Laman Webantu   KM2A1: 3992 File Size: 11.9 Kb *



TJ MT MGG: Wujudnya Tangan Ghaib? [Kg Medan]
By M.G.G. Pillai

17/3/2001 12:01 am Sat

MGG 6401

[Kerajaan telah gagal menyediakan keadaan yang selamat untuk rakyat walaupun mereka itulah dulu yang memberi undi. Malah kerajaan gagal lagi kerana menghidupkan tuduhan bahawa satu kaum atau puak tidak boleh dipercayai.

Sebenarnya rakyat marahkan kerajaan BN dan Umno kerana cakap dan bikin tidak serupa. Hidup terabai terlalu lama tetapi kerajaan membawa kemajuan ke tempat lain pula. Malah berbelanja sakan untuk burung bergembira di Putra Jaya dan ikan berenang di kolam jernihnya.

Pemimpin BN datang menjenguk itupun lewat dan asyik berada di tempat yang sejuk-sejuk sahaja. Jelaslah kerajaan termalu kerana kerajaanlah sebenarnya punca semuanya berlaku.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-



Wujudnya Tangan Ghaib?

(MGG: Was There A Hidden Hand?)

Dengan redanya keadaan perbalahan di kawasan setinggan yang mengaibkan Petaling Jaya, maka terserlah kini segala kejijikan dan kelemahan pentadbiran kerajaan yang memerintah. Satu peristiwa yang ngeri telah pun terjadi, tetapi tidak ada sesiapa pun di pihak yang berkuasa yang menunjukkan kesungguhan memperbetulkan keadaan, seolah-olah peristiwa itu sesuatu yang memang telah lama ditunggu. Kerajaan bertegas betapa peristiwa itu tidak berunsur perkauman ataupun masalah bangsa. Tetapi, ketegasan itu dicemari dengan siaran terperinci segala kes bencana dan tangkapan, termasuk membabitkan kumpulan pendatang Indonesia sebagi ramuan perasanya. Setiap kenyataan polis memberikan jenis kaum yang telah ditangkap, tercedera ataupun terbunuh. Inilah yang menyemarakkan perasaan, terutama sekali di pihak yang terhina, seolah-olah mahu menyuntik perasaan kenapa kaum yang lagi satu itu tidak boleh dipercayai.

Barisan Nasional memang menggelabah sebaik sahaja peristiwa itu terjadi. Apa yang telah berlaku memang lebih serius daripada yang telah diperakui. Apabila 400 anggota polis bersenjata dan 200 polis bantuan dan seratus lagi anggota hospital dan bomba ditempatkan di sebuah kawasan yang berapa batu persegi sahaja keluasannya, tentulah keadaan lebih hebat daripada yang dilapurkan. Kalau perkara ini dianalisa dengan rapi, kita akan mendapat jawapannya. Kampung Medan merupakan pusat tercetusnya pergaduhan itu. Inilah kampung halaman ketua pergerakan Keadilan, Ezam Mohamed Noor. Bapanya, ialah seorang anggota polis yang sudah bersara dan merupakan ketua bahagian UMNO di situ. Himpunan besar pertama Reformasi pernah dilancarkan di kawasan itu. Majoriti orang Melayu di kawasan yang mengandungi 47 kampung dan dihuni oleh 160,000 manusia di situ sudah pun beralih angin daripada UMNO dan Barisan Nasional. Dalam pemilu yang lalu, wakil rakyat wanita UMNO yang memenangi kawasan ADUN di situ bukan naik disebabkan undi orang Melayu, tetapi disebabkan kaum India yang diterajui MIC yang mengundinya. Orang India masih mampu menyokongnya di sebalik kemelut perpecahan di kalangan mereka yang berbelahbagi menyokong presiden parti dan pembangkang. Apakah ada tangan ghaib di sebalik semua itu?

Sebaik sahaja berlakunya pergaduhan, BN dan UMNO tidak pun mempunyai pengaruh di kawasan itu. Menteri Besar Khir Toyo telah diejek dan dipelekehkan ketika berada di situ. Tidak ada menteri kebinet yang bergegas ke tempat itu. Perdana Menteri tidak juga mempunyai agenda melawat tempat itu, walaupun dia ada di beberapa majlis tidak berapa jauh dari situ. Yang paling mengaibkan keadaan ialah betapa pemimpin parti kerajaan tidak dialu-alukan di kawasan itu. Malahan tidak ada yang berani ke situ tanpa pengawalan keselamatan yang ketat. Itulah juga alasan Dato S. Samy Vellu ketika tiba lewat ke tempat itu. Sudah memang ada perasaan bahawa memang ada beberapa perkara yang tersorok yang masih belum lagi kita tahu. Kini keadaan sudah pun reda maka tibalah masa untuk meraikannya. Khir Toyo sudah pun menaja satu jamuan jauh daripada tempat kejadian. Jamuan muhibah itu ditajanya enam batu jauhnya dan di sebalik keselamatan rumah kediaman rasminya. Suasana muhibah akan tercemar kalau rakyat marhaen menyoalnya ketika semua orang meraikan majlis perpaduan pelbagai kaum itu, bukan?

Krisis itu dikatakan sudah pun berakhir. Itulah yang diishtiharkan oleh Menteri Pertahanan, dan naib presiden UMNO, Najib Tun Razak. Sepupunya dan rakan kabinet serta ketua pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein, telah mula boleh bersuara kembali sambil menuduk pihak bajingan yang memulakan semua pergaduhan ini. Tetapi para pesara kerajaan meminta keadaan bertenang dipersetujui. Khir Toyo memang tidak senang hati dengan berita angin tersebut dan mula melawat kawasan lain yang dikatakan berita angin sudah tersangkut. Tetapi, kenapakah dia tidak terus melawat kawasan hangat di mana dia telah diejek dan disindir bangat? Apakah penyebab pergaduhan itu kalau bukan keadaan sosio ekonomi yang terabai selalu. Selama berdekad kawasan itu diabaikan tentunya segala perasaan sabar yang terpendam meledak juga akhirnya. Tempat-tempat seperti itu adalah menjadi agenda lawatan ketika kempen pemilu dan dilupakan begitu sahaja sehingga bermulanya kempen terbaru yang lagi satu.

Pada satu ketika UMNO dan BN mempunyai kuasa politik untuk melaksanakan sesuatu di tempat seperti itu. Keadaan sudah berubah. Satu generasi sudah bangun membesar di tempat selekeh seperti itu tanpa mengenal cara hidup yang lain lagi, sambil memerhatikan kegemerlapan di sekelilingnya dengan perasaan dendam yang terus membara. Apabila mereka terus diabaikan dan tidak diberikan kemudahan asas yang semestinya, tentu mereka tidak dapat bertahan lama. Rakyat Malaysia amat mudah menuduh Amerika Syarikat setiap kali pergaduhan kaum meledak di sana. Tetapi, apa yang berlaku di sana adalah berseiras dengan apa yang telah berlaku di Petaling Jaya. Kumpulan kulit hitam (Afrikan American) menghuni di kawasan setinggan dalam keadaan yang sama teruk dan dahsyatnya dengan penghuni perkampungan setinggan di Malaysia. Sebab musabab yang sama mencetuskan pergaduhan di sana adalah punca yang sama yang mencetuskan pergaduhan di negara ini. Pengabaian telah menjana kejijikan dan kemarahan. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit percikan api yang dapat meledakkan genangan minyak yang lama bertakung di celah-celah perpaduan kaum dan segala perbezaannya.

-MGG Pillai-

pillai@mgg.pc.my

Rabu 14 Mac, 2001.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT/13/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Was There A Hidden Hand?

When all is said and done, the communal clashes at Petaling Jaya's squalid urban sprawl reflected nationally both the National Front government's impotence -- and its unconcern. Something terrible had happened, but no one in authority appeared concered, giving an impression it had been expected. The government insists what happened was not communal or racial, but spoils its case by giving a breakdown of casualties and arrests, bringing in the Indonesians for good measure. Every police statement identifies the race of those arrested, wounded or killed. It helps build up resentment, especially amongst those affected, as is yet another unconscious reason why the other community cannot be trusted.

The National Front gave up the ghost when the clashes occurred. What happened is more serious than admitted: when 400 armed policemen, 200 auxillary policemen and a hundred more from hospitals and fire stations are stationed in an area of a few square miles, it must be. Look deeper, and you come to some unexplainable linkages. Kampung Medan, in the heart of the troubles, is the childhood home of the KeADILan youth chief, Ezam Mohamed Noor, and his father, a retired policeman, was an UMNO branch official in the area. The first major reformasi gathering was held in the area. Most of the Malays in the area of 47 villages and 160,000 people have drifted away from the National Front and UMNO: in the last general election, the UMNO assemblywoman was elected not by Malay voters, but by the solid MIC-supporting Indians, even if it is divided, like in UMNO, irrevocably between those for the president and those against. Was there a hidden hand?

So, when the clashes occurred, the National Front and UMNO had no voice in the area. The Selangor mentri besar, Dato' Mohamed Khir Toyo, was heckled when he visited the area. The federal ministers who would rush in to show their concern did not. The Prime Minister was no where around though he did appear at irrevelant functions far removed from the clashes. What embarrassed the most was that party leaders were not welcome. None would dare venture in except under tight security. Dato' Seri Samy Vellu said as much to explain away why he arrived late to succour to the Indians. One gets the odd feeling that there is more to it to what happened than we are told. Now that the clashes are contained, it is time for celebration. Dato' Khir hosts a "muhibah" party not where it is needed most but in the safety of his well-guarded official residence in Shah Alam, six miles away. Muhibah would get a bad name if people demand answers amidst a dinner to celebrate multiracial amity, would it not?

But the crisis is over. Who says that? The defence minister and UMNO vice president, Dato' Seri Najib Tun Razak. His cousin, cabinet colleague and UMNO youth chief, Dato' Hishamuddin Hussein, has regained his voice to blame the rascals who started all this. The government pensioners call for calm. Dato' Khir is unhappy about rumour mongering, and claims to have visited areas rumoured to have had clashes. But not the "hot" spot where he was heckled when he did. What caused the clashes? Socio-economic neglect. When for decades, nothing is done to improve the lot, something gives. Places like these are visited during election campaigns. And then ignored until the next.

At one time, UMNO and the National Front had the political support to force their way through. Not any more. A generation had grown up in the slumps, know no other life, and the bright light outside their doorstep unconsciously builds up internal resentment. When they are also ignored, not given basic amenities, it adds up. Malaysians are quick to blame the United States when race riots break out. But what happens there is what has happened in Petaling Jaya. The blacks live in slums and generally they are as bad and as worse as the worst of them in Malaysia. The same frame that caused the riots there cause it here as well. Neglect breeds contempt and anger. And all it needs is a spark to make nonsense of multiracial unity and diversity.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my