Laman Webantu   KM2A1: 3970 File Size: 12.6 Kb *



Kg Medan: Kenyataan Media BA.
By harakahdaily

14/3/2001 4:46 pm Wed

KENYATAAN MEDIA BERSAMA BARISAN ALTERNATIF

PEMIMPIN BA INGIN MENEMUI PEMIMPIN KERAJAAN BN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DI TAMAN MEDAN

Dengan rasa penuh prihatin serta tanggungjawab kami ingin mencadangkan supaya satu pertemuan diadakan antara para pemimpin Barisan Alternatif (BA) dengan Barisan Nasional (BN) untuk membincangkan masalah perpaduan nasional. Kami anggap pertemuan ini penting, memandangkan suasana kaum yang agak tegang kini, terutama sekali berikutan peristiwa yang berlaku di Taman Medan sejak beberapa hari lalu.

Sebagai permulaan, kami berharap akan dapat menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Badawi, seberapa segera untuk membincangkan keadaan di Taman Medan ini. Kami lihat keadaan di sana masih serius dan belum reda lagi, dan segala usaha hendaklah dilakukan oleh semua pihak untuk mencari cara mengendurkan keadaan yang tegang itu, dan seterusnya mengambil langkah bagi menyelesaikan segala masalah supaya tidak berulang lagi.

Kami melihat seolah-olah ada percubaan dari sesetengah pihak hendak mengecil-ngecilkan peristiwa yang berlaku. Mungkin punca asalnya kecil, akan tetapi ia telah menjadi terlalu besar untuk diperlekehkan. Tidak ada gunanya kita menyembunyikan bilangan orang yang terbunuh. Dari sumber hospital dan keluarga yang boleh dipercayai, kami mendapat kesan bilangannya lebih besar dari angka rasmi yang disebut oleh polis.

Oleh kerana yang demikian berita angin meluas dan orang ramai lebih percaya kepada berita angin daripada berita yang dikeluarkan melalui media, terutama yang dikuasai oleh pihak pemerintah. Kami menyeru supaya pihak pemerintah berani memberikan maklumat yang benar. Ingatlah seperti kata pepatah bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Pada mula-mulanya kami mendengar banyak rungutan bahawa pihak polis tidak cukup bertindak secara profesional. Walaupun kira-kira 500 orang pegawai polis telah diletakkan untuk berjaga-jaga, mereka gagal mengawal keadaan dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak tegas dan kadang-kadang berat sebelah. Akibatnya unsur-unsur yang tidak diingini telah berjaya bertindak liar sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda, kecederaan tubuh badan, bahkan pembunuhan orang yang tidak bersalah. Kami diberitahu bahawa ramai di antara mereka datang dari luar dan bukan penduduk tempatan.

Namun begitu, akhir-akhir ini penduduk tempatan puas hati bahawa kehadiran polis semakin berkesan.

Dalam suasana kaum yang agak buruk sekarang ini, kami menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada membuat kenyataan-kenyataan bercorak perkauman yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akhir-akhir ini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak patut terbit dari mulut seorang pemimpin negara.

Kami juga terperanjat dengan kenyataan yang dibuat oleh ahli Dewan Undangan Negeri dari Taman Medan, yang juga merupakan ahli exco Negeri Selangor, sebagaimana dilaporkan oleh media. Beliau mendakwa kononnya orang Melayu sudah lama bersabar, walaupun ramai yang sudah menjadi korban kepada golongan kaum yang lain. Jikalau laporan media ini benar, bererti beliau seolah-olah sengaja hendak mengapi-apikan perasaan marah satu kaum terhadap kaum yang lain.

Sungguhpun Taman Medan adalah dalam Petaling Jaya, namun ia merupakan kawasan yang sangat mundur. Penduduknya lebih daripada 100 000, sebahagian besar mereka berada pada taraf kedudukan ekonomi yang sangat rendah. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh atau peniaga kecil. Majoriti penduduk ialah Melayu. Terdapat kira-kira 20 peratus orang India. Orang Tionghua tidak ramai di sini, walaupun dalam kawasan pilihanraya Dewan Undang Taman Medan mereka berjumlah lebih 30 peratus. Akan tetapi orang Tionghua ini bertumpu dalam seksyen 1, 2, 4 dan 14 dalam Petaling Jaya, iaitu di luar kawasan Taman Medan sebenarnya.

Selain itu ada juga pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh. Kemudahan sosial sangat teruk. Masalah perumahan serius. Tidak ada pusat kesihatan yang baik, apatah lagi hospital, dalam komuniti. Sekolah serba kekurangan. Jalan-jalan sempit dan berlobang-lobang. Parit tidak terjaga, selalu tersumbat dan kotor. Bekalan air tidak bersih dan selalu terputus. Sampah sarap bertimbun-timbun dan jarang sekali dibersihkan oleh pihak majlis bandaran; perkara ini tidak mudah berlaku jika anggota-anggota majlis tempatan dipilih dan bertanggungjawab kepada rakyat untuk memberi khidmat yang baik.

Masalah sosial sangat banyak. Ramai orang muda yang menganggur. Di kalangan mereka terdapat ramai yang telah tersisih daripada ladang-ladang yang telah ditutup untuk dijadikan tapak-tapak pembangunan. Dalam masyarakat ini banyak pusat-pusat haram bagi pelacuran, perjudian, minuman keras dan permainan video. Pengedaran dan penggunaan dadah sangat meluas. Kumpulan-kumpulan gangster banyak dan ramai pula anggotanya.

Oleh yang demikian, peristiwa buruk yang sedang berlaku sekarang ini hendaklah juga dilihat dari segi pembangunan ataupun ketiadaan pembangunan sosio-ekonomi di Taman Medan. Inilah dia contoh akibat buruk daripada dasar dan rancangan pembangunan negara yang tidak seimbang yang dilaksanakan oleh pemerintahan BN. Masalah ini tidak kurang penting diselesaikan dalam jangka panjang, untuk memastikan asas yang kuat dapat dibina bagi mendirikan perpaduan kebangsaan yang kukuh.

Akhir sekali kami meyeru kepada semua rakyat umumnya, dan penduduk Taman Medan serta kawasan sekitar khususnya, supaya bertenang. Janganlah terpengaruh oleh provokasi daripada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba hendak menimbulkan kekacauan dengan tindakan liar mereka. Kita hendaklah mendukung perpaduan di kalangan rakyat semua kaum.

YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden, Parti Keadilan Nasional (KeADILan)

YB Kerk Kim Hock, Setiausaha Agung, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Dr. Syed Husin Ali, Presiden, Parti Rakyat Malaysia (PRM)

12 Mac 2001

--




BA Joint Media Statement - English & BM

Joint Media Statement

BARISAN ALTERNATIF

BA LEADERS SEEK MEETING WITH BN GOVERNMENT LEADERS TO SOLVE THE PROBLEM IN TAMAN MEDAN

In order to discuss the problem of national unity, the Barisan Alternatif urgently calls for a meeting between leaders of the Barisan Alternatif (BA) and the Barisan Nasional (BN). We believe this meeting is important in light of the present tense racial situation, exacerbated by incidents that have taken place in Taman Medan over the last few days.

For a start, we hope to meet Datuk Seri Abdullah Badawi, the Minister of Home Affairs, as soon as possible, in order to discuss the situation in Taman Medan. We consider the situation still serious and yet to subside. All efforts should be taken by everyone concerned to find ways to reduce the tension and efforts should be made to solve all outstanding problems so that these incidents do not recur.

We get the impression that there are efforts by some quarters to downplay the incidents that have taken place. It is possible that trivial incidents sparked the problem, however the problem has now become too big to be downplayed any longer. There is no point in concealing the number of persons killed. Based on reliable family and hospital sources, we fear that the actual number of deaths is greater than the official figure announced by the police.

Because of this, rumours abound and the public has greater faith in these rumours than media accounts, particularly media accounts attributed to the print and electronic media controlled by the authorities. We urge the authorities to bravely reveal the truth. Remember, as the saying goes, it is difficult to conceal the carcass of an elephant with a food cover.

Initially we received many complaints that the police were not acting in a sufficiently professional manner. Although about 500 police personnel had been deployed, they failed to bring the situation under control. There were allegations from some quarters that the police were not firm enough and were on occasion one sided in their approach. As a result of this lawless elements had been successful in destroying property, causing personal injuries and the deaths of several innocent persons. A large number of these lawless elements appear to be outsiders and not members of the community. Nevertheless, of late, the people have found the police presence to be useful and helpful.

In the present tense racial climate we call on Prime Minister Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad to cease all pronouncement of a communal nature, which could further exacerbate the situation. Several statements recently issued by the Prime Minister have been most irresponsible and are not the kind of statements that one expects from a national leader.

We are also shocked at the statement that has been attributed to the state legislative assembly representative from Taman Medan, who is incidentally also a member of the Selangor state executive council. She has been reported, in the media, of alleging that the Malay community has long been patient even though members of the community have been victimized by members of another community. If these media reports are true, it would appear that this elected representative is responsible for fanning the animosity felt by one community towards another.

Although Taman Medan is in Petaling Jaya, it is an area that has not seen much development. It has a population of 100,000 the majority of whom are members of the lower economic group. Many of the residents are workers or petty traders. The majority of residents are Malays. About 20% of the population is Indian. Not many Chinese reside here. Although they make up some 30% of voters in the Taman Medan state constituency, they are concentrated in sections 1, 2, 4 and 14 in Petaling Jaya which is outside the area of Taman Medan proper. There are also foreign migrants from Indonesia and Bangladesh residing in Taman Medan.

Social amenities are in a deplorable state. There is a serious housing problem. There is no proper health center, much less a hospital to serve the community. There is a shortage of schools in the area. The roads are narrow and full of pot-holes. The drains are not maintained and always filthy and clogged. The water supplied to the area is not clean and there are frequent disruptions in the supply. Rubbish is piled indiscriminately and is rarely removed by local council authorities; this would not happen if the members of the local council were elected and responsible to the rakyat for the provision of proper services.

There are many social problems. Many of the youth are unemployed. These include many persons who have been displaced as a result of estates closing down to give way to development projects. In this community there are a lot of illegal centers, which promote prostitution, gambling, the drinking of alcohol and video games. Drug abuse is very rampant. Many gangster groups, which have a large membership, operate in this area.

Thus, the recent unfortunate incidents are also the effect of the lack of socio-economic development in Taman Medan. This is the result of poor policy planning and uneven national development, which is undertaken by the BN administration. This problem is not less important and has to be resolved in the long run, in order to establish a good foundation for the building of a strong and durable national unity.

Finally, we wish to call upon all the people in general, and the residents of Taman Medan and its surrounding areas particularly, to remain calm. Please do not be provoked by irresponsible elements who are out to create chaos and enmity among the people. We must all uphold unity of people from various groups.

YB Dr Wan Azizah Ismail, Presiden keADILan

YB Nasaruddin Md Isa, Setiausaha Agung PAS

YB Kerk Kim Hock, Setiausaha Agung DAP

Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM

12 March 2001

--