Laman Webantu   KM2A1: 4010 File Size: 1.2 Kb *



Re: PAS AKAN HANCUR?
By La Domeng3

19/3/2001 9:47 pm Mon

Assalamualaikum wbt.
Kepada Saudara TV3

Maafkan saya kerana terpaksa membetulkan sedikit pandangan saudara mengenai pertemuan UMNO-PAS. Menurut apa yang saya faham dan difahamkan sebenarnya PAS hanya bersetuju untuk bertemu dengan UMNO di atas dasar PERPADUAN KAUM DAN BUKAN PERPADUAN MELAYU.

Di harap saudara menyemak semula kenyataan awal Presiden PAS mengenai pertemuan itu. Kenyataan saudara boleh menimbulkan kekeliruan sepertimana kenyataan media pro BN.

ADALAH LEBIH BAIK ISU MENGENAI PERTEMUAN UMNO-PAS INI KITA SERAHKAN SAJA KEPADA KEBIJAKSANAAN PUCUK PIMPINAN PAS DARIPADA MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BERCANGGAH DAN MENGELIRUKAN.




LA DOMENG - Teringat nasihat Imam Nawawi, "...apabila sama antara bercakap dengan diam maka menurut sunnah hendaklah beliau diam, kerana boleh jadi perkataan yang harus itu mendorong kepada yang haram atau perkara yang makruh.."