Laman Webantu   KM2A1: 4000 File Size: 14.9 Kb *



TJ MT MGG: Pengkhianatan Untuk Penubuhan PAS Baru
By M.G.G. Pillai

18/3/2001 9:39 am Sun

MGG 6601

[Jika PAS disabitkan akta hasutan, ia mungkin terpaksa dibubarkan. Malah nama Islam, Harakah dan ceramah mungkin tidak akan dibenarkan. PAS sudah dinafikan royalti dan semakin sukar mendapat permit ceramah di beberapa surau dan kini di dua buah negeri. Harakah pula dihimpit oleh akta hasutan dan kenyataan BA di Kg Medan dipersoalkan dengan ugutan. Ini semua bukan sikap kemesraan kepada agenda perpaduan, tetapi satu pengkhianatan.

Dalam semua kes ini, orang melayu sendiri dikhianati dan dinafikan hak semata-mata kerana mereka berbeda pandangan. Malah apa yang dimilikki oleh mereka selama ini semakin hilang dan berkurang. Cubalah membilang dengan jari berapa ramaikah pemimpin Umno yang turun untuk berdialog dengan rakyat di Kg Medan atau mereka cuma datang untuk menuduh orang dan berdagang.... - Editor (sila baca komen Pak -MT- dibawah)]


Penterjemah: -MT-

[Artikel asal di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, bertarikh 16 Mach, 2001.]

MGG Perfidy



Pengkhianatan Untuk Penubuhan PAS Baru

(Perfidy Now For A PAS Baru Later)

Perundingan perpaduan Melayu masih tergantung lagi. UMNO yang amat memerlukannya untuk terus bernafas lega. PAS akan bersetuju untuk meneruskan perundingan seandainya UMNO sanggup menunjukkan keikhlasannya. Sikap inilah yang nampaknya memang berkurangan di dua buah pihak. Setiap pihak bergerak untuk memperlekehkan saingannya, agar menyulitkan perundingan itu kerana sebuah parti akan berada dalam keadaan yang tertekan.


Kerajaan Negeri Terengganu telah menyaman Petronas untuk mendapatkan royalti yang telah diculik oleh kerajaan pusat setelah membayar negeri itu sebelum ini selama 21 tahun dan bernilai RM7 bilion, banyaknya. Penculikan wang itu dilakukan oleh kerajaan pusat sebaik sahaja PAS memenangi kuasa pentadbiran negeri pada pemilu 1999 yang lalu. Penculikan wang royalti itu dilakukan untuk mengenakan tekanan terhadap PAS.

Polis telah pun mengenakan tuduhan hasutan terhadap PAS, dalam satu mainan politik untuk menabur tohmahan kerana terjadinya pergaduhan kaum di kawasan perkampungan setinggan Jalan Klang Lama di Petaling Jaya. Keadilan turut terpalit kerana kenyataan bersama yang dibuat oleh pemimpin mereka mengenai pergaduhan itu.

Perdana Menteri telah membuat ulasan utama mengenai pergaduhan itu dan menuduh pihak pembangkang, mengikut ragamnya yang terlalu mudah untuk bertelagah. Pihak pembangkang yang bersalah, katanya kerana membuatkan orang Melayu menyanggah kerajaan dalam pergaduhan kaum itu.

Secara berkias dia menerima hakikatnya betapa Barisan Nasional dan UMNO, kerajaan dan parti, telah sengaja mengabaikan golongan rakyat marhaen secara bersistem dan beragenda yang menghuni perkampungan setinggan di seluruh negara kecuali apabila munculnya musim berkempen untuk pilihanraya.

Orang Melayu Yang Terpinggir

Ketika dia merancang pengaiban dan kejatuhan bekas timbalan perdana menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, orang Melayu terasa diri mereka terpinggir dan meluru memberikan sokongan terhadap Anwar. Sekaligus mereka menolak Barisan Nasional dan UMNO, hari demi hari.

Kerajaan dan Barisan Nasional tidak berupaya untuk campur-tangan meredakan keadaan yang tegang di penempatan setinggan di selatan Petaling Jaya itu setelah membiarkan mereka hidup merempat sekian lama. Yang menyulitkan lagi ialah kehadiran tangan ghaib yang seolah-olah mengokestrakan rentak dan ragam cetusan pergaduhan kaum itu.

Apabila PAS dan Keadilan diugut dengan Akta Hasutan, tindakan itu lebih cenderung untuk menabur tohmahan. Parti-parti politik memang jarang dituduh kerana menghasut, walaupun para pegawai parti politik itu mungkin boleh dikenakan tuduhan itu. Jika tidak, tentulah Keadilan yang dikenakan tuduhan dan bukannya ketua pergerakan pemuda, yang sedang menanti perbicaraan kerana tuduhan itu.

Kenapakah tuduhan itu melibatkan PAS dan Keadilan? Adakah tujuan sebenar untuk menghenyak PAS pula? Seandainya PAS dikenakan tuduhan menghasut dan didapati bersalah seperti keghairahan yang mahu mengenakannya, tentu sekali ini akan mencetuskan kesan yang amat buruk. Parti itu boleh diharamkan seperti yang berlaku kepada UMNO pada 1997; permit untuk menerbitkan HARAKAH setiap dwiminggu itu akan ditarik balik dan akan menyulitkan pergerakan PAS. Besar kemungkinannya PAS terpaksa memohon lesen menubuhkan PAS Baru yang akan membabitkan satu pra syarat yang termasuk pengguguran perkatan 'Islam' daripada nama parti dan banyak syarat lagi.

PAS pasti tidak akan berganjak daripada pendiriannya menghadapi usaha UMNO untuk meraih sokongan Melayu kembali dan Keadilan pasti akan terus memberikan cetusan igauan yang amat digeruni oleh UMNO.


Sokongan Yang Menghilang

Bagaimanpun cara merenung perkara ini, PAS ternyata unggul untuk membelasah setiap langkah silat yang mahu dibuka oleh UMNO dan Keadilan akan terus unggul sebagai pencabar untuk meraih banyak sokongan orang Melayu. Saya tidak meramalkan betapa tindakan terhadap PAS itu akan mengena juga seperti yang digambarkan. Soal pokok sekarang ialah kenapakah bodoh sangat UMNO sehingga mencetuskan sikap culas di kalangan PAS untuk duduk semeja berunding mengenai perpaduan Melayu itu?


Kalau inilah niat UMNO adalah satu kesilapan untuk meneruskan perundingan itu. Pada 1987, Perdana Menteri merencana agar UMNO dibubarkan kerana mahukan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah antara manusia yang banyak, yang dijauhi dari hembusan nafasnya.

Kini, Mahathir tidak lagi berupaya mengatur rentak dalam parti, kerajaan dan negara seperti dulu kala. Dia sedang terkapai-kapai untuk mengekalkan apa juga cebisan kuasa yang dapat melegakan rentak degupan jantungnya. Dia beranggapan bahawa perjuangannya itu dapat dipermudahkan kalau dia terus menyakat pihak pembangkang. Tidak semudah itu. Dia masih belum lagi menjejakkan kakinya melawat keadaan Kampung Medan. Itu adalah satu contoh cabaran yang perlu dihadapinya. Di sana nanti dia akan dipelekehkan, diejek dan mungkin lebih teruk lagi akan dihadapinya sebagai satu kenyataan untuk menguji perjalanan degupan jantung dan rentak nadinya.

Dia masih berkhayal bahawa perpaduan Melayu itu akan digembeling kembali dengan UMNO berada terus sebagai pemimpin unggulnya. Alangkah dangkalnya anggapan ini sedangkan PAS dan Keadilan sudah berada jauh di hadapan untuk mencabar kenyataan yang ketinggalan zaman. Kerana itu jalan pintas ialah untuk mengenakan PAS dengan tuduhan menghasut.

Adakah saya menggunakan perkataan 'sabit kesalahan'? Memang, seperti juga fiasko yang menghantui Anwar, PAS boleh disabitkan kesalahan kalau ia dikenakan tuduhan. Yang pastinya, dari segi politik ataupun budaya, UMNO tidak akan merelakan PAS dibebaskan daripada tekanan itu. Inikah dia perpaduan Melayu?


-MGG Pillai-

pillai@mgg.pc.my

Jumaat 16 Mach, 2001.




Komen Penterjemah:

Mahathir terkenal sebagai seorang yang tidak menggemari sukan. Kerana itu selama bermaharajagila dia menentukan setiap Menteri Sukan lantikannya adalah seorang insan yang tidak faham akan makna bersukan yang sebenar. Kalau adapun jenis sukan yang digemari oleh Mahathir ialah menunggang kuda. Itupun satu jenis riadah yang dianutinya ketika sudah tua usianya. Tetapi Mahathir amat pintar bermain politik kerana itulah sukan untuknya dan kepadanya. Dalam mainan politik itu dia masih beranggapan semua orang kelilingnya adalah laksana kuda untuk ditunggangnya sahaja.

Para pemimpin PAS dan sebahagian besar pengikut PAS menceburi politik kerana itu adalah sebahagian proses bertaqwa dalam hidup mereka. Kerana itu setiap gerak dan langkah yang mahu dipertarungkan oleh PAS dalam bersemuka dengan Mahathir (tidak semestinya dengan UMNO) didahului dengan banyak beristigfar, bertahajud dan berisitkarah. Malahan bersujud khusuk di depan Kaabah. Ini bukannya bentuk sukan ataupun permainan tunggang-menunggang.

Sejarah akan menentukan, apa juga analisa para pakar politik dan sosio-ekonomi, APA JUGA BENTUK RAMALAN YANG DICATURKAN oleh Mahathir sendiri dalam permainan Mahathir ini, ia hanya merupakan peleceh dalam satu permainan sahaja. Selama ini, orang Melayu khasnya dan rakyat marhaen amnya, hanya masih bermain kecil dengan mainan besar Mahathir. UMNO dan Mahathir belum melihat apa sebenarnya rintangan rakyat marhaen yang perlu dilaluinya.

Apabila rakyat bangkit laksana gelombang, ratusan kereta pancutan air asid dan ribuan laras senapang yang dipegang oleh gestapo Mahathir tidak akan mampu meredakan gelombang itu. Hanya di waktu itu barulah Mahathir dan hanya segelintir bajingan dalam UMNO akan sedar apakah itu permainan politik Melayu sebenarnya. Di waktu itu nanti pancutan air asid adalah laksana air bunga rampai dan ledakan bom asap adalah laksana dentuman bunga api. Kalau peluru betul pun yang akan ditaburkan ia akan merupakan taburan bertih bewarna sahaja.


Apabila gelombang rakyat mula beralon, badai belantan dan rotan bukan mainannya lagi. Mahathir serta para jongosnya serta seisi rumah mereka harus sedar fenomena ini. 'Kun Fayakun' kata Allah, terjadilah ia nanti. Inilah seruan jihad yang dinanti-nanti yang akan mendahului Akta Hasutan dan sebarang rintangan buatan regim manusia yang berhati syaitan. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita pulang. Yang membezakan ragam perjalanan hidup ini ialah ketaqwaan dan jihad juga. -MT-




Rencana Asal:

malaysiakini

16 March 01


Perfidy Now For A PAS Baru Later


CHIAROSCURO

MGG Pillai



The Malay Unity talks are stalled. UMNO, for its survival, needs it. PAS would go along, but only if UMNO proves its good faith. That is in short supply, on both sides. Each moves to spite the other, so that it is all but impossible for talks to be held with one party on the defensive.

The Trengganu state government sues to recover Petronas royalties the Federal government unilaterally cancelled paying the state, after 21 years and RM7 billion, after PAS captured the state in the 1999 general elections. UMNO shows its irritation by widening the pressures against PAS.

The police has since filed sedition charges against PAS, in the political play to apportion blame for the communal clashes at the Old Klang Road shanty towns in south Petaling Jaya. KeADILan is also charged, for a joint statement their leaders made over the clashes.

The Prime Minister, in his first major statement since the clashes broke out, blames the Opposition, in his now familiar simplistic arguments, for turning the Malay against the goverment in the communal clashes.

He implicitly accept the National Front and UMNO, government and party, systematically and deliberately ignored the poor Malaysian in squalid shanty town concentrations throughout th country, except during general elections.

The Malay alienated

When he orchestrated the political and personal humiliation of his deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, this alienated Malay rushed to his support -- and rejects the National Front and UMNO day-by-day.

Neither the government nor the National Front could intervene in the large squalid urban underclass in south Petaling Jaya; their impotence staring in their collective faces. Worse, a hidden hand seems to emerge in how the fracas got started.

So, when PAS and KeADILan were threatened with sedition, it was more than to apportion blame. Political parties are rarely accused of sedition, though its officers could be. Otherwise, it should have been KeADILan, not its youth chief, who would be charged with sedition now.

Why PAS and KeADILan now? Is it to do PAS in by other means? If PAS is charged with sedition, and is convicted, as it must, the fallout is horrendous. The party could be made illegal, as UMNO was in 1987; it would then lose its permit to publish its very successful fortnightly Harakah newspaper; it could stop PAS in its tracks, apply for a new licence for a PAS Baru, then impose conditions which could include the dropping of the word "Islamic" from its name, and other conditions.

PAS stands in the way of UMNO's attempt to regain its lost Malay ground, and KeADILan stands firm to give UMNO nightmares.

Lost Ground

For however you look at it, PAS is best organised to counter UMNO moves, with KeADILan a challenger to the Malay cultural mantle. I am not suggesting the action against PAS would go as I have described. But why UMNO would be so stupid as to make PAS even more reluctant to engage in Malay unity talks with it.

If this is UMNO's wish, it would be folly to proceed. In 1987, the Prime Minister wanted UMNO dissolved, if only to put his hated opponents, Tengku Razaleigh Hamzah amongst them, out of his hair once and for all.

But he cannot now dictate events in party, government and nation as he then could. He grasps as straws to retain what semblance of power and support he can. He thinks his cause is advanced by taunting the opposition. Not so. He has yet to visit Kampung Medan, for instance: that he could be ignored, or taunted or worse, is too real to put himself to the test.

His view of Malay unity is with UMNO at its head, as before. How could he if PAS and KeADILan continue to challenge it. So, what better way than to move to convict PAS for sedition.

Convict, did I say? Yes, indeed. Like in the Anwar fiasco, PAS cannot but be convicted if it is charged. UMNO cannot, politically and culturally, allow PAS to be acquitted of it. Malay Unity, anyone?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my