Laman Webantu   KM2A1: 4063 File Size: 24.5 Kb *



TAG MT 64: Menyelami Lakonan Kejujuran
By Harun Rashid

27/3/2001 12:27 am Tue

TAG 064

[Kerajaan kerapkali berpura jujur untuk menyakinkan tindakkannya menggunakan dana negara untuk menyelamatkan perniagaan yang lingkup dikoyakkan kroni. Kini ia sudah tinggal tulang tetapi dibeli kembali dengan harga tinggi walaupun sudah tidak berisi. Sampai kini alasan yang diberi gagal memberhenti sangsi. Terpaksalah rakyat mencari berita dan alasan sebenar yang lebih meyakinkan lagi.

Kerajaan juga mahu rakyat mempercayai semua realiti tragedi tetapi fakta yang diberi penuh kekurangan dan tanda-tanya sehingga makin meresahkan rakyat dibuatnya. Sudah tentu rakyat mahu mencari kepastian dan ingin mengkaji lebih mendalam demi keselamatan mereka sendiri. Tetapi itupun mahu diperangi juga sedangkan ilmu itulah pelita kehidupan dan sinar di dalam kelam.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Kiriman: MGG Pillai


Menyelami Lakonan Kejujuran

(Penetrating The Pretense of Probity)


oleh Harun Rashid

Mach 23, 2001

Kita boleh menilai asset (aset) mengikut pelbagai cara. Ada asset yang berbentuk nilai kemudahan yang wujud apabila sesuatu komoditi ataupun hak, memberikan kemudahan yang berguna. Taksiran nilai kemudahan itu bergantung kepada perbandingan terhadap saingan yang alternatif. Jawapannya terletak kepada penerimaan apabila ianya ditawarkan kepada pasaran yang terbuka.

Sebuah rumah sebagai contohnya, mempunyai nilai kemudahan kerana ia memberikan perlindungan dan keselamatan. Ia boleh dijual ataupun disewakan untuk ditaksirkan. Begitu juga dengan peralatan dan bangunan komersial yang mempunyai nilai kerana semua itu adalah satu alat yang mencetuskan pendapatan.

Asset juga mempunyai nilai persendirian, yang bergantung selalunya kepada sentimen dan boleh ditaksir jauh lebih tinggi nilainya daripada harga pasaran. Kadangkala aset persendirian tidak boleh dijual-beli dengan harga sembarangan pun. Sebab utamanya ialah tidak ada cara sebenar untuk menaksir asset persendirian yang mungkin mempunyai nilai sentimental kepada si penjual. Cuma terpulang kepadanya sama ada untuk menjual ataupun membeli apabila sesuatu tawaran itu menjelma.

Sesuatu perniagaan itu merupakan satu asset yang mempunyai nilai kemudahan berasaskan keupayaannya meraih pendapatan baik pada kadar semasa ataupun untuk masa hadapannya. Mungkin juga asset itu mempunyai sedikit tanggungan hutang ataupun lebih dari itu. Ia mungkin mempunyai asset 'tangible' seperti bangunan ataupun peralatan. Nilai sesuatu perniagaan yang sedang kerugian tentunya diberi taraf nilai rendah berbanding satu perniagaan yang sedang menyumbang kepada keuntungan. Selalunya amat sukar menjual satu perniagaan yang dilanda kerugian dengan harga yang melebehi asset 'tangible' yang tidak terhalang (unencumbered tangible assets). Namun, adalah penting untuk menjualnya pada kadar yang sedikit rendah (bawah) daripada nilai penggantian asset itu.

Satu kongsisama dalam sesuatu perniagaan adalah dianggap sebagai asset juga. Nilai sesuatu perkongsian itu boleh naik ataupun menurun disebabkan factor persendirian juga, seperti kepakaran dan keindividuan rakan kongsi yang lain. Adalah sukar selalunya untuk menjual sesatu perniagaan yang dikongsisama itu kerana kekurangan pasaran yang bersedia untuk menerimanya.

Sesuatu badan korporat awam sebagai perbandingannya, mempunyai asset yang dibagi-bagi kepada beberapa bahagian yang seimbang dan semua saham itu ditawarkan untuk diniagakan di bursa saham pada setiap hari dagangan. Nilai saham itu beralon mengikut sentimen umum dan mengikut persepsinya terhadap pendapatan masakini dan juga masa hadapan yang boleh menjejaskan nilai dividen syarikat berkenaan. Di sinilah kualiti pengurusan itu memainkan satu peranan yang besar. Keupayaan untuk menaksir operasi perniagaan dan keadaan kewangannya memainkan peranan yang penting dalam membuat pendirian samada menjual ataupun membeli saham tersebut.

Di Bursa Saham Kuala Lumpur terdapat sekitar 700 syarikat awam (sudah pun mencecah 1000 jenis saham apabila diambil kira semua bon janji ataupun 'promissory notes' yang diniagakan - penterjemah) yang menawarkan sahamnya untuk diniagakan setiap hari. Nilai saham berubah-ubah. Buat masa ini nilainya mudah menurun setiap hari. Ini adalah kesan berlakunya ketidak-seimbangan di antara pembeli dengan penjual. Seandainya berlaku kewujudan penjual sahaja yang tidak diimbangi oleh kewujudan para pembeli, ketika itu pasaran akan menjunam coraknya. Apabila penjualan terhenti, corak pembelian yang tertumpu hanya kepada segelintir saham tertentu menyebabkan berlakunya perubahan mud (mood) kepada pasaran yang secara tiba-tiba menjadi rancak aktibitinya.

Para pembeli yang merupakan dana simpanan tempatan dan dana pencen bergiat mengikut telunjuk dan pengaruh menteri kewangan. Menteri ini mengenakan tiga jenis topi setiap hari. Apabila dia mengenakan topi menteri kewangan dia mengawal tabung khazanah negara yang sungguh kuat kuasanya itu. Apabila dia mengenakan topi bendahari UMNO dia melaksanakan kerja-kerja mempertahankan kepentingan parti yang sedang memerintah. Apabila dia mengenakan topi persendiriannya sebagai seorang peniaga persendirian, dia melaksanakan tugas mempertahankan kepentingan peribadinya.


Adalah amat sukar menelah jenis topi yang dikenakannya pada sesuatu masa. Perkara semacam ini memang tidak dibenarkan di setiap negara moden yang lain, kerana berlakunya kepentingan yang bercanggahan. Tetapi, Malaysia bukannya sebuah negara yang moden, perilaku seperti itu mudah diterima-pakai sebagai perkara biasa sahaja walaupun ada kalanya terlalu ketara sangat gelagat beliau menyodok wang rakyat marhaen daripada khazanah negara ke kantung UMNO ataupun ke kantungnya sendiri (ataupun ke kantung para kroni, para proksi termasuk barisan gundiknya? - penterjemah).

Menteri kewangan yang ini memang mempunyai satu kumpulan rakan niaga yang telah bergelumang dengannya selama ini. Apabila dia mengenakan topi menteri kewangan dan mengarahkan wang yang banyak dibayar kepada salah seorang rakan niaganya sudah tentu terserlah kerja-kerja penyelewengan. Baru-baru ini dia telah mengarahkan agar seorang rakan kongsinya diberikan wang yang banyak dalam skandal menguasai saham dalam sebuah syarikat penerbangan. Harga bayaran adalah dua kali ganda daripada harga pasaran. Alasannya ialah syarikat penerbangan itu hampir muflis dan perlu diselamatkan. Dia berpendirian bahawa harga yang tinggi itu diperlukan untuk menguasai hak pengurusan dripada rakan niaganya itu, yang telah diberikan tugas sebelum itu untuk menyelia kerugian pada kadar RM1 juta setiap hari.

Masalahnya sekarang dalam jawapan seperti ini ia gagal untuk melepasi ujian logika. Sesuatu syarikat yang hampir muflis tidak boleh menetapkan harga premium kepada sahamnya. Kerajaan Malaysia sudah pun mempunyai saham kencana (emas) dalam syarikat penerbangan itu yang memberikannya hak menguasai pengurusan secara berkesan. Kerajaan boleh melakukan sesuatu mengikut seleranya tanpa sebarang pengaruh pemegang saham yang lain. Di sini, nampak sangat menteri kewangan ini berusaha untuk menyelamatkan dirinya dan juga rakan kongsinya dalam satu usahaniaga yang sukar dan merugikan. Dia telah menyalahgunakan jawatan yang diamanahkan kepadanya untuk memperkayakan temboloknya lagi.

Dalam satu urusan yang lain, menteri kewangan ini telah menyelia peralihan dana daripada dana pencen yang di bawah bidang kuasanya untuk menyelamatkan satu kumpulan bank yang menjamin kelahiran IPO (saham awalan hari pertama) sebuah syarikat. Si penerima dana itu ialah seorang lagi rakan kongsi perniagaannya. Menteri kewangan yang sungguh haprak ini berlagak seolah-olah dia tidak ada kena-mengena dengan proses faraid ini. Namun dia tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini kerana segala butir penjelasannya ternyata disaluti kepalsuan belaka. Masyarakat awam telah ditawarkan saham itu, tetapi apabila hanya 25 persen yang ditempah, pihak dana kewangan diarahkan menerima hampir separuh saham itu dengan harga yang tinggi kerana sengaja digelembongkan nilainya.



Di Malaysia memang wujud suasana sandiwara di mana kejujuran itu dilakonkan. Segala lakonan itu semakin meloyakan sehinggakan ia sengaja diperhatikan sahaja oleh media massa yang dikawal oleh kerajaan. Rakyat marhaen membeli akhbar perdana itu semata-mata untuk gelak ketawa kerana sudah manjal dengan segala bentuk komidi yang diterbitkan setiap hari. Semua akhbar itu dicanang untuk jualan kerana kebenarannya. Namun, rakyat marhaen memang arif apakah rupa bentuk berita haprak seperti yang diedarkan oleh media kerajaan itu. Para editor akhbar perdana itu kerap merungut secara terbuka mengenai kelesuan mereka menangani pencerobohan pihak kerajaan. Mereka merayu agar tidak dikenakan tekanan untuk mengeluarkan berita yang separuh palsu itu dalam usaha untuk meraih kembali sokongan para pembeli yang sudah lama berpaling tadah. Sayang, usaha mereka sudah jauh terlambat. Segala sandiwara mereka untuk melakonkan 'kejujuran' yang penuh kepalsuan sudah menggugat segala saki-baki martabat yang ada.

Jumlah angka kematian yang terjadi dam insiden pergaduhan terbaru tidak boleh dilapurkan dalam media perdana tanpa mencetuskan keraguan rakyat marhaen. Masyarakat awam sedar betapa nama-nama mangsa yang mati tidak pun diumumkan. Kerana itu berita angin bertiup dengan kencangnya. Kerajaan bertindak dengan mengugut untuk mendakwa sesiapa sahaja yang menyoal sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hakikatnya polis sudah kehilangan kredibiliti mereka. Jadi, apa lagi yang boleh diharap oleh rakyat marhaen? Kegagalan melapurkan secebis kisah yang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat marhaen di Malaysia sudah mencemarkan kewibawaan media di negara ini. Seandainya trend in berterusan, besar kemungkinannya akhbar perdana akan ketandusan perniagaan kerana tidak berupaya meneruskan satu usaha penerbitan yang boleh memberikan sedikit keuntungan.

Apabila media yang boleh dipercayai oleh umum sudah tidak ada lagi, ia merupakan satu bencana kepada keselamatan rakyat marhaen. Beberapa hospital di Kuala Lumpur masih lagi menerima kes pesakit yang diserang denggi (dengue), tetapi demam yang berbahaya ini tidak pun diberi ruang untuk dilaporkan oleh akhbar kerana takutkan jumlah pelancong yang berkurangan. Pihak akhbar tidak lagi memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat marhaen terhadap sesuatu peristiwa, lantas ia menjadi penyumbang kepada kemudaratan hidup manusia. Akhbar Malaysia tidak dibenarkan melaporkan taktik syarikat penerbangan negara membuat penjimatan terhadap bahan bakar yang menjadi amalan niaganya untuk beberapa lama. Para juruterbang telah membuat rungutan mengenai amalan ini di tahap awalannya tetapi perkara ini terdedah hanya apabila pihak penerbangan London mengenakan tindakan disiplin terhadap kerja-kerja gila ini. Kejelekan amalan ini diselamatkan oleh cuaca baik semasa penerbangan daripada meletup kepada satu tragedy. Kalaulah media tempatan bebas menerbitkannya sudah tentu berita itu sudah lama diketahui oleh para pembaca.

Setiap hari kita didedahkan kepada beberapa kes mahkamah yang berlakon seolah-olah kes itu mengikut hukum perundangan negara. Pendakwaan terhadap 29 pejuang Islam kini sedang tertangguh. Memang jelas wujudnya pelbagai dalil yang bercanggah sehingga kes itu menjadi satu kisah yang banyak masalah. Apa yang terlalu jelas kepada para pemerhati ialah ketiadaan saksi di kalangan orang kampung di situ. Dakwaan bahawa episod itu adalah satu lagi sandiwara tajaan kerajaan, kini dipengapkan dengan ugutan tindakan jenayah terhadap sesiapa yang berani bersuara lantang. Tetapi terlalu banyak soalan yang mengharukan mengenainya yang masih tidak terjawab, terutama sekali bagaimanakah terbunuhnya seorang anggota askar dan seorang anggota polis yang berpengalaman.

Seorang peladang yang ditahan sebagai tebusan di Bukit Jenalik tidak pun dibebaskan. Dia diperam di bawah kawalan polis selama sepuluh hari sebaik sahaja episod itu reda. Dia mati secara mengejut disebabkan sakit perut sebaik sahaja dia pulang ke rumah daripada balai polis untuk sekejap sahaja, sebaik selesai makan tengah hari di balai itu. Doktor bedah (pathologist) yang memeriksa mayatnya tidak pun terjumpa sebarang keracunan dalam isi perutnya walaupun ada kesangsian yang dia mati kerana diracun. Cara berita itu dikawal pada waktu itu menimbulkan syak wasangka yang hanya dapat diredakan kalau kesangsian itu dapat dinyahkan. Tetapi, unsur inilah yang amat diperlukan sekarang ini.

Kisah benar adalah tugas yang mesti dilaksanakan oleh seorang wartawan yang pintar menyelidik. Tetapi, sikap kerajaan menganggap seseorang wartawan yang mahu menyelidik itu sebagai seorang musuh yang mencetuskan bahaya kepada pihak polis dan kerajaan membuatkan perasaan jelek itu semakin membara persis longgokan kayu yang turut dihuni oleh kumpulan tikus yang semakin membiak. Inilah yang pernah didakwa oleh Anwar Ibrahim, yang kini sedang diperam untuk berdiam dalam pemanjaraan bersendirian yang sungguh kejam. Sebaliknya segala dakwaan itu sudah diperkukuhkan oleh beberapa kenyataan daripada ahli Majlis Tertinggi Umno yang sudah semakin sedar dengan bahaya situasi ini yang amat menakutkan.

Menteri Luar Malaysia baru-baru ini berucap di Geneva mengenai hak asasi manusia dan pencabulannya di Malaysia. Dia berkata hak-hak kemanusiaan ini terpaksa diubahsuai untuk menjaga stabiliti negara. Tetapi itulah kenyataan dan pandangan setiap diktator di dunia ini. Undang-undang draconian tidak dipinda, sehinggalah generasi yang muda mengambil tempat untuk berkuasa, agaknya. Sementara itu para wartawan yang ingin menyiasat terpaksa terjengah-jengah menyaksikan lakonan mega kepada segala kejujuran itu.

-Harun Rashid-

harunrashid@yqi.com
23hb Mach, 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 25/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Penetrating The Pretense Of Probity
by Harun Rashid
Mar 23, 2001
No. 150


Assets may be evaluated in several ways. There is utility value, which arises when a commodity or right provides a useful benefit. The assessment of the utility value depends of its comparison against competing alternatives. The final stage is its reception when offered to the open market.

A residence, for example, has utility value because it provides shelter and security. It may be sold or rented for a consideration. The same is true of tools and commercial property, which have value because they are a means to generate income.

Assets also have a personal value, often based on sentiment, and may be valued far above any reasonable market price. Sometimes personal assets are not for sale at any price. For this reason there is no way to evaluate unique personal assets which have sentimental value for the seller. There is only the decision to buy or sell when an offer is made.

An ongoing business is an asset which has utility value based on its present and future earnings. It may have few or many debts; it may have few or many tangible assets such as buildings and equipment. The value of a business that is losing money is less than a business that is making money, and often it is difficult to sell such a business for more than the value of the unencumbered tangible assets. Even then it may be necessary to sell at a price somewhat below the replacement value of the assets.

A partnership in a business is an asset. The value of a partnership may be increased or decreased by personal factors, such as the skill and personality of the other partners. It is often difficult to sell a partnership because there is no ready market.

A public corporation, by contrast, has its assets divided into equal parts, and these shares are offered for sale every business day on the exchange. The value fluctuates according to the general mood regarding present and future earnings, which affect dividend prospects. The quality of management plays a large part. The ability to evaluate the operations of the business, and its financial condition, plays an important part in a decision to buy or sell.

In Malaysia there is a stock exchange. Shares in about 700 public companies are offered each trading day. The value of the shares fluctuates. At the moment the valuation tends to drift lower each day. This is the result of an imbalance between buyers and sellers. On
occasion it appears there are only sellers, and the market falls steeply. When the selling stops the buying of a relatively few shares changes the mood. The market jumps to life.

The buyers are local savings and retirement funds whose investment activities are influenced by the minister of finance. He wears three hats. When he wears the finance minister's hat he controls the powerful public purse. When he wears the Umno treasurer's hat he is protecting the interests of the party in power. When he wears his own persoanl hat as a private businessman he is protecting his own interests.

It is difficult to determine which hat he is wearing at any given moment. In any modern country the situation would be forbidden for conflict of interest. Malaysia is not a modern country, and such behaviour is accepted as a matter of course, even when it appears that he is shoveling money from the public treasury into the Umno treasury or his own pocket.

In his personal affairs the finance minister has partners of many years standing. When he wears the finance minister's hat and directs that large sums be paid to one of his partners there is an appearance of impropriety. He recently paid (wearing the finance minister's hat) to one partner an enormous sum for a controlling interest in the national airline. The price is over twice what the open market was willing to pay. The excuse is that the airline is failing and needs to be rescued. He says the high price is necessary to wrest control from his partner, who was supervising the loss of over RM1 million per day.

The problem with this answer is that it fails the test of logic. A failing enterprise does not command a premium price. The Malaysian government already holds what is known as a golden share in the airline, giving it effective management control. The government can do as it likes without any consideration of the shares. The finance minister thus looks to be rescuing himself and his partner in a difficult and losing proposition. He is using his position of trust in order to enrich himself.

In another recent transaction the finance minister oversaw the transfer of money from a retirement fund under his influence to rescue a consortium of banks in the underwriting of an IPO. The direct recipient of the funds is another long time business partner. The finance minister pretends he is not a party to this transaction, but he cannot escape responsibility, as the explanation he offers is transparently false. The public was offered the shares, but when only 25 percent could be placed, the fund secretly accepted almost half of the shares, again at a grossly inflated price.

In Malaysia there is a pretense of probity. The pretense becomes more shabby by the hour, as even the government-controlled media now sees. The public only buys government mouthpiece newspapers for laughs, finding in them a form of comedy. The papers are seriously sold as truth, but the public knows shoddy goods, and the media is certainly peddling shoddy goods. The editors have publicly announced their helplessness to defy the heavy hand of the government. They plead for release from half-truth and falsehood in the effort to mend falling circulation. It is too late. The pretense of probity has destroyed all media credibility.

The number of deaths in a recent incident cannot be reported in the mainstream media without public suspicion. The public notes that the names of the dead are not announced. Rumours abound. The government reacts by threatening prosecution of anyone who questions the facts as presented by the police. The police have no credibility. Nothing could generate more public suspicion. The unwillingness to report even the most minor fact of daily life in Malaysia makes the media meaningless. If the trend continues much longer the major presses will be idle, not able to maintain a minimum press run for profitability.

The absence of a credible media is a hazard to public safety. Kuala Lumpur hospitals continue to admit dengue fever cases, but these are not reported for fear of losing tourist business. People are not alerted to take precaution by the press, which thus becomes a knowing contributor to endangering lives. The Malaysian press has not been allowed to acknowlege that the national airline endangered public safety through its imprudent fly-on-fumes practice for several years. The pilots complained from the first, but only the strong objections of London aviation authorities finally put a stop to this insanity. The passengers were blithely unaware. Only good weather prevented a tragedy. A free press would print the story.

Court cases every day reveal the policy of pretending all is according to law. The prosecution of the well publicised case of 29 Islamic martyrs has now rested, and it is clear that there is sufficient conflicting testimony to fatally damage the case. What is apparent to observers is the absence of crucial testimony from local witnesses. The allegations of a government-staged event have again been stifled by threats of criminal action. The many troubling questions surrounding the event remain unanswered, including the deaths of a young soldier and a veteran policeman.

A farmer held hostage on Bukit Jenalek was not released, but kept in police custody for ten days after the incident was over. He died mysteriously of stomach pains shortly after leaving the police station for a short visit home just after the lunch hour. The examining pathologist found no cause of death. None. There is suspicion of poisoning. The manner in which the news was controlled at the time arouses suspicion which only total candor can dispel. This candor is sadly lacking.

It is the investigating journalist who probes for the facts. Because the investigative journalist is treated as an enemy and a threat by the police and the Malaysian government, the feeling grows stronger each day that the entire woodpile is infested with rats. This was the allegation of Anwar Ibrahim, who has been silenced by incarceration in solitary confinement. The allegation is further strengthened by statements of Umno Supreme Council members who have awakened to the seriousness of the situation.

The foreign minister of Malaysia has spoken this week in Geneva of human rights violations in Malaysia. He says these rights must be abridged in order to maintain stability. The same argument has been made by every despot. The oppressive laws are not amended, at least until the new generation assumes political power. In the meantime, investigative journalists probe to penetrate the pretense at probity.

YOU CAN VASTLY MULTIPLY THE POWER OF THE INTERNET

Print an article and pass it on

Write to Harun Rashid: harunrashid@yqi.com

The start URL of this page is http://home.yqi.com/harunrashid1/