Laman Webantu   KM2A1: 4055 File Size: 11.3 Kb *



TAG MT 62: KWAP Menyinar Setelah Membeli TimedotCom
By Shahriman Johari

25/3/2001 9:32 am Sun

TAG 062 (Kwap Menyinar?)

[KWAP menjadi fokus pemerhati kerana ia membeli satu saham yang paling dijauhi sebegitu banyak sekali dan masih berdiam dan tidak telus kenapa ia melakukan sedemikian. Nama KWAP mungkin kian bersinar tetapi kilauannya sudah jauh terpudar.

Time dotCom dikepalai oleh kroni yang asyik berhutang dan merugi berpanjangan. Malah semua hutangnya ditukar-tukar dengan saham yang nilainya kian merosot saban hari. Mengapa KWAP sanggup membeli sedangkan ada banyak lagi saham lain di BSKL yang boleh dibeli dan lebih terjamin pulangannya?

Jika KWAP cerdik sedikit ia seharusnya melabur di dalam syarikat yang sedikit (atau tiada langsung) berhutang. Setidak-tidaknya syarikat itu membayar sendiri semua hutangnya - bukannya asyik menyuruh orang lain melunaskan hutang. Bukankah orang yang asyik berhutang itu orang yang tidak pandai menguruskan wang?
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


KWAP Menyinar Setelah Membeli TimedotCom

(KWAP in the spotlight with purchase of TimedotCom)

Oleh: Shahriman Johari 19Mach, 2001.

Sejak lebih sepuluh tahun Kumpulan Wang Amanah Pencen telah berperanan secara senyap tanpa menonjolkan identiti sebagai pelabur institusi berbanding dengan agensi lainnya seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Kerana itu ramai yang telah memperlekehkan kewujudannya walaupun Sampai kini KWAP gagal memberi sebarang jawapan kenapa ia melakukan sedemikian walaupun majoriti pakar

badan ini mempunyai simpanan bernilai RM15 bilion mengikut taksiran Jun tahun yang lalu. Mengikut laporan Ekonomi 2000, jumlah ini adalah bersamaan dengan separuh daripada khazanah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Perubahan akan berlaku juga selepas ia menghamburkan hampir RM1 bilion untuk membeli sekitar 247 juta saham TimedotCom yang tidak pun diingini oleh orang lain. Kadar pembelian mengejutkan pasaran dan berbeza dengan Danaharta dan juga KWSP yang memberikan penjelasan kenapa mereka membeli saham IPO itu, KWAP pula bersikap diam membatu dalam tindakannya itu.

Pembabitan KWAP dalam perkara ini mengejutkan banyak pihak yang semakin sangsi dengan tindakan kerajaan menggunakan cukai pendapatan rakyat negara ini. Berdasarkan harga terakhir saham TimedotCom pada harga RM2.12, KWAP kini sudah kerugian sebanyak RM323 juta. Lagipun, tindakan KWAP itu menarik perhatian kerana selama ini pertumbuhannya selama tujuh tahun yang lalu berkisar kepada pelaburan dalam instrumen yang tidak berisiko tinggi.

Apakah ini satu petanda betapa banyak perkara akan berubah juga? Jumlah dana KWAP pada tahun lalu meningkat sebanyak 12 persen kepada RM15.3 bilion berbanding RM13.56 bilion pada 1999.

Lapuran Ekonomi 2000 mencatatkan betapa separuh pelaburan KWAP adalah dalam bentuk simpanan dan pembelian instrumen kewangan di pasaran. Sebanyak 29 persen adalah dalam bentuk ekuiti dan dana amanah saham. Sebanyak 17 persen pula dalam bentuk pinjaman dan bon syarikat.

Para pedagang dan pengurus dana berkata KWAP memang tidak aktif dalam pasaran saham berbanding agensi lain seperti KWSP dan PNB. Sebelum Disember tahun lalu ada juga KWAP membeli 9 persen saham MAS menggambarkan pembabitannya berbentuk jangka panjang dan bersikap pelaburan sahaja. Inilah gambaran mengenai cara KWAP menangani risiko pelaburannya.

Kini muncul satu soalan yang perlu dijawab: kenapakah KWAP mengambil sikap putar-balik dan melabur dalam TimedotCom?

KWAP telah ditubuhkan pada 1991, di bawah Akta Dana Amanah Pencen (Pensions Trust Fund Act). Matlamatnya ialah untuk meraih pendapatan berpadan daripada pelaburannya untuk membiayai bayaran pensen kepada warga pencen negara yang ditaksirkan berjumlah 863,000 orang setiap tahun.

Kerajaan telah memperuntukkan sebahagian dana daripada pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan kepada tabung pencen setiap tahun. Terpulanglah kepda KWAP melabur wang itu supaya pendapatan daripada pelaburan digunakan untuk membayar pencen kepada bekas katitangan kerajaan. Tahun lalu, bayaran kepada pencen dan gratuiti berjumlah RM4.4 bilion.

Akta Dana Amanah Penccen mensyaratkan KWAP ditadbir oleh satu majlis yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian kewangan Datuk Dr. Samsudin Hitam. Akauntan Negara Siti Maslamah Osman bertanggungjawab dengan pentadbiran harian dana pencen itu. Berbeza dengan KWSP, maklumat pelaburan KWAP dan kaedah pelaburannya memang susah untuk diketahui oleh orang luar. Tidak pula diketahui berapa banyakkah dana yang boleh dilabur dalam saham, bon ataupun instrumen kewangan di pasaran.

Pada 1993, Business Times ada melaporkan betapa 30 persen dana agensi itu boleh digunakan untuk memberi pinjaman, pembelian stok dan pendepositan. Ini adalah kisah lapan tahun dulu yang mungkin sudah berubah kini.

Akta yang ada hanya menghadkan pinjaman yang boleh dilibatkan kepada badan berkanun dan juga syarikat, dan juga terhadap galian berharga. KWAP hanya boleh mengeluarkan setakat 20 persen daripada asetnya kepada peruntukan pinjaman di mana kerajaan persekutuan juga turut terbabit.

Pelaburan dalam galian berharga seperti emas, perak, platinum dan palladium tidak boleh melebehi 5 persen daripada asetnya. Akta itu juga menentukan bahawa dana pencen boleh dilaburkan dalam apa cara pun dengan kelulusan menteri kewangan.

Adalah sukar untuk KWAP memencilkan dirinya lagi setelah membeli saham Time dotcom kerana ia akan diamati dengan teliti oleh para pelabur terhadap pelaburannya. Sebarang kesangsian terhadap cara pengurusan dana simpanannya sudah tentu tidak mudah luput dengan begitu sahaja.

Sekali lagi, tuduhan berlakunya penyelamatan telah muncul semula. Berhadapan dengan keadaan ini, KWAP harus bertindak bijak menunjukkan ketelusannya dengan memberikan penjelasan kenapa saham haprak itu telah dibelinya.

Sebagai permulaan eloklah para pelabur diberitahu apakah parameter pelaburannya dan apakah bentuk pulangan yang diimpikannya.

-Shahriman Johari-
19Mach, 2001.

Sumber kiriman: [sangkancil] dari MGG


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 24/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.nstpi.com.my/z/Current_News/BT/Monday/Entertainment/20010319032637

Corporate: KWAP in the spotlight with purchase of Time dotCom

By SHAHRIMAN JOHARI
19 March 2001

OVER the last 10 years, state-run pension fund Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) has kept a relatively low profile as an institutional investor compared to its peers like Khazanah Nasional Bhd and the Employees Provident Fund (EPF).

Because of this, many have underestimated its presence although it has some RM15 billion worth of funds as at June last year or almost half of Permodalan Nasional Bhd's (PNB) outstanding fund size, according to the 2000 Economic Report.

But this is likely to change after it spent almost RM1 billion to buy some 274 million shares of Time dotCom under a sub-underwriting arrangement.

The size of its purchase surprised the market and unlike Pengurusan Danaharta Nasional Bhd and EPF, which stated their reasons for holding shares of Time dotCom, KWAP has remained silent.

Its purchase has also raised concerns over how the Government is utilising taxpayers' money.

Based on Time dotCom's last closing price of RM2.12, KWAP is now sitting on a paper loss of RM323 million.

In addition, KWAP's move is disconcerting because its growth over the last seven years has been helped largely by investments in low-risk instruments like bonds.

So, is this a sign that things are changing? Total funds of KWAP last year rose by 12 per cent to RM15.13 billion over RM13.56 billion in 1999.

The 2000 Economic Report says that about half of its investments are in deposits and money market instruments, 29 per cent in equity and trust funds and 17 per cent in company loans and bonds.

Investments in loans and bonds last year jumped more than 200 per cent, the report said.

Dealers and fund managers say KWAP has not been active in the stock market compared to the likes of EPF or PNB.

Prior to December last year, when it bought an extra 9 per cent of the national airline, its equity participation appeared to be minimal and skewed towards long-term returns.

That says a lot about KWAP's treatment of risk.

The question that begs to be answered is why the sudden U-turn and investment in Time dotCom? Set up in 1991, KWAP was established under the Pensions Trust Fund Act.

Its objective is to earn sufficient income from interest and investments to finance pension payments for the country's civil servants, estimated to be 863,000 persons last year.

The Government sets aside a portion of the amount it pays for civil servant salaries for the pension fund every year.

KWAP will then invest the funds and the income will be used to pay pensions of government servants.

Last year, payments of pension and gratuities amounted to RM4.4 billion.

The Pension Trust Fund Act says KWAP will be administered by a council chaired by the secretary general of the Finance Ministry, currently Datuk Dr Samsudin Hitam.

Malaysia's Accountant General Siti Maslamah Osman is responsible for the daily running of the pension fund.

Unlike the EPF, information on KWAP's investment parameters has been scarce.

It is not known how much the fund can actually invest in stocks, bonds or money market instruments.

In 1993, Business Times reported that 30 per cent of the fund can be placed out in the form of loans, stocks and deposits.

That was eight years ago and this may have changed.

The Act only prescribes limits on loans to public authority or companies, and investments in precious metals.

KWAP can only give out up to 20 per cent of its disposable assets, in loans to any public authority or companies in which the Federal Government holds an interest.

Investment in precious metals like gold, silver, platinum and palladium must not exceed 5 per cent of its disposable assets.

The Act also stipulates that the pension fund can make investments "in any other manner" as long as it is authorised by the Finance Minister.

Still, KWAP may find it difficult to keep its profile low following the Time dotCom purchase which is expected to prompt greater investor scrutiny on its investments.

And concerns regarding its management of public funds are unlikely to fizzle out quickly.

Once again, accusations of a bail-out has resurfaced.

Faced with such a situation, KWAP should consider explaining the share purchase and make itself more transparent.

For a start, it could tell investors what are its investment parameters and what sort of returns it is making.