Laman Webantu   KM2A1: 3983 File Size: 13.6 Kb *



TJ MT MGG: Isyarat Awal (Kg Medan)
By M.G.G. Pillai

16/3/2001 8:50 am Fri

MGG6101

[Telatah pemimpin kerajaan dan sikap polis sendiri membuatkan rakyat risau. Semua muncul lewat atau jauh dari tempat SEBENAR kejadian. Malah ada yang tidak tiba langsung walaupun dia Firaun Baik dan ingin menjuarai perpaduan... Unsur perkauman dinafikan tetapi wakil Umno sendiri asyik menjolok suis perkauman sebelum dan selepas kejadian. Mungkin mereka sendiri risau juga dimandikan orang..... patutlah rakyatpun turut seram. - Editor]

Penterjemah: -MT-


Isyarat Awal

(Bloody Early Warning Signal)


Lima hari yang dipenuhi keganasan, penganiayaan dan ketakutan tidak pula memberi keutamaan kepada soalan berapa manusia yang terbunuh ataupun tercedera di Petaling Jaya. Tidak juga kepada kehadiran lebih 400 anggota polis yang berkeliaran di kawasan yang dikatakan sudah terkawal keadaannya. Kerajaan memang mahukan kita menolak sebarang desas-desus tanpa memberitahu kenapa sebabnya; sedangkan cara kerajaan menjawab keraguan itu menyerlahkan sesuatu untuk kita terus meraguinya.

Keharmonian kaum dan politik negara telah terjalin begitu lama dengan unsur puji-memuji untuk mengekalkannya dan dicampur-baur dengan unsur ugutan setiap kali selera rasmi tercabar. Memang tidak sukar untuk menukarkan rentak pergerakan itu. Namun itulah yang terjadi apabila rentak politik, sosial dan budaya sesuatu masayarakat dan kaum yang tertekan itu diputarkan sehingga mereput keadaannya.

Itulah yang berlaku di Malaysia. Penyebab tercetusya pergaduhan minggu yang lalu dan bagaimana ia merebak, bukannya sesuatu yang lebih penting daripada cara jenayah itu dibendung. Namun, pihak yang berwajib masih bertegas bahawa ia bukannya tercetus disebabkan perkauman sedangkan di waktu yang sama ia memberi ruang kepada media mssa untuk menyebut perkara itu sebagai penyebabnya. Media pun melaporkan betapa beberapa samseng kaum India telah berlawan dengan penduduk Melayu sambil menyiarkan identiti mereka yang terkorban. Malahan tercetus juga beberapa kenyataan yang berapi-api sedangkan kata-kata nasihat untuk menenangkan keadaan tidak pula diberi keutamaan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Khir Toyo, dan seorang ahli dewan negeri telah membuat lawatan di kawasan orang Melayu, tetapi tidak pula sampai ke kawsan orang India yang merupakan satu kawasan yang sungguh terpinggir keadaannya di Petaling Jaya, di tempat tercetusnya kejadian itu. MIC menghadkan lawatan ke kawasan itu sahaja. MCA dan Gerakan tidak pula ke mana-mana, entah kenapa agaknya?.

Presiden MIC S. Samy Vellu muncul di akhr minggu setelah membatalkan lawatannya yang terdahulu 'disebabkan keselamatan yang tidak menentu.' Tetapi, presiden PPP, M. Kaveas boleh pula pergi ke tempat itu terdahulu darinya seolah-olah mempersendanya. Timbalan perdana menteri muncul juga di tempat itu, walaupun ia sepatutnya ke situ terlebih dulu.

Tuduh-menuduh

Cara mereka bertindak memang amat berbeza. MIC pernah mencadangkan satu sidang akhbar, tetapi membatalkannya apabila muncul rasa takut mengenainya. Kehadiran 400 anggota polis yang lengkap dengan pemancut air dan segala peralatan yang lazim dipaparkan setiap kali pihak pembangkang berhimpun secara aman memberi gambaran apa yang tidak mampu didibayangkan oleh perkataan. Apa yang sebenarnya berlaku sememangnya lebih dahsyat daripada apa yang telah dijelaskan oleh pihak kerajaan, yang memang panik sedikit menghadapi keadaan.

Kini sudah muncul unsur-unsur tuduh-menuduh di pihak atasan. Malaysiakini telah melapurkan betapa wakil rakyat Taman Muda, Norkhaila Jamaludin berkata bahawa orang Melayu di kawasan itu 'telah bersabar selama ini walaupun ada kaum India yang bersikap durjana berkali-kali'. Dengan lain perkataan, sebagai seorang ahli dewan dalam parti kerajaan beliau sanggup mencabar kenyataan rasmi bahawa apa yang telah berlaku adalah berunsur perkauman.

Keganasan berlaku di satu kawasan yang memang terpinggir di mana unsur-unsur banjingan menguasai setiap aspek kehidupan sosial, kesihatan dan keadaan ekonomi. Seorang insan yang menghuni di satu kawasan berhampiran ada memberitahu betapa keadaan itu mengingatkannya keadaan satu kawasan teruk di Mumbai. Ini mungkin satu bandingan yang berlebihan, namun itulah hakikatnya. Keadaan begitu memang wujud di setiap pekan besar dan bandar di Malaysia. Memang tidak sukar mencetuskan pergeseran seperti itu terutama sekali apabila itulah keadaan terbiar yang sengaja disenangi.

Di bahagian nasional, terdapat masalah perkauman yang dicetuskan di antara pemuda UMNO dan Kumpulan Suqui, begitu juga mengenai perundingan perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO yang menjolok masalah perkauman juga. Bagaimanapun di analisa perkara itu, unsur-unsur perbezaan di antara orang Melayu dan bukan-Melayu menjadi tajuknya sambil penentuan dibuat untuk menentukan sesebuah parti itu tidak dikira parti Melayu apabila ia menerima bukan-Melayu sebagai ahlinya. Begitu juga dengan konfrontasi di antara kerajaan dengan masyarakat Cina disebabkan sebuah sekolah yang sudah pasti menjentik perasaan perkauman di setiap masyarakat itu tanpa perlu menafikannya.

Kalau golongan pemerintah bertegas bahawa keharmonian negara dapat diwujudkan dengan cara mencengkam ketuanan sesuatu kaum ke atas masyarakat lain, sudah tentu ia akan mencemar keteguhan harmoni negara. Apabila kuasa politik terus mencemarkan perkara itu dengan sikap parti lain sanggup membisu walaupun ada persidangan tertutup seperti persidangan MAPEN II untuk membincangkan cadangan Suqui dulu, segala perasaan jelek yang diperam begitu lama pasti akan meledak juga, tanpa diduga akhirnya.

Kerajaan harus bertindak agar apa yang tercetus di Taman Desaria bukannya satu isyarat yang serba mungkin. Saya mengharapkan semua menteri kabinet dan kumpulan pelbagai kaum berganding bahu memperteguhkan keadaan. Sayangnya perkara itu belum lagi dijalankan. Kenapa? Kalau apa yang terjadi itu tidak serius, kenapakah polis mempamirkan kekuatan mereka? Kenapakah Perdana Menteri, Mahathir Mohamed, ataupun timbalannya TIDAK membuat lawatan ke semua kawasan itu?

Desas-desus makin tersebar betapa adanya pergaduhan di tempat lain pula. Tetapi, apa yang terjadi di Petaling Jaya bukannya merupakan insiden yang pertama. Apa yang tercetus di antara orang Melayu dan India minggu yang lalu itu walaupun tidak berbau perkauman, ia sudah mencetuskan kerisauan kepada orang lain.

Malaysia telah menghabiskan tiga dekad untuk memperbetulkan kemelut perkauman sejak tercetusnya episod May 1969 dulu. Tetapi, ia hanya memerlukan kurang daripada dua tahun untuk bibit-bibit pergeseran kaum itu datang bertapak semula. Episod Khamis yang lalu adalah satu isyarat awal. Adakah sesiapa yang mendengarnya?


-MGG Pillai-
12/03/2001

pillai@mgg.pc.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 14.3.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini

12 March 01


Bloody Early Warning Signal


CHIAROSCURO

MGG Pillai


What frightens in five days of violence, terror and fear Petaling Jaya is of people killed and wounded, nor of 400 policemen surrounding an area supposedly under control, or ordering us to disbelieve rumours without telling us why when the government's leaden response suggested worse, but the cynicism surrounding it.

Where racial and political harmony is presumed with pious intonations to pat itself on the back for it, combined with threats when official equanimity is challenged, it takes but little to throw it out of gear. When disparate communities and races find their political, social and cultural bonds fraying with neglect and political chicanery, something must give.

As in Malaysia. What caused the fracas last week and how it spread is unimportant. But how it was handled and contained is. Officials insist what happened was not racially tinged, but allowed the media to suggest it was: it was Indian gangsters against the Malay residents, and the identity of those killed. There were portentious statements of what should not, but little words of reassurance or goodwill.

The Selangor mentri besar, Mohamed Khir Toyo, and a state assemblywoman, visited the Malay areas, but not the Indian, in the large deprived urban poor concentration in Petaling Jaya where it all took place, and the MIC the Indian areas. The MCA and the Gerakan stayed out. Why?

The MIC president, S. Samy Vellu, went over the weekend because he cancelled an earlier visit because "security could not be guaranteed." But the PPP president and his beta noir, M. Kayveas, outstaged him and went earlier. The deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, also visited the area, but he should have gone earlier than he did.

Finger-Pointing

But how they reacted told a different story. The MIC, after calling a press conference, got cold feet, and called it off. The presence of 400 policemen, with water cannons and other paraphernalia that area common sight at opposition rallies, said what words could not portray. What happened was, indeed, more serious than the government was prepared to reveal, including a measure of official panic.

And, to not put a fine point to it, a semi-official finger-pointing. Malaysiakini quoted the Taman Muda state assemblywoman, Norkhaila Jamaludin as saying that the Malays in the area have "long been patient although the Indians have attacked us again and again." In other words, she, a government backbencher, challenges the official denial that what happened was racial.

The violence occurred in an horribly deprived area, where gangsterism predominate in appalling social, health and economic conditions. One living nearby said it reminded him, in some areas, of the appalling slums of Mumbai. An overexaggeration, but it is in relative terms. Such areas exist in every major town and city in Malaysia. It does not take much to ignite, especially if it reflects national preoccupations.

The genteel racial confrontations in the national arena -- between UMNO Youth and Suqiu; the PAS-UMNO talks on Malay unity accentuating the racial divide, however you look at it, between the Malays and the non-Malays; insisting one political party is not Malay because it accepts non-Malays as members; the needly confrontation between government and Chinese community over a school -- must eventually trickle down to affect racial tension in every community. This cannot be denied.

'Betwixt The Cup And The Lip

When those who govern insists multiracial unity could exist only upon reaffirming the iron-clad rights of one community, the multiracial bounds of Malaysia necessarily weakens. When political correctness suffuses it, with parties not daring to speak up even in closed door conferences, as over the Suqiu proposals to the second National Economic Consultative Council, the bottled-up feelings must erupt when least expected.

The government should act quickly to show that what happened in the area around Taman Desaria is not the harbinger of what could. I would have expected cabinet ministers and multiracial groups calling on all and sundry to reassure. That has not happened. Why? If what happened was not serious, why the show of force the police laid on? Why has not the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, or the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, or both, visited thea areas yet?

The rumours that spread complicated what happened with reports of isolated incidents far from the affected area. But what happened in Petaling Jaya is not the first. An incident last week in a suburb of Kuala Lumpur, with a few casualties, involving the Malays and Indians, but distinctly not racial, raises other fears.

It took Malaysia three decades from May 1969 to exorcise the racial demon. And less than two years to reappear in a more diabolical form to strengthen the racial divide. What happened last Thursday is an early warning signal. But is anyone listening?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my