Laman Webantu   KM2A1: 3962 File Size: 16.2 Kb *



TJ MT MGG: Perundingan Perpaduan Yang Semakin Mencelaru
By M.G.G. Pillai

13/3/2001 7:05 pm Tue

MGG 5801

[Ekonomi yang semakin merosot dan sokongan yang begitu lemah terhadap dirinya (demo di Kedah, gertakkan BBM, kritikan veteran) menyebabkan Mahathir begitu terdesak untuk bertemu PAS bagi menaikkan imejnya sempena perhimpunan agung Umno. Menurut beberapa analis, peristiwa (sorotan) Kg Medan dirancang untuk menumbuk Pak Lah (melalui media) agar tidak mencabar tuan. Kelembapan Pak Lah sehingga kekecohan berlarutan dan berakhir dengan ramai yang mati akan digunakan untuk menonjolkan betapa Pak Lah masih belum bersedia menjadi PM lagi. Bukankah persitiwa seperti ini jugalah yang menghitamkan karier Musa Hitam? Pak Lah mempunyai kelemahan dan ia sudah lama tercium oleh Mahathir yang sememangnya kuat merancang.

Tetapi Pak Lah kini bukan hanya seorang.. inilah yang Mahathir cukup bimbang. Dia sudah terkepung di luar dan dari dalam. Pertemuan dengan PAS diharap dapat menyelamatkan 'nafas'nya melayang. - Editor]

Penterjemah: -MT-


Perundingan Perpaduan Yang Semakin Mencelaru

(MGG: Disunity Over Malay Unity Talks)

Perdana Menteri berlagak laksana tikus terkepung. Sekarang ini ucapannya hanya tertumpu kepada kepentingan mengadakan perundingan mengenai perpaduan Melayu. Dia terus menonjolkan alasan yang lemah dalam hal itu, sambil melembutkan pendirian UMNO terhadap PAS. Tipu-helah UMNO di tahap awalan telah disambut oleh PAS dengan meletakkan beberapa syarat yang tidak mungkin dapat dipenuhi oleh UMNO tanpa menjatuhkan air muka sendiri. UMNO memang menganggap dirinya sebagai sebuah parti politik yang boleh bertukar peranan mengikut selera daripada parti kepada kerajaan, kini diminta untuk memulangkan balik royalti petroleum Petronas kepada Terengganu. Tentu sekali UMNO menolaknya. Kerajaan PAS di Terengganu telah pun memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkannya, lantas menyekat satu syarat yang tidak boleh dipenuhi oleh UMNO tanpa mempalitkan lumpur (taik- penterjemah) di mukanya. Kini UMNO berkata PAS boleh membincangkan kes royalti itu di hari perundingan. Tidak mungkin ia akan dibincangkan. Sokongan akar umbi sudah lama jauh perginya daripada UMNO terutama sekali kalau perundingan itu tidak akan terlaksana akhirnya.


Inilah yang mendesak Mahathir mahukan perundingan itu. PAS sudah menambah agendanya dan hanya bersedia berunding kalau semua pra-syarat dipersetujui. Kini Mahathir berkata, walaupun hak keistimewaan Melayu itu menjadi fokus perundingan 'kami bersedia berbincang apa saja topik yang diingini......Sebut sahaja dan kami (UMNO) akan bersedia menghadirinya.' Untuk membuktikan keikhlasannya itu dia sanggup membatalkan jadual-kerja untuk menghadirkan diri. Tetapi, bukan semudah itu perkara ini. Malah, memang tidak mudah lagi. Kedua-dua pihak mesti bersetuju dengan agenda pertemuan. Tentu sekali ini tidak boleh dicapai kerana pra-syarat yang dikemukakan belum lagi dipersetujui. Yang sebetulnya sebarang perundingan itu mesti diendos oleh UMNO dan Majlis Tertinggi PAS. Begitu juga dengan perundingan seterusnya. Apa yang sepatutnya merupakan pertemuan tidak rasmi antara dua presiden parti itu kini menjadi satu perkara yang tidak dianggap begitu lagi. Sudah tentu perundingan ini akan terencat juga.

Setiausaha agong UMNO dan PAS telah bertemu tiga kali untuk menyelesaikan perkara titik-bengik. Setiausaha Agong PAS mencadangkan pertemuan terbaru dilaksanakan di parlimen pada Mach 19, ketika parlimen bersidang. Kedua individu ini memang tidak berapa ngam dalam menentukan pertemuan yang akan datang. Bagaimana tidaknya kalau perdana menteri terus menyerang PAS dan Keadilan seperti yang dibuatnya di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam, sebagai satu usaha untuk menyemarakkan namanya lagi dan cuba meraih sokongan orang bukan Melayu pula. Isu sebenar memang lebih besar daripada itu: UMNO sudah kehilangan sokongan akar umbi dan semakin kehilangan kuasa politiknya. Kerana itu perundingan itu adalah bertujuan untuk memperteguhkan keadaan yang menekan itu. Keadaan tidak semudah itu lagi. Faktor yang paling utama sekarang yang tidak dapat diduga oleh PAS dan UMNO ialah pemimpin terunggul Keadilan, yang kini sedang dipenjarakan, yang juga merupakan bekas timbalan presiden UMNO merangkap timbalan perdana menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perundingan itu mempunyai satu sasaran yang tidak pun disebutkan. Sasaran itu ialah menentukan beliau terus terpinggir mengikut kehendak UMNO agar beliau tidak melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan, setidak-tidaknya selagi perdana menteri yang ada masih berkuasa. Perkara itu mungkin lebih senang disebut sahaja daripada melaksanakannya.

Kini muncul satu masalah lagi. Kerajaan pusat telah menafikan hak Terengganu kepada royalti petroleum. Kes yang difailkan kepada Mahkamah Tinggi oleh kerajaan Terengganu terhadap kerajaan persekutuan dan Petronas tentu akan membuka banyak pekung lagi. Daripada manakah punca tabung Wang Ehsan? Parlimen tidak pernah meluluskannya. Petronas telah menghantar jumlah wang yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terengganu kepada satu tabung dana khas untuk dihantar pula kepada satu Tabung Penyatuan Terengganu. Dana itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. 'Writ' yang ada menunjukkan betapa sejak 1978, selama 22 tahun, pembayaran telah dibuat secara tersusun kepada kerajaan Terengganu, dan dihentikan apabila PAS mengalahkan kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO pada pemilu November 1999. Lebih RM7 bilion telah dibayar. Juumlah ini adalah bersamaan dengan 75% hingga 80% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan negeri. Masalah yng timbul ada kaitannya dengan perlembagaan, perundangan, kontrak dan juga politik. Jawapan kerajaan pusat kepada tuntutan itu tentunya tidak semestinya dibuat di mahkamah. Ada yang sengaja dinyatakan secara terbuka seolah-olah mahu memutarkan minda. Walaupun persidangan perpaduan itu dilaksanakan, perkara itu akan terbiar begitu sahaja.


Tentu sekali perdana menteri sudah sedar akan perkara ini dan juga implikasinya. Perkara ini dilaksanakan untuk menghina PAS. Kerana itu PAS tidak merasa tertekan untuk meneruskan perundingan itu sambil membuat segala prasyarat yang ia mahu. Tindakan semacam itu tentu dilakukan juga oleh UMNO kalaulah dia mempunyai peluang begitu, tetapi peluang begitulah yang sudah tidak lagi ada padanya. Tetapi perundingan perpaduan itu mesti diadakan juga untuk membantu UMNO keluar daripada jerat pasir jerlus yang sedang memerangkapnya. Gambar Perdana Menteri di majlis Hari Raya di kawasan parlimennya menunjukkan satu kumpulan manusia yang sedikit; yang dipenuhi oleh orang-orang tua dan muka anak-anak sahaja. Himpunan penyokong UMNO yang mudah menyendatkan dewan sudah tidak kelihatan. Bandingkan himpunan manusia dalam majlis tajaan PAS, yang mengikut taksiran seorang veteran UMNO adalah laksana satu jambori. Himpunan rakyat seramai 25,000 manusia adalah satu himpunan biasa untuk majlis tajaan PAS. Malahan, pernah terjadi himpunan semacam itu terpaksa dihalang oleh Polis kerana terdapat seramai 400 ahli UMNO yang mahu menyertai PAS pada majlis itu. Sudah terserlah bagaimana Mahathir dipulaukan oleh rakyat di kawasannya sendiri. Malahan, satu kumpulan veteran UMNO di Kedah telah memanggil wakil peribadi beliau yang juga merupakan bekas menteri besar negeri, Tan Sri Osman Aroff, betapa Perdana Menteri sudah boleh ditumbangkan berdasarkan suasana sekarang.

Tetapi, apakah mungkin perundingan mengenai perpaduan Melayu itu dapat menyelamatkan beliau daripada kemelut yang menghantuinya? Tentu tidak. Dia sudah terpinggir dalam parti dan juga kerajaan, sehinggakan ada laporan sumber yang boleh dipercayai mengatakan betapa beliau amat runsing kala-kalau Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi merencana sesuatu. Tidak ramai yang mempercayai apa yang dikatakannya kini, melainkan Paklah memperakuikannya. Tidak ada menteri dan pemimpin kanan parti yang sanggup mempertahankannya ataupun memudahkan tugasnya. Mereka sudah laksana tikus-tikus di sebuah kapal yang semakin tenggelam, bersiap sedia untuk meloncat sahaja. Ada sesaorang yang sanggup meniru gelagat Hesseltine ketika mengganyang Perdana Menteri Margaret Thatcher. Tetapi, tumpuan UMNO bukan lagi terhadap Perdana Menteri kerana memberikan keutamaan kepada masalah parti. Perdana Menteri memang amat pintar berlagak seolah-olah tidak menyedari perkara ini. Perundingan perpaduan Melayu itu sebenarnya bertujuan menyangga kredibiliti jawatan yang disandangnya sekarang. Tetapi, tindakannya ke arah itu sudah jauh terlambat. Dia lebih sibuk membiarkan dirinya didesak untuk mengaibkan bekas timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perundingan perpaduan Melayu itu mesti didahului oleh satu kemestian bahawa Dato Seri Anwar dibebaskan dulu. Memang tidak wujud seandainya ataupun jikalau dan tetapi dalam hal ini.


-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 12/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Disunity Over Malay Unity Talks

The Prime Minster behaves as a cornered rat. These days, he talks of nothing but why Malay Unity talks must be held. He puts his feeble case for it, relaxing UMNO's initial tough stance with PAS as he goes on. Without any aces up its sleeve, UMNO had its bluff called and PAS imposes conditions, which UMNO cannot meet without losing face. UMNO, which regards its role as a political party and in government as interchangeable, is now asked to ensure that Petronas' petroleum royalties to Trengganu are returned forthwith. UMNO, of course, refused. The PAS administration in Trengganu has filed a suit in the High Court in Kuala Lumpur for it, thus blocking off one condition UMNO cannot meet without mud on its face. But he now says PAS can discuss it at the talks itself. It would most likely not. The ground has shifted against UMNO and him. Especially if the talks are not eventually held.

Which is why he desperately needs the talks. PAS widens the agenda, but would agree to the talks only if conditions are met. He now says that although Malays rights and privileges is the focus "we are willing to discuss any topic ... Tell us (UMNO) and we'll be there." To prove his sincerity, he would cancel his programmes and be around. It is not that simple. Not any more. Both sides must agree to an agenda. That is not since the conditions are not met for the talks. The truth of the matter is that the talks are now subject to endorsement by UMNO and PAS supreme councils, and any talks, if held, would reflect it. What should have been an informal round of talks between the presidents of the two parties is now something else. And a stalemate beckons.

UMNO and PAS secretaries-general met thrice to unlock it, with the latter suggesting the next at Parliament during its session from March 19. The two are too far apart for an agreement at the next meeting. Not when the Prime Minister then goes on to attack PAS and the National Justice Party (KeADILan), as he did yesterday after the UMNO supreme council meeting, for using the status of the talks for political mileage, using it, horror or horrors, to get non-Malay support. The issue is more than that: UMNO has lost the cultural mantle though, not yet, the political, and the unity talks is for it to. But it cannot. The most important factor, which neither UMNO nor PAS would concede, is the KeADILan eminence grise, jailed former deputy prime minister and deputy UMNO president, Dato' Seri Anwar Ibrahim. The talks has an unmentioned target, to keep him out of what UMNO insists is political mischief at least until the Prime Minister is not in office, but that is easier said than done.

Now, there is another. The oil royalties Trengganu is denied. The High Court case Trengganu filed against the Federal Government and its fully-owned national oil corporation, Petronas, opens a can of worms. Where does the money for the so-called "Wang Ehsan" come from? Parliament had not approved it. Petronas sends the sum due to Trengganu to the Federal Consolidated Fund or a special trut fund, only for it to be sent on to the Trengganu Consolidated Fund. It cannot be used for any other purpose. The writ says that since 1978, for 22 years, the payments had been paid regularly to the Trengganu government, and ceased only when PAS unseated the UMNO-led National Front in November 1999. More than RM7 billion had been paid. This amount represents 75-80 per cent of total state government expenditure. So, the issue is constitutional, legal, contractual, and political. The Federal government's response to the suit would all but damn it, not necessarily in the courts, but in the public perception. Even if the unity talks are held, it would remain so.

The Prime Minister would have realised this, and its implications now. It is done to spite PAS. So PAS is under no pressure to continue the talks, makes all the conditions it wants, as UMNO would if it had the upper hand, which it does not. But the talks must be held to have UMNO out of the Malay quicksand it sinks into. Photographs of the Prime Minister at the Hari Raya Haji observances in his constituency showed a small crowd of elderly folk and young children, not the normal UMNO crowd who pack the hall at the drop of a pin. This compares with PAS gatherings in the run up to the ritual Stoning of the Devil looked, as one senior UMNO member remarked, like a jamboree. Crowds of up to 25,000 were on hand almost daily, with police breaking one up because 400 UMNO members wanted to join PAS. Even in his own constituency, he is isolated. Indeed, a group of UMNO elders in Kedah called his constituency representative and former state mentri besar, Tan Sri Osman Aroff, that the Prime Minister could well be removed as he was.

But could Malay Unity talks rescue him from his predicament? Probably not. He is so isolated in the party and the government that, according to a confidant, he trusts nobody, and is worried about Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi's intentions. But few believes what he says anymore, unless Pak Lah confirms it. None of his ministers and senior party leaders rise to his defence nor make his task easier. Like rats off a sinking ship, many are prepared to jump. One said he would like to be UMNO's Hesseltine to the Prime Minister's Margaret Thatcher. UMNO's focus is no more the Prime Minister but UMNO itself. The Prime Minister is too shrewd not to know this. The Malay Unity talks is to bolster the credibility of his prime ministership. But he left it too late. And allowed himself to be persuaded to humiliate his former deputy, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malay Unity talks now comes with ensuring first Dato' Seri Anwar is released. There are no ifts and buts to this.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my