Laman Webantu   KM2A1: 3984 File Size: 16.2 Kb *



TJ MT MGG: Kg Medan: Mencantas Bisul Dengan Parang Panjang
By M.G.G. Pillai

16/3/2001 10:18 am Fri

MGG 6201

[Seram atau tidak dapat dibaca dengan melihat telatah menteri yang begitu sukar untuk datang atau cuma berkunjung di tempat berjauhan walaupun dikatakan suasana sudah tenteram. Bilangan pasukan polis yang semakin ramai membayangkan ini bukan masalah kecil-kecilan. Makin bermasalah lagi kerana pemimpin Umno sendiri membuat kenyataan berbau perkauman dan menjamu makanan begitu jauh di 'istana' kayangan sedangkan rakyat begitu keresahan sehingga tidak berselera untuk makan.

Kg Medan menyerlahkan kerajaan tidak cekap mengawal keadaan dan tidak berminat menolong jika tiada ledakkan dan keganasan. Ia tidak mahu rakyat mendengar khabar tetapi telatah mereka sendiri membenarkan khabar. Dan kerajaan menafikan unsur perkauman tetapi wakilnya sendiri menyebut kaum dan kehadiran parang. Bagaimana rakyat mahu tenteram kerana bicara pemimpin dan akhbar amat memeningkan dan banyak berlubang. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Chiaroscuro

Kg. Medan: Mencantas Bisul Dengan Parang Panjang

(MGG: Kg. Medan: Lancing the boil with a machete)


16:13, Rabu: Berita angin mudah menular pantas dalam keadaan yang lompong. Benar ataupun tidaknya sesuatu berita itu akan disambut dengan mulut yang melopong. Sudah lumrah manusia memikirkan perkara buruk terhadap sesuatu. Desas-desus memang membiak apabila perkara sebenar diselewengkan, dan mereka yang sepatutnya membetulkan berita songsng itu menjadi cuai dan lalai dengan memberikan gambaran yang lebih teruk lagi. Inilah yang tidak boleh dihentikan oleh kerajaan dengan hukum undang-undang sahaja.

Itu sebabnya Abdullah Badawi yang melawat kawasan itu pada Isnin yang lalu, telah disambut oleh jeritan dan sindiran yang mudah merebak lebih pantas lagi daripada berita angin. Seperti kelazimannya dia telah berucap mengenai perpaduan negara dan kepentingannya seolah-olah dia berada di atas pentas satu majlis persidangan antarabangsa. Kehangatan dan keperihatinan orang yang mendengarnnya memang jelas tiada.

Media massa telah memberikan liputan meluas kepada lawatan Abdullah itu. Tetapi, tidak juga ada berita yang mampu menumpulkan berita angin ataupun yang membolehkan seseorang membuat penilaian tersendiri. Pihak akhbar sengaja melaungkan tema perpaduan dan nasionalisme sambil menjulang nama pihak yang berkuasa seolah-olah mereka adalah juara yang mampu menangani keadaan yang mencabar. Dalam perkara ini mereka sudah menjadi pihak dicabar yang sudah tersepit. Paklah tentu telah disambut dengan baik kalau dia menghadapi masalah yang timbul itu secara berterus terang.

Presiden MIC, S. Samy Vellu tidak muncul lebih awal lagi kerana keselamatannya yang tidak terjamin oleh sesiapa. Itulah alasannya sambil memberi keyakinan betapa kerajaan sudah menguasai keadaan dan tempat itu selamat untuk orang ramai bergerak secara bebas semula.

Rakan kabinet Samy yang juga ahli parlimen Lembah Pantai mengadakan lawatan rumah-ke-rumah di kawasan parlimennya yang terletak satu kilometer jauhnya. kerana di situ keganasan sudah menular pula. Sedangkan kerajaan sudah berkata bahawa keadaan sudah terkawal di tempat asal berlakunya keganasan itu.

Jadi, apakah Abdullah mengatakan perkara yang sebenarnya? Bagaimanakah dia mahu menjelaskan apa perlunya 600 orang (oh! naik sikit lagi jumlahnya? - penterjemah) anggota polis bersenjata lengkap mengepong kawasan itu? Kenapakah dia tidak mengambil tindakan keatas ahli dewan negeri yang menuduh kaum India memulakan serangan keatas orang Melayu, sedangkan dia bertegas bahwa episod itu bukannya berunsur perkauman? Kenapakah polis mengeluarkan kenyataan terperinci akan mereka yang ditangkap, tercedera ataupun mati? Kenapa pula pihak media digalakkan menyiarkannya?

Sebagai seorang setiausaha Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan sebaik sahaja tercetusnya rusuhan Mei 13, 1969, Paklah tentu sedar akan tabiat manusia membalas dendam di kalangan masyarakat yang terkepung? Kini, dia sudah menjadi menteri dalam negeri, tetapi kenapakah dia tidak melaksanakan tindakan untuk membendungnya? Kenapakah kini sudah muncul satu perasaan bahawa ada sesuatu yang diselindung oleh kerajaan daripada apa yang diberitahu kepada rakyat marhaen.

Saya faham keresahan kerajaan. Lagipun pemimpin pemuda Keadilan dan juga anak kepada seorang ketua bahagian UMNO, Ezam Mohamad Noor, yang baru-baru ini ditahan kerana hasutan, berasal daripada Kampung Medan.

Apakah tindakan kerajaan itu disebabkan perkara ini? Itukah sebabnya pihak polis ditugaskan di situ dengan segala kelengkapannya? Apakah kerajaan beranggapan bahawa sambutan kasar rakyat marhaen kepada ketibaan menteri besar Selangor disebabkan masalah politik sahaja dan bukannya kerana kerajaan telah mengabaikan kawasan itu selama ini?

Bisul yang Menanah

Akhbar 'The Star' ada mengatakan, sudah bertahun lamanya kawasan yang dipinggiri Jalan Kelang Lama, Taman Dato' Harun dan Kampung Lindungan, di mana wujudnya sebanyak 47 penempatan masyarakat yang melebihi 160,000 nyawa terpaksa hidup serba kekurangan. Jalanraya sempit yang ditaburi sampah-sarap, longkang yang tersumbat, bekalan letirk yang selalu tergendala, sikap kerajaan meminggirkan kawasan itu, kebajingan samseng-samseng, dadah yang berleluasa, keganasan yang merupakan cara hidup seharian dan suasana kehampaan yang nyata adalah lambang kehidupan di tempat itu.


Semua ini tidak dapat diselesaikan dengan cara Khir Toyo menjamu selera 200 mulut di majlis maikan di kediaman rasminya di Shah Alam. Kenapa tidak diadakan jamuan itu di kawasan bencana? Tentu sekali ia akan membawa kesan. Khir Toyo tidak berani melakukannya di situ kerana dia tahu akan hilang punca mendengar pelbagai soalan yang akan menyerangnya. Itulah sebabnya dia bingkas pulang selepas diejek dan disindir bertubi kali ketika pergi melawat di kawasan itu.

Kerajaan telah mengambil masa yang panjang untuk bertindak. Itu pun dilakukannya laksana melepaskan batuk di tangga sahaja. Keadaan akan berubah seperti sediakala semula. Cara menteri kabinet bertindak adalah laksana mereka dikejutkan daripada aktibiti yang lebih penting lagi. Apa yang tercetus ditangani laksana mencantas bisul bernanah dengan parang panjang. Bukannya dengan gunting bedah. Itu sebabnya bisul masyarakat itu terus menanah dan kuman barahnya berjangkitan dengan mudah.

Berita angin memang mudah menular. Seorang bayi berusia enam bulan sedang memerangi azabnya sebagai mangsa kepada tindakan manusia yang terlupa akan tata susila hidupnya. Masih belum ada sesuatu yang meyakinkan daripada tindakan kerajaan walaupun Samy Vellu menjanjikan rumah murah untuk mereka yang teraniaya. Tentunya dia maksudkan tawaran itu kepada kaum India yang menjadi mangsa kerana kawasan itu yang paling teruk pengalamannya.

Tindakan Samy Vellu itu tentu akan menyedarkan seluruh masyarakat India betapa mereka harus bertindak sedikit ganas untuk mendapatkan apa yang tidak mudah mereka perolehi mengikut amalan kehidupan yang biasa. Kaum India di kawasan itu memang telah lama dinafikan rumah kediaman harga murah kerana adanya pergeseran dalaman dalam MIC di tempat itu.

Isyarat Songsang

Apabila bencana seperti ini meledak, usaha berkhutbah mengenai perpaduan tanpa susulan peraturan yang positif akan berakhir tanpa kesan yang positif juga. Sepatutnya kerajaan telah mengajak parti pembangkang untuk berganding bahu menangani keadaan dan meredakan ketegangan. Inilah yang tidak dilakukannya kerana inilah tindakan yang tidak pernah diamalkan. Itu sebabnya di Lunas, penduduk di situ beralih daripada menyokong kerajaan. Kini, orang Melayu pun sudah beralih sama.

Bagaimana tidaknya. Di tempat itu seorang wakil rakyat naik ke atas dengan sokongan padu kaum India. Jika tidak, kerusi kerajaan itu sudah lama berpindah kepada calon parti pembangkang. Tetapi, wakil rakyat yang sama telah menuduh orang India kerana menyebabkan orang Melayu sengsara di kawasan itu, sedangkan kerajaan Selangor sengaja terlupa menunaikan janji-janji untuk memancing undi, yang dihamburkannya di pemilu dulu.

Keadaan aman tidak boleh dipulihkan dengan menyekat berita angin. Kerajaan mesti ada pegawai bertauliah untuk membetulkan segala penyakit yang bernanah di situ. Tetapi, inilah masalahnya kerana tidak ada orang seperti itu di situ. Mungkin sudah terlambat untuk memulakannya. Malangnya, pesanan Abdullah dalam lawatannya itu telah memberikan isyarat yang songsang. Berita angin dan desas-desus tidak ada kena mengena dengan keadaan yang sudah pun terjadi.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
14/03/2001

>>>>>>>>>>>>>>>>MT 15/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Source: malaysiakini (www.malaysiakini.com)

Wednesday March 14

Kg Medan: Lancing the boil with a machete

CHIAROSCURO
MGG Pillai

4:13pm, Wed: Rumours spread quickest in the vacuum between what we are told and what is. People for their safety instinctively assume the worst. Rumours flourish best when what happened is falsified, and those who should know drop their guard to suggest what happened is worse. The government cannot stop that by fiat, as it now tries to.

So, when the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, on Monday visited the scene of last week's communal clashes in Petaling Jaya, the cynicism spread faster than the rumours. He delivered the usual homilies on why diverse races must live in multiracial amity, what he would address, at the drop of a hat, to an international forum of multicultural living. The warmth and concern was just not there.

The newspapers, radio and television stations gave him the wide banal coverage he normally gets, with no news or information that could counter the rumours or make one assess what happened. Newspapers went on their high horse to infuse nationalism and unity, to address the noble ideals of nationhood that those in power and around them tote out when challenged or, as in this case, cornered. He would have been better received if he had addressed the issues head on.

The MIC president and works minister, S Samy Vellu, did not come earlier than he did because his security could not be guaranteed. So he said, when the government insisted it was always under control and safe for people to move about.

His cabinet colleague and the MP for Lembah Pantai in Kuala Lumpur, makes house calls in her constituency for it appears the violence spread, however well-contained, to her constituency, which begins a kilometre away from the Kuala Lumpur railway station.

Squalid sprawl

So, is Abdullah saying what is or what should be? How does he explain why some 600 uniformed and armed policemen surround the area? Why has he not taken action against the state assemblywoman who said it was Indians who attacked the Malays, when he insists what happened is not a communal clash? Why is the police issuing a racial breakdown of those arrested, wounded, killed? Why is the media encouraged to report them?

As the secretary of the National Operations Council, formed after the May 13,1969 riots, Abdullah should have known the power of getting even amongst the communities under siege. So, why does he, as home minister now, all it? Why is there this indescribable feeling that there is more to what happened than we are told?

I can understand the government's nervousness. After all, the Keadilan youth chief and the son of an Umno branch leader, Ezam Mohamed Noor, now under arrest for sedition, hails from Kampung Medan.

Is the government's response arising from this? Is this why the police is out there in full force? Does the government believe the rough welcome the residents gave the Selangor mentri besar, Mohd Khir Toyo, has a political focus, and not just that the government had neglected this squalid urban sprawl amidst plenty?

Cancerous boil

For years, as The Star says, the area bounded by Old Klang Road, Taman Dato' Harun and Kampung Lindungan, a total of 47 separate communities in which 160,000 live, have had to put up with garbage- strewn narrow roads, clogged drains, inclement electricity, official neglect, gangsters, drug addiction, violence as a way of life, hopelessness.

This cannot be resolved by Mohamed Khir hosting a dinner for 200 from the area at his official residence in Shah Alam. Why was this not at the scene of the conflict? It would have had a greater impact. But he could not. They have questions to ask of him that they could when he left in a hurry after he was heckled badly after the clashes occurred.

The government left it too late to act, and then it was piece-meal and with a tired yawn. Life went on as usual. Cabinet ministers reacted as if interrupted from their more important indolent activities. What happened was treated as a boil that must be lanced - not with a scalpel, but a machete. But the boil was a cancer that metastasised.

The rumours spread like wildfire. A six-month-old baby fights for his life, the victim of this senseless carnage that took a life of its own. There is still no sense yet of government actions but Samy Vellu promises low-cost houses for those injured. He means, of course, the Indians in the area, for they are the worst affected.

This cannot but send word, especially amongst the Indians, that they have to take the law into their own hands to get what they should have in the normal course of events. The Indians in the area have long been denied low-cost homes because of MIC near-fratricidal infighting.

Wrong message

In disasters like these, preaching national unity without taking steps to ensure it, is meaningless. The government should have called in the opposition parties to use their good offices as well as to reduce tension. It did not. It never has. Like in Lunas, the population moves away from the government. And it could even get the Malays in the area to unite around it.

Why should it, when the assemblywoman elected with solid Indian support - the seat would have gone to the opposition otherwise - now blames the Indians for Malay ills in the area, and the Selangor government forgot the promises it made during past elections for their vote?

This cannot be resolved by not spreading rumours: there must be someone on the ground at all times putting right the wrongs of the past. There is none. And it is probably too late to begin. Unfortunately, Abdullah's proconsular visit sent a wrong message. Rumours had nothing to do with it.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my