Laman Webantu   KM2A1: 4057 File Size: 14.2 Kb *



TJ MT MGG: Ada Asap Adalah Apinya
By M.G.G. Pillai

25/3/2001 7:55 pm Sun

MGG 6901 (Chiaroscuro Asap)

[Berita angin tidak akan popular jika berita rasmi mendalam, luas dan tepat isinya. Akhbar Star baru-baru ini menuduh berita asing menulis fiksyen semata-mata sedangkan mereka cuma melapurkan apa yang dikata dan terkata. Itu pun berita juga yang berpelbagai sumber. Kerajaan berhak menyaman akhbar luar - tetapi mengapa mereka didakwa 'menghasut' cuma?

Soalnya Star cuma melapur berdasarkan apa yang diluluskan oleh kerajaan sahaja. Noktah. Itu sahaja. Kalaulah kerajaan berbohong pun, Star tidak akan menyanggahnya. Tentunya kita belum lupa bagaimana Star melapurkan Anwar dan Sukma melakukan jenayah di bangunan yang tiada sebegitu lama sebelum peguam Anwar mendedahkannya. Padahal Star mampu mempertikaikannya tetapi ia sengaja tidak mendedahkannya supaya nama baik Anwar rosak serosaknya.
- Editor
]

Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 19 Mac, 2001.)


Ada Asap Adalah Apinya

(No Smoke Without fire)

3:02, Isnin: Pada pertengahan Ogos 1998, berita angin mengenai persingkitan antara perdana menteri dan timbalannya merebak laksana api dalam sekam. Namun, berita angin itu sengaja didiamkan oleh akhbar perdana. Tidak juga mereka sanggup mengkiaskan betapa adanya perbalahan di antara mereka berdua.

Ketika perdana menteri disoal perkara ini dia telah menyoal balik: "Apakah saya mesti peluk cium dia di khalayak ramai untuk menunjukkan kami tidak bermusuhan?" Namun, dua minggu kemudiannya pada September 2, Anwar Ibrahim telah disingkir daripada UMNO sedangkan dia adalah timbalan presiden parti. Dia disingkirkan juga daripada kerajaan dalam satu usaha mencuba kekuatan yang berlarutan berbulan lamanya.

Selalunya rakyat marhaen mengetahui pembangunan utama negara daripada berita angin, dulu. Berita itu akan dinafikan sehingga menaikkan keberangan rakyat kalau kebenaran terserlah juga akhirnya. Di peringkat akhir, perkara itu diperakukan dengan muka selamba sahaja. Begitulah halnya dengan dasar negara, perubahan dalam kabinet ataupun mengenai perundangan terbaru.

Apakah benar presiden MCA sedang bertelagah dengan timbalannya? Penafian berita angin itu akan muncul dengan cepat dan secara marah pula nadanya sebelum berita angin itu diperakukan. Sudah menjadi satu petua kini bahawa apabila berita angin itu dinafikan bererti berita itu ada kebenarannya. Ahli politik dan menteri kabinet sengaja melengahkan berita angin itu sehingga mereka tidak mampu mempertahankannya lagi.

Kini, berita angin sedang bertiup kencang betapa perdana menteri dan menteri kewangan sedang bersengketa. Dulu mereka kerap bertemu sapa beberapa kali dalam sehari, kini sudah tidak lagi. Namun, secara rasminya, berita angin ini adalah satu desas-desus sahaja.

Begitulah juga dengan kisah pergaduhan kaum di Kampung Medan. Berita angin lebih kencang daripada kenyataan rasmi kerajaan. Malahan, akhbar pun tidak mahu menerima kenyataan rasmi kerajaan bahawa apa yang berlaku itu bukannya bersifat perkauman. Perkara itu dirujukkan sebagai pergaduhan kaum.

Kalau kerajaan bertegas mendedahkan jenis kaum pihak yang terbabit, sebagai Melayu dan India, bagaimanakah kerajaan bertegas pula bahawa itu bukannya pergaduhan kaum? Berita akhbar tidak akan dibaca kalau ia tidak memberikan berita yang sebenarnya.

Keadaan Mencelaru

Dalam satu sorotannya, 'The Star' mengatakan bahawa akhbar asing menulis fiksyen dan bukannya fakta. Memang sesuatu yang lumrah, apabila berlakunya sesuatu di tempat yang terpinggir di Petaling Jaya, ada pihak yang menghuni di ibukota menganggap bahawa pekan itu yang sedang terbakar. Apatah lagi yang termampu dibayangkan oleh penulis di negara asing. Sudah menjadi tugas para wartawan memberitahu para pembacanya di negara sendiri ataupun di luar negara, apa yang sebenarnya berlaku sebaik mungkin. Pembaca di Argentina memang tidak kisah untuk mengetahui di mana Kampung Medan ataupun Jalan Klang lama. Tetapi dia mahu diberitahu bahawa perkara itu berlaku di Kuala Lumpur dan di Malaysia. Cerita itu ditulis untuk dia membacanya.

Saya pernah tinggal selama satu tahun di Boston pada pertengahan 1970-an. Daripada tiga akhbar tempatan yang saya baca sepanjang tahun itu mengenai Malaysia ialah kisah beberapa rakyat Malaysia yang ditangkap di bawah Akta ISA (Akta Keselamatan Dalam negeri). Akhbar dan majalah semacam ini mempunyai pengarang yang tidak berminat dengan dunia luar, dan mereka inilah yang perlukan didikan. Tetapi bagaimanakah mahu meneruskan usaha ini selagi dunia luar tidak kisah dengan suasana penyebab tercetusnya pergaduhan di Kampung Medan.

Perkara ini akan lenyap juga. Bukan oleh akhbar tempatan malahan oleh para pegawai juga. Wisma Putra telah memberikan sedikit penerangan kepada duta yang berada di Kuala Lumpur. Penjelasan mereka itu lebih memeningkan. Seorang duta memberitahu bahawa dia menjadi lebih keliru mendengar penjelasan itu berbanding membacanya di akhbar tempatan.

Apakah gerangannya yang akan dilapurkan oleh duta-duta itu kepada negara asal mereka? Ada duta yang melapurkan bahawa lapuran kerajaan itu sungguh mengelirukan dan menunjukkan betapa kerajaan telah tersilap congak dan langkah sehingga memperkukuhkan kepercayaan bahawa kerajaan dan juga perdana menteri yang ada sedang dihenyak kerunsingan. Versi lapuran beginilah yang akhirnya menyusup kepada para pelabur asing dan bukannya laporan daripada Reuters ataupun AP.

'The Star' telah melaporkan betapa para wartawannya telah memeriksa laporan kematian rasmi di hospital untuk menentukan kesahihan jumlah yang disebutkan. Apakah ini satu fakta ataupun fiksyen? Selama ini tidak ada satu pun akhbar perdana di negara ini yang sanggup menyanggah setiap angka yang disebutkan oleh kerajaan. Kalaupun akhbar itu terserempak dengan butiran kerajaan yang palsu, sanggupkan akhbar itu menyanggah kerajaan? Tidak. Mampukah akhbar memperbetulkan angka kerajaan yang tersilap itu? Sudah tentu tidak juga.

Alangkah anih, akhbar asing diperlekehkan kerana menggunakan angka yang salah. Akhbar negara luar melapurkan 10 kematian sedangkan angka sebenar sepatutnya menjadi 3 sahaja. Kerana kesilapan itu apa juga yang mereka tulis mesti dianggap fiksyen? Inilah kempen yang dijalankan kini untuk menutup beberapa keretakan yang wujud dalm pentadbiran negara. Inilah kempen untuk melencongkan pemikiran daripada menyoal apakah sebabnya berlaku semua itu.

Peristiwa Kampung Medan bukanlah satu peristiwa yang terlalu ganjil. Memang wujud pelbagai bentuk penyakit sosial yang berwabak dalam setiap sudut bandar yang kaya raya. Semua itu tidak memerlukan banyak jentikan untuk meledak. Perkara ini tidak boleh dibendung dengan mengenakan ugutan bahawa setiap penyibar berita angin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara. Penahanann mereka bukannya dapat menyelesaikan segala isu besar yang sengaja telah diabaikan.

Berita angin memang tidak boleh dihentikan. Di Malaysia, berita angin adalah berita alternatif untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana ia satu pembohongan tetapi kerana ia kerap merupakan berita yang sahih. Jika tidak bagaimanakah kita dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku di bilik yang bertutup rapat dengan berita angin yang mempunyai unsur-unsur kebenaran yang begitu tepat sekali, kalau berita itu tidak dibocorkan oleh salah seorang peserta majlis rahsia itu ?

Kalau berita angin disekat rapat dengan tangan yang ganas, seperti sekarang, berita itu akan meledak kepada pecahan berita angin menyebabkan sesuatu berita itu lebih dahsyat bunyinya daripada berita angin yang sebelumnya. Ada satu tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, walaupun ini bertentangan dengan pendiriannya: Beritahu cerita sebenarnya; sebenar mungkin tanpa mencemarkan keselamatan negara.

-MGG Pillai-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT24/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

19 March 01

malaysiakini (www.malaysiakini.com)


No Smoke Without Fire


CHIAROSCURO
MGG Pillai


3:02pm, Mon: In mid-August 1998, rumours of bad blood between the prime minister and his deputy spread like wildfire. However, the newspapers ignored the rumours, nor even to suggest all was not well between the two.

The prime minister, irritated when confronted with it, asked famously: "Do I have to kiss him in public to show nothing is wrong?" Yet, two weeks later, on Sept 2, Anwar Ibrahim was summarily sacked from Umno of which he was then deputy president, and the government, in a test of will that had lasted months.

Malaysians hear of major Malaysian developments first from the rumour mill. It would be denied, the anger often rising in tandem with how true it is. Then the denouement: it is confirmed. And said with a straight face. It does not matter if it is one of policy, changes in the cabinet, or a new legislation.

Is the MCA president and deputy president at loggerheads? The denials came swift and furious, before the rumours were confirmed. It is a rule of thumb that a rumour denied must be true. Politicians and cabinet ministers stall the rumours until they can no longer be.

Now the rumours have the prime minister and his finance minister at loggerheads so bad that the two men do not see each other when once they did several times a day. But officially, it is still a rumour.

So, in the Kampung Medan communal clashes, the rumours abounded more than official statements. Even the newspapers did not accept the official claim that what happened was not racial. It was soon referring to racial clashes.

Since the government insists on revealing the race of those involved, Malays and Indians, how can it insist that it is not racially inspired? The newspapers? account would not have been readable if one did not flesh its reports.

Confusion confounded

The Star, in a commentary, says the foreign press write fiction, not what happens. It is a fact of life that when an event happens in an off-beaten area of Petaling Jaya, even the fellows in a distant state capital assume the town itself is on fire. What then in a foreign country.

It is the job of reporters to tell its readers, at home and abroad, what happened as succinctly as possible and in context. The reader in Argentina knows not or cares where Kampung Medan or Old Klang Road is, but he would like to be told it is in Malaysia and in Kuala Lumpur. And the story is written for him to read.

I lived a year in Boston in the mid-1970s, and the only news I had of Malaysia that whole year in the three local papers I read was of a few people being arrested under the Internal Security Act. It is to this kind of editors and magazines, uninterested of the world outside, to whom foreign reportage tries to educate. It is how it would continue, so long as the world outside cares not the local impulses surrounding Kampung Medan.

This is forgotten. Not just by newspapers here, but also by officials. Wisma Putra briefed some ambassadors about the communal clash. It confused more than elucidate. One ambassador said he was more confused about what happened than after reading the local newspapers.

What do you think these ambassadors would report home about these events? He would say the official version is so confused and disjointed that government officials fumble and flounder, strengthening the growing belief that not only the prime minister but the government is in trouble. It is this version that eventually would trickle down to the investors, not a Reuters or AP report.

The Star, said its reporters, checked the official version of the number dead with physical checks at hospitals, and found it to be correct. Now, is that fact or fiction? Especially when no Malaysian newspaper worth its salt would second guess the government, especially when told that its version is the truth. If it did, and discovered the official version to be wrong, would it point that out? No. Would it amend the official figures? God forbid, no!

Strangely, at times like these, the foreign press is reviled for its lack of mathematical accuracy. The foreign press reports 10 dead when it should be three - and because of that, what they write generally is fiction. But this campaign, for that is what it is, is to mask severe strains in the administration, and to divert attention away from what caused it and why.

Leaden hand

What happened in Kampung Medan are not isolated incidents. There are several cancerous tumours on the underbelly of relatively prosperous towns. It does not require much for isolated explosions. This cannot be addressed by insisting that rumour-mongers must be detained under the Internal Security Act. Arresting them would not address the larger issues long ignored.

Rumours cannot be stopped. In Malaysia, it is an alternative to news. Not because it is false, but because it is sometimes correct. Otherwise, how do we know through the rumour mill what happens behind closed doors so accurately that it would have been leaked from one of the participants?

When you clamp down on it with a leaden hand, as now, it would explode into myriads of rumours, each more frightening than the last. There is one course the government could have taken, even if it goes against the grain: tell the truth, at least as much of the truth as it can without compromising national security.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my