Laman Webantu   KM2A1: 3993 File Size: 13.4 Kb *



TAG MT 58: Punca Ketegangan [FEER]
By S. Jayasankaran

17/3/2001 9:05 am Sat

TAG 058

[Sesuatu yang kuat ditekan akan terhimpit dan terkeluar. Dan bila ia keluar ia akan terus menular. Begitulah keadaan rakyat Kg Medan yang telah dipinggirkan oleh arus pembangunan. Kemiskinan melahirkan kegiatan samseng dan dadah khususnya dikalangan masyarakat India sehingga mangsanya sendiri mungkin kaum India juga. Tetapi kali ini orang Melayu yang ramai ditangkap pula. (Sudah berjangkit agaknya?). Padahal bukan isu kaum awalnya tetapi isu marah yang membara dan keadaan sosio ekonomilah yang menjadi punca.

Rakyat semakin terbelah kerana pemerintah membelahnya juga. Kawasan baru dibuka jauh-jauh dengan belanja berbilion dan berjuta sedangkan kawasan setinggan yang dekat dibiarkan sahaja.

Kerajaan BN sebenarnya sudah naik lemak dan naik minyak. Selalu menang mudah walaupun tidak menolong rakyat yang mengundinya. Tentulah marah rakyat pula semakin membara. Bila bara bertemu minyak - apilah hasilnya. Inilah punca ketegangan dan Kg Medan menjadi tempat ia bermula.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Punca Ketegangan

(Pressure Point)

By: S. Jayasankaran, FEER Kuala Lumpur

Issue-cover dataed March 22, 2001.

Menteri Kerjaraya Dato S. Samy Vellu menangis hiba di Universiti Hospital pada Mach 10 yang lalu. Dia cuba memujuk seorang wanita yang sudah naik histeria kerana suaminya mati terbunuh dalam pergaduhan, agar tidak mengebumikan mayat suaminya itu di jerat yang berdekatan rumah kediamannya di sebuah perkampungan setinggan. Itulah kawasannya di mana bermulanya satu pertembungan perkauman yng membunuh enam manusia (setakat ini - pernterjemah) dan mencederakan 40 orang pula.

Titisan airmata Samy memang berjaya menguasai suasana pada malam itu. Mungkin juga seluruh Malaysia turut menggenangkan titisan arimata bersamanya kerana keganasan yang terjadi. Inilah petembungan kaum yang mengorbankan nyawa sejak 30 tahun lalu - memberikan gambaran betapa rapuhnya hubungan kaum itu dalam satu negara yang memberikan penekanan kepada perpaduan antara kaum. "Kini muncul kecurigaan keadaan akan merebak lebih teruk lagi kerana orang yang dulunya tidak berfikir secara perkauman, kini akan mula berubah fikiran dalam hal itu," kata Saliha Hasan, seorang ahli sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apabila perkara ini berlaku di kalangan orang Melayu, ia akan menjadi satu keadaan yang tertekan lagi.


Satu minggu yang berlalu sejak pergaduhan itu meletus di pinggir kotaraya menyerlahkan satu keperitan yang mendalam; tercetus sudah satu kesangsian akan hala tuju negara dalam keadaan ekonomi yang semakin lemab perjalanannya, kegiatan pasaran saham yang semakin merudum dan ketidaharuan politik yang disebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu, yang merupakan 58% daripada jumlah penduduk negaranya. "Orang ramai sudah semakin mudah mempercayai perkara yang buruk," kata pakar sosiologi P. Ramasamy. "Berita angin membawa kesan pantas yang memburukkan keadaan."


Keganasan bermula di salah satu daripada enam perkampungan setinggan di Jalan Kelang Lama, yang meminggiri kawasan kediaman kelas menengah Petaling Jaya yang teletak di bahagian timur Kuala Lumpur. Sekitar 6,000 manusia - sekitar 90% darinya adalah bumiputra dan bakinya kaum India - menghuni pekampungan yang dipenuhi sampah sarap di tepi jalanraya, tanpa banyak lampu jalan di malam hari, dengan rumah kediaman yang dibuat daripada kayu dan berbumbung zinc.

Kemiskinan memang terlalu nyata, seperti juga kebajingan samseng-samseng dan pengedaran dadah yang berleluasa terutama sekali di kalangan penduduk kaum India. "Sejak 1991, kadar jenayah memang semakin memuncak di kawasan itu," kata Ramasamy, seorang penduduk India di situ. "Sebenarnya, saya sendiri pun takut untuk berjalan-jalan sendirian di kawasan India pada malam hari."

Punca pergaduhan bermula pada Mach 4, di antara dua isi rumah. Satu keluarga Melayu sedang bersiap untuk kenduri kahwin dan satu keluarga India pula sedang bersiap untuk pengebumian salah seorang ahli keluarga mereka. Satu khemah yang dipasang di atas jalanraya di hadapan rumah telah menghalang seorang penunggang motor yang sedang mabuk. Dia telah menyepak beberapa kerusi di khemah itu dan melarikan diri ke sabuah rumah yang sedang berkabung itu. Cermin kereta seorang peniaga India di sebuah kampung yang berhampiran telah dilastik secara tidak sengaja, sehingga mencetuskan berita angin mengenai pergaduahan Melayu-India. Laksana putaran pedati yang menggila pusingannya, pelbagai peristiwa terjalin sehinggakan muncul kumpulan bersenjatakan parang panjang yang mengganas di kawasan perkampungan dengan menetak orang yang dianggap musuh. Lima daripada yang terkorban adalah daripada kaum India. Yang keenam ialah seorang pekerja binaan Indon yang disalah cam sebagai orang Melayu. Polis telah menangkap sekurangnya 184 orang, sebahagian besar di kalangan mereka adalah orang Melayu.

Ahli politik parti pembangkang berkata bahawa petempuran itu telah dicetuskan bukan disebabkan isu perkauman tetapi kerana keadaan tegang yang amat dirasai oleh rakyat marhaen. Mereka hidup dengan serba kemiskinan dan sebagai rentetan kepada pembangunan yang tidak seimbang sejak zaman kemewahan tahun 1990-an. Memang ramai orang yang bersetuju dengan pendapat itu. "Kalau saya terpaksa hidup semacam itu, saya akan marah juga," kata seorang ketua pengarah sebuah syarikat yang menetap berjiran dengan kawasan itu. "Kerajaan membazirkan berbilion ringgit dengan segala kemegahan di sebuah bandar baru seperti Putrajaya sedangkan kemarahan rakyat marhaen semakin membara. Inilah yang berbahaya kerana kumpulan ini memang tidak rugi apa-apa lagi."

Masalah politik menyukarkan keadaan lagi. Orang Melayu sudah berpecah sejak 1998 lagi ketika bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Majoriti orang Melayu sudah pun berpaling arah dan tidak menyokong UMNO lagi, kerana itulah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Mahathir tidak lagi berjaya meraih sokongan orang Melayu sejak itu. Itu sebabnya UMNO, sejak awal tahun ini terlalu ghairah mahukan satu majlis perundingan perpaduan Melayu dengan pihak pembangkang - terutama sekali dengan PAS, sebuah parti yang disokong oleh majoriti orang Melayu. Para analis membuat pengamatan betapa laungan untuk berpadu itu selalunya diasaskan terhadap serangan luar - kadangkala diberi nama (puak Cina yang ekstrim, misalnya) kadangkala tidak bernama pula (kuasa asing) - yang dikatakan sedang mencuba menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu yang sebenarnya termaktub dalam perlembagaan negara.


Gelagat UMNO memberi penekanan terhadap perkauman, kata analis lagi, memang mencetuskan kemarahan orang. Itu sebabnya ada pemerhati yang menyindir bahawa keganasan itu meungkin sudah dirancang. Ramai orang yang meragukan anggapan ini. Tetapi syak wasangka seperti itu memang diulang-ulang juga. "Adalah merunsingkan apabila orang bercakap mengenai perpaduan Melayu tanpa mengambil kira kesannya kepada kaum lain," kata Ramasamy. "Ini memberi gambaran seolah-olah kaum lain tidak mempunyai hak ke atas percaturan sistem hidup negara ini."

-S. Jayasankaran-
Kuala Lumpur

>>>>>>>>>>>>>>>>>MT15/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


http://www.feer.com/

The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 22nd March 2001


Pressure Point

Poor squatter districts erupt in violence, prompting Malaysians to fear for their racial harmony

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

MALAYSIAN MINISTER OF WORKS S. Samy Vellu burst into tears at the mortuary of University Hospital on March 10. He was trying to persuade a hysterical woman, whose husband had been killed in a racial attack, not to have the funeral at her home in a Kuala Lumpur squatter district--epicentre of ethnic clashes that killed six people and injured over 40.

Samy's tears did the trick that night. But perhaps Malaysia wept along with him as well, for the violence--and its worst ethnic-clash death toll in over 30 years--illustrated the fragility of race relations in a country that puts great stress on multi-racial amity. "The fear is it could get worse because these things make people who normally don't think about race begin thinking along those lines," says Saliha Hassan, a political scientist at the National University of Malaysia. "And this is especially among the Malays. It's very depressing."

More broadly, the week of clashes on the city's outskirts underscore a deeper malaise: growing unease about the direction of the country with a slowing economy, a slumping stockmarket and political uncertainty stoked by divisions among Malays, who form 58% of the population. "People seem to want to believe the worst," says sociologist P. Ramasamy. "Rumours had a lightning effect which made the situation worse."

The violence began in one of the six squatter villages off Old Klang Road, hugging the middle-class suburb of Petaling Jaya in western Kuala Lumpur. Some 6,000 people--90% ethnic Malays and the rest Indians--live in the villages with garbage-strewn streets, almost no street lights, zinc-roofed shacks and wooden Malay-style village houses.

Poverty is endemic--as are gangsterism and drug-trafficking, especially among the Indian population. "Since 1991, there has been increasing crime and violence there," says Ramasamy, an ethnic Indian himself. "Frankly, I wouldn't want to walk in the Indian areas by myself at night."

Trouble began with a fight on March 4 between two households, one Malay and celebrating a wedding, and the other Indian, preparing to bury one of their own. A temporary shed on a road outside the wedding house impeded a drunken motorcyclist, who kicked some chairs over and fled in the direction of the Indian wake. The windscreen of an Indian businessman's car in an adjoining village was later accidentally shattered by a catapult, adding to rumours of Malay-Indian clashes. In a vicious cycle, incidents escalated until armed gangs roamed neighbourhoods slashing people. Five of the dead were Indians. The sixth was an Indonesian construction worker mistaken for Malay. Police arrested at least 184 people, more than half of them Malays.

Opposition politicians said the clashes were prompted less by race than by frustration over poor living conditions and the result of uneven development during the boom of the 1990s. Many people agree. "If I had to live like that, I'd be angry too," says a company managing director who lives close to the affected areas. "The government spends billions of ringgit on ornate cities like Putrajaya instead of quelling urban anger, which is dangerous. They have nothing to lose."

Political problems heightened the situation. The Malays were split by the 1998 sacking and imprisonment of former Deputy Premier Anwar Ibrahim. Many Malays turned their backs on the United Malays National Organization, the dominant party led by Prime Minister Mahathir Mohamad.

Mahathir hasn't succeeded in rallying the Malays since. So Umno this year has pressed for so-called "Malay Unity talks" with the opposition--and largely Malay--Islamic Party of Malaysia, or Pas. Analysts note, however, that the call for unity has almost always been against an external threat--sometimes named (Chinese extremists, for example) and sometimes unnamed (foreign powers)--that seeks to erode Malay special rights, which are enshrined in the constitution.

Harping by Umno on race, analysts say, may have raised tempers. It is also a reason why some cynical observers suggest the violence may have been planned. Most people doubt this. But that the suspicion exists is telling. "It's disturbing to hear people talking about Malay unity without regard to the consequences for the other races," Ramasamy says. "It seems to imply the others have no stake in the system."