Laman Webantu   KM2A1: 3994 File Size: 27.6 Kb *



TAG MT 59: Tangan Yang Membantu [Newsweek]
By Steve Levine

17/3/2001 9:06 am Sat

TAG 059

[Lapuran penyiasatan (investigative reporting) ini sudah lama tetapi begitu berguna kerana ia menyorot kisah perjuangan pelajar Afghanistan atau Taliban yang berakhir dengan kemenangan setelah dibantu oleh Osama Bin Laden. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak MT kerana menyediakan terjemahan yang begitu panjang ini. Semoga ia dimanfaatkan - khususnya oleh semua para pelajar di negara Malaysia.

Lihatlah bagaimana Amerika dan Soviet pun dapat ditumpaskan mereka walaupun mereka cuma pelajar kampung sahaja. Sampai kini barat pening bagaimana mereka mampu melakukannya. Dan kuasa besar masih gentar sehingga sekarang untuk menghadapi mereka. Apa tidaknya, semua selok belok perang sudah diketahui Taliban kerana ketua mereka pernah berkhidmat di peringkat tinggi tentera di Amerika. Dan dengan Islam sebagai pegangan, mereka mampu menundukkan sebarang serangan walaupun senjata sedikit bilangan. Bukannya berbelanja sakan sehingga pecah rekod atau bercakap panjang-panjang soal jihad di U.K. sehingga sakit telinga mendengarnya ...... itu pun cuba berselindung dengan satu majlis makan supaya tidak lari semua jemputan.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Tangan Yang Membantu

(Helping Hand)

By Steve Levine
Newsweek October 13, 1997.

Serban yang melilit kepalanya memang menonjolkan ketokohannya. Apalagi jubah putih yang menghiasi tubuhnya dan janggut keputih-putihan yang menghiasi dagunya. Sultan Amir memang menonjol sebagai seorang ketua suku kaum. Di Afghanistan, dia sedang mengamalkan kerjayanya, pakaian yang dikenakannya itu adalah semacam seseorang yang memakai sut dan tai. Dia sudah pun menjadi satu legenda kerana kepakaran yang memang teristimewa; sebagai veteran pegawai perisik Pakistan, yang memang arif dengan segala latihan peperangan, penyusunan organisasi, penyelinapan, dan indoktrinasi oleh kumpulan Beret Hijau di Fort Bragg, North Carolina. Para penyokongnya memberikan gelaran 'Imam' kepadanya. Inilah nama panggilan yang diperolehinya 15 tahun yang lalu di sebuah kubu padang pasir di perbatasan. Di sanalah dia melatih gurilla Mujahedin untuk melawan penjajah Soviet yang sedang menguasai Afghanistan. Inilah kisahnya sebelum wang pemberian CIA (Central Intelligence Agency - Jabatan Risikan Pusat Amerika) datang mencurah-curah. Kumpulan anak-muridnya memang menghormati beliau mengikut ajaran agama dan budaya mereka dan inilah yang membuatkan beliau merasa bangga dengan mereka. Beberapa pejuang asuhannya itu akhirnya menjadi pasukan pelopor Taliban. Inilah sayap bersenjata yang muncul daripada sikap menyepi tiga tahun dulu (ingat...! tulisan ini bertarikh 1997-penterjemah) dan kini, inilah juga pasukannya yang menguasai hampir keseluruhan Afghanistan. "Setiap pemimpin Taliban, mengenal Imam secara peribadi," kata Irfan Siddiqi, seorang penulis Pakistan yang memang kenal Amir secara mesra. Anda bolehlah katakan bahawa beliau merupakan penasihat mereka.


Para pelajar Amir masih lagi mempelajari cara mempraktikkan ajarannya. Minggu yang lalu angkatan Talkiban telah diperteguhkan untuk mengepung Mazar-i-Sharif. Inilah kubu kuat terakhir pihak penentang yang bersenjata. Setiausaha Agong PBB Kofi Annan telah merayu agar dilaksanakan gencatan senjata untuk membolehkan kerja-kerja mengundurkan pekerja sukarela antarabangsa, bersama dengan ribuan pelarian peperangan Tajik yang terperangkap dengan pertembungan tembak-menembak. Pemimpin Taliban enggan menerima desakan Kofi Annan itu. Setelah berusaha dengan gigih yang menumpaskan banyak nyawa dan pejuang yang tercedera, mereka tidak ingin membahayakan hasrat meraih kemenangan yang mereka impikan. Di waktu yang sama, di sebuah hospital wanita di kabul, pasukan polis Taliban yang amat digeruni telah menahan seorang wakil Suruhanjaya Eropah, bersama 18 pekerja sukarela dan para wartawan. Di antara mereka termasuklah William Shawcross, yang kemudiannya menulis satu pengalaman peribadinya untuk Newsweek.


Sejarah kebangkitan Taliban memang sudah menjadi satu bahan tekateki dan desas-desus pihak awam. Kini, satu penyiasatan terperinci oleh Newsweek telah menjejak asal usul kumpulan itu yang penuh misteri dan segala sumber sokongannya yang dibiarkan menjadi bahan misteri juga. Lapuran kami mendedahkan kesahihan di sebalik segala syak wasangka yang tidak dapat diperakukan mengenai Taliban. Inilah satu angkatan askar bersenjata Afghan yang belum pernah ada saingannya dalam bentuk taktik, stamina, kecanggihan dan keberkesanannya. Inilah juga satu angkatan perang yang ditubuhkan dengan perancangan orang luar, wang dan alat kelengkapan bersenjata. Ceritanya mempunyai kaitan di antara satu pakatan strategik di antara seorang fanatik agama yang bermata cemeh dengan satu kumpulan yang dituduh bersifat pengganas dan yang diburu oleh dunia. Di sini juga terselitnya kisah perdombaan antara dua calon yang bersaing untuk merebut peluang membina satu saloran paip gas asli dan minyak daripada negara-negara Asia Tengah yang kaya dengan hasil minyak dan gas asli dan berminat untuk menyalurkan hasil bumi itu ke arah pantai. Walaupun tidak ada bukti sahih yang membayangkan hubungan erat di antara Taliban dan agensi perisikan Amerika itu, kumpulan itu menikmati sokongan padu dua rakan paling akrab Washington di rantau itu - Islamabad dan Riyadh. Taliban telah membangun menjadi satu angkatan perang yang mengikut perintah satu klik kecil Afghan yang sungguh teokratik yang dipimpin oleh seorang mullah yang cukup berahsia bernama Mohammad Omar.



Asal usul Taliban bermula pada awal 1980-an. Ramai rekrut yang menjalani latihan adalah manusia yang kuat pegangan agama sehingga cenderung digelar kumpulan fanatik. Inilah kumpulan yang dilatih oleh Imam, seorang pegawai khas (special-ops) Pakistan. Sebelum itu mereka merupakan pelajar sekolah agama tradisional di kampung-kampung. Inilah kumpulannya yang disenangi dengan panggilan 'taliban' bererti pelajar. Beberapa pejuang elit di kalangan pelajar inilah yang diserapkan dalam pasukan bersenjata mujahidin. Yang lainnya dibentuk dalam satu pasukan bersenjata bersendirian dengan dipimpin oleh pemimpin agama yang tidak mudah dipengaruhi oleh sistem kabillah (puak) yang lama. CIA telah mengirimkan ratusan juta dollar untuk membeli senjata, mengongkosi latihan dan bekalan kelengkapan kumpulan anti Soviet untuk mengnyahkan mereka dari bumi Afghanistan. Ketika itu Cia tidak pernah membezakan di antara kumpulan sekular dengan mereka yang kuat pegangan agamanya. Peperangan dengan penjajah Soviet terus berjalan dan Saudi Arabia terus membekalkan wang untuk membina sekolah Al Koran di kawasan penempatan pelarian perang. Jumlah angkatan perang di kalangan pelajar agama itu terus bertambah secara berlipat ganda. Pada 1992, regim pemerintah di Kabul yang disokong oleh Moscow pun tumpas. Pelajar-pelajar yang dilatih itu pun pulang ke kampung halaman mereka untuk bersekolah semula mengikut cara lama. Tetapi, mereka terus berhubungan dan bersiap sedia kalau-kalau khidmat mereka diperlukan lagi.


Pada 1994 mereka digerakkan secara mengejut. Di waktu itu banjiran bantuan Amerika kepada Islamabad sudah pun kering setelah pasukan Soviet mula keluar daripada Afghanistan pada 1989. Pakistan terlalu terdesak dan memerlukan satu sumber pendapatan yang baru. Benazir Bhutto yang menjadi perdana menteri ketika itu, menyusun satu rancangan untuk membuka semula jalan Sutera daripada Karachi hingga Asia Tengah, merintasi Afghanistan. Dia tidak hirau langsung betapa sebahagian besar kawasan pendalaman itu dikuasai oleh satu kumpulan 'pengganas' yang bersenjata. Pada 29 Oktober, satu konvoi berjumlah 30 kenderaan semuanya, yang sarat dengan perubatan dan makanan telah memulakan perjalanannya daripada sempadan Pakistan menuju Turkmenistan melalui bandar Afghan di bahagian selatan yang bernama Kandahar. Amir berada di bahagian hadapan konvoi itu. Sama ada dia memang sudah menelah akan tercetusnya pergaduhan, adalah sesuatu yang tidak dapat diamati. Tetapi itulah yang berlaku akhirnya. Seorang ketua perang tempatan bernama Niyaz Wayand telah menyekat konvoi itu dan merampasnya setelah memukul Amir dalam pertelingkahan mereka. Berita malangnya itu tersibar cepat hingga menggerakkan satu kumpulan bekas anak muridnya mengirimkan satu pasukan bersenjata untuk menyelamatkannya. Mereka baham ketua perang tempatan itu dan membebaskan kumpulan daripada Pakistan itu. Oleh kerana mereka terlalu marah dan bosan dengan unsur kebajingan di situ mereka pun bertindak untuk merampas kuasa di Kandahar. Pemimpin mereka ialah seorang pendakwah bermata satu yang bernama Mullah Omar.

Kemenangan yang mengejutkan itu telah mencetuskan keghairahan orang-orang Afghan. Kumpulan mujahidin yang dilatih di sekolah membaca Koran memang telah lama mengimpikan satu usaha menyelamatkan Afghanistan daripada ancaman anarki. Kini mereka lebih ghairah untuk mengembangkan pengaruh kepada keseluruhan Afghanistan dengan membuka jalan untuk kemasukan bekalan bantuan kepada pergerakan mereka. Bantuan bekalan yang mereka terima termasuklah dua orang pemandu keretakebal yang berpengalaman dan juruterbang serta dua orang penasihat risikan tentera. Salah seorang penasihat risikan ini ialah Amir yang diberi status diplomatik untuk mudah bertugas di bandar Herat yang terletak di bahagian barat negara itu. Pengamatan dari negara luar, kemunculan Taliban itu memang ternyata sungguh menakjubkan. Pakistan berusaha menyorokkan segalakerja-kerja pembekalan kepada mereka, sementara tidak ada langsung sebarang bukti pembabitan CIA dalam 'operasi' bekalan kemanusiaan itu.


Kejayaan mereka hampir menjahanamkan kumpulan Taliban. Kerana semakin mabuk dengan kemenangan di medan perang mereka semakin melupakan arahan yang dikirim daripada Islamabad. Pada Mach 1995, Taliban telah mengenepikan amaran keras daripada pasukan risikan Pakistan dan bergerak untuk menyerang Kabul. 'Pergerakan Taliban ke arah Kabul adalah laksana pergerakan orang gila,' kata seorang diplomat. Kumpulan Taliban hanya berjaya mengusir keluar Gulbuddin Hekmatyar, yang ketika itu memang sudah lama mengepung Kabul dengan segala kelengkapan perang yang dibekalkan oleh pembekal perang Pakistan. Kemudian orang-orang Kabul telah memuntahkan mariam pertahanan mereka hingga mengorbankan sekitar 400 orang pejuang Taliban, sebelum mereka sempat lari lintang-pukang untuk menyelamatkan maruah juang.

Memang sukar untuk Taliban menang. Tetapi, ketika itulah Arab Saudi dan UAE (Persatuan Emirat Arab) mula mengirimkan bantuan dan bekalan untuk melengkapkan kembali pasukan pimpinan Omar itu. Mereka dibekalkan pula dengan kenderaan tahan lasak dan segala kelengkapan perang yang lain. Riyadh terus menjadi pembekal dana yang utama kepada kumpulan Taliban dan tukangbayar gaji ialah Turki bin Faisal. Ketua Risikan Saudi ini kerap berunding dengan wakil perutusan Taliban di Riyadh. Sudah wujud suasana 'karot dan rotan' kata seorang perisik barat. "Kerajaan Saudi mudah memberi kalau Taliban didapati mengikut arahan mereka. Kalau Taliban engkar, bantuan itu ditangguhkan." Pada perengahan 1996, Saudi menangguhkan bekalan mereka menyebabkan kumpulan Taliban menggelabah pada Ogos tahun itu kerana kekeringan bekalan yang diperlukan.

Tidak berapa lama kemudian mereka mulai segar dan cergas kembali. Pada 27 September, Pasukan Taliban bergerak memasukki Kabul. Bekas panglima pemerintah mujahedin yang rapat dengan Taliban menceritakan betapa bekalan terbaru muncul dengan ihsan Osama bin Laden, seorang warga Saudi yang dikehendakki oleh Jabatan Kehakiman Amerika dengan tuduhan menaja beberapa serangan besar pengganas termasuklah menggunakan sebuah trak yang sarat dengan bom letupan, memusnahkan berek tentera Amerika di Khobar. Sumber-sumber Saudi, Afghan dan negara-negara barat berkata Osama Laden telah menyediakan hadiah istimewa kepada Omar berjumlah $3 juta dollar. Osama yang ditaksirkan mempunyai simpanan wang berjumlah $300 juta dollar hasil warisan syarikat pembinaan keluarganya, hidup di Khandahar bersama ahli kumpulannya seramai 160 orang sebagai salah seorang rakan karib Omar. Bekas penglima perang mujahedin berkata, bekalan wang yang terbaru itu mampu memperkuatkan Taliban setelah berjaya memancing ramai para pejuang Kabul untuk berpaling tadah dan menjadi ahli Taliban yang baru dan melumpuhkan kubu kumpulan Kabul yang masih bertahan itu.

Sebelum Kabul jatuh ke tangan Taliban, pentadbiran Amerika Syarikat tidak ambil pusing sangat akan kadar kekuatan Taliban. Ada juga beberapa pegawai pertengahan Jabatan Negara yang memuji cara pergerakan kempen Taliban yang mementingkan disiplin. Walaupun ketika itu Mullah Omar sudah mula menyengat dengan pelbagai fatwanya mengenai hak kebebasan wanita. Beberapa kumpulan birokrasi yang lain amat rungsing dengan peranan kumpulan Taliban dalam perdagangan candu (opium) di rantau itu. Mengikut seorang pegawai kanan pencegah dadah daripada negara barat dan beberapa orang Afghan yang rapat dengan Taliban, candu sudah lama menjadi sumber kewangan kumpulan itu, yang mengutip ratusan juta dollar 'cukai' dan sumbangan daripada panglima dadah tempatan. Perdagangan dadah dan ketuanan kelakian memang perkara lumrah di rantau itu. Apakah yang terdaya dilaksanakan oleh Amerika Syarikat untuk menyekatnya?

Setakat itu Washington memang belum lagi memperakukan dan mengiktiraf kerajaan Taliban. Walaupun ada hubungan rasmi yang terjalin yang membabitkan peranan Robin Rafei seorang timbalan menteri negara dan beberapa pegawai kerajaan lagi, pegawai perniagaan telah memainkan peranan sebagai tukang urus dan orang tengah di antara Washington dan Kabul. Sebuah firma Amerika, Unocal memang ghairah mehukan projek membina saluran paip yang bernilai US$4.5 bilion untuk menyalorkan minyak dan gas asli daripada Turkmenistan hingga Pakistan melalui Afghanistan. Malahan firma ini pernah mengumumkan satu skim latihan untuk melatih anak-anak muda Afghan untuk kerja-kerja itu. Sebuah syarrikat Argentina, Bridas, turut berminat dengan projek itu. Kedua-dua syarikat besar itu telah mendapatkan khidmat syarikat-syarikat di Saudi untuk membantu berhubungan dengan Afghans. Mereka juga turut menggaji bekas diplomat Amerika untuk bertugas sebagai perunding di Kabul dan Washington. Nampaknya, dasar Amerika di Afghanistan akan dikotak-katikkan oleh politik pemasangan paip minyak dan gas asli yang akan merentasi negara itu.


Sementara itu, para pegawai risikan Amerika bolehlah memerapkan diri mereka untuk beberapa lama. 'Memang, ada sesuatu yang sedang membuak,' kata seorang operatif CIA yang mempunyai pengalaman yang lama di rantau itu 'Semua itu dilaksanakan mengikut cara lama kami berhubungan dengan orang Afghan, dengan orang Saudi dan Pakistan memberikan sokongan mereka. Tetapi, kali ini kami tidak membuat apa-apa pun!' Dia meninggikan suara bukannya kerana dia naik marah kerana ada orang memikirkan betapa CIA terlibat dalam kegiatan itu. Sebaliknya dia menyerlahkan kehampahan kerana diarahkan berdiam diri di atas bangku (laksana pemain bola simpanan - penterjemah). Tidak pula ada sesiapa berkata dengan penuh keyakinan apakah permainan itu akan memasukki pusingan kedua pula.


-Steve Levine-
Newsweek 13 Oktober, 1997.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 16/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www2.rawa.org/newsweek.htm


Newsweek, October 13, 1997

Helping Hand


Where did the Taliban come from? How did they finance the drive to impose an Islamic state?

A special Newsweek investigation.

By Steve LeVine

Resplendent in his turban, flowing white robe and neatly combed gray beard, Sultan Amir is indistinguishable from a back-country tribal elder. In Afghanistan, where he practices his profession, it's an everyday outfit, the local equivalent of a suit and tie. Within his own specialized field Amir is a legend: a veteran Pakistani intelligence officer, schooled in the arts of weaponry, organization, infiltration and indoctrination by Green Beret experts at Fort Bragg, North Carolina. His admirers call him Imam - "spiritual leader". He earned the nickname 15 years ago at a desert outpost on the border, where he trained young mujahedin guerillas to resist the Soviet occupation of Afghanistan. This was before the really big CIA money began pouring in. His pupils treated him with an almost religious veneration - and they made him proud. Some of his fighters eventually became the nucleus of the Taliban, the armed faction that emerged from obscurity three years ago and now controls most of Afghanistan. "Every Taliban leader personally knows Imam," says Irfan Sidiqqi, a Pakistani writer who knows Amir well. You can say he is their 'technical adviser'."

Amir's students are still putting his lessons to work. Last week Taliban forces intensified their siege of Mazar-i-Sharif, the last major military stronghold of the armed opposition. U.N. Secretary-General Kofi Annan pleaded for a ceasefire to evacuate international relief workers, along with thousands of Tajik war refugees trapped in the cross-fire. The Taliban leaders refused. After months of blood-soaked reversals and advances, they had no intention of jeopardizing the hard-won prospect of a conclusive victory. Meanwhile, at a women's hospital in Kabul, the Taliban?s widely feared religious police arrested a European Commissioner representative, along with 18 other aid workers and journalists, including writer William Shawcross, who later filed a first-hand account of the incident to newsweek.

The history of the Taliban's rise has been largely a matter of public conjecture and rumor. Now a detailed Newsweek investigation has traced the group?s mysterious origins and hidden sources of support. Our reporting exposed the truth behind previously unconfirmed suspicions that the Taliban - an Afghan military force unprecedented in its tactics, stamina, sophistication and effectiveness - was built by foreign planning, money and arms. The story involves a strategic alliance between a one-eyed religious zealot and one of the world?s most hunted accused terrorists. The tangle also includes a duel between rival builders of a prospective pipeline from Central Asia's landlocked oil wealth to the sea. Although no direct ties were found between the Taliban and U.S. spy services , the group has enjoyed the full backing of Washington?s two main friends in the region, Islamabad and Riyadh. But it has evolved into a force that answers to no one outside a small, secretive clique of theocratic Afghans, led by a reclusive mullah named Mohammad Omar.

The Taliban?s roots go back into the early 1980s. Many of the most zealous recruits training under Imam, the Pakistani special-ops officer, had enlisted from the traditional village religious schools. Such young men are commonly called taliban: "students." Some of these elite fighters were integrated into existing mujahedin forces. Others formed special fighting units commanded by religious leaders, outside the old tribal system. The CIA, which covertly sent in hundreds of millions of dollars to arm, train and supply the anti Soviet resistance, never discriminated between secular and religious groups in its largesse. As the war continued, Saudi Arabia sent money to build new Koran schools in refugee areas. The religious student-warriors? ranks had grown to several thousand by 1992, when Kabul's Moscow-backed regime finally fell. The boys went home to their villages and schools. But they kept a sense of special purpose and unity in case they ever again were called to fight.

The summons came abruptly in 1994. The flood of U.S. aid to Islamabad had dried up soon after the Soviets went home in 1989. Pakistan desperately needed new sources of revenue. Benazir Bhutto, then Pakistan's prime minister, hatched a plan to reopen the ancient silk route from Karachi to Central Asia, straight across Afghanistan. She didn?t seem worried that much of the intervening countryside was effectively ruled by local bandits. On Oct. 29, a 30-truck convoy of medicine and food set out from the Pakistani border, headed for Turkmenistan via the southern Afghan city of Kandahar. Amir rode at the procession?s head. Whether he was expecting trouble isn?t entirely clear - but he found it. A local warlord named Niyaz Wayand captured the convoy. Amir himself was beaten up. Hearing of their old friend?s plight, a vigilante band of armed students sped to his rescue. They routed the warlord and freed the Pakistanis. Then, fed up with such banditry, they rolled on to capture Kandahar. Their leader was a one-eyed Muslim preacher called Mullah Omar.


The unexpected victory electrified the Afghans. The old Koran-school mujahedin had been dreaming of saving Afghanistan from anarchy. Now they began swarming to Kandahar. Pakistan, eager to exert more influence in lawless Afghanistan, opened an aid channel to the fledgling movement. The reinforcements included scores of experienced tank drivers and pilots and two covert military advisers. One of them was Amir, assigned under diplomatic cover to the western city of Herat. But from the outside, the Taliban?s growth appeared almost miraculous. Pakistan kept its lines of support well hidden, and the CIA was nowhere in sight.

Success nearly destroyed the Taliban. Intoxicated with their victories, the warriors began ignoring Islamabad's guidance. In March 1995, against stern warnings from Pakistani intelligence officials, the Taliban set out to capture Kabul. "The march to Kabul was a mob," a diplomat recalls. "They went at it like Mad Max." The Taliban succeeded only in chasing off Gulbuddin Hekmatyar, who had also laid siege to the capital with the help of Pakistani arms and supplies. Then Kabul?s defenders opened up their artillery. Roughly 400 Taliban fighters were killed before they could flee the shelling.

The Taliban barely survived. But then Saudi Arabia and the United Arab Emirates began sending new aid, equipping Omar?s troops with off-road vehicles and other vital gear. Riyadh became the Taliban?s main source of funds, and the paymaster was Turki bin Faisal. The Saudi intelligence chief met regularly in Riyadh with senior Taliban emissaries. "It was carrot and stick," says a Western intelligence official. "When the Saudis thought the Taliban were doing what they wanted, they gave. When they didn?t think so, they withheld." In mid-1996 the Saudis were withholding. By August the group was broke and desperate.

Yet suddenly they were rolling in cash and confidence. On Sept. 27 the Taliban marched into Kabul. Former mujahedin commanders close to the Taliban say the bonanza arrived courtesy of Osama bin Ladin, a radical Saudi national wanted by U.S. Justice Department officials on suspicion of having bankrolled several major terrorist attacks, including the truck bombing of the U.S. military barracks in Khobar, Saudi Arabia. Afghan and Western sources say bin Laden?s gift to Omar amounted to $3 million. Today, bin Ladin who is said to hold some $300 million of his family?s construction fortune, lives with a 160-member entourage in Kandahar as one of Omar?s key intimates. Former mujahedin commanders say the sudden infusion of cash enabled the Taliban to buy the strategic Afghan defections that stripped away Kabul?s defenses.

Until Kabul fell, the U.S. administration seemed unconcerned about the Taliban's growth. Some mid-level State Department officials applauded the movement?s campaign for law and order, despite the mullah?s knuckle-dragging views on women's rights. Other bureaucrats worried about the group's role in the regional opium trade. According to senior Western drug officials and Afghans close to the Taliban, opium has always been a vital source of money for the group, which collects millions of dollars in "taxes" and other contributions from local drug lords. Still, drug traffickers and male supremacists are ubiquitous in the region. And what could the United States do to stop them anyway?

So far Washington has withheld recognition of the Taliban government. Despite official contacts, including by the then assistant Secretary of State Robin Rafel and others, business executives have served as the main conduit between Washington and Kabul. The U.S. firm Unocal is determined to build a $4.5 billion set of pipelines to carry oil and natural gas from Turkmenistan into Pakistan via Afghanistan; last week it announced plans to begin training Afghans for the construction job. The Argentine company Bridas is racing for control of the project. Both corporations have hired Saudi firms to help them deal with the Afghans - and both have hired former U.S. diplomats to work as "consultants" in Kabul and Washington. As things stand, U.S. policy in Afghanistan is likely to be shaped significantly by the dictates of pipeline politics.

Meanwhile, U.S. intelligence officials can only stew on the sidelines. "Sure, something is going on," says a CIA hand with years of experience running operations in the region. "And it's being done exactly they way we did it before with the Afghans, with the Saudis and the Pakistanis throwing in support. But this time we aren?t doing anything!" His voice rises to a shout. It's not that he seems angry at the suggestion of the CIA involvement. On the contrary, he conveys a sense of frustration at being kept on the bench. And no one can say for sure when or if the game will have another round.






Link Reference : http://www2.rawa.org/newsweek.htm