Laman Webantu   KM2A1: 3961 File Size: 20.1 Kb *



TJ MT MGG: Lumba F1 Malaysia Terkandas Sebelum Bermula
By M.G.G. Pillai

13/3/2001 6:19 pm Tue

MGG 5701

[Kegagalan menjual tiket nampaknya berakhir dengan peminat lumba didenda 'mata' walaupun mereka tidak melakukan kesalahan apa-apa. Tidak ada kempen efektif untuk mempromosikannya atau pakatan strategik dengan kelab motor yang berpotensi untuk menjualnya. Jadilah perlumbaan itu pesta yang bergaya sedangkan kita semakin papa. Inilah bahananya bila syarikat minyak menerokai bidang yang menyimpang dari tujuan asal penubuhannya. Padahal Petronas mampu kaya dengan tidak menyertai sesuatu di luar kebolehannya. Pandanglah syarikat minyak terkemuka dunia - mereka cuma melabur dibidang yang menyokong minyaknya sahaja. - Editor]


Penterjemah: -MT-



(Artikel asal terdapat di HARAKAH yang bakal muncul)



Lumba F1 Malaysia Terkandas Sebelum Bermula

(Malaysian F1 Race Crashes Before It Starts)


Lumba kereta Formula One yang akan dilangsungkan di Malaysia semakin menunjukkan kegagalannya, sebelum ia dimulakan lagi. Hannya seminggu sahaja lagi sebelum March 16 perlumbaan itu akan dimulakan, hanya 30% daripada 94,000 (sembilan puluh empat ribu) tiket yang sudah terjual. Hotel telah menaikkan harga sewa bilik sehingga tiga kali ganda, tanpa mahu memberikan sebarang diskaun kepada sebutan harga tetap itu. Nampaknya ketegasan pihak hotel dengan kenaikan harga itu telah menaikkan komplen FIA. Pihak kerajaan menyatakan betapa ia tidak mampu melakukan sesuatu ke arah itu, seperti yang pernah dilakukannya ketika hotel di Langkawi menaikkan harga sewa setiap kali ada sahaja persidangan antarabangsa dilaksanakan di situ. Tetapi, memang ada undang-undang mengenai kenaikan harga dan ada sebuah kementerian yang berkuasa akan hal itu. Kenapakah kementerian ini tidak berbuat sesuatu?

Pihak hotel pernah berlagak seolah-olah mereka sedang meraih keuntungan sedangkan itu adalah satu pembohongan biasa. Kerana itu mereka memerlukan upacara seperti F-1 untuk menurunkan kerugian mereka. Pelanggan hotel yang kerap menggunakan hotel di negara ini ketika berurus niaga, telah menempah bilik hotel mereka enam bulan dulu ataupun lebih awal dari itu. Kini mereka diberitahu bahawa harga sudah naik lebih 50% daripada harga dulu. Yang lebih teruk lagi, Kabinet telah memberi arahan supaya TV3 tidak membuat lapuran lintas langsung supaya rakyat marhaen pergi menonton perlumbaan itu. Tetapi, apakah adil untuk mendera rakyat Malaysia kerana kegagalan pihak penganjur menjual tiket? Buat masa ini, perlumbaan itu merupakan lencongan yang menarik daripada keadaan hidup yang semakin membosankan, teristimewa sekali kepada rakyat marhaen di desa dan kampung. Sudah tentu ini akan menjadi satu lagi perkara dalam senarai panjang rintihan rakyat terhadap kerajaan.


Memang tidak ada kempen di peringkat antarabangsa untuk memancing penonton. Terdapat satu pasukan daripada Malaysia yang pergi menjual tiket di perlumbaan Melbourne F-1. Inilah perlumbaan pusingan pertama pada musim ini. Pasukan penjual tiket ini mampu menjual hanya sekitar 50 tiket sahaja, menunjukkan mereka leka menonton perlumbaan daripada menjual tiket. Bayangkan mereka disediakan dengan 140,000 penonton di sana yang datang daripada merata pelusuk dunia. Kalau manusia sanggup terbang jauh daripada Eropah dan Amerika untuk menyaksikan perlumbaan itu di Australia, tentu sekali mereka boleh didesak untuk singgah di Malaysia untuk menonton perlumbaan itu, dalam perjalanan mereka pulang.


Penganjur tempatan tidak mahu berkongsi dengan kelab motor di rantau ini untuk menjual tiket sebagai jualan peket pelancongan yang mengambil kira tiket, perjalanan dan kamar penginapan. Ramai rakyat Brunei dan Singapura yang mengunjungi Malaysia, tetapi tidak ada pun usaha berkempen menjual tiket kepada mereka. Hanya baru kini, usaha itu mahu dimulakan dan sudah tentu akan menemui kegagalan. Perjalan jauh memerlukan perancangan awal, selalunya beberapa bulan sebelum melaksanakannya. Nampaknya para penganjur terpengaruh kepada kemudahan rakyat Malaysia terutama sekali yang berpangkat tinggi dan pegawai kerajaan yang boleh melupakan kerja dan tugas dengan semerta untuk pergi bercuti; sedangkan kemudahan itu bukannya satu opsyen yang boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini.

Untuk menarik pembabitan orang tempatan, Kabinet telah mengarahkan TV3 menghentikan rancagan lintas langsungnya. ASTRO memberikan lapuran lintas langsung menerusi salah satu saloran sukan, dan ini tidak boleh disekat kerana siaran ke negara asing adalah mengikut kontrak dengan FIA, yang mengelolakan perlumbaan itu. Sama ada lintas langsung disediakan ataupun tidak, orang yang mahu melihat perlumbaan itu sudah tentu akan pergi jua. Tetapi, mereka yang tidak mampu membeli tiketnya tentu tidak akan pergi. Apabila mereka dinafikan siaran lintas langsung yang disediakan oleh ASTRO, sudah tentu mereka akan naik marah lagi.

Bukan mereka sahaja yang akan naik marah. Para peminat yang membeli tiket di tahap awalan dulu telah diberikan diskaun sebanyak 10 persen, kerana membeli sebaik sahaja perlumbaan tahun lalu tamat. Kini, mereka terkejut kerana diskaun yang diberikan ialah di antara 40% hingga 50%. Tiket RM1,000 yang sama harganya dengan nilai pemberian bantuan yang diberikan oleh Paklah kepada para peneroka FELDA yang dihenyak kemiskinan, adalah bersamaan US$250 dan mungkin lebih rendah lagi (nilainya) kepada orang lain. Harga sebanyak itu masih murah lagi kepada orang barat, warga Singapura, Hongkong, Jepun malahan Australia. Mereka masih mampu terbang ke sini untuk menyaksikan perlumbaan itu. Tetapi, tidak pula kepada orang Malaysia.

Tetapi, sesiapa yang membeli tiket itu tahun yang lalu terpaksa meletakkan kereta di kawasan masjid. Bas akan memberikan kemudahan pengangkutan untuk mereka masuk ke ruang litar. Tetapi kemudahan itu tidak akan disediakan selepas tamat perlumbaan dan ada yang terpaksa membayar RM70 daripada kawasan litar hingga ke tempat letak kereta. Banyak syarikat dan organisasi yang telah dikerah untuk memberikan khidmat dengan membeli tiket. Ramai yang sudah membelinya tanpa berniat menyaksikan perlumbaan. Pembelian dianggap sebagai belanja syarikat sahaja. Tetapi, kesesakan yang kelamkabut itu tidak merangsang minat mereka untuk menyaksikan perlumbaan itu.


Malaysia pada hari ini sedang dikabuti keangkuhan dan anggapan bahawa wang akan dapat disediakan untuk membiayai apa juga monumen dan projek mega yang tidak ada maknanya. Segala kerja pembikinan monumen ini yang kerap dilakukan dengan penuh misteri dan tanpa keizinan parlimen, telah membolehkan kerajaan membelanjakan apa sahaja mengikut kemahuannya. Sebuah dewan persidangan yang bernilai berbilion ringgit sedang dibina dan harganya yang sebenar tidakpun diketahui oleh rakyat marhaen. Seorang arkitek yang bertanggungjawab dengan projek itu telah diwawancara baru-baru ini. Beliau enggan menyebut apa jua mengenai projek itu kerana telah menandatangani satu perjanjian untuk merahsiakan butir-butir projek itu.

Kerajaan bertegas bahawa 'agensi yang tidak berbajet' - seperti Petronas - boleh melakukan apa yang disukainya tanpa campurtangan parlimen. Kerana itu Putrajaya dilaksanakan dengan segala rahsia. Pembinaan mahligai airmata rakyat dibina dengan menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana segala kemewahannya 'disebabkan dia yang akan menghuni mahligai itu.' Sebenarnya mahligai airmata rakyat itu adalah rancangan perdana menteri dan dia telah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada projek itu, mengambil kira setiap butir pembinaan untuk menyesuaikan keperluan seorang ahli keluarganya. Kini, mahligai timbalan perdana menteri, walaupun tidak sebegitu gah tetapi sesuai untuk dihuni oleh seorang raja, sedang dibina pula. Rakyat marhaen hanya sedar akn pembinannya apabila akhbar menyiarkan satu lembaran mengenai Putra Jaya baru-baru ini. Kita sedang dihantui hutang negara yang bergunung tingginya dan yang tidak terlarat dibayar oleh anak-cucu kita.

Perlumbaan Formula-1 minggu hadapan akan menambahkan lagi hutang berkarat yang terpaksa dipikul oleh Sepang International Circuit, sejak ia dibina. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Sejak dua tahun yang lalu, satu syarikat perhubungan awam antarabangsa telah melaksanakan tugas menjual tiket. Syarikat ini mempunyai pelanggan ternama seperti Malaysian Philharmonic Orchestra (Okestra Filharmoni Negara) dan telah mendapatkan bantuan beberapa syarikat di Eropah dan America untuk turut membantu.


Di waktu ini, semua penjualan tiket dilakukan oleh rakyat Malaysia. Kerana tidak tahu bagaimana merencana tentulah mereka gagal menjual tiket. Sepatutnya penjualan tiket sudah bermula enam bulan yang lalu di lapangan terbang kita di waktu penonton asing mahu pulang ke negara mereka. Mereka sepatutnya telah melantik wakil penjual di seluruh dunia. Syarikat tempatan yang berupaya menjual tiket untuk mereka tidak diberikan kebenaran kerana pemegang saham syarikat tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Darulboleh. Kebengapan untuk merancang tugas seperti ini memang ketara kerana organisasinya yang memang haprak juga.


Ketua perlumbaan (Head of Racing) Petronas tidak sedar rupanya, betapa pasukannya tidak lagi bergelar 'Red Bull Petronas' kerana sudah bertukar kepada 'Petronas Credit Suisse'. Perubahan ini adalah disebabkan pertukaran pihak penaja. Lagipun, lembu penusu Malaysia, Petronas tidak lagi larat berbelanja sakan dan terpaksa menangguh pembayaran tunai dengan cara pembayaran tertangguh. Kerajaan Terengganu berkemungkinan besar menang kes royalti petroleum, tetapi mungkin tidak mampu mengutip royalti itu kerana tabung wang Petronas yang kering kontang.


Warisan Petronas memang sedang dihantui risiko tinggi disebabkan pembaziran dalam pembinaan projek mega seperti KLCC, Putra Jaya, KLIA, Sepang International Circuit dan Perlumbaan Formula One. Semua ini telah menyedut wang seolah-olah kerajaan telah mabuk dalam perbelanjaannya. Oleh kerana rakyat marhaen tidak pun sedar apakah warisan mereka, sudah tentu mereka akan pengsan apabila kenyataan itu menghempap mereka ketika mereka tidak bersedia mendengarnya. Perlumbaan F-1 mempunyai ramai pakar teknikal untuk menjayakannya, sedangkan Malaysia tidak pun mempunyai kepakaran itu. Sayang, Petronas tidak mampu untuk menjayakannya lagi kerana kekurangan wang. Tetapi, Malaysia telah pun menyambung hak menguruskan Formula One sehingga tahun 2010 - dengan bayaran yang sungguh tinggi bernilai ratusan juta dollar untuk mendapatkan hak itu dan tambahan bayaran US$50 juta setiap tahun untuk membuka gelanggang perlumbaan. Pengeliruan kebesaran dan gah ini semakin menekan ekonomi Malaysia dan juga rakyatnya.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 12/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Harakah

15-31 March 01

COLUMN


Malaysian Formula One Race Crashes Before It Starts

M.G.G. Pillai



THE MALAYSIAN LEG of the Formula One Grand Prix is confirmed a failure before it starts. With a week to go before March 16, when the race begins, only 30 per cent of the 94,000 tickets are sold. Hotels raises prices by as much as three times, insisting upon their maximum prices without discounts. Price gouging is the order of the day, that even FIA complains. The government claims it can do nothing about it, the same argument it gives about the Langkawi hotel rates when international conferences and events are held in Langkawi. But there are laws against price gouging and a ministry oversees it. Why cannot it act?

Hotels claim they are doing well when they are not, and see events like the F-1 to cut their losses. Regular hotel patrons who come here on business and booked their hotel rooms six months and more in advance are suddenly told there would be a surcharge of 50 per cent and more. Worse, the Cabinet has ordered that TV3 not telecast the race live, to force people to go to the races. But should Malaysians be penalised for the organiser's failure to sell tickets? As it is, the race is an interesting diversion from the normal humdrum life, especially out of the main towns and cities. If anything, this would add to the list of complaints Malaysians have against the government.

There was no international campaign to bring in the crowds; one Malaysian team that went to the Melbourne F-1 races, the first in this year's season, could only sell less than 50, no doubt wathing the races instead. And this amongst 140,000 sellout crowds, some of whom travel around the circuits to watch the races! If people are prepared to fly in from Europe and the Americas to watch the race in Australia, they could be persuaded to break their journey to watch the Malaysian leg on their return.

The local organisers would not share the burden by getting motor sports clubs in the region to sell package tours that include tickets, travel and hotel accommodation. Singaporeans and Bruneians come in droves, but no attempt was made to sell them the tickets. As it is, only now is the attempt is made. They would fail. The travel would have to be planned in advance, often months ahead. The ease with which Malaysians, especially in high positions and civil servants, can drop everything on short notice and go on extended leave is not an option available to many in the world.

To boost local participation, the Cabinet at its recent weekly meeting, ordered TV3 not to telecast it live. ASTRO telecasts it live though through one of its sports channels, and that cannot be stopped because foreign telecasts are governed by media contracts with the FIA, which organizes the Formula One races. That cannot be stopped. Those who want to go would go, live telecast or not. Those who do not, or cannot afford the tickets, would not, and neither with access to ASTRO, would be terribly angry indeed.

More than that, those who bought the ticket at "early bird rates" of a ten per cent discount, after the F-1 race last year, now find they could be bought at 40 to 50 per cent off. The RM1,000 ticket -- the same amount the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, doled out to indigent Felda farm settles to overcome a worsening political problem of poverty and hopelessness -- works out at US$250, and correspondingly lower for the others, cheap enough for many Western, Singapore, Hongkong, Japanese, even Australian, men and women to fly in and watch the race. But not for Malaysians.

But those who bought tickets last year were diverted on arrival to park their cars at the Putra Jaya mosque grounds. Buses were on hand to take them to the stand, but not when the races were over, and many had to pay RM70 and more by taxi for the short trip. Companies and organisations would be pressed to do national service -- indeed many have bought the tickets with no intention to use them, chalking it out to the costs of doing business -- but the hassles make it not their while to be at the track this weekend.

The Malaysian today is cloaked in arrogance and the believe that somehow money will be found to fund the ever increasing desire for huge monuments that make no sense at all. This spree of mindless construction, often in secret and without parliamentary approval and oversight, allows the government to spend what it wants without approval. A new billion-ringgit convention hall is under construction and costing more than a billion ringgit, and we are not about it. The architect, recently interviewed, refused to say anything about it because he signed a non-disclosure clause.

The government insists "off-budget agencies" -- Petronas is one -- can do what they like without parliamentary interference. So Putra Jaya is built in stealth, the prime ministerial palace blamed on Dato' Seri Anwar Ibrahim for its grandiosity "because he would have occupied it. It was the Prime Minister's plan, and he saw it through, with even the minor details within sight of a member of his family. And now the deputy prime minister's residence, not as grand but one fit for a potentate, is built, and Malaysians knew of it only when the newspapers had a feature on Putra Jaya recently. We are acquiring debts our great grandchildren will have difficulty paying.

The Formula One race next week will add, without doubt, to the considerable red ink the Sepang International Circuit has acquired since it was built. How did this happen? In the previous two years, an international public relations group, which has amongst its clients the Malaysian Philharmonic Orchestra, and specialised European and American companies handled the nitty gritty.

This time, Malaysians did it -- did not know how to organise it, and fell flat on their faces. It should have, for instance, organised ticket sales for this week's event at the airport when those who came six months ago were leaving. They should have had ticket agents all over the world. Even local companies who could have sold tickets were not allowed, because the controllers shareholders were not with the right Bolehland connexions. Their ignorance on what to do is monumental, the organisation shoddy, to say the least.

The Petronas head of racing did not know, for instance, that his team is no more called Red Bull Petronas but Petronas Credit Suisse, with the change of sponsors. Besides, Malaysia's perennial cash cow, Petronas, cannot make ends meet, nor pay its bills except on deferred payments. The Trengganu government could well wins its case to be paid petroleum royalties and not collect because the Petronas till is empty.

The Petronas heritage is at risk with mind-boggling wasteful expenditures, like the KLCC, Putra Jaya, KLIA, the Sepang International Circuit, and the Formula One races, shortcovering the government's drunken development sprees. Since Malaysians are not told what its heritage is, they would be shellshocked when the reality hits them when least expected. Even with excellent technical experts to run the race, which Malaysia does not have, Petronas does not have the money now to make it work. Yet, Malaysia has extended the right to hold Formula One Races till 2010 -- with a huge payment of several hundred million US dollars for the rights and an additional US$50 million or so annually to organise the race here. This delusions of grandeur worsen Malaysia's economic well-being.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my