Laman Webantu   KM2A1: 3986 File Size: 2.9 Kb *



TJ MK: EPF Sah Beli 3.2% Time dotCom
By Dow Jones

16/3/2001 9:20 am Fri

Terjemahan:

Time dotCom hari ini mengesahkan spekulasi bahawa EPF akan membeli sebahagian besar sahamnya dari IPO.

Dalam kenyataannya, Time dotCom menyebut EPF membeli RM81.6 juta saham, bersamaan dengan 3.2% saham Time dotCom.

EPF membayar pada kadar harga tawaran RM3.30 se sesaham - ini bererti EPF membelanjakan RM 268.3 juta kesemuanya.

Saham tersebut jatuh 4.4% kepada RM2.17 pada hari Khamis. Ini bermakna EPF rugi di atas kertas sebanyak RM92.2 juta!

Komen:

Bayangkan begitu mudahnya mereka bermain dengan duit yang bukan sedikit jumlahnya untuk menyokong kroni manja yang tidak pandai berniaga melainkan rugi sepanjang masa. Padahal itulah wang hasil titik peluh kita yang dikorek setiap bulan berkerja siang dan setengahnya sampai ke malam. Mungkin tidak lama lagi kerajaan akan mencadangkan agar lebih banyak potongan EPF dikenakan kerana hutang kroni masih banyak lagi sedang menunggu untuk diselamatkan.

Apakah EPF berkhidmat untuk masadepan pekerja atau hanya menjaga masadepan kroni sahaja? Padahal ada banyak lagi pelaburan yang jauh lebih selamat, kurang berisiko dan berdaya maju dari Time dotCom. Kalaulah EPF teringin sangat hendak membelinya, kenapa tidak dibeli sahaja bila ia disenaraikan kerana majoriti analis berpendapat ia akan merudum sakan. Kalaulah macam ini EPF diuruskan - alamat kita akan hidup merempat bila alam tua mencecah tiba. Ia bukan lagi simpanan untuk hari tua tetapi demam yang akan merosakkan ketenangan di hari tua. Yang senang dan goyang kaki cuma kroni sahaja........

-TJ Man Kubur-




http://asia.biz.yahoo.com/news/asian_markets/article.html? s=asiafinance/news/010315/asian_markets/dowjones/ Malaysian_Provident_Fund_Bought_3.2__Of_Time_dotCom.html


Thursday, March 15 7:46 PM SGT

Malaysian Provident Fund Bought 3.2% Of Time dotCom

KUALA LUMPUR (Dow Jones)--Malaysia's Time dotCom Bhd. (P.TDC) Thursday confirmed widely held speculation that the country's largest provident fund stepped in to take up a large chunk of shares from its initial public offering.

In a statement, Time dotCom said the Employees Provident Fund bought 81.6 million shares, equivalent to 3.2% of the company's share capital March 2.

EPF paid the offer price of 3.30 ringgit ($1=MYR3.80) per share, which would have cost the fund a total MYR269.3 million ringgit.

Time dotCom shares lost 4.4% to MYR2.17 Thursday. That means the EPF is sitting on paper losses of MYR92.2 million.

Employers and employees have to make compulsory contributions to the EPF.

(MORE) Dow Jones Newswires 15-03-01