Laman Webantu   KM2A1: 3975 File Size: 6.7 Kb *



TJ MT MM: Bakun: Projek Empangan Yang Menyimpang
By Muslimedia

14/3/2001 9:38 pm Wed


MGG 6001

[MGG disaman kerana Ting begitu terasa oleh sentuhan penanya. Ting boleh memusnahkan hutan untuk balaknya, tetapi dia tidak dapat menenggelamkan kebenaran sedalam-dalamnya. Pelabur luar tidak berminat IPO Bakun kerana berisiko tinggi dan tidak berbaloi untuk dibeli. Beberapa kejadian kecelakaan yang tidak diingini semakin membuat mereka menjauhkan diri. Ting boleh memerangi wartawan dan kaum pribumi tetapi dia tidak akan dapat hidup tenang kerana benda yang tertanam bernyawa panjang.... - Editor]

Penterjemah: -MT-

www.muslimedia.com

Imbas kembali:


Projek Empangan Yang Menyimpang

(Flashback: The dam's in a mess)

Projek kontroversi Malaysia berkaitan pembikinan sebuah empangan di Sarawak sudah semakin ketara akan keretakannya. Beberapa laporan kecelakaan di tapak binaan dan masalah kewangan yang menghantui Ekran, kontraktor utama Projek Empangan Bakun itu sengaja dipendam untuk siaran media massa tempatan yang memang dikuasai ketat oleh kerajaan. Seorang wartawan baru-baru ini telah disuruh pulang (keluar negeri) sebaik sahaja dia pergi ketapak pembinaan untuk melaporkan penempatan semula 9,500 penduduk yang kehilangan perkampungan mereka. Namun, beberapa penulisan terbaru di internet oleh seorang wartawan ternama Malaysia, M.G.G.Pillai telah memberikan ruang kredibiliti kepada berita itu.

Pillai, merupakan anak Malaysia yang pertama sekali dianugerahkan 'Nieman Fellow in Jounalism' oleh Harvard University. Beliau telah ditegah memasukki Singapura daripada 1971-1980, dan satu lagi pengharaman itu dikenakan pada 1990. Sebagai seorang penulis tetap di internet newsgroup, Pillai memang sudah biasa dengan pelbagai kontroversi. Analisis tajam beliau mengenai politik Malaysia akhirnya telah mencetuskan satu kes tuntutan malu yang masih menunggu keputusan mahamah persekutuan, setelah mahkamah rayuan sudah pun memperakukan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai denda gantirugi RM2 juta yang dikenakan ke atasnya dan lagi RM100 juta yang dituntut oleh pengerusi Ekran, Ting Pek Khiing.

Petanda awal akan adanya masalah dalam projek Bakun itu muncul di awal April: satu laporan menyatakan betapa Ekran mungkin membatalkan usaha penawaran IPO (Initial Public Offering- Tawaran Awalan Saham) kepada pihak asing dalam Bakun Hydro-Electric Corp., yang merupakan syarikat induk pengurusan. Ramai ketua projek mengharapkan orang asing akan membeli satu per sepuluh daripada saham IPO yang bernilai US$1.2 bilion pada bulan Jun. Sebaliknya, pengurus dana pelaburan merungut, kerana kerisauan kemungkinan terjadinya pulangan yang lembab yang disebabkan kos projek ampangan yang tinggi, sekitar $5.5.billion. Para pelabur tempatan terpaksalah menaikkan pembabitan mereka kepada 25% daripada angka 15% yang dicadangkan sebelum itu. Apabila ini berlaku, bererti inilah kali pertama para pelabur asing diketepikan dalam satu terbitan IPO dalam pasaran saham Kuala Lumpur. Para pegawai Ekran memang enggan membuat sebarang kenyataan. Pengerusi Ekran, Ting Pek Khiing masih pula mengatakan betapa saham yang diperuntukkan kepada pelabur asing sudah dilanggan bergandakali.

Beberapa desas-desus yang bertiup kencang tetapi dinafikan oleh Ekran, telah menyebut betapa beberapa pekerja telah diperangkap dalam satu peristiwa tanah runtuh ketika pembinaan terowong. Para saksi di tempat bencana itu telah melapurkan 10 kematian - 6 kematian membabitkan pekerja Korea dan 4 rakyat Malaysia.

Dengan adanya sokongan padu daripada pemimpin kerajaan, Ting memang berani mempertahankan Bakun. Kini dia sudah mengugut untuk menyaman Pillai kerana komen beliau di internet yang mempersoalkan kewajaran membina ampangan itu.

-muslimedia-

Pengirim: aduru
3.3.2001




Rencana Asal:

The dam's in a mess

[http://www.muslimedia.com] May 16-31, 1997

Malaysia's controversial mega dam project in the Eastern state of Sarawak is showing signs of stress. Reports of construction mishaps and financial problems faced by Ekran, the main contractor of the Bakun Hydroelectric Dam Project are being blacked out from the tighly-controlled Malaysian press. Recently a reporter was expelled from Sarawak after he went there to report on the relocation of 9,500 people displaced from the dam area. But recent writings on the Internet by prominent Malaysian journalist, M.G.G. Pillai are slowly gaining credibility.

Pillai, the first Malaysian to be awarded the Nieman Fellow in Journalism at Harvard University, was banned from entering Singapore from 1971-1980, and another ban was imposed in 1990. A regular writer on the Internet newsgroups, Pillai is no stranger to controversies. His sharp and often penetrating analyses of Malaysian politics finally led to one defamation suit that awaits final disposition at the Federal Court, the Court of Appeal having confirmed the High Court award of RM2 million against him; and to another for RM100 million by Ekran chairman Ting Pek Khiing.

The latest sign of possible hiccups in the Bakun project came in early April: a report that Ekran might scrap the foreign portion of an initial public offering (IPO) shares in Bakun Hydro-Electric Corp., the dam's main operating company. Project bosses had hoped foreigners would take up a tenth of the (US)$1.2 billion IPO in June. But investment fund managers are balking, worried about possibly laggard returns and the dam's $5.5 billion pricetag. Domestic investors may now have to raise their stake to 25 per cent from 15 per cent. If that happens, it would be the first time in recent memory that foreigners would be left out of a major Kuala Lumpur IPO. Ekran officials have declined to comment. Still, Ekran's chairman, Ting Pek Khiing maintained that the shares for foreigners were 'oversubscribed'.

Persistent 'rumors', denied by Ekran, have also circulated of workers being caught in a landslip during tunneling. But onsite witnesses have reported 10 deaths - six Korean and four Malaysian workers crushed in accidental cave-ins.

With a strong backing from government leaders, Ting's defense of Bakun has been zealous: he is now threatening to sue Pillai over comments on the Internet questioning the dam.

-muslimedia-