Laman Webantu   KM2A1: 4045 File Size: 13.0 Kb *



TJ MT MGG: Musuh Negara
By M.G.G. Pillai

23/3/2001 8:35 pm Fri

MGG 5901

[Kerajaan bingkas menuduh dan melabel seseorang sebagai musuh tetapi tidak pula membuktikannya di mana dan kenapa. Sebarang teguran dan perkhabaran ditafsirkan sebagai mengancam dan hasutan membenci walaupun ia benar semata. Kerajaan telah menghidupkan suasana prasangka untuk menenggelamkan fakta dan perkembangan idea. Kekecewaan rakyat menjadi terpendam tetapi boleh meletup bila tiba kemuncaknya. Kg Medan sudah menyaksikan kesan hukum sebelum bicara dan banyak lagi letupan mungkin akan berlaku - dan ia terjadi di tempat yang Umno pernah dan kuat menjadi penghulunya. - Editor]

Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di malaysiakini, kolum Chiaroscuro, Rabu 21.3.2001)


MUSUH NEGARA

(MGG: Convenient enemies of the state)

Ketika kerajaan sedang dihantui pelbagai soalan yang tidak mudah ditanganinya, sesiapa yang membawa berita buruk mudah dicop sebagai 'musuh negara' yang perlu didera dan diugut, secara terbuka.

Kerana itu, apabila kerajaan menuduh beberapa akhbar asing dan juga laman web internet, termasuk malaysiakini, ia telah memberikan ruang kepada para penyokong kerajaan untuk memperlekehkan sasaran kemarahan mereka itu sedangkan pihak yang dimangsakan meneruskan perjuangan mereka tanpa mengambil berat terhadap deraan yang diarahkan padanya.


Saya memang sedar akan perkara ini. Sejak saya mulakan tugas sebagai wartawan sambilan di Kuala Lumpur selepas kerajaan Singapura mengenakan sekatan terhadap saya dengan menutup Singapore Herald pada 1971. Saya telah didera kerana tulisan yang menggusarkan hati mereka yang memegang kuasa.

Para juak dan jongos yang rapat dengan pihak yang berkuasa memang sengaja mengipaskan bara kemarahan orang yang diampunya sehinggakan ada kalanya ia membakar diri sendiri. Memang tidak mudah menangani masalah ini selain daripada bersabar dan teruskan perjuangan. Begitulah yang terjadi apabila beberapa orang peniaga menyaman saya menuntut sebanyak RM102 juta, tetapi kalau kita takutkan api dan bahangnya, dapur bukanlah tempat kita menghuninya.

Mereka menyerang kita itu kerana mahu mengampu selalu, sedangkan kebanyakan mereka tidak pun membaca tulisan berkenaan yang mungkin mencuit perasaan mereka. Tidak kiralah kalau tuntutan mahkamah itu berpadan ataupun tidak, yang mencetuskan masalah itu melakukannya untuk terus hidup semata-mata.


Kempen Lisan

Kini ada satu tanggapan politik betapa pihak pembangkang tidak seharusnya diberikan hak bersuara mengenai masalah negara. Sesiapa yang menulis dengan pendapat yang bercanggah dengan pihak kerajaan harus ditekan ataupun dipanggang sahaja. Media rasmi kerajaan kerap menonjolkan perkara ini sambil mencetuskan satu kempen secara lisan mengenainya. Inilah yang berlaku sekarang.


Satu bulan yang lalu, saya diberikan satu pesanan agar berkelakuan baik dalam penulisan saya, dengan memberikan penghormatan kepada perdana menteri dan kuasa yang ada padanya. Saya diberikan 'nasihat' untuk berbalik ke pangkal jalan ataupun bersedia menghadapi padahnya. Orang yang mengirimkan pesan itu ialah seorang bekas wartawan yang pernah kerugian besar di pasaran saham dan kini menganggotai lembaga pengarah dua syarikat yang tersenarai di BSKL. Dia juga merupakan seorang ahli rombongan delegasi timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.


Dia merupakan seorang wartawan yang baik tetapi telah tersasar jauh dalam hidupnya sehinggakan terpaksa meraba-raba untuk bangkit semula. Dia pernah menganggotai satu konsortium yang membuat kerja-kerja menambak tanah, dengan pembikinan sebuah lapangan terbang di sebuah pulau buatan manusia kerana mengharapkan persahabatannya yang erat dengan Menteri Besar, Sanusi Junid, mungkin memberikan kejayaannya. Malangnya, perkara itu tidak kesampaian dan projek itu terpaksa tinggal terbengkalai.

Kini, Abdullah sudah pun menjadi menteri hal ehwal dalam negeri, ketaksubannya terhadap musuh negara dan 11 penyokongnnya, yang termasuk malaysiakini, agensi berita asing dan juga saya, sudah dijadikan sasaran untuk dilumpuhkan.

Saya mengetahui hal ini daripada seorang duta, seorang lagi wartawan dalam senarai ini dan orang yang memang tidak terlibat langsung dalam dunia kewartawanan. Perkara ini sudah menjadi satu situasi senyap yang semakin berbahaya. Orang ini memang rapat dengan timbalan perdana menteri dan menteri hal ehwal dalam negara. Rakan kongsinya ialah bapa mertua kepada salah seorang anak lelaki kepada perdana menteri. Tentunya perkara ini bukan lagi bertaraf cakap kosong sahaja lagi.


Pembawa Berita Sengsara

Tetapi siapakah yang menjadi musuh negara? Apakah mereka ini pembawa berita sengsara ataupun mereka yang menghancurkan fabrik kenegaraan dengan segala rancana pembangunan yang sudah hancur berkecai seperti projek manambak tanah di Kedah, dan mereka yang sengaja memperlekehkan demokrasi dengan menidakkan hak orang lain untuk bersuara lagi?

Kalau pun benar adanya musuh negara di kalangan kita, siapakah gerangan mereka? Kenapakah Abdullah Badawi yang menjadi menteri hal ehwal dalam negeri sanggup berdiam diri? Jawapannya ialah memang tidak ada musuh negara itu, dan pihak pembangkang yang menyanggah kerajaan sebenarnya bukan boleh ditakrifkan sebagai musuh negara. Kalaupun mereka bersifat itu, sudah tentu mereka dapat disekat daripada berperangai begitu.


Kempen senyap-senyap yang sungguh berbahaya ini adalah satu corak yang memang tidak disangsikan lagi. Cuba perhatikan apakah reaksi yang tercetus ketika Lycos menghentikan laman web yang bertapak di ruang tajaannya. Pihak pembangkang telah beranggapan bahawa semua itu adalah kerja-kerja pihak kerajaan dan Pergerakan Pemuda Umno telah merasa bangga perkara itu mengena para pengendali web yang teraniaya.

Rupanya, kedua-dua pihak tersilap tafsir. Lycos mempunyai beberapa masalah dalaman yang lebih jauh bezanya daripada kerja-kerja menghapuskan laman yang tidak disenanginya. Sebaliknya rakyat Malaysia daripada segenap spektrum politik beranggapan demikian pula sambil memberikan tanggapan betapa kedua-dua pihak mempunyai jurang pemisah yang sungguh luas.

Setakat ini kerajaan bertindak kurang bijak dalam menyekat pihak pembangkang. Ia melihat keadaan di Filpina dan Indonesia dan cuba menyekat segala tindakan pembangkang itu dengan budaya ugutan. Namun, ledakan sosial seperti yang terjadi di Jalan Klang Lama, adalah laksana injap keselamatan yang mengeluarkan wap ledakan itu sahaja.

Rakyat Malaysia tidak boleh menyerlahkan kekecewaan mereka tanpa tindak balas kerajaan yang berlagak laksana seorang guru sekolah yang sadis dan menggunakan rotan sebagai bahan pendera. Kalau perkara ini berpanjangan satu hari nanti ia akan meletup juga. Ketika itu usaha mencari musuh negara yang berselindung di bawah selimut itu akan menjadi usaha yang amat mudah pula.

-pillai@mgg.pc.my-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 22/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

From malaysiakini (www.malaysiakini.com)

Wednesday March 21

Convenient enemies of the state

CHIAROSCURO

MGG Pillai

1:26pm, Wed: In times like these, when the government is hard put to provide answers and cannot back out, the bearers of bad tidings are quickly labeled ?enemies of the state?, to be harassed, threatened, publicly criticised and worse.

So, when the government accuses foreign newspapers and Internet sites, including malaysiakini, it gave government supporters a chance to wreck metaphorical havoc on the targets of ire, who often continued doing what they had to do, and hoped it would be no more than that.

I should know. Ever since I started out as a freelance journalist in Kuala Lumpur, after Singapore banned me with the closure of the Singapore Herald in 1971, I have been castigated for what I wrote which annoyed those in power.

Self-serving handmaidens to authority fan the flames which then, on occasion, take a life of its own. There is nothing one can do except shrug one's shoulders and muddle through. As when businessmen close to political power sue me for a total of, so far, RM102 million - one should not be in the kitchen if one is afraid of fire.

Those who attack you for what you write do so deliberately, often to curry favour, and most would not have read what you wrote that caused offence. It does not matter if it is justified or not. The man needs to survive and would do anything for that.

Word-of-mouth campaign

There is this political presumption that the opposition should not be allowed to have its say in national affairs, and anyone who writes about it or with a contrary view deserves being fried in oil and worse. The official media often jumps into the fray, and a sinister word-of-mouth campaignbegins.

One such is on now. A month ago, I was passed a message that I should behave myself in my writings, honour the prime minister and his indefensible positions, and ?advised? to mend my ways - or worse would result.

The person who sent the message is a former journalist who lost heavily in the stock market, now on the board of two listed companies on the KLSE, and firmly anchored in the entourageof the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi.

A good journalist who lost his way and did not make it, he looks for anchors to latch on to. He was in the consortium to reclaim land in Kedah, with an airport built on an artificial island, hoping his friendship with the then Mentri Besar, Sanusi Junid, would see it through. It did not. The project is abandoned.

Now with Abdullah, who is also home minister, his sinister references to "enemies of the state" and its 11 supporters, amongst whom are malaysiakini, foreign news agencies and I, who should be rooted out.

I heard this from an ambassador, another journalist in this list, and people removed from journalism. This time, it is insidious. He is close to the deputy prime minister and home minister, his business partner is the father-in-law of one son of Prime Minister Mahathir Mohamed. And all and sundry assume there is more to this than loose talk.

Bearer of bad tidings

But who is the enemy of the state? Is it the bearer of bad tidings, or those who destroy the fabric of the nation with their irrelevant development schemes, like the land reclamation in Kedah, and undermining democracy by refusing to allow the other side to have a say?

If indeed there are enemies of the state in our midst, who are they? And why has Abdullah, as home minister, kept quiet? Because there are none, and opponents of the government are not by definition enemies of the state. They would have been contained by now if they were.

That this insidious campaign is part of a pattern is in no doubt. Look at the reaction when Lycos pulled the plug on Malaysian reformasi sites it hosted. The opposition immediately assumed it was at the government's behest, and Umno Youth was glad that the webhoster had seen the light.

Both, it turned out, are wrong. Lycos has internal problems far removed from censoring sites it does not like. Malaysians from either political spectrum behaved as expected, suggesting that the two sides are as wide apart as ever.

So far, the government moves ineptly to curb dissent. It sees what happens in the Philippines and Indonesia, and bottles dissent with threats. But explosions, as we saw in Old Klang Road, act as a safety valve, a sort of letting of steam.

Malaysians cannot let out their frustrations without the government wagging a finger at them like a sadistic schoolmaster with his cane. If this continues, one day it would burst. This seeking of enemies of state under the blanket would make it easy.