Taliban are not doing anything illegal either. The stone artifacts belong to their country; no body else holds title to them. If one buys a home and it comes with some statues, he has a right to keep them, sell them, destroy them or throw them away. Similarly, whether or not others like it or agree with it, the Afghans have a right to do what they want with the mountains, stones, and statues in their country, as long as they do not cause a danger to anybody else.

Things become more interesting if we begin to check the credentials of the anti-Taliban campaign itself on the issue of religious freedom. Consider India, a leader in the current crusade, where the same people are ruling today who had led frenzied mobs to destroy the historical Babri Mosque just eight years ago and had killed 2000 people in the ensuing protests. It is amazing that the butchers have been prompt to display righteous anger over this "medieval barbarism."

Given that the record of our beloved "International Community" on humanity and religious freedom is rather appalling, let us look at something more plausible, like a concern for universal cultural heritage. The results are no better here. For one must ask where were our guardians of cultural heritage when mosques, libraries, schools, historic buildings, and museums ---many of them great historic monuments ---- were being destroyed in the Balkans. More than 1200 mosques were destroyed in Bosnia by the European fanatics known as Serbs. More than 200 were destroyed in Kosova. Of course, unlike the Taliban they also killed the Imams and the rest of the population with the historic monuments they were destroying. Of course they committed other crimes so grisly that their cultural vandalism appeared to be a non-issue in comparison. And of course, the guardians of cultural heritage, of religious freedom, and of humanity were happily strolling through their art galleries when the butchery was going on.

So if there is a principle behind their "principled stand," we are unable to find it. In a rare case the Washington Post tried to find an answer to the question as to why Afghans must keep and preserve the statues: "These old buildings are Afghanistan's identity. And when you lose your identity, you've lost your soul." The problem is these artifacts are NOT Afghanistan's identity. And the assertion is nothing but unvarnished cultural imperialism. Afghanistan's identity derives from the life and example of the Prophets.

Prophet Ibrahim, alayhi-salam, destroyed the idols, even though his own father was the idol maker. He was threatened with the wrath of gods. (Today, his followers are being threatened with the wrath of the "International Community," which is the same thing). He did not care. And in the process he exposed the weakness of the idols and the wickedness of the idol-worshippers. Later on, in Makkah he said the prayer: "O my Lord! Make this city one of peace and security and preserve me and my sons from worshipping idols. O my Lord! They [the idols] have indeed led astray many among mankind." [Ibrahim 14:35-36]

When the pagans later on filled the Ka'ba he had rebuilt with idols, Allah sent Prophet Muhammad, Sall-Allahu alayhi wa sallam. Again he destroyed all of the idols there, forever. He did not preserve them as cultural heritage. Rather, with every stroke of the hammer, he declared, "Truth has come and falsehood has vanished."

This is the Islamic heritage. You clean your own life and your own house of the idols. You do not preserve them as your cultural heritage or as a cherished work of art. And in doing so you will liberate the world.

So is there a principle behind the "International Community's" stand? May be there is an underlying principle, but it is a sinister one. One "expert" summed up the mood of this commotion while talking to the Los Angeles Times. "I would send in the army, I really would," Pratapaditya Pal, a visiting curator to the US, said. "It is of course very difficult to compare [a statue] with a human life, but don't forget that we [humans] can reproduce. These Buddhas . . . are destroyed forever."

There it is. We are living in a world in which animals are more valuable than humans (In India, for example, men have been slaughtered over the issue of cow slaughter). And now even the stones are more valuable than the humans. And to top it off, those who have developed such inverted values are the self-declared champions of human dignity. And why not? Those who have hearts of stone are naturally showing their love for stones.

This is a cruel, self-conceited, arrogant, wicked and ignorant world. It has incessantly talked about its love of art but the only art at work here is the art of propaganda. It needs someone who can expose that. It needs the iconoclasts who would refuse to continue the business as usual; who would challenge its hegemony and tyranny; and who would rid it of its cruelty, self-conceit, arrogance, and ignorance. __

Khalid Baig is editor of al-balagh.net.