Laman Webantu   KM2A1: 4052 File Size: 21.0 Kb *



TAG MT 60: Hubungan Urusniaga Keluarga Suharto di Malaysia
By Penyiasat

25/3/2001 12:39 am Sun

TAG 060

[Keluarga Suharto memang giat berniaga, begitu juga dengan keluarga Mahathir kerana inilah impian mereka untuk menggondol kekayaan negara dengan mudah kerana kuasa banyak berpihak kepada mereka. Kerakusan harta menyebabkan mereka menjalin hubungan niaga yang intim sesama mereka khususnya di dalam projek pembinaan kerana disitu banyak peluang dan habuan.

Perjuangan reformasi Indonesia telah membongkar beberapa skandal yang bakal menjerut kroni Malaysia. Seandainya ia terbongkar meluas di sana, kroni disini akan menggelepar. Bila itu berlaku ramai akan tersedak sehingga tercabut seluar. Mahkamah luar seperti Indonesia tidak boleh dipermainkan seperti Mahkamah Malaysia..... Lagipun Vincent Tan sendiri sudah menyerah kalah kepada Ganesh Sahathevan di Australia dan Gus Dur sendiri sudah semakin gementar. - Editor ]


Penterjemah: -MT-

Hubungan Urusniaga Keluarga Suharto di Malaysia

(Suharto's Family Business Links In Malaysia)


Catatan: Artikel ini pernah muncul dalam Bahasa Inggeris pada 24/02/00 di internet reformasi. Diterjemahkan mengikut selera semasa dan atas permintaan orang di Indonesia. Mungkin boleh dimanfaatkan oleh pembaca di Malaysia juga. -MT-


BAHAGIAN 1:

1. Hubungan Perniagaan Tutut

Pada akhir 1993, Presiden Suharto (bekas) telah menghadiri Langkawi International Maritime & Aviation (LIMA) Exhibition, dan kedatangannya itu telah dialu-alukan oleh PM Mahathir. Apabila dua diktator bersemuka mereka berpendapat betapa sejak berakhirnya 'konfrontasi 1963', kerjasama di antara kedua negara memang akrab, dan sudah tiba masanya untuk melancarkan kerjasama di antara dunia niaga kedua negara. Persetujuan dicapai dalam dua bidang:

(a) pembinaan, dan

(b) agensi kepada penjualan kereta Proton di Indonesia.

(a) Sebagai menyambut perundingan di LIMA itu, kumpulan elit UMNO telah memutuskan untuk melantik Yayasan Gerakbakti Kebangsaan, sebuah syarikat milik penuh pergerakan Pemuda UMNO untuk menaja satu perkongsian dengan syarikat milik keluarga Suharto. Di pihak Suharto pula, telah diambil kepastian bahawa anak perempuan sulung Pak Suharto, Siti Hardiyanti, aka Tutut, diberikan kuasa untuk menjalin kerjasama niaga ini.

Inilah caranya Citra Muda Sdn. Bhd ditubuhkan sebagai satu usahasama antara Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (51%) dan syarikat pembikinan lebuhraya bertol milik Tutut bernama PT Citra Marga Nusaphala Persada (CMNP), yang menguasai baki 49% dalam usahasama itu.

Ketua Yayasan itu merupakan Ketua Pemuda UMNO, yang merupakan tapak kuasa Anwar Ibrahim pada satu ketika dulu. Ketika Citra Muda Sdn. Bhd. ditubuhkan, Ketua Pemuda UMNO ialah Datuk Najib, yang juga merupakan Menteri Belia dalam kerajaan Mahathir.

Majid Umar, yang pernah saya temubual di KL pada 18 Oktober 1999 (melalui ihsan Jomo) adalah seorang pegawai yayasan yang ditugaskan kepada syarikat usahasama. Dia bertanggungjawab kepada 'Ibu Poppy' seorang wakil Tutut yang mempunyai nama sebenar Siti Roqaiyah. Pengarah alternatif kepada Tutut dalam usahasama itu ialah Bambang Suroso.

Pada Oktober 1999, Citra Muda telah mengurangkan tenaga kerjanya kepada empat pegawai sahaja. Talian telefon telah dipotong dan mereka masih lagi menunggu bayaran kepada kerja-kerja projek KLIA.


(a.1) Kilang Penapis Minyak Kedah (Kedah Oil Refinery)

Dengan kerjasama dua lagi kumpulan niaga Indonesia, Tri Patra dan Risyadson, syarikat induk kepunyaan Tutut, PT Citra Lamtorogung Persada (CLP) telah memulakan satu projek penapis minyak di Kedah. Projek bernilai US 1.2 bilion (sekitar RP2,520 trillion) telah dimulakan pada 1991 dan siap pada 1994. Kumpulan Tri Patra (Tri Patra Group) dimiliki oleh Imam Taufik, sedangkan Risyadson Group dimiliki oleh Ibrahim Risyad, salah seorang daripada empat pengasas Salim Group.

Rujukan:
Forum Keadilan, 23 Jun, 1994, ms 26-27.


(a.2) Pembabitan Dengan PLUS

Sebelum Citra Muda Sdn. Bhd ditubuhkan, malahan sebelum LIMA dilancarkan pun, syarikat milik Tutut telah diberikan kontrak perniagaan di Malaysia. Kontrak itu dianugerahkan kepada satu konsortium syarikat Indonesia yang diketuai oleh Tutut, bernama Citra Kontraktor Nusantara (CKN).

Mengikut undang-undang Malaysia, CKN ialah sebuah syarikat negara asing, berbeza dengan Citra Muda Sdn. Bhd, yang merupakan sebuah syarikat tempatan. Namun, CKN telah diberikan satu kontrak - TANPA TENDER - untuk membina satu jalan untuk kutipan tol antara Ayer Hitam dan Yong Peng (Timur). Mengikut cerita satu sumber (majid Umar) panjang jalan ialah antara 10 hingga 12 kilometer. Mengikut satu sumber lain (Info Bisnis, Jun 1994:11) kontrak itu ialah untuk 22 km panjangnya.

Bahagian jalan tol yang disebut ini adalah di antara Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS : North South Highway Project) sepanjang 512km. Yang diuruskan oleh UEM (United Engineers Malaysia) sebuah anak syarikat Renong. Bahagian Ayer Hitam- Yong Peng Timur ini diberikan kepada CKN kerana konsortium Indonesia itu dikatakan mempunyai kepakaran membina jalan bertol di kawasan paya dengan menggunakan system 'cakar ayam' ciptaan seorang jurutera Jabatan Kerjaraya Indonesia yang telah diciplak oleh Tutut dengan menggunakan tenaga kepakaran jurutera itu untuk syarikat CMNP.

Berbeza dengan apa yang diketahui sebelum itu, projek CKN itu merupakan hanya satu kontrak sahaja di mana hasil kutipan tol semuanya menjadi kutipan UEM/Renong sebagai penyelenggara PLUS.

Untuk membina Lebuhraya Ayer Hitam-Yong Peng Timur itu, CKN telah menubuhkan satu usahasama dengan Maha Bina Sdn. Bhd dengan nisbah 70% dipunyai oleh CKN sedangkan bakinya dipunyai oleh Maha Bina. Nilai projek ialah sebanyak RM 14.5 juta dan ia direncanakan untuk siap dalam masa 35 bulan daripada Mach 1990 hingga Januari 1993. Projek sebenar siap dalam 41 bulan, disebabkan kesukaran rupabumi yang perlu ditangani. Sebenarnya, system 'cakar-ayam' yang dicuri daripada Indonesia itu tidak pun dapat membantu kerja-kerja yang sungguh sukar di situ.

Rujukan
Temubual (tidak rasmi) dengan Umar Majid pada 18 Oktober 1999; Info Bisnis Jun 1994, ms 11; Warta Ekonomi, 20 November 1996; Swasembada (majalah bisnis Indonesia) 5-18 Jun 1997, ms 46.


(a.3.) Pembabitan di KL International Airport

Walaupun CKN tidak menyerlah dalam pembikinan lebuhraya PLUS, syarikat itu diberikan satu projek lagi, kali ini membabitkan sebahagian projek KL International Airport (Lapangan Terbang Antarabangsa) di Sepang, Selangor. Kerja kontrak itu membabitkan landasan terbang dan bahagian 'apron' (kawasan lapang tempat pesawat menunggu).

Untuk projek itu Citra Muda Sdn. Bhd yang sudah pun ditubuhkan telah mengadakan satu usahasama dengan sebuah syarikat tempatan bernama Ready Built. Nilai kontrak ialah RM194 juta (lebih 10 kali ganda daripada nilai projek yang pertama dulu?..!!!!!) bersamaan dengan US$ 50 juta, ataupun sekitar Rp 178 billion. Tentunya 24.2 meter lebar kawasan apron itu sudah pun disiapkan sebelum KLIA dibuka dengan rasminya.

Rujukan
Temubual (tidak rasmi) dengan Umar Majid pada 18 Oktober 1999; Info Bisnis Jun 1994, ms 11; Warta ekonomi, 20 November 1996; Swasembada, 5-18 Jun 1997, ms 46.


(a.4) Projek Bandar Pinggir-Pantai Port Dickson (Port Dickson Waterfront City Project)

Sepatutnya ada satu lagi projek pembinaan membabitkan Tutut-Pergerakan Pemuda UMNO yang membabitkan pelaburan bernilai Rp 118 billion. Projek itu terpaksa ditunda disebabkan keadaan ekonomi yang merudum.

Rujukan
Temubual (tidak rasmi) dengan Majid Umar pada 18 Oktober 1999; Info Bisnis, Jun 1994, ms 11; Warta Ekonomi, 20 November 1996; Swasembada, 5-18 Jun 1997, ms 46.


(a.4.2) Satu Lagi Projek CLP

Mengikut cerita Majid Umar, syarikat induk Tutut, PT Citra Lamtorogung Persada (CLP) telah terbabit dengan satu projek pembinaan, selain daripada kerja yang melibatkan Citra Muda Sdn. Bhd. Itu adalah satu projek bikinan jalanraya menggunakan system pembinaan 'cakar ayam' yang dicuri oleh Tutut daripada para jurutera Jabatan Kerjaraya. Sistem itu lebih terkenal dengan panggilan 'Sosrobahu System'. Sistem ini digunakan juga dalam projek bikinan jalan bertol di Manila (ketika itu) membolehkan pembinaan jalan baru dilaksanakan selari dengan system jalanraya yang ada dengan menggunakan sokongan tiang yang ada. Apabila siap ia boleh diubahsuai secara mengubahnya untuk menjadi satu system jalan yang bertol.

Rakan kongsi tempatan ialah sebuah syarikat ataupun seseorang yang bernama Ampang (kurang jelas temubual itu).


(b) Agensi Kereta Proton

Ketika bisnes pembinaan jalan berkembang biak di Malaysia, kumpulan elit UMNO turut juga memancing Tutut agar mengembangkan pasaran kereta Proton di Indonesia. Pada 19 Mei 1994, dalam satu majlis di BPPT (Technology Assessment and Development Agency), yang merupakan pejabat Kementerian Penyelidikan dan Teknologi B.J. Habibie, satu surat LOI (Letter Of Intent) telah ditanda-tangani oleh Tutut sebagai seorang pengarah PT Citra Lamtorogung Persada (CLP) dan Dato Nadzmi Salleh sebagai ketua pengarah PROTON Sdn. Bhd.

Surat perjanjian itu melantik PT CLP sebagai pengedar tunggal penjualan Proton di Indonesia. Sebanyak 2,500 unit Iswara dan Wira (sedan) dijangka boleh diimport oleh Jakarta pada September 1994, tanpa pembayaran cukai import. Alasannya ialah sebanyak 1,000 kereta itu diimport untuk kegunaan teksi sedangkan 1,500 unit akan digunakan sebagai kereta kegunaan pegawai kerajaan perkhidmatan awam Indonesia.

Sebagai mengenang jasa Suharto kerana bisnes itu, Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, muncul di Jakarta ketika itu. Dia telah menghadiahkan Pak Harto sebuah kereta Proton Wira berbentuk limo yang panjangnya sekitar tujuh meter dan berharga sekitar US$75,000. Kereta itu berbentuk kalis peluru, lengkap dengan TV dan alat komunikasi lagi dan mempunyai satu 'Dashboard' (bahagian depan untuk memasangkan kelengkapan elektronik) yang disalut dengan emas bermutu 24-carat. Itulah hadiah khas daripada PM Mahathir. Sebagai balasannya Pak Harto mengirimkan 50 set system solar kegunaan perumahan (system air panas untuk kegunaan di rumah) yang dibuat oleh Indonesia.

Untuk merangkul faedah daripada kemasukan kereta tanpa cukai import itu, Tutut telah menubuhkan satu syarikat teksi, PT Citra Transpor Indonesia pada September 1994. Inilah saja syarikat teksi yang dibenarkan oleh kerajaan Indonesia untuk beroperasi dengan menggunakan Proton Saga Iswara yang berkuasa 1,300cc.

Menteri B.J. Habibie terbabit dalam projek ini kerana dia juga terpaksa menanda-tangani lima lagi MoU dengan Menteri Pertahanan Indonesia. Sebagai balasan kepada pembelian kereta Proton itu, Malaysia perlu membeli pesawat CN-235 bikinan Indonesia (pasang-siap) yang diusahakan oleh IPTN, yang diketuai oleh Dr. Habibie. Untuk tahap awal Malaysia perlu membeli enam unit daripada 18 pesawat yang dijanjikan. Di waktu yang sama ada satu lagi perjanjian di mana Indonesia diberikan membeli 20 unit pesawat pelatih jenis MD-3 yang dipasang-siap di Malaysia selain daripada persetujuan membeli 2,500 unit Proton sedan itu.

Jadinya, kerajaan Malaysia merasa gembira seperti juga Tutut dan bapanya yang menerima hadiah bernilai US$75,000 daripada seorang rakan diktator seugama, Mahathir.

Rujukan:
Prospek, 19 Februari 1994
Indonesia Business Weekly, 27 Mei 1994 Editor, 2 Jun 1994; Swasembada,jun 1994 ms 134; Gatra, 25 April 1995.




BAHAGIAN 2:

2. Hubungan Bambang Trihatmodjo

Pada akhir 1995, anak lelaki Suharto ini bersama rakan niaganya Johannes Kotjo (Sino-Indonesian) telah membeli saham kepunyaan Hospital Pantai yang tersenarai di BSKL di waktu yang sama Mokhzani Mahathir membelinya juga saham itu sebanyak 5% melalui Tongkah Holdings. Tindakan mereka itu seolah-olah direncana secara seragam pula. Secara seragam juga nampaknya mereka bertiga itu melakukan satu urusniaga dengan Vincent Tan, seorang pemegang saham terbesar di Hospital Pantai yang pada ketika itu sedang menjual saham pegangannya. Vincent Tan melaksanakan penjualan sahamnya itu sebagai satu rencana untuk mendekati dua keluarga terkuat di dua buah negara sambil memperkukuhkan penglibatannya dalam pasaran perkhidmatan kesihatan bagi kelas menengah dan atasan di rantau ini.

Sebelum itu, Kumpulan Berjaya Group yang dikuasai oleh Vincent Tan menguasai 87.5% saham Hospital Pantai. Setelah menjual sebahagian sahamnya kepada ketiga-tiga individu itu, pegangan Berjaya menurun menjadi 35%. Ini membuatkan Berjaya - dan semestinya pemegang besar saham itu, Vincent Tan - terus menjadi pelakon penting dalam industri perkhidmatan kesihatan di rantau ini bersama-sama dengan klik Suharto-Mahathir. Lagipun, Hospital Pantai memegang 13.2% saham Parkway Holdings yang tersenarai di Singapura.

Setelah membeli saham majority Hospital Pantai itu, pada 1997 Tongkah pun memulakan satu kontrak yang diberi tempoh 15 tahun lamanya, untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada 19 hospital kerajaan di Malaysia. Satu lagi anak syarikat Tongkah telah diberikan pula kontrak perkhidmatan pembekalan perubatan (tele-medicine services).

Rujukan
Backman, Michael (1999). ASIA ECLIPSE: Exposing the dark side of business in Asia. Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd., pp 309-311, The Bulletin, 6 February 1996, p. 48, 8 Oktober 1996, ms 52-53.


3. Hubungan urusniaga (tertunda) TITIEK PRABOWO.

Pada pertengahan 1997, ada satu persidangan serantau membabitkan Indonesia-Malaysia-Thailand di mana pembinaan sebuah jambatan merentasi Selat Melaka pernah dibincangkan. Perkara ini diulang kembali di parlimen Indonesia pada 25 Jun 1997, oleh Menteri Kerjaraya (ketika itu) Radinal Mochtar. Mengikut Radinal Mochtar, jambatan itu menjadi isu ketika dibincangkan rencana pembikinan lebuhraya.

PM Mahathir yang mengemukakan isu itu pada tahap awal dulu dengan Presiden Suharto ketika bersamanya di Turkey pada awal 1997. Malahan Mahathir merupakan manusia pertama yang mencadangkan perkara itu pada Oktober 1996.

Pada Ogos 1997, satu pengumuman disebarkan betapa satu jambatan bernilai US$2.2 billion akan diusahakan oleh Renong dan PT Malindo Transmadu, sebuah syarikat yang dikuasai oleh Siti Hediati Heriyadi, aka (ataupun dikenali juga) Titiek Prabowo, anak perempuan Suharto yang merupakan isteri kepada seorang panglima tentera bernama General Prabowo Subianto. Titiek telah menunjukkan satu model skala jambatan itu kepada ayahnya yang menggembirakan presiden itu. 'Beliau menyatakan jambatan itu akan mengembalikan hubungan lama antara rakyat Indonesia dan Malaysia, bangsa Melayu dan menyatukan kembali budaya dan ekonomi dua negara.' Demikian yang diterangkan oleh Titiek Prabowo.

Dua punca terminus kepada jambatan dua lorong itu berkemungkinan di Melaka bagi hujung yang bermula di Malaysia, dan di Dumai, Riau bagi pihak Indonesia pula. Panjang jambatan merentang Selat Melaka ialah 42 kilometer. Kemudian terdapat pula 47 km merentang kepulauan Rupat di Sumatra dan 6 km lagi merentang kepulauan di antara Dumai dan tanah besar Sumatra. Mengikut Titiek Prabowo, jambatan itu dijangka siap sekitar 2002 tetapi pembinaannya hanya boleh dimulakan setelah pelan diluluskan oleh International Maritime Organization sebuah agensi PBB yang berpangkalan di London. Kajian awal menjangkakan sebanyak 2000 hingga 5000 kenderaan boleh menggunakan jambatan bertol itu setiap hari.

Dengan merudumnya ekonomi Indonesia, projek mega itu telah digugurkan oleh teknokrat Indonesia atas desakan IMF.

Rujukan
Jakarta Post, 26 Jun, 1997; The Australian, 26 Ogos, 1997.


4. Hubungan Keluarga Sigit

Usahasama Tutut di Malaysia melibatkan syarikat yang ada kaitannya dengan UMNO dan bukannya dengan keluarga pemerintah (Mahathir). Tetapi, beberapa syarikat yang dikuasai oleh keluarga Harjojudanto mempunyai hubungan rapat dengan beberapa syarikat yang dikuasai oleh keluarga Mahathir.

Sigit Harjojudanto ialah anak lelaki sulung Pak Harto. Beliau merupakan pemegang saham pasif dalam syarikat kumpulan yang dipunyai oleh adiknya Tomy (Humpuss Group - nasib baik bukan Hampas Group - penterjemah). Begitu juga dalam beberapa syarikat kepunyaan Panutan Group yang diuruskan oleh para kroninya. Isteri beliau, Ilsye Anneke Ratnawati Djoefre , aka Ilsye Sigit, dan juga anak lelaki sulungnya, Ari Haryo Wibowo, aka Ari Sigit, merupakan orang perniagaan yang memang agresif dan mereka inilah yang mempunyai hubungan niaga terus dengan ahli keluarga Mahathir.


(4a.) AsiaMatrix Ventures Pte. Ltd.

Pada pertengahan 1990-an, saham syarikat yang tersenarai di bursa saham Singapura ini telah dibeli oleh Elsye Sigit dan rakan kongsinya, Suzanno Tanojo. Mengikut cerita Backman, mereka kemudiannya menjual saham itu pada 1997 (Backman, 1999:264). Ada satu direktori syarikat terbitan April 1999 di Singapura yang mencatatkan bahawa Ratnawati Harjojudanto sebagai pengerusi AsiaMatrix (Corporate Data Sourcfe Pte. Ltd. 1999: 602-603).

Buku direktori yang sama mencatatkan Pantai Health (Caymans) Ltd. sebagai pemegang saham sebanyak 21.93% dan melayakkan AsiaMatrix sebagai syarikat sekutu kepada Pantai Holdings Ltd.

Di waktu yang sama Tongkah Holdings yang dikuasai oleh Mokhzani Mahathir itu telah menjadi pemegang saham berwibawa dalam AsiaMatrix. Pada asalnya syarikat itu merupakan pembuat 'plastic injection mold' (acuan barangan plastik ). Setelah menguasai saham syarikat itu, ia telah menukarkan haluan syarikat untuk memberikan perkhidmatan kesihatan pula. Beberapa usahasama perkhidmatan kesihatan telah diwujudkan di Singapura dan syarikat itu pun bertukar nama menjadi AsiaMedic.

Eloklah dicatatkan di sini bahawa AsiaMatrix menggunakan khidmat setiausaha korporat yang sama di Van Der Horst Ltd. Ini merupakan sebuah syarikat tersenarai di Singapura dan sahamnya telah diborong oleh Johannes Kotjo dan Bambang Trihartmodjo. Nama setiausaha korporat itu ialah Yvonne Choo.

Rujukan
Backman, 1999:310
Corporate Data Source Pte Ltd 1999a). Singapore Corporate handbook, April 1999, pp 168-169, 602-603.


(4b) Kumpulan Goldtron

Untuk memahami hubungan perniagaan antara keluarga Suharto-Mahathir, eloklah diberikan sedikit penerangan mengenai hal ini. Isteri Mahathir, Siti Hasmah merupakan salah seorang di antara 10 adik-beradik. Tiga orang lelaki di kalangan mereka, Jaffar, Ahmad Razali dan Hashim Ali merupakan ahli perniagaan ulung di negara ini.

Dato Jaffar Ali merupakan pengasas dan pengerusi Jasatera Berhad, sebuah syarikat pembinaan tersenarai di BSKL. Jaafar memegang saham terbesar dan menjadi pengerusinya. Mengikut laporan sebuah direktori syarikat, Jaafar memegang 12.22% saham Jasatera Berhad (Corporate Data Source Pte. Ltd 996b: 39). Tetapi, Backman mencatatkan beliau (Jaafar) mempunyai 30% saham dalam syarikat itu.

Jaafar dan dua lagi abangnya Ahmad Razali dan Zainal Abidin adalah rakan kongsi dalam DiBena Enterprise, sebuah syarikat berdaftar di Malaysia. Mereka ini juga mempunyai saham dalam beberapa anak syarikat kepunyaan Goldtron Group of Companies. Syarikat induk kumpulan memang disenaraikan di bursa saham Singapura di mana mereka menguasai 70% saham Goldtron Holdings, sebuah lagi syarikat berasingan yang tersenarai di bursa saham Hong Kong. Di waktu yang sama, Godtron Holdings menguasai saham syarikat yang berdaftar di Malaysia, Goldtronic (M) Sdn. Bhd secara berkongsi dengan DiBena Enterprise.

Jaafar memegang kuasa sebagai pengerusi syarikat yang berdaftar di Malaysia sambil menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berdaftar di Hong Kong. Anak buahnya, yang merupakan anak lelaki kedua Mahathir, Mokhzani, menjadi pengarah pula kepada syarikat yang berdaftar di Hong Kong dan Singapura.

Pada 1995, Ari Sigit, dan seorang rakan kongsi lain telah membeli 7.8% saham 'pager' dan pengeluar alat telefon.

Rujukan
Backman, 1999: 296,306-307
Corporate Data Source Pte. Ltd (1999b) Malaysia Corporate handbook, April 1999, pp.38-39.

>>>>>>>>>>>>>>>>MT 23/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<