Laman Webantu   KM2A1: 3985 File Size: 11.1 Kb *



TJ MT MGG: Pemburu Yang Kini Diburu
By M.G.G. Pillai

16/3/2001 9:46 am Fri



MGG 6301

[Umno sukar bertapak di universiti dan ia mengharapkan GPMS untuk mendekati siswa dan siswi. Tetapi GPMS begitu tersasul pergi kerana itu bukan bidang dan kemampuanya kerana Umno sendiri tidak mengizinkan mereka aktif sewaktu di bangku universiti (agar tidak melibatkan diri dalam politik). Pendeknya - Umno mengejar ekornya sendiri dan sudah mati aqal untuk mendekati pelajar universiti. - Editor (sila baca juga komen Pak MT di bawah)]

Pemburu Yang Kini Diburu

(MGG: The Hunter Is Now The Hunted)

Barisan Nasional, terutama sekali UMNO, kini sedang sibuk menggagau bayang-bayangnya. Ia sudah tidak lagi mampu menabur pengaruhnya. Apa pun yang dilakukannya, rakyat marhaen tidak mahu mendengarnya lagi. Ia pernah mengarahkan sebuah persatuan bekas pelajar, GPMS, untuk menganjurkan satu himpunan rakyat di seluruh negara untuk mencari perpaduan Melayu. Tetapi, asas kewujudan GPMS ialah untuk mendapatkan kontrak dan peluang niaga untuk ahlinya dan tidak pun arif dalam hal ini sedangkan orang Melayu sudah tidak lagi mempercayai kepimpinan UMNO. Walaupun sudah berada di puncak persada keangkuhan seperti UMNO, ia masih tidak tahu memukul rebana UMNO - kerana pemukul rebana itu mungkin sibuk menagih kontrak di Ougadougou.


Laungan tersohor Perdana Menteri agar dilancarkan persidangan perpaduan Melayu sudah menjadi satu alasan untuk menyelamatkan UMNO daripada bencana yang menghantuinya. Tetapi, laungan itu sudah menjebak UMNO dalam satu perangkap lagi: rencana perundingan itu masih berserabut keadaannya. PAS masih bertegas mahukan pra-syaratnya dipenuhi oleh UMNO dulu sebelum boleh mereka bertemu. BN dan UMNO sudah tidak mampu betindak angkuh sekarang ini kerana sudah turun mertabatnya kepada bertindak tuduh menuduh pihak pembangkang semata-mata.


Kerana itu, GPMS bertindak mengungkit gelagat menteri besar Terengganu (The Sun 13 Mach 01) yang menyebut betapa kumpulan mahasiswa Malaysia lebih berpihak kepada parti pembangkang. Dalam pemilihan majlis pelajar universiti bukannya calon UMNO ataupun kerajaan yang menang, tetapi mereka yang cenderung memihak PAS dan parti pembangkang. Masyarakat Melayu sudah pun berpecah-pecah dalam ideologi politik dan budayanya dan itulah yang terserlah dalam cara mereka berpersatuan di universiti. Tetapi, GPMS tidak mahu mengakui hakikat ini. GPMS memang tidak berupaya membuat penilaian mengenai perkara ini. Ia tidak mampu masuk kampus membuat kajiannya sendiri kerana sokongan yang digembar-gemburkannya adalah satu khayalan semata-mata.


Pendapat Haji Hadi memang lebih benar daripada anggapan GPMS. Kerajaan telah menegah pelajar universiti bergiat cergas dalam politik, sedangkan pelajar kita di universiti luar negara digalakkan menubuhkan Kelab UMNO. Masyarakat pelajar terus dipinggirkan dengan adanya rantai yang membelenggu pergerakan mereka. Kerajaan tidak sedar betapa rintihan dan kejelikan rakyat itu terperam laksana pekasam yang meledak kuat sebaik sahaja timbalan perdana menteri dipecat dan diaibkan. Barulah kerajaan sedar betapa ia sudah kehilangan kesetiaan masyarakat pelajar Malaysia di universiti.


Kini, tidak ada menteri kabinet Barisan Nasional ataupun ahli politiknya yang berani melangkahkan kaki ke gerbang universiti untuk berinteraksi dengan masyarakat pelajar. Menteri Pendidikan (yang proksi ataupun yang sebenarnya - penterjemah) boleh menuturkan pelbagai ugutan untuk mendera masyarakat pelajar universiti itu, tetapi mereka tidak akan mengindahkannya. Timbalan perdana menteri Abdullah Badawi terpaksa berucap kepada pelajar universiti selepas menghadiri satu majlis di Universiti Malaya, tetapi tidak ada seorang menteri kabinet yang berani secara sukarela berbuat begitu di kampus universiti. Barisan Nasional telah kehilangan sokongan para pelajar universiti kerana keangkuhannya dan sokongan mereka di luar negara kerana mengabaikan mereka.


Kalau apa yang ditegaskan oleh GPMS itu ada kebenarannya, sudah tentu banyak bukti yang boleh ditonjolkannya. Tentu sekali bukti-bukti itu tidak mudah diperlekehkan oleh media perdana. Tentu sekali kerajaan telah merestukan mereka (GPMS) pergi ke Kg. Medan untuk meredakan ketegangan isu perkauman yang meledak dan menumpulkan usaha pembangkang. Tentu sekali perkara itu telah dijalankan kalau GPMS ada keupayaannya. Memadailah dengan lakonan GPMS menyatakan kesedihan mereka dengan tindakan pembangkang membabitkan masyarakat pelajar universiti pula. Sedangkan tidak ada yang berhak menarik minat pelajar berpolitik tanpa kerelaan dan minatnya.


Mahasiswa dan mahasiswi universiti terpaksa memilih calon yang cenderung kepada UMNO ataupun PAS. Pelajar universiti memang sudah arif siapakah pilihan mereka. Tentu bukan calon yang pekat pengaruh UMNO. Dalam hal ini GPMS berpendirian, adalah salah kalau pemimpin PAS membuat laungan bahawa calon PAS yang menjadi pilihan pelajar universiti itu. Inilah sikap anjing yang tertambat yang menjadi amalan UMNO yang ditonjolkan, bukannya disebabkan GPMS berminat sangat dengan masalah para mahasiswa itu ataupun perkara yang lain lagi. Itulah sebabnya UMNO sibuk mengejar bayang-bayangnya sahaja sehingga sudah wujud satu suasana di mana yang memburu itu kini sudah menjadi pihak yang sedang diburu pula.


-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

Rabu Mac 14, 2001.





Catatan Penterjemah:

Bidalan 'Dog in the manger' boleh disamakan dengan 'anjing yang tertambat.' Memang dasar anjing apabila ia tertambat di pondok kecilnya dia akan menyalak kepada anjing lain yang lalu di kawasannya seolah-olah iri hati kepada anjing yang berseronok menggunakan apa sahaja yang tidak dapat di nikmati kerana keadaannya yang tertambat dan tidak bebas lagi. Diharapkan penggunaan bidalan membabitkan anjing oleh MGG Pillai itu tidak disalah-ertikan seperti ada orang tertentu yang menyalahkan Hishamuddin Rais yang menggunakan pepatah 'memikul biawak hidup' dan mengaitkannya kepada Mahathir. Oleh kerana tidak arif dalam bidalan lama itu ada pembodek UMNO yang marah kerana menyamakan Mahathir dengan biawak pula. Takkan boleh sama kaitan anjing dan biawak kepada seorang 'Firaun Yang Baik'.

-MT-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>15/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Hunter Is Now The Hunted

The National Front, especially UMNO, chases its tail these days. It cannot make itself heard or understood these days. When it does, no one listens to it. It ordered one body of ex-Malaysian students, GPMS, to organise rallies throughout the country to call for Malay unity. But the GPMS' raison d'etre is to obtain contracts and business deals for its members, and did not know how to go about it amidst Malay distrust of UMNO's intentions. It cannot, from its high heights which reflect UMNO arrogance, beat UMNO's drum -- for the drummer would be busy lobbying for contracts in Ougadougou.

The Prime Minister's famous call for Malay Unity gave it the excuse to take it out of its political misery. But it is caught UMNO in another trap: the talks are tied in knots, with PAS insisting upon conditions UMNO cannot meet. The National Front and UMNO can do little except mischief these days, and reduced to second guessing the opposition.

So, GPMS takes issue (The Sun, 13 March 01) with the Trengganu mentri besar, Haji Hadi Awang, who claimed the political support of Malaysian undergraduates for the opposition. In the recent student representative council elections, those returned to power were not from UMNO or the National Front, but from PAS and the opposition. The Malay community is split politically and culturally, And so it is in the campuses. That cannot be true, GPMS asserts, for not all of them do. GPMS is not in a position to assess this: it would not be allowed into the campus to do a survey, its support imagined than real.

Haji Hadi's view is truer than GPMS's. The government had forced Malaysian undergraduates in the country to not involve itself in politics, which encouraging those overseas to even set up UMNO clubs. They were ignored as more official chains were put around them. The government did not realise the ferment within, and when that erupted after the then deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, was dismissed, it realised it had lost the loyalty of Malaysian undergraduates.

Today, no cabinet minister or National Front politician can step into the campuses to talk to them. The education minister can threaten them with hellfire and brimstone, but the undergraduates ignore him. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, was forced to talk to the undergraduates after a function at the University of Malaya campus, No cabinet minister would on his own free will turn up at a campus to give a speech. The National Front has lost the support of the undergraduates by default -- as they have of those in foreign countries by neglect.

If what GPMS says is true, there would have been by now evidence of that. The mainstream newspapers and media would not have missed this is in their daily reports. And the government would have empowered them to go into the tensed corner of Petaling Jaya to neutralise the obvious strength the opposition has. It would have if it could. It cannot. So, GPMS is sad the opposition drags the undergraduates into politics. No one can drag the undergraduate into politics or wherever if he or she does not want to.

The slate of students in the student representative council elections voted for one of two slates: one UMNO and the other PAS. The students knew whom they wanted. It was not UMNO. So, in GPMS's view, it was wrong of the PAS leader to claim the student representatives back the opposition. It is this dog-in-the-manger worldview of UMNO that emerges, not its concern for undergraduates -- or any one else. But UMNO is reduced these days to chasing its own tail. The hunter is now the hunted.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

14/03/2001