Laman Webantu   KM2A1: 4004 File Size: 12.7 Kb *



TJ MT MGG: Belilah Sebarang PC Asalkan Gateway
By M.G.G. Pillai

19/3/2001 1:50 am Mon

MGG 6701 (Komputer)

[Pelik bin Ajaib, sebuah syarikat menjual komputer tetapi berfungsi sebagai pengambil pesanan sahaja namun menerima komisyen begitu tinggi sekadar bermain kertas sahaja. Seperti biasa rakyat dinafikan maklumat untuk mengetahui siapa dan mengapa mereka menjadi 'pakar' tiba-tiba.

Dengan bertopengkan Pos Malaysia Oda Saja tidak perlu apa-apa melainkan sebuah bank untuk menyimpan wang dan pejabat untuk mengisi kertas-kertas sahaja. Dan ia boleh kaya dalam sekelip mata tanpa perlu memberi perkhidmatan langsung atau menemui pelanggan sedangkan menjual komputer memang memeningkan kerana perisian selalunya meragam dan untung sukar kerana banyak saingan dan asyik berkejar-kejaran. Tetapi Oda Saja mampu hidup tanpa berjalan.... kerana ia mengorek wang di dalam persembunyian. - Editor (sila baca komen menarik Pak -MT- di bawah)]


Penterjemah: -MT-


Belilah Sebarang PC Asalkan Gateway

(MGG: You May Buy Any PC So Long It Is A Gateway)

Pukulan gendang dan segala gema sistem demokrasi dalam pemilikan komputer peribadi yang dilancarkan oleh kerajaan tahun berlalu kini membolehkan warga Malaysia memiliki sebuah komputer peribadi degan menggunakan wang simpanan yang dicarum di KWSP ataupun EPF (keduanya bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - penterjemah). Komputer yang ingin dibeli dijual melalui Pos Malaysia Berhad. Cara pembelian memang mudah. Pilih komputer yang diingini daripada satu senarai yang disediakan dan sebuah syarikat bernama Oda Saja (Order Sahaja) akan menguruskan pesanan itu, menghantarkan komputer itu ke rumah anda dan dapatkan pembayarannya daripada KWSP. Bagaimana kos perkhidmatannya? Anda tidak perlu pening dengan soalan itu ! Syarikat yang menjual komputer itu akan menguruskan semuanya itu, kalau anda masih tidak tahu ataupun belum mahu tahu.

Anda perlu faham bahawa memilikki sebuah komputer adalah sesuatu yang penting tetapi anda mesti sedar bahawa kedai menjual komputer tidak boleh dipercayai untuk menjual komputer yang anda ingin bayar dengan simpanan yang ada dalam akaun anda di KWSP. Yang perlu anda percayai ialah sebuah syarikat yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang pengalaman menjual apa benda pun, apatah lagi sebuah komputer peribadi. Itulah syarikat yang mesti anda percayai kerana komisen yang diterima untuk segala perkhidmatan ini ialah sekitar RM300 setiap komputer yang diuruskannya. Selama ini ramai orang yang beranggapan bahawa kerja-kerja itu adalah diuruskan oleh Pos Malaysia Berhad.

Oda Saja ialah sebuah syarikat yang dimilikki oleh dua orang anak kepada pihak establishment (yang memegang kuasa negara) termasuk seorang daripada establishment. Syarikat ini tidak ada hubungan lain dengan Pos Malaysia Berhad dalam skim penjualan komputer peribadi itu. Pembabitannya hanya untuk mengindahkan skim penjualan yang ada unsur kelentongan di dalamnya. Pada bulan ini Bank Simpanan Nasional Malaysia telah berkempen dengan menawarkan hadiah istimewa kepada sesiapa yang datang membeli komputer peribadi. Saya berada di Pos Besar Kuala Lumpur untuk mengutip satu parsel (bungkusan) dan telah pergi melihat beberapa komputer peribadi yang dipamirkan untuk jualan. Terdapat beberapa contoh komputer keluaran Dell, Gateway, Compaq, dan beberapa jenama lagi untuk anda pilih ataupun tengok sahaja.


Skim penjualan ini hanya ada kaitan dengan Oda Saja. Tawaran istimewa yang diberikan itu akan tamat pada akhir bulan ini, itulah yang diterangkan oleh kawan saya. Tidak lama lagi warga Malaysia yang membeli komputer peribadi akan diberikan pilihan persis membeli kereta buatan Henry Ford pada tahun 1920-an dulu. Anda boleh membeli apa juga kereta pilihan anda asalkan kereta itu ialah kereta Ford dan Model-T. Kita akan memilikki sebarang komputer asalkan 'Gateway'. Kenapa pula mesti 'Gateway'? nampaknya tentu ada sebab yang istimewa juga. Penyampai maklumat memberitahu saya, seorang wakil Gateway memang hadir di pejabat Oda Saja untuk melicinkan masalah, kalau ada. Dalam hal ini saya tidak mahu anda tersilap tafsir, pula. Gateway ialah komputer yang baik seperti juga buatan Dell yang boleh dibeli dengan memesan melalui telefon sahaja. Saya lebih cenderung memilih Gateway daripada membeli yang lagi satu itu. Malah, saya masih menunggu kiriman katalog daripada Dell yang sudah lama tertangguh. Dulu, seorang wakil penjual Dell menjanjikannya dalam satu minggu, tetapi kini satu bulan sudah pun berlalu. Gateway telah berjaya melaksanakan satu urus niaga yang pintar, cuma kepintarannya itu akan membocorkan poket kita.

Walaupun komputer Gateway canggih, ramai warga negara ini yang lebih selesa dengan komputer jenis klon sahaja. Saya memilikki sebuah komputer klon yang dipasang-siap oleh seorang pakar komputer yang tidak ada tolok bandingnya, Dinesh Nair. Dia telah memasang sebuah komputer peribadi dengan menggunakan cip yang berjenama Intel-MMX-200, mungkin tidak ramai orang mengetahuinya. Komputer itu telah banyak berjasa kepada saya, tentunya ia boleh dipakai oleh orang lain juga. Saya gunakannya sebagai satu mesin-taip yang canggih dan mesin faks. Orang lain tentu akan menggunakannya untuk bermain sehinggalah ia tidak berguna lagi untuk disimpan dalam stor sebagai khazanah peribadi. Komputer saya itu masih berguna lagi.


Kenapakah rakyat marhaen merasa tertipu dalam skim seperti itu? Seperti juga perasaan diberitahu mengenai pembikinan ampangan haidro, pemulihan beberapa hartawan yang kemuflisan oleh Danaharta ataupun Danamodal. Begitu juga dengan kes MAS, kenaikan harga tol yang tidak berhati perut, rakyat marhaen merasa tertipu dalam kes komputer peribadi pejabat pos ini. Kenapakah kerajaan tidak mengambil sikap berterus terang dengan apa yang mahu dilancarkannya? Apa salahnya kalau sikap itu dilakukan sekali sahaja dulu.


Kenapakah kita, sebagai contohnya terpaksa membayar Oda Saja (lebih elok kalau namanya ditukarkan kepada 'Curi Saja') wang komisen sekitar RM300 setiap kali membeli komputer melalui KWSP? Bolehkah kita harapkan Menteri Kewangan memberitahu rakyat marhaen siapa tuanpunya sebenar Oda Saja -- saya diberitahu salah seorang rakan-kongsi syarikat itu ialah anak lelaki Tan Sri Ahmad Sarji, itu sebabnya ada pihak yang menyebut syarikat itu dengan nama Oda Sarji. Seorang lagi rakan niaga syarikat itu ialah 'satu nama besar' yang terdapat di kalangan tiga adik beradik lelaki. Apakah kehidupan kita ini mesti menyumbang kepada segala kemewahan 'penyamun' seperti ini untuk terus berlagak angkuh dengan Mercedez, BMW dan apa juga lambang kemewahan untuk mereka terus mabuk kuasa? Apakah itu nasib kita?

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

Jumaat 16 Mach, 2001.




Catatan Penterjemah;

Kelmarin saya menerima satu emel mengingatkan bahawa satu set komputer termasuk segala peralatan sokongannya hanya berharga kurang sedikit daripada RM1890 di hypermarket di Lembah Kelang. Komputer yang sama di Pejabat Pos harganya dua kali ganda. Inilah dasar Tipu Saja dalam Darulbolih. Siapa yang kaya dan siapa yang kayap??? -MT-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 16/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

You May Buy Any PC So Long As It Is A Gateway

The drum beat and the hype about a computer-owning democracy rose in shrill pitch when the government announced last year one could buy a personal computer with savings in one's EPF account. The computers would be sold through Pos Malaysia Berhad, there would be ample choice to fit any pocket and need. The steps were simple. Select the computer from a list, and a company called Oda Saja (Order Saja? Order Only?) would put the order through, take care of the paperwork, get the computer delivered to your house and collect the money from the EPF. Service? You should not ask questions like that! The main computer dealer for the brand you purchased would be responsible for that, you dolt.

Owning a personal computer, you understand, is so important that computer shops cannot be trusted to sell you one paid for from one's EPF savings. Only a company with no history of selling anything, let alone personal computers, could be trusted to do it, and for a commission of about RM300 per computer sold. Throughout, one thought it was Pos Malaysia Berhad which arranged it.

More wrong one could not. Oda Saja Sdn Bhd is owned by at least two siblings of the establishment, including one from the Establishment. It has no ties with Pos Malaysia Bhd in selling personal computers under this scheme. It is brought in to make it look above board, and is not part of this elaborate uh, eh, hmm, oh, ehem, scam. This month, Bank Simpanan Nasional Bank gets into the act, open up another frontier of choice, with special deals to those who rush in and buy. I went along to the General Post Office to collect a parcel, and decided to look into the PCs it had for sale. If I am in need of a PC, I would not have bought it. There were a few examples of Dells, Gateways, Compaqs, and a few other brands, and for you to take it or leave it.

It is Oda Saja and Oda Saja only that is the beneficiary. The special deals, says my informant, would disappear at month's end. Soon, Malaysians buying personal computers would face the same choice Henry Ford offered with his Model-T motorcar in the 1920s: You could have any car you like so long as it is a Ford and a Model-T. We could have any personal computer so long as it is a Gateway. Why Gateway? Obviously a deal has been struck. My informant tells me a Gateway representative sits in the Oda Saja office to smoothen things through. Now don't get me wrong. Gateway is a fine computer as is Dell, both sold over the phone, and I am more inclined to the former than the latter: Indeed, I still await from Dell its catalogue its representative promised me a month it would be in my hands in a week. Gateway has done a brilliant deal. But at your and my expense.

With all due respects to Gateway, most would be happy with a clone. I have a clone which a computer technia, the incomparable Dinesh Nair, built for me, functions well but showing its age and the use I put to it, even if it contains a chip most of you have never heard of: the Intel MMX-200 chip. If it works for me, it would work for almost anyone. I use it as a glorified typewriter and fax machine; most who would to play games and what that wears off consign it to the Malaysian equivalent of the attic. Mine has much life in it yet.

Why does the public get a sinking feeling at every deal like this, whether it be the building of a hydroelectric dam, the rescue of a Bolehland tycoons by Danadarta or Danamodal, bailling out MAS, unacceptable toll road charges, buying a personal computer all take us for an expensive ride? Why cannot, for once, the government come clean and tell us the rationale for what it does?

Why do we, for instance, have to pay Oda Saja (a more desirable name for it, I suppose, would be Curi Saja!) a RM300 commission to buy a computer with funds from EPF? Should that commission not be paid by the computer supplier? Could we expect the finance minister to tell us who controls Oda Saja -- I understand one partner is Tan Sri Ahmad Sarji's son, which is why in some circles the company is known as Oda Sarji -- and another is another sibling whose name I shall not mention, but loom large in any list of three siblings. But we do not exist to keep these siblings in Mercedes Benzes, BMWs and other paraphernalia of the Bolehland people who matter. Or do we?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my