Laman Webantu   KM2A1: 4043 File Size: 4.9 Kb *



TJ AFP: Beribu-ribu Pekerja Tergugat
By Kapal Berita

23/3/2001 2:38 pm Fri

UNTUKMU HALIM SAAD

Time dotCom mendapat wangnya tetapi kita kehilangan RM400 juta di atas kertas dalam masa beberapa hari sahaja. Renong sudahpun menenggelamkan sebuah bank, kali ini simpanan hari tua kita pula nampaknya akan tenggelam. Danaharta, KWSP, KWAP dan Khazanah kini menyokong 47% time dotCom sedangkan pulangannya begitu meragukan kerana kurang atau tiada rakan kongsi berkepakaran teknikal.

Begitulah istimewanya Halim Saad sehingga disokong sebegitu rupa. Sekarang tahulah kita siapakah yang lebih disayang dinegara kita dan siapakah yang ingin dibela sebenarnya.


UNTUKMU WARGA TUA DAN YANG BAKAL TUA - DIKAU PUN TERGUGAT SAMA

Untukmu warga tua, terimalah pulangan yang semakin berkurang adanya.... KWSP telah memberi hutang kepada KLIAB (RM1.5 bilion) dengan 8% bunga, Perwaja Trengganu Sdn. Bhd (entah berapa bilion lagi), Time Telecommunication Holdings Bhd (sekarang timedotCom) (RM500 juta, 9% bunga), dan kepada Projek Bakun. Ia turut melabur dalam sistem LRT yang kini merugi. KWAP pula entah kemana pergi lapuran tahunannya.....

Maaf... tiada apa-apa yang dapat dicatatkan di sini untuk mengurangkan kebimbangan anda semua........ lebih baik saya tidak berkata apa-apa lagi.


LONJAKKAN SAHAM? MAINAN SAHAJA

Akhir-akhir ini tiga saham cip-biru sedang dimainkan untuk melonjakkan indeks dan sentimen. (contoh: Maybank, Tenaga, Telekom) Jika tidak indeks akan menjunam keparas 150 mata lagi kebawah kerana 80% syarikat yang disenaraikan mencatat keuntungan yang tidak memberangsangkan pada akhir tahun 2000. Kini cuma 75 juta saham aktif setiap hari berbanding 500juta pada awal tahun lepas.

Pelabur luar sudahpun mengeluarkan US$3 bilion (S$5.3 bilion) pada suku kedua tahun lepas. Mereka begitu kecewa dengan cukai keluar 10% untuk keuntungan jangka-pendek, pengurusan koporat yang lemah, ketiadaan kecairan dan dominasi oleh saham besar yang rapat dengan kerajaan.


BERIBU-RIBU PEKERJA TERGUGAT

Ekspot Malaysia susut 7% pada bulan Januari kerana kelembapan ekonomi Amerika, dan dijangka 6,000 akan hilang pekerjaan di kilang. Pulau Pinang dijangka mencatat jumlah terbanyak pembuangan. Kira-kira 21% ekspot Malaysia diserap oleh Amerika. Setakat ini syarikat Motorola, Mattel, dan Seagate sudah mula membuang pekerja. Syarikat Jepun seperti Hitachi turut tergugat sama. Yang menariknya kesemua kawasan ini terletak di dalam negeri yang kuat Umno dan komponen BN nya. Sebelum ini persatuan pekerja bank (NUBE) meramalkan 17,000 pekerja akan hilang pekerjaan tetapi kerajaan menyasarkan 10,000 sahaja.


-TJr Kapal Berita-





RENCANA RUJUKAN:

  • Far Eastern Economic Review: Negative Spiral

  • BTS: KL market set for 2-year low as blue chips falter

    Rujuk KM2 4042




    http://news.catcha.com/my/content.phtml?1&010&&afpnews.cgi &cat=malaysia&story=010322041320.4j9utxmm.txt

    Up to 6,000 job losses expected in Malaysia from US slowdown:


    KUALA LUMPUR, March 22 (AFP) - Up to 6,000 workers in Malaysia's electronics sector are expected to be retrenched this year following a slowdown in the US economy, a report said Thursday.

    But the situation was under control and not likely to adversely affect the country, the Bernama news agency quoted Human Resources Minister Fong Chan Onn as saying.

    Fong said the northern state of Penang would register the highest number of retrenchments.

    US toy giant Mattel is expected to reduce its number of workers by 2,000 while Japanese firm Hitachi will cut jobs by 200, Fong said,

    The Motorola factory in central Selangor state will retrench 172 workers while two electronics factories in the southern state of Johor will cut their workforce by 388, he added.

    No details were given on where the other job losses would occur.

    The retrenchments follow US electronics firm Seagate laying-off 4,800 workers last year.

    Fong said the ministry had set up a committee to assist retrenched workers in Penang by moving them to other factories.

    Human resources had also urged the home ministry to tighten conditions for the intake of foreign workers in the affected sectors so any vacancies could be filled by locals, he added.

    Almost 21 percent of Malaysia's exports go to the United States, making it vulnerable to the economic slowdown there.

    International Trade Minister Rafidah Aziz said Wednesday that the country's manufacturing sector would be hit by the US slowdown but the impact was not expected to be significant.