Laman Webantu   KM2A1: 4039 File Size: 2.6 Kb *



Diantara wang pelabur asing dan kroni...
By Panjitengkorak

23/3/2001 10:10 am Fri

Assalamualaiikum/Selamat Sejahtera Semua.

Hamba malam tadi TERlihat berita NTV7 sedang menunjuk muka TPM umno yang tak sah dari segi perlembagaan dan undang-undang sedang bercakap meraikan pelabur atau syarikat dari Perancis(tak berapa PASti). Walau bagaimana pun hamba terdengar kata-kata anak badwi ni menyatakan yang jumlah nilai pelaburan Perancis di Malaysia amat lah besar iaitu SATU BILLION ringgit. Ya ! hamba sangat setuju dengan kata-kata anak badwi tu. Jumlah itu amat besar, dan logik lah pada fikiran hamba yang kerdil ni kerana ianya datang dari salah sebuah negara maju di benua Eropah.

Tapi untuk pengetahuan kita bersama(tak kisah siapa orang UMshit ke, Pak Lah ke atau SB-SB yang bertugas demi "keselamatan negara" ke), iaitu dari sumber hamba di Bank Negara, dan beberapa bank dari U.K. hamba telah diberitahu yang wang kepunyaan peribadi Tan Sri Halim Saad (Time.gone)yang di simpan di United Kingdom sahaja tidak kurang dari EMPAT BILLION RINGGIT, Hebat sungguh. Ini baru barua diaorang (Mahathirdaim), bayang kanlah tauke nya sendiri.

Bayangkan kan lah jumlah wang yang telah dilarikan oleh SEORANG kroni, EMPAT kali ganda pelaburan Perancis ke Malaysia. Bagaimana dengan ratusan kroni-kroni mahathirdaim yang lain seperti Ananda,Vincent, Francis, TajudinRamli, IbrahimNor, Jamaludinjarjis, Arumugam, WanAzmi, SyedMokhtar dan ramai lagi malah ribuan umnoputra dan kroniputra.

Ini lah wang yang perlu BPR dan SB-SB siasat, bukan wang sebesar tahi kucing yang Parti Keadilan buat kenduri doa selamat. Nampak sangat BPR dan SB-SB ni barua umno, kalau big boss sb tu fahamlah sebab dia boleh hisap cerut lapan ratus ringgit sebatang sambil minum air kencing setan(whisky dll) dibilik-bilik gelap di club-club di hotel-hotel terkemuka sampai bil mencecah puluhan ribu satu malam, lepas tu bayar dgn duit xcess fund, duit milik rakyat lagi, sambil mendengar tauke cina buat rayuan minta tolong lepas dia ni atau dia tu. (Ini lah imej pihak keselamatan era mahathirdaim)

Jangan lah berselindung di balik ketaatan dalam menjalankan tugas kerana ianya bukan ketaatan yang mutlak. Ketaatan yang mutlak hanyalah pada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Ingatlah sesungguh nya kita semua akan kembali pada Allah bila-bila masa sahaja.

Sekian dulu dari hamba yang hina-wassalam.