Laman Webantu   KM2A1: 4017 File Size: 5.3 Kb *



Minda Pembaca: Kemanusiaan Yang Hilang
By FPR

20/3/2001 9:19 pm Tue

[Berikut adalah satu pengalaman dengan FOMEMA yang amat memilukan. Kesah ini seharusnya menjadi pengajaran bagi semua pihak yang ingin menggaji pekerja. Ramai yang akan menjadi mangsa dicekik perniagaan yang dibolot oleh kroni dan anda mungkin salah seorang dari mereka. Banyak negara maju memberikan perkhidmatan percuma atau berdiskaun kepada pesakit atau pelawat kerana penyakit adalah soal hidup dan berfungsi. Kos yang menggunung tingginya akan menyebabkan ramai yang baik-baik dan layak tidak dapat pergi atau ditipu sehingga berjangkit kepada orang lain dalam mereka tidak mengetahui. Atau mereka terjangkit ketika diperiksa kroni. Barang yang hilang masih boleh dibeli tetapi kasih sayang dan nilai murni adalah terlalu berharga dan sukar dicari ganti.
- Editor
]


Assalamualaikum,

From: FPR

To: Pak -MT-

Subject: Kemanusiaan

Date: Mon, 19 Mar 2001

Assalamualaikum,

Saya pernah menulis kepada anda sebelum ini mengenai reformasi dan bagaimana naluri keibuan saya begitu tersentuh melihat anak-anak Anwar yang dizalimi oleh pemimpin yang zalim. Kali ini saya menulis lagi bukan mengenai reformasi secara terus tetapi mengenai pengalaman saya yang mungkin juga dialami oleh ramai orang di luar sana. Mengenai kehidupan dan sistem yang diwujudkan oleh manusia itu sendiri yang membuatkan ramai insan kecewa.

Kami sekeluarga mempunyai seorang pembantu Indonesia. Berumur 43 tahun yang kami panggil Bibik. (panggilan biasa untuk Indon helper). Bekerja dengan kami selama hampir 1 tahun. Setakat ini cukup bagus dan reliable. Anak-anak cukup manja dengannya terutamanya si kecil yang berusia 11 bulan. Apa taknya, balik dari hospital terus disambut olehnya dan diasuh olehnya. Kebetulan kerja saya menuntut saya banyak membuat kerja-kerja luar. Bibik pun menjalankan pemeriksaan perubatan bagi memperbaharui permit kerjanya...Saya setuju dengan prosidur ini tetapi sistem kaut untung yang diwujudkan melalui Fomema membuat hati saya marah kerana sepatutnya kita bebas memilih medical practitioner yang dipercayai dengan harga yang lebih murah.

Malang sekali, pemeriksaan perubatan/ujian darahnya menunjukkan Hepatitis B. Bermakna, Bibik tidak dapat berkhidmat dengan kami lagi. Saya dan suami cukup panik memikirkan kesan terhadap anak-anak kami terutamanya si kecil. Hari itu juga saya berjumpa dengan seorang pakar dan 2 orang general practitioner untuk mendapat advices. Mereka menyuruh kami bertenang dan menyatakan ketiga-tiga anak kami mendapat imunisasi Hep. B, bermakna mereka sepatutnya protected against the virus. Yang sepatutnya lebih dirisaukan adalah kami suami isteri kerana kami tidak mengambil imunisasi. All the 3 doctors had actually calmed us down, membuat kami bertenang dan sedar apa jua yang berlaku adalah kehendak Allah. However, kami akan menjalankan ujian darah utk ketiga-tiga anak kami dan mungkin juga kami berdua.

Tiba masa to break the news to Bibik. We had to tell her in the best possible manner, why we had to send her back. She broke down dan saya juga menangis kerana tahu hasratnya. Dia seorang ibu yang cekal, mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Keazamannya cukup tinggi supaya anak-anak tidak mewarisi kemiskinanannya. Suaminya seorang jaga. Malam itu baru saya tahu bahawa tidak ada thorough medical test yang dibuat di sana. Of course, saya tidak menyalahinya, tetapi sistem yang ada di sana.. Perhaps, medical test is too expensive for a servant like her or if proper medical test is to be done, a lot of people will be deprived of employment. Perhaps untuk menyelesaikan masalah sendiri tetapi membebankan orang lain...

Kami akan menghantarnya pulang minggu hadapan. Anak saya yang sulung menangis apabila diberitahu dan sekiranya mama cari bibik lain, hendak macam Bibik ***** katanya. Semua ini rahmat Allah kerana saya sedar betapa bertuahnya saya dikuniakan Allah rezeki walaupun bukanlah kaya raya tetapi tidak perlu merentas lautan untuk membesarkan anak. Saya sedar bahawa pemerintah menyumbang kepada kesusahan rakyat. Korupsi, kroni dan apa saja,..namakanlah. Above all, saya harap dia akan pulang dengan kenangan yang manis bersama saya sekeluarga kerana sepanjang Bibik di sini rasanya bukan untuk membangga diri, tetapi kami telah melayannya sebagai sebahagian ahli keluarga dan sebagai manusia wajarnya. Saya berdoa semuga pengganti nya akan juga seorang yang boleh diharapkan. Saya juga berdoa semuga Allah akan mengurniakan kesenangan untuknya kerana Bibik sering berkata "Bibik cari wang di sana macam nak terkeluar lidah "... Saya berdoa semuga anak-anak saya selamat dari virus tersebut apabila kami menjalankan ujian darah nanti..

Terima Kasih kerana sudi mendengar,.. mungkin saya bercerita to calm myself down..

Yang baik dari Allah dan yang salah dari kelemahan saya jua...