Laman Webantu   KM2A1: 3996 File Size: 12.5 Kb *



TJ MT MGG: Tolong Hentikan Hasutan, Bukankah Kita Warga Malaysia? [KM]
By M.G.G. Pillai

17/3/2001 9:35 pm Sat

MGG 6101

[Polis begitu cepat menggunakan akta hasutan terhadap pembangkang tetapi tidak pula kepada Umno dan akhbar meloya yang lebih teruk bicaranya. Rakyat tidak berhak mempertikaikan kenyataan sedangkan kebenaran bukan bertapak di mulut polis yang sering bercampur omongan. Bukankah pols sendiri menangkap orang walaupun bangunan kejadian belum siap didirikan?

Mengugut rakyat untuk berdiam tidak akan menyelesaikan kecelaruan. Banyak negara musnah kerana rakyat yang terlalu diam memberontak bila meledak semua yang terperam. Dan Malaysia tidak ketinggalan.....

Itu semua sudah dibuktikan di Kampung yang bernama Medan. Meraung bisa membawa kemajuan - jika tidak jangan haraplah bantuan akan datang. - Editor]


Penterjemah: -MT-

[Artikel asal di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, bertarikh 15 Mach, 2001.]


Tolong Hentikan Hasutan, Bukankah Kita Warga Malaysia?

(No Sedition Please, We Are Malaysians)

Polis mengugut rakyat Malaysia dengan Akta Hasutan. Satu ketika dulu ugutan dibuat dengan menggunakan ISA (Internal Security Act - Akta Keselamatan Dalam Negeri). Anda mudah ditangkap dengan akta hasutan itu kalau anda mengeluarkan berita dongeng. Kalau anda membuat kenyataan seperti yang dilakukan oleh ahli parti pembangkang seperti membayangkan betapa kerajaan yang tidak layak memerintah harus ditumbangkan. Tetapi kalau anda adalah seorang penyokong UMNO anda boleh berkata apa sahaja. Kalau anda tidak mempercayai kenyataan polis mengenai sesuatu peristiwa dan menyuarakan tidak-kepuasan dengan berita itu, itu pun merupakan satu kesalahan juga. Itu pun untuk segelintir manusia sahaja.


Kini, Malaysiakini, PAS dan Keadilan telah melakukan kesalahan kerana memberikan angka kematian yang mengikut polis adalah angka yang berlebihan. Angka sebenar orang yang mati adalah angka yang polis kasi. Tiga institusi ini mengikut takrifan kerajaan yang melampaui batasan logik adalah anti-nasional. Kerana itu polis membuat laporan terhadap mereka.

Inilah satu sandiwara. Sejak bilakah polis diperlukan membuat 'lapuran polis' apabila berlakunya sesuatu jenayah? Bukankah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa 'laporan polis' itu? Apakah ini satu cara menunjukkan kalau mereka tidak mengikuti arahan ada saja deraaan yang akan menimpa mereka? Kalau jenayah telah dilakukan polis harus pergi membuat tangkapan.


Terdahulu, ketua pemuda Keadilan, Ezam Mohamad Nor telah dikenakan tuduhan kerana menghasut. Tetapi tidak pula tuduhan itu dikenakan kepada Utusan Malaysia, yang melaporkan perkataan yang dikatakan dituturkan oleh Ezam. Oleh kerana terlalu ghairah untuk membuktikan polis bertindak pantas sebaik menerima laporan terhadap parti BN, makanya Ezam ditangkap dan dikenakan tuduhan itu. Tetapi, polis tidak pun bertindak untuk mendakwa seorang wakil rakyat wanita BN kerana kata-kata hasutannya, yang sungguh bisa menghasut dan tidak patut dituturkannya malahan lebih serius daripada kata-kata Ezam mengenai menjatuhkan kerajaan. Kenapa tidak?

Akta Hasutan sepatutnya tidak digunakan untuk menakut-nakutkan. Rakyat semakin ragu, terutama sekali setelah melihatkan betapa tidak berkesannya pihak polis menangani perkelahian kaum yang terjadi di Petaling Jaya sehinggakan ia membesar kerana kelemahan kerajaan bertindak laksana ayam yang dipenggal kepalanya. Itulah kawasan yang diabai oleh kerajaan berdekad lamanya, tetapi kini itulah juga kawasan di mana kerajaan meluru untuk membina rumah kos rendah. Keadaan kehidupan yang ditanggung oleh 160,000 penduduk di situ sungguh teruk dan memalukan sehinggakan timbul soalan bagaimanakah kerajaan mahu memulakan projeknya itu.


Apakah ini reaksi kepada apa yang terjadi? Saya mahu mempercayainya. Apabila timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi melawat kawasan itu pada hari Isnin yang lalu, tidak pula dia mengatakannya begitu. Sejak bilakah kajian dilaksanakan? Kenapa kajian itu tidak diumumkan, sebagi contohnya pada pemilu 1999 dulu? Ataupun ketika menteri besar Khir Toyo diejek, disindir dan diperli?


Cara mentadbir seperti inilah yang membuatkan rakyat marhaen naik marah. Sekolah Cina di Damansara mendapat layanan istimewa kerana ia menjadi bahan politik. Keadaan kawasan setinggan yang meloyakan itu diberikan perhatian rapi kerana orang Melayu yang merupakan tiang dan teras yang menyokong kerajaan telah pun beralih arah. Kalau pilihanraya umum diadakan esok hari kerajaan yang sedang memerintah akan kalah majoritinya dengan mudah. Kerana itu, rumah harga murah yang dijanjikan berdekad dulu tetapi tidak pernah dilunaskan janjinya itu, akan dibina juga akhirnya.


Apakah ini sahaja kawasan setinggan yang memerlukan bantuan? Tentu tidak! Jadi, isyaratnya yang telah diberikan ialah kalau anda tidak meraung tidak ada sesiapa yang datang menolong. Ada dua contoh di sini: Kampung Medan dan Sekolah Cina Damansara. Bunyi penduduk Kampung Medan meraung itu telah mencuit ketenangan penduduk Putrajaya yang sedang keseronokan dengan segala kemudahan untuk hidup mewah dan berlagak sakan. Kampung Medan terpaksa dikawal dengan ketat dulu oleh pasukan bersenjata sebelum menteri kabinet dan pemimpin Barisan Nasional berani menjejakkan kaki.

Inikah caranya kerajaan menunaikan keperluan rakyat marhaen? Apakah mereka terpaksa meraung dulu menarik perhatian kerajaan untuk datang membantu? Yang menakutkan, kita Kampung Medan bukan merupakan hanya satu kampung setinggan yang bersedia meledak sepertinya. Memang banyak lagi kawasan setinggan yang dibina di celah-celah segala lambang pembangunan termoden yang dihuni oleh warga negara yang mencari kerja sambil balik ke tempat istirehat yang dipanggil sebagai rumah mereka.

Pihak polis boleh mengugut sesiapa sahaja dengan akta hasutan kalau kenyataan kehidupan begini tidak dipercayainya. Semua ini tidak membawa sebarang makna kepada pihak yang mengawal undang-undang negara sedangkan ketemadunan dan kecanggihan Petaling Jaya itu merupakan kawasan yang dipinggiri satu perkampungan setinggan yang sungguh berbahaya dan boleh meledak dalam sekelip mata tetapi tidak ada sesiapa yang memperdulikannya.

Sepatutnya polis mendapatkan kerjasama pihak media seperti yang dilakukannya pada 1969 dulu. Ketika itu para wartawan sedar peranan mereka untuk membuat laporan yang sebetulnya untuk meredakan keadaan. Kini, hasutan merupakan senjata terbaru kepada pihak polis itu. Tidak hairanlah kalau ada sesiapa yang terjebak olehnya. Tetapi, apakah ia mampu menyelesaikan segala masalah yang bersarang di Kampung Medan yang sudah pun menghantui rakyat marhaen?


-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Jumaat 16 Mac, 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 16/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


malaysiakini

15 March 01


No Sedition Please, We Are Malaysian!


CHIAROSCURO

MGG Pillai



The police threaten Malaysians with sedition, when once it was the Internal Security Act. You can now be arrested for sedition if you spread rumours, and if you make statements, as an opposition party member, that suggests the a government unfit to govern should be toppled. But not if you support the National Front and UMNO and make statements that inflame. If you disbelieve the police version of events and express it, it is sedition. But only for some.

Now, malaysiakini, PAS and Keadilan have fallen foul for reporting deaths which the police insist is exaggerated. The only true figure for how many died is the official police version. The three, in the government's convoluted logic, anti-national. So, the police lodge a report against them.

But this is a sandiwara. Since when did the police have to lodge a police report when a crime is committed? Do they not have powers of arrest without it? Or is it to put them on notice that if they do not fall in line, worse awaits them? If a crime is committed, the police should go and make the arrest.



Earlier, the Keadilan youth chief, Ezam Mohamed Noor, is charged with sedition, but not Utusan Malaysia, in the National Front stable, which reported his alleged words. The police, quick to show it means business when reports are made against the opposition parties by National Front parties, charged him. It has done nothing to charge a National Front state assemblywoman for a more horrendous sedition, a statement no one should make for it inflames, and more serious than Ezam's threat to topple the government. Why not?

Sedition should not be used to threaten. Public doubts, especially of police inaction in affected areas of the communal clashes in Petaling Jaya will grow as the government reacts like a headless chicken. After ignoring the area for decades, it now rushes to re-develop area with low-cost homes. It is now so squalid and so demeaning and hopeless for the 160,000 who live there and the problem so extensive that one must question how the state government intends to carry this out.

So, is this a reaction to what happened? I would imagine so. When the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, visited the area on Monday, he did not say anything about it. When was the study made? Why was it not announced, for instance, during the 1999 general elections? Or when the Selangor mentri besar, Mohamed Khir Toyo, was heckled?

It is this driving by the seat of its pants that angers people. The Chinese school in Damansara gets special treatment because it is a political issue. The squalid urban sprawl is in need of help because the Malays, the mainstay of the government's support, desert it in droves that should elections be held today it would lost its comfortable two-thirds majority. So, lowcost houses promised but not built over the years would now be.



But this is the only urban sprawl that needs help? Of course, not! So, the inevitable message emerges that if you do not scream, you would not be attended to. We have two examples: Kampung Medan and the Damansara chinese school. The Kampung Medan screams bothered the residents of Putra Jaya, in their lonely gilded splendour enough to do what it now wants to. That the area had to be heavily guarded before cabinet ministers and National Front politicians visited the area even more so.

Is this how the needs of the people are met? Should they have to scream for what they can reasonable expect from the government? What frightens is that Kampung Medan is not the only urban sprawl ready to explode. There are pockets in the Klang Valley, built over the years in this rush to modernisation, people coming in search of jobs and live in shanty towns that grow up in the vicinity of modernity.

The police can threaten all and sundry with sedition if its statements are disbelieved. Does it really matter, this stickler for the law, when the face of modernity that Petaling Jaya represents has several cancerous squalid urban sprawls that could engulf them in a moment of madness, and no one is bothered about it.

When the police should have co-opted the press, as it did in 1969, when reporters knew why they had to be circumspect in their reports, it threatens. Sedition is the latest weapon. No doubt, some would fall foul of it. But would it resolve the problem that Kampung Medan brought into the public domain?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my